ROSAK AKIDAH KALAU HARAMKAN HARI VALENTINE?

2/10/2011 05:29:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

kecoh sekarang pasal hari Valentine yang lagi berapa hari nak datang. Korang sambut?? Bagi Sang Lekit tak pernah pula Lekit sambut dari bujang sampai dah berlaki ni sebabnya.. Den Tak Gomar pun hari bunga - bungaan camtu sebab den bukan perempuan jenis suka bunga, coklat, teddy bear, pink colour bagai.. Hari Valentine la aku rasa hari paling semak sebab sana sini bunga. Abis ladang bunga kena tebas untuk 1 hari tu. Kan??

Dari dulu lagi sejak zaman boipren gepren Lekit sentiasa dapat kapel yang tak meraikan Valentine. Alhamdulillah.. Maka tak terjebak la aku dalam aktiviti kurang di galakkan tu. Sampai dah kawen pun, hubby pun tak sambut Valentine. Syukur. Kita sedia maklum sambutan ni lebih kepada keburukkan dari kebaikkan, so apa salahnya kita menyokong tidak meraikan hari Valentine ni. Nak berkasih sayang.. Tak semestinya untuk 1 hari jer..

Isu Valentine sampai jadi pertikaman lidah.. Masing - masing nak menegakkan pendirian. Yang menyokong sambutan Valentine dengan hujahnya tersendiri sampai melibatkan hukum & Al-Quran. Bila sesuatu yang lebih kepada keburukkan cuba di tegakkan dengan kebenaran.. Maka terserlah kejahilan masing. Ni kes jenjalan kat blog Unique Momma. (clik untuk baca apa kes). Kenapa dilarang?? Kita harus kaji juga. Orang melarang sesuatu yang mendatangkan kemudaratan & keburukkan. Takde orang akan melarang sesuatu yang membawa kebaikkan pun.

Comment ni di printscreen dari entri Unique Momma

Macam ni la.. Kalau korang dah bebal sangat & rasa Valentine harus di raikan.. Terpulang tapi tolong la jangan keluarkan hujah bodoh yang menampakkan kejahilan sendiri. Orang dah larang.. Terpulang pada diri sendiri untuk membuat penilaian. Kalau dah bebal sangat.. Lantak ko la! Sapa boleh halang. Yang sambut Valentine bukan budak - budak tadika umur 5 - 6 tahun. Semuanya dah akil baligh. Nak komen lebih - lebih pun tak guna.. Ahli Ulama pun orang pertikaikan inikan pula Sang Lekit yang tak tinggi ilmu agamanya.


P/s : Bukan berlagak alim tapi tak salah menyokong benda yang baik.. di samping memotivasikan diri sendiri untuk kearah yang lebih baik sambil menambahkan pengetahuan.

16 comments:

  1. Yerlah lekit.. Ibupun x paham pemahaman manusia ni mcm mana.. Semua x kena.. Apapun 14Feb tetap ibu sambut dengan doa selamat & kesyukuran krn itu BIG DAY 4 my baby Aqil Naim.. Huhuhu dah 3thn dah dia jap je dah besau.. :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ceq pon tak penah sambut and takkan sambut.. haishh , ada jugak org camtu..

    ReplyDelete
  3. haram sambut. lionteen pun xpernah sambut. buang duit je. hehe

    ReplyDelete
  4. hari valentine diharamkan sebab ada sejarah berkaitan dengan tuu...mesti lekit pun da tau...and satu lagi sebab bukannya ada satu hari ja hari memperingati kekasih (boleh jugak suami isteri)...kita hargai kekasih kita untuk setiap hari bukan satu hari tuu ja....

    p/s:cik siti sambut monthsary cik siti dengan en.bf sebulan sekali....hahah...
    plus 14 feb 2011 ada exam...so, tak de maknanya nak sambut valentine tu...
    lastly hope akak lekit sihat bersama baby tuu ye....

    ReplyDelete
  5. org kapir je yg sambut..islam x bole la..

    ReplyDelete
  6. dorang yag celebrate valentine's day tu memang BAHALUL!!, yg kawen hari tu pun ade, huhuuuu

    ReplyDelete
  7. hari2 pun boleh sambut kekasih.....kenapa nak kene ada hari special. hari annyversary tu lagi istimewa kot

    ReplyDelete
  8. adoiii kicik punyer hal ..
    senang citer yg baik kita ikutt yg x baik piki lah .. x kan nak ikut .. dari dulu lagi sendiri buat sendiri tanggung kan ..

    x tahu tanye , kaji , soal x salah .. dah tahu x kan nak buat jugak .. adehhhhh

    yg pelik asal tiba februari jer ade ler isu nie timbul .. dah lama isu valentine nie kuar .. duk ulang yg sama jugak .. huhuhu

    ReplyDelete
  9. haiiyaaa...

    SCC yakin sgt anon tu terasa dgn hujah2 yg tak sokong Valentine sbb dia mmg sambut Valentine setiap tahun..

    sebab tu la bebal sgt nk berfikir

    ReplyDelete
  10. ieda.. sebab benda ni tak kecik la jd isu.. apa yg berkaitan dgn Valentine yg cuba di halang adalah maksiat... keruntuhan moral/akhlak.. so kalau kita pandang kecik.. maka kes buang bayi adalah perkara remeh & tak perlu kita amik peduli juga

    ReplyDelete
  11. ntah la...benda bila dah dijadikan budaya, wlupun haram tetap nak dihalalkan...

    nak berkasih sayang biarlah hari-hari....tak perlu nak tunggu valentine's je....

    ReplyDelete
  12. Cikgu Tie nak sambut Maulidur Rasul ajer....

    ReplyDelete
  13. Entry anonymos ni adalah komen kepada satu artikel dr link ini

    http://amenoworld.blogspot.com/2011/02/sis-dah-mengamuk-bila-pas-larang-sambut.html

    Kesesatan yang dibawa oleh pelaku ini ternyata tidak mempunyai asasnya dan tidak cukop ilmu agamanya.....boleh rujuk di sini..

    http://gegarminda.blogspot.com/2011/02/haram-valentine-day.html

    ReplyDelete
  14. Entry berkenaan adalah dr satu artikel http://amenoworld.blogspot.com/2011/02/sis-dah-mengamuk-bila-pas-larang-sambut.html

    Ternyata ..anonymous ini tersangat cetek dalam ilmu agama...ustazah Bahyah ade menerangkan di link ini

    http://gegarminda.blogspot.com/2011/02/haram-valentine-day.html

    ReplyDelete
  15. den x ponah sambut pon hari jadah ni. peace (^_^)V

    ReplyDelete
  16. setau sy, ada dua je perayaan dlm islam: raya pose n raja aji. len sme tu xde. maulud ke, bday ke, maal hijrah ke. itulah yg disarankan oleh alquran n hadis. maulud tu pn bkn perayaan islam. malah sebenarnya ajaran syiah. anyway, check je la sdri, lebih bagus he3

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com