Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Peace No War
P/s : PenTulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je..

Ni je yang saya ada untuk korang LIKE

17 May 2011

CERITA ATAS KATIL DI MALAM HARI

Tajuk entri jer dah seram. Jangan ada yang cuma baca tajuk kemudian komen tak berani baca entri takut di selubungi misteri keseraman pada cerita yang bakal di baca ni. Atau jangan ada yang terlalu teruja dengan cerita atas katil lalu membayangkan ada adengan panas. Moralnya jangan menilai sesebuah cerita dari tajuk je. Harus baca dulu yer.. kekekekeke

Kes ni berlaku pada sang lekit sendiri. Ini sesi mengimbau kenangan semusim lalu juga. Zaman bujangan dulu. Sang Lekit punyai tabiat yang menurut makcik sang lekit warisan keturunan kot sebab arwah  Tok (nenek la tu orang kedah selalunya panggil Tok) sebelah ayah memang mengalami tabiat tersebut. Tabiat apa?? Jom kita kembali ke zaman nostalgia dalam mood spehia tone.

Hasil carian google. sekadar hiasan

Tabiat Sang Lekit suka terbangun tengah malam & makan. Tengah malam jer kalau terbangun wajib lapar walau mengantuk sangat pun. Tengah2 malam takkan la nak jadi chef kot. Walaupun kadang - kadang ada baki makanan siang tu macam nasi, lauk bagai tapi di sebabkan mengantuk maka sang lekit malas dah nak panaskan benda2 tu untuk makan. Penyelesaiannya cari makanan ringan atau biskut2. Perut lapar tapi mata mengantuk. Tetap kena makan. So,nak dapat kedua dua kenikmatan tu (tidur & makan) maka sang lekit bawa makanan tu masuk bilik makan sambil baring.

Bila dah baring, mata memang dah sedia maklum mengantuk tapi mulut masih mengunyah maka terjadi peristiwa makan sambil tidur. Belum sempat makanan habis di makan mata dah terlelap. Kadang - kadang biskut masih di pinggir bibir. Korang bayangkan la apa yang jadi ke esokkan harinya. Maka bersepahlah serpihan biskut atas katil & bantal. Datanglah tetamu - tetamu untuk menikmati bersama sisa - sisa makanan tu sekaligus menganggu ketenteraman tidur sang lekit. Kadang - kadang di gigit sang lekit bukan biskut. Kadang - kadang sampai masuk dalam telinga. Spesis yang tak lain & tak bukan itulah sang semut.

Tapi Alhamdulillah tabiat2 macam tu dah takde lepas kawen ni. Tabiat macam ni bukan pelik malah ramai yang ada perangai macam ni juga, kan?? Satu lagi masa kat kampung di usia remaja gitu sang lekit ada satu hobi iatu mengarang. Atas katil sang lekit dah macam library kadang2. Penuh dengan buku2 sastera untuk rujukan & buku2 kosong untuk mengarang. Sang Lekit lebih selesa mengarang dengan menulis di buku dari menaip kat pc dulu. Idea tu lebih mencurah tapi kalau depan pc dulu jadi blur jer. Tu pun tabiat buruk sang lekit akan mengarang sampai tertido. Selalu kena bebel dengan mak pasal benda ni sebab tido dengan buku bersepah atas katil. Kalau Sang Lekit kemaS pun buku2 tu still atas katil juga sang lekit susun sebab malam nanti senang nak sambung balik.

Itulah tabiat sang lekit masa zaman bujangan bila atas katil di malam hari. Korang mesti juga ada aktiviti atas katil sebelum tidur kan?? Op's tak termasuk aktiviti suami isteri tau! Takkan tu pun nak cerita kat orang kot. Itu Rahsia berdosa tau kalau cerita kat orang.

14 comments:

  1. kak lekit makan malam2 pun still maintain slim dan kurus. apa rahsianya?? hehehe

    ReplyDelete
  2. takde rahsia.. memang kelebihan org2 berspesis renek mcm akak kot.. badan susah nak naik, senang nak turun. kekekeke

    ReplyDelete
  3. suka dgr lagu b4 tdo..smpi pagi radio terpasang..huhuhu.. dah berlaki tak tahu ler.. laki kena nyanyi nak dodoi kot..hak2.. :D

    ReplyDelete
  4. hahaha. seram nye kak leh bangon makan. kalo sy terjage teros tarik slimot tutp muke. takot. haha

    ReplyDelete
  5. wah makan sambil tido..sangat unik tu hahaha

    ReplyDelete
  6. teringat kat roomate sy dulu..

    dia tidur tersandar kat dinding tapi kat tangan ada burger dgn air kotak :p

    ReplyDelete
  7. stuju! miza dlu pon slalu wat keje ats katil... buku bersepah je... ade org ckap wat keje ats katil xleh nk fokus, tpi still katil is the best choice untk miza...! =)

    ReplyDelete
  8. aku lak, kalau nak tdo je mesti pejam mata nyah!... pelik betul.. asal nak tdo je kene pejam mata...kadang2 sampai naik runsing dahhh....

    ReplyDelete
  9. yey! kita sama panggil nenek=tok.. hehehe

    pergh! memang pelik akak nih.. leh plak mkn mcm tuh.. mmg cari pnykt, eh! cari semut laa gayanya...

    ReplyDelete
  10. makan sambil tidur.. haruslah diamalkan sellau ehh nanti badan maintain.. hehehhehe aduhai berat badan!

    ReplyDelete
  11. hehe...peliknye mkn sambil tidur..tp unik!badan ttp ayu gitu..
    cma x de tebiat pelik2 ni..
    :)

    ReplyDelete
  12. lau terbangon tgh malam 2... cube try test solat sunat... dapat ar gak pahala...

    ReplyDelete
  13. mujur la cik lipas tak datang gigit...

    ReplyDelete
  14. hehe lawak la sis..

    nasib dah xde perangai tuh..kang dgn lipas2 skali join tdo:p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!