Dah lama tak join contest ni.. Kali ni nak sudahkan tag dari Deqdeq.. Contest ni Anjuran Si hensem Qarl yer.. Cute Cik Abang sorang ni. Tak caya korang try la usya blog dia.
Ni syarat Wajib apa2 contest pun. Banner! Cantik kan??
Syarat - syarat seterusnya ;
Listkan 15 item pasal diri anda. Item/benda/orang/apa-apa sahaja berkaitan dengan anda.Untuk setiap item, letakkan 1 gambar berkaitan item tersebut dan sertakan description/keterangan gambar tersebut.
Pastikan kesemua 15 item yang disenaraikan adalah pelbagai.
Bersedia menyahut cabaran!!
Yang Pertama
Suami Saya. Mesti La ada kaitan.. Kami kan Suami Isteri
Yang Kedua
Mak Saya.. Mana datangnya Anak kalau bukan dari Rahim seorang Ibu Kan??
Yang Ketiga
HP buruk saya. Tanpanya mungkin susah untuk saya di hubungi atau menghubungi orang - orang tersayang
Yang Keempat
Sangat Penting untuk merakam segala memori untuk tatapan masa depan. Kemana2 mesti ada dalam beg saya
Yang Kelima
Sangat penting lebih - lebih lagi nak outing. Takkan melangkah keluar dari rumah tanpa menempekkan bedak miyami ni ke muka.
Yang Keenam
Ni la Teman baik/akrab/Setia saya di rumah. Tanpanya aku biasa meroyan juga
Yang Ketujuh
Tanpa pautan kawan kat atas tu dengan modem ni.. Apalah ertinya, kan?? Tak mungkin saya dapat berblogging. Ini juga sangat berkaitan dengan apa yang sedang saya buat sekarang. Maxis Broadband.
Yang Kelapan
Ni anak angkat saya. Kadang2 terhibur.. Dan kadang2 rasa nak marah je kalau dorang nakal curi2 lari keluar case. Ingat senang ke nak tangkap balik. Tapi tanpa makhluk comel ni pun sunyi juga. Hamster saya.
Yang Kesembilan
Sebahagian dari makhluk2 yang sering saya rindui. Kucing2 saya di kampung.
Yang Kesepuluh
Ini kalau takde kaitan dengan saya memang tipu. Blog kesayangan saya.
Yang Kesebelas
Disini la kali pertama saya kenal sekolah & cikgu. Tadika Kemas (Gambar sekadar hiasan)
Yang Keduabelas
Ini adalah harapan & impian saya. Anak yang comel & bijak. Masih belum ada rezeki lagi (Gambar sekadar hiasan)
Yang Ketigabelas
Ni adalah salah satu filem favorite saya. Percaya tak saya pernah menonton vcd filem ni lebih dari 100 kali & boleh menghafal sebahagian dari dialog filem ni lebih2 lagi untuk dialog watak Puteri Nora.
Yang Keempatbelas
Lagu yang benar2 buat saya touching & Rasa Bersalah.. Kerispatih Bila Rasa Ku Ini Rasa Mu
Yang Kelimabelas
Insan yang sangat2 saya rindui.. Arwah Ayah. Rindu sangat!!
Okey tiba masa untuk meletakkan jerat melekit. Jom kita tengok siapa yang kena tag.
Lyafrina
Shiema Cma
Cik Gallus Gallus
Selesai sudah syarat - syarat yang di tetapkan pihak penganjur. Then.. Kita tunggu je pemenang di umumkan nanti. Seperti biasa.. Tetap mengharap bertuah berpihak pada saya tapi tidak down sekiranya bukan rezeki saya. Kawan - kawan nak join sila clik :
Contest Qarl's 15 Projects 2010
Comelnye hamster ngan kucing! =)
ReplyDeleteabby...nnti cma uat tag nie yer...
ReplyDeleteyang ke-6 tue masyuk...
ReplyDeletetak perasan pun cik lekik dah siapkan assignment nih heheheh....
ReplyDeletecomelnya ck lekik, mmg cute sgt rupanya....bila tgk gmbr dgn hubby tu....mcm kakak ipad DeQdEq jer...wkt kawen org kata dia mcm bdk sekolah jer..heheh