BILA SEORANG NURSE BERTANYA.. SIAPA NAK JAGA PESAKIT??
Aktiviti BW agak terbatas... Korang jangan la kecik hati kalau ada kunjungan tak berbalas. Nanti balik KL den cuba juga BW seperti biasa. Tak sure lagi nak balik this week or next week sebab family masih perlukan. Kitorang takde adik beradik lelaki.. Then semuanya di uruskan kaum2 hawa sejak pemergian Ayah. Korang sedia maklum adik aku masih kat hospital perlu ada orang temankan sebab dia tak boleh berdikari time ni. Nak harap nurse dorang kebanyakkan lepas tangan je kat ahli keluarga. Siap tanya lagi mak aku masa 1st day adik aku masuk wad. Sapa nak jaga?? Wayarkah soalan tu di tanya oleh seorang nurse?? Apakah tugas dorang sebenarnya?? Hanya terpaksa menjaga mereka2 yang takde waris je ke?? Bukan la kitorang kejam nak biar adik sorang2 kat wad tapi persoalannya wayarkah ia menjadi pertanyaan seorang nurse??
Kenapa kerajaan tak alert pasal kelakuan jururawat yang kita sendiri sedia maklum akan sikap lepas tangan & kurag mesra dengan pesakit?? Kenapa perkara ni tak pernah berakhir sejak dulu kalau melibatkan hospital kerajaan?? Pengalaman jaga makcik dulu kat wad.. Aku dah biasa dengan perangai nurse kurang ajar ni. Nak herdik, nak marah suka hati mak bapak dia jer. Bukan je nurse security guard pun rasa besar kepala juga. Nak sound orang macam hospital tu waris dari keturunan dia. Kalau ia melibatkan kakitangan kerajaan kenapa mesti sinonim dengan lambat,cuai & biadap?? Bila semua ni akan di pandang serius?? Bila tertinggal kapas dalam badan pesakit atau terpotong jari bayi baru bersalin atau tersilap masukkan darah hiv kedalam badan pesakit?? Renung2 kan lah...
sy sorang bakal Nurse~ juga bekas parademik~~ ni berdasarkan pengalaman sy ketika pratikal di beberapa buah hospital~
ReplyDeleteKisah yg sama gak..pikir2~
1. Hospital kerajaan- Sebuah wad mpunyai 3-10 org manakala pesakit yg perlu dijaga 20-40 org.. Seorg nurse patut menjaga semua pesakit kan? x leh fokus pada sorang pesakit,..(mybe ada pesakit lagi kritikal..)
2. Kerjasama antara pihak kluarga pesakit dan kakitangan hospital penting utk kesihatan pesakit... hospital kerajaan tidak menghalang jika family ingin temankan pesakit (1 family je ek..)..lebih elok pesakit di jaga oleh kluarga berbanding nurse yg sibuk bertugas..Bukan kah lebih elok jika ada family temankan pesakit ketika di saat susah...
3.Perlakuan nurse kadangkala ada yg sedikit biadap, Pihak kluarga ada hak utk pindahkan pesakit jika berasa was2 dengan hospital tuuu.. jgn setakat pandang dan redah je.. x kan korang nak nurse/kakitangan hospital mengabaikan kluarga korang kan?
Soalan nurse "Siapa nak jaga?"
-soalan tu silap. sy faham apa yg dimaksudkan nurse tersebut, soalan tu singkat sgt sehingga menimbulkan kesalahfahaman...sepatutnya bunyi cam ni "Ada x family yg nak temankan pesakit?".. detail~ini salah satu protokol mana2 hospital,(ketika isi borang masuk wad)
Kesilapan si nurse ni komunikasi yg lemah...mungkin dia masih baru kot~
"Kerja nurse ni bukan setakat menjaga pesakit~ ia lebih dari itu, cuba sendiri jadi nurse, baru tau kepayahan sorang nurse~ stress byk oo"
cadangan: Adu pada Pengarah Hospital / Ketua Jururawat tentang isu ini (ingt nama jururawat tu dan wad dia bertugas, kan tu lebih elok dari memburuk2kan nama nurse...
"sorry, kasar skit...x tahan ngan menda2 camni...peace >.< Y.."
professionality sgt rndah..lpas tu xdak manners yg baik...
ReplyDeleteslalu sgt jadi kat pejabat2/agensi2 kerajaan..
Marah je balik Nurse tu. Haha
ReplyDeleteDia ada 3 jenis wad secara am sebenarnya.
1) Kritikal : tak perlu penjaga (dari kalangan keluarga pesakit), maknanya segala penjagaan pesakit 100% diuruskan oleh Nurse dan kakitangan perubatan.
2) Non critical : bergantung kepada budi bicara Sister atau Doktor. Sesetengah wad dibenarkan ada penjaga (dari kalangan keluarga pesakit), sesetengah wad tak dibenarkan ada penjaga. Keluarga hanya boleh berjumpa time melawat atau bila ada appointment dengan doktor sebab kes-kes tertentu (cth : penjagaan ubat).Kalau wad kelas 3 tu, selalunya 1 Nurse handle 1 cubicle of 6-8 patient, so memang diaorang tak mampu nak handle semua - tapi tak semua sibuk tau, district hospital majoriti curi tulang lebih. hahaha.
3) Rehabilitation wad : Kebanyakkan rehab wad memerlukan penjaga atas sebab rehab. Bergantung kepada jenis sakit, kakitangan perubatan akan maximise kebolehan pesakit melakukan aktiviti, andai kata sakit itu memerlukan pesakit dijaga dan dikendalikan oleh carer/penjaga, maka disitu mereka akan minta penjaga utk menjaga pesakit. Tujuannya untuk melatih penjaga + pesakit untuk penjagaan di rumah.
Apa yang terjadi selalunya misscommunication. Pesakit/ahli keluarga tak diterangkan secara terperinci apa plan untuk pesakit. Awak tanyalah diorang betul-betul. Kalau nampak yang salah tu (cthnya dia tak buat kerja atau curi tulang, buat itu sebagai point untuk verbal complaint, barulah diaorang takut, tapi kalau tak menjadi, let me know, i teach more tricks. lol)
Anyway, adik tu masuk wad kategori mana?
phreak-id bukan Staff Nurse okeh. :p
Terbaru > Anugerah Juara Lagu 25 VS English FA Cup > Senjata Menawan Suami : Payudara! > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
mgkin soal penjagaan tu sy blh accept dr ketidakfahaman sy.. tp bgmana pula soal biadap & tidak mesra pesakit. Yg brnama pesakit dh tentu sakit haruskah menerima kata2 yg menyakitkan hati dr seorang nurse. Seorang nurse yg agak senior pnh hina makcik sy ckp bdn berdaki tak mandi & marah sbb sy demam tp still kt wad jaga makcik.. sy pn xjangka akn demam esok hr.. Tp sy di marah, makcik dihina dgn kata2 cmtu. Makcik seorang warga emas.. Perkara ni bkn lg isu baru tp sering di katakan oleh kebanyakkn org lebih2 lg di wad bersalin. So, anda boleh interview pesakit sendiri & buat survey. Soal tanggungjawab anda sendii yg pilih utk jd nurse haruskah jd pertikaian?? apakah sbb tggjwb yg berat membolehkn seorang nurse mengeluarkn kata2 keji pd pesakit??Thanks 4 comment
ReplyDeletehmm...just follow cadangan ni...
ReplyDeletenurse bersikap camtu patut kena tendang...
cadangan: Adu pada Pengarah Hospital / Ketua Jururawat
2la psl.. p AL yerr pndpt tu btol kot.. tp pndpt n cmmnt die.. mgkin nurse trsebut yg biadap.. n slh lemparkn soalan .. 2jep kot..
ReplyDeletesemuanya mungkin sebab nurse tu kurang pengalaman dalam berkomunikasi secara berkesan dengan pesakit.
ReplyDeletemakanan yang dihantar sebenarnya mengikut diet yang diperlukan pesakit yang dipantau juga oleh doktor.
mungkin doktor yang diagnose adik abby sebagai masih boleh mengunyah dan masih boleh menjamu nasi tu.
segala aduan hendaklah menggunakan saluran yang betul. g je komplen kat ketua jururawat atau pengarah hospital pasal nurse tu.
tanya doktor yang merawat adik abby mengenai kondisi sebenar dia, supaya lebih jelas lagi. jangan tanya nurse. ilmu nurse mungkin kurang sedikit dari doktor.
perkara mcm ni memang byk terjadi kat mana yang melibatkan kerajaan..tapi bukan semua..
ReplyDeletekadang2 bila fikir tak ada gunakan ada piagam pelanggan kalau mereka biadap dengan mereka..kalau boleh bersuara nak je ckp "tolong bce piagam pelanggan anda"...mungkin dieorg akan fikir sejenak kot :)
ini adalah yang terlintas di fikiran Oppa....kerana bengang dengan cara layanan dari sektor kerajaan...bukan semua tapi segelintir yerh...