TAHYUL ALAF BARU (siapa sebenarnya Jin atau Siapa sebenarnya Siti Balqis??)

10/31/2010 06:57:00 PM suria lekatlekit 4 Comments



KISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN..

Petang - petang dah dekat senja menjelang baru terasa nak clik kat akhbar sinar harian. Lagi tertarik dengan Isu Siti Balqis.. Lebih menarik kali ni.. Nak komen pun tak tau apa kata aku copy & tampal jer artikel tu kat sini..

Cerita makhluk halus tidak akan berakhir
- ROHMAN SHAARY

Saya sebenarnya tidak bertujuan membicarakan makhluk halus secara rinci. Telah saya tulis sebuah buku (pada akhir dekad lalu), judulnya Suluh Peraba, dan pemikir-pemikir seperti Jaafar Rahim, Ainon Mohd, Othman Puteh, A F Yassin dan Muhammad Haji Salleh telah menyebut makna kandungan buku tersebut. Ketika itu saya bermaksud mahu mengatakan bahawa zaman orang bunian atau yang sejenis dengannya telah berakhir.

Masih saya ingat, Jaafar Rahim mengatakan, tahyul sedia ada ketika itu akan berganti dengan tahyul baru. Jadi, beliau tidak bersetuju pandangan atau agakan saya bahawa tahyul akan berakhir.
Saya berkerut-kerut dahi mencari makna atau maksud kata-kata Jaafar Rahim. Lama kelamaan saya faham. Perkembangan terbaru kini kian menyebabkan saya lebih faham.
Baru-baru ini, Malaysia dihebohkan berita Siti Balqis Mohd Noor yang berulang kali hilang. Saya mengikuti berita kehilangannya disertai atau diselit kisah misteri, antaranya ialah jatuhnya batu yang berharga (Berita Harian, 26 Oktober menyebutkan ‘bola batu hijau’) di dalam rumah keluarga Balqis. Ibu Balqis, Norizan Said berpendapat ‘bola batu hijau’ itu mungkin umpan oleh jin untuk melalaikan sesiapa saja.
Puncak bagi kisah Balqis (jika hendak dipindah ke bentuk karya kreatif) bukanlah benar-benar puncak, tetapi anti-klimaks. Siti Balqis yang dikatakan berada di puncak gunung di Kedah, sebenarnya berada di rumah kawannya (yang bernama Norwaniza Ramli) di Ulu Kelawang, Jelebu. Polis berjaya menemuinya.
Pencarian Balqis dengan bantuan polis adalah tepat, sesuai dengan abad ini. Inilah yang mahu saya tegaskan apabila (lebih 10 tahun dulu) saya menghasilkan buku Suluh Peraba. Sekali lagi saya sebutkan, bahawa Jaafar Rahim benar-benar memahami buku itu. Beliau yakin tahyul abad baru akan terus ada, namun berubah wajah. Perhatikan perubahan pada tahyul dalam kisah Balqis ini.

Pertama, jika pada abad lepas, seseorang yang dipercayai hilang secara betul-betul ghaib, baru dianggap kerja makhluk asing. Jiran memberitahu Balqis dilarikan dengan kereta, dan itu pun masih dianggap kerja makhluk halus.

Apa yang lebih menarik, dia masih melakukan kerja moden, iaitu menghantar SMS. Ibunya ada mengatakan, Balqis tetap menghantar SMS ketika dighaibkan jin (Berita Harian, 26 Oktober 2010). Sekarang sudah jelas makna 'tahyul bentuk baru' yang dikatakan Jaafar Rahim.

Berita Harian, 29 Oktober melaporkan penemuan Balqis, antara lain menyatakan bahawa di dalam beg pakaian gadis itu, ada 10 ketul batu delima. Penemuan batu-batu itu secara tidak langsung sudah menjawab dari manakah datangnya batu yang dikatakan jatuh dari bumbung rumahnya. Balqis mempunyai idea yang bernas dalam melaksanakan misinya.

Apabila tiba pada tahap ini, barulah kita sedar perlunya berfikir sebagai novelis, atau sebagai penulis skrip drama, bukan seperti ahli masyarakat biasa. Balqis berfikir secara dramatis.
Buku Suluh Peraba telah dijadikan skrip drama oleh Zakaria Ariffin. Saya fikir, jika Zakaria masih berminat, kisah Balqis pasti mengilhamkan.
Karangan tentang pengalaman seumpama Balqis memerlukan persediaan berbeza. Semoga akan tertulis karya sedemikian, yang akan memberikan sumbangan fikiran dan imaginasi bermakna dalam masyarakat kita yang dahagakan persembahan hebat.

P/S : Agak rumit untu saya komen disini namun Siti Balqis memang seorang yang berjiwa seni.. kekekeke. Boleh jadi penulis skrip sebab jalan ceritanya sungguh detail. Apapun.. betul or salah, Hanya dia & Allah saja yang tahu. Yang baik kita jadikan teladan.. Buruk sama - sama jadikan sempadan. Untuk mengingati diri saya juga semua.

4 comments:

  1. p/s:thanks follow my blog..blog ini dah msuk dlm ruang follower....=)
    **HIT MY LATEST UPDATE HERE**

    ReplyDelete
  2. huhuhu..
    mula baca paper kata kat gunung jerai tu.. xcited sgt nk tgu pkembangannya...

    skali kluar paper lps tu.. terus hilang respek.. xtau nak kata apa2.. apakah motifnya buat g2??
    dan paling lucu masa baca paper tu, siti balqis kata, dia ada org gaji & kolam y besar d rmhnya.. & katanya juga mak dia dh meninggal..

    adakah something x kena??? padahal kita dh tau mak dia masih hidup.. hamya dia y tahu knp & tujuannya..

    tba2 tfikir,, y ustaz brubat siti balqis kat alam ghaib d tv3 tu mcmana??

    ReplyDelete
  3. ntah la lya.. mungkin dia terlalu byk berimaginasi kot sbb tu jd camtu.. maybe budak ni ada gangguan mental.. kekekekekeke. apapn dia memang pandai create story.. bab ustaz yg merawat tu.. tu masih jd tanda tanya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com