JIN KENA FITNAH

10/29/2010 01:23:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Mentang - mentang la dia penah buat salah dulu.. Tak abis - abis nak salahkan dia (Jin). Jin pun dah malas nak usik - usik anak dara Terengganu tu.. Pasti kecik hati Jin di tuduh larikan Siti Balqis lagi ke Gunung Jerai.

Polis menunjukkan bukti tiket bas.. So, terbukti Jin tak salah
Lagi kisah anak dara sorang ni yang dulunya di ganggu ramai Jin & selalu di sorok kat tempat - tempat pelik. Mesti korang tak lupa kan kisah Siti Balqis ni. Tadi belek - belek sinar harian (Aik.. dah berpalik tadah dari HM ker??) teruja la dengan satu artikel pasal minah sorang ni. Tak pasal - pasal Jin kena fitnah sebab dia. Sendiri larikan diri, Jin pulak di tuduh. Berdosa orang yang tuduh Jin tu tau. Alkisahnya... (clik untuk membaca artikel : Siti Balqis ditemui, tidak dilarikan makhluk halus

Ahad lalu Siti Balqis di laporkan hilang lagi.. Maybe sebelum ni dia asyik di culik Jin so family dia ingat Jin tu yang buat hal lagi la. Tapi alih - alih minah tu sendiri yang lari ke rumah kawannya yang di kenali melalui majalah remaja pada tahun 2005. Bukan Jin bawa terbang Siti Balqis tapi dia sendiri yang naik bas pegi ke Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, dimana bertempatnya kawan nya itu. Polis mengesan melalui panggilan yang di buat kepada rakannya itu.

Tu la tak baik tau tuduh2 tanpa bukti. Terlalu percaya pada benda2 ghaib ni pun kadang - kadang tak elok. Ingatkan budak ni cuma ada masalah dengan dengan gangguan Jin tapi rupanya dia sendiri pun ada masalah. Lari dari rumah tanpa pengetahuan mak bapak. Menyusahkan semua orang. So, pada adik - adik dont try this at home. Kang mak bapak ingat korang kena sorok dengan Jin alih2 jumpa dah tak jadi orang jadi jin lak (Mana la tau mati kena bunuh ker?? Jenayah skang makin banyak Dik Oooi..). Moral dari cerita ni.. Sebelum membuat spekulasi apa - apa harus la siasat dulu. Jangan main tuduh jer.. Macam kes awek cun yang tak nak kawen aritu. Family dia tuduh bekas tunang ada kaitan dengan kehilangan anak daranya tapi sebenarnya minah tu yang lari ke KL sebab taknak kawen. Tak pasal - pasal keluarga orang tanggung malu dengan tuduhan camtu. Dah tu bagi statement tanpa usul periksa kat media. Skang amik kau! Sapa yang malu balik. Untuk renung saya & semua.. Tuduhan mestilah beserta bukti kalau tak jadi fitnah. Apa hukum menfitnah orang adik - adik?? Ya.. betul.. Dosa Besar. Sekian makaseh.

2 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com