LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

5/09/2011 05:28:00 PM suria lekatlekit 44 Comments

Rasa serik untuk mengopek isu macam ni bila isu yang lepas menjadi kontroversi & sehingga hari ni pun sipolan itu tidak jemu - jemu menyindir secara peribadi di blog beliau? Oh tidak.. Mengapa harus takut sedangkan sang lekit cuma memberi teguran, pandangan & pendapat secara peribadi dengan konsep tidak mengaibkan sesiapa. Pandangan & pendapat di beri secara umum, kalau ada yang tergigit cili tu apa lagi nak di kata, kan??

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Menerjah ke blog Mak dara terbaca lagi satu blogger yang menggunakan konsep ala - ala maki hamun juga la bila tidak berpuas hati dengan isu tidak bertudung yang di perkatakan. Dia mengkritik hebat fesyen - fesyen bertudung yang tidak menepati konsep menutup aurat cara Islam. Apa yang sang lekit baca dia bukan lah berniat menegur fesyen bertudung tapi lebih kepada melepas geram kepada mereka yang mengkritik golongan yang tak bertudung. Dalam kes ni sang lekit pun tak bertudung tapi bukan itu caranya untuk kita membela diri dengan mencari kesilapan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Salah tetap salah.. Sang Lekit pun sendiri akui semua tu. Apa yang penting setiap teguran terima la secara positif. Semua orang punya kekurangan & kelebihan sendiri tapi jangan sampai menunjukkan kebodohan sendiri secara umum semata mata merasakan diri betul sedangkan terang - terangan salah.

Yang menegur atau di tegur sama - sama la guna pendekatan yang bijak kalau niat tu baik. Tak salah kita untuk mengeluarkan hujah & pandangan sendiri membela diri atau memberi teguran/pandangan pada kesilapan orang lain tapi gunalah cara & bahasa yang sopan. Merendah diri takkan buat diri kita di pijak kalau kena pada cara & tempatnya. Mengakui kesilapan tu adalah lebih baik dari menegakkan benang yang basah.

Bukan la nak membodek atau mengambil kesempatan untuk menumpang populariti orang lain.. kita ambil contoh blogger yang berjaya dengan blog mereka. Tak kira la apapun tema penulisan dalam blog mereka tapi cara & penyampaian mereka masih di landasan sopan. Dengan menggunakan perkataan kesat & lucah dalam penulisan blog dan berpendapat penulisan macam tu akan mendapat perhatian ramai sekaligus meraih populariti & kejayaan dalam berblog ni memang korang silap. Korang cuma berjaya buat orang lain mengkritik & memandang rendah pada penulisan & keperibadian korang sendiri tapi blog korang takkan kemana. Yang menyokong mungkin ada.. Tapi mampukah seramai yang menyampah??

Sama - sama la kita jadikan panduan dalam berblog dengan isu macam ni. walaupun kita bukan lepasan IPTA/IPTS yang ada diploma/ijazah & bagai tak semestinya orang tu kuno, bodoh & tak beradap. Kalaupun kau berjaya dalam akademi itu bukan penentu kebijaksaan kamu dalam  perkara lain. jangan memandang rendah pada mereka yang tidak berpelajaran tinggi dengan melabelkan semua nasihat & teguran golongan macam ni tidak layak di terima pakai kerana tidak sama taraf dengan kamu sebabnya ilmu itu bukan hanya tercatat dalam sijil. Ilmu itu luas.. kita boleh dapat dari sesiapa sahaja walaupun dari pengemis jalanan di kaki lima.

Entri ini sekadar mengingati diri sendiri & sesama kita. Tidak bertujuan mengaibkan atau memalukan sesiapa. Anda boleh merujuk ke blog Mak dara untuk membaca kisah sebenar yang berlaku. Ramai juga yang membuat kesinambungan pasal entri tu.. Jadi pada anda yang rasa cara macam tu tak salah elok la terjah blog mak dara. Tengok sendiri ramai yang setuju atau tak.

P/s : Isu macam ni harus kita pandang serius agar tidak menjadi satu budaya maki hamun, mencarut, melucah dalam penulisan blog. Tu pendapat melekit la.. 

*Mak Dara dah pun delete link ke blog gadis tersebut atas sebab2 tidak mahu memberi publisiti kepada blogger macam tu. Makin ramai terjah blog dia, makin bangga lak dia dengan penulisan macam tu.

44 comments:

  1. aha. baru je mintak akak review. hehe

    ReplyDelete
  2. cemuih la tOpik ni...x habes2...

    ReplyDelete
  3. assalam..aku baru je gi baca..fuhh~aku rasa x perlu la dia maki hamun habisss..x patot la..=.='

    ReplyDelete
  4. bukan apa moon.. biar byk sikit menegur baru spesis mcm ni tahu apa yg dorang buat tu tidak mendapat sokongan supaya dorang boleh fikir baik & buruk

    ReplyDelete
  5. kannn! belog maki-maki nie not nice yer anak2...

    budi bahasa budaya kita..heheheheh

    ReplyDelete
  6. kak abby, deqdeq dh baca entri tu...mmg deqdeq pn x setuju cara dia memaki hamun mcm tu....

    ReplyDelete
  7. erk terkejutnye baca entri kat blog tu....

    ReplyDelete
  8. kesian..semua orang dia benci..dan dia happy dengan cara begitu..Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hatinya untuk menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  9. biasalah tu cik lekit...ramai org citer bab2 agama berapi2 tapi tak nak pula jadi ustaz / ustazah...mulut org mmg tak boleh ditutup, jari orang takkan kita nak bedung...nak buat caner...kan.?

    ReplyDelete
  10. kelakar..=)

    baik kutuk2 member sendiri lagi best..=)

    ReplyDelete
  11. Betul2 . Sebab sekarang ni memang banyak blog yang suka maki hamun . Blog tu dah seperti tempat untuk melepaskan geram pulak kan .

    ReplyDelete
  12. amat tidak patut sekali dia memberi teguran sebegitu..caranya tidak kena..menegur tu x salah tapi biarlah ada adab sopan..

    ReplyDelete
  13. hahaha gelak je mampu :D hal pmpuan :D

    ReplyDelete
  14. UYC ni bukan kes pompuan or lelaki.. tp budaya blog yg makin berleluasa sekarang. Kalau blog2 mcm ni menjadi inspirasi remaja sekarang yg kononnya outspoken tanpa faham apa itu outspoken dan ambil mudah untuk buat dorang kelihatan mcm berani.. hilang la adap. lepas ni kebanyakkan blogger semua guna konsep maki hamun & carut utk bersaing dlm dunia blog.

    ReplyDelete
  15. biarlah teguran dan kritikan terhadap sesuatu itu berlandaskan ilmu dan ada bernasnya..ni hanya sindiran untuk melempiaskan rasa geram sendiri memang tak kemana,tp biarlah teguran yg berniat sama-sama ke arah yg benar,kerana Allah..maka itu turut dikatakan sbg jihad..nabi nak ajak org mengenali islam pun bukan dgn sindir2 agama selain islam itu tak elok
    tp dah blog masing2..semuanya nak memberikan kata hati masing2. akakk nora pun twrkadang rs begitu,tp tetap cuba sebaiknya memberi ayat tanpa maki hamun

    ReplyDelete
  16. penulisan yang baik...saya sokong...apa salahnya kita mengaku silap..bak kata pepatah,,ular yang menyusur akar tak hilang pun bisanya...maksudnya orang yang bijak takkan hilang bijaknya bila dia mengaku kesilapan dirinya..berbanding orang yang jahil tapi mempertahankan pendapatnya yang tak betul orang hanya dengar dalam hati wek kan je...

    ReplyDelete
  17. oh yes..
    dia buat entry tu mmg bukan sbb nak menegur tapi cara penyampaian dia daa menjadikan entry tue mcm MENEGUR.. since tuan blog sndiri daa dtg tgk backlink entry tu, well~ dia kena laa jaga bhasa blog dia.. bukan nk hot kn isu bertdung atau tak, tp entry di blog saya tntng dia adalah tntg pggunaan bhasa dia..

    buat entry geram tp daa berbaur menegur kan?

    ReplyDelete
  18. Dalam al-Quran, Allah memerintahkan orang Islam: "Serulah manusia ke jalan Allah dengan bijaksana dengan nasihat yang baik. Nyatakan alasan-alasan yang munasabah (6:125). Dakwah merupakan pengisian kepada perintah ini. Dakwah melibatkan usaha mengajar kebenaran kepada mereka yang lalai; membawa berita yang baik tentang nikmat dunia dan tentang nikmat syurga; memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan tentang kesengsaraan di alam ini (22:67).

    ReplyDelete
  19. sebab entri ada sipolan tu terasa.. kali ni bukan takat baby dlm perut di sebut, malah arwah ayah saya juga di hina.. Dia menyokong penulisan berbentuk mcm tu.. walau dia bertudung tp tetap menyokong penghinaan mcm tu.. dia tuduh sy ajak semua sama2 mengumpat disini.

    ReplyDelete
  20. tak habis2 lagi ke blogger suka maki hamun ni Nyah? hishhh.. org nak blog dia nak blog.. org bertukar pendapat dia berbolok-bolok...

    ReplyDelete
  21. hmmm =( ntah lah kak.sy pon xtau nk ckp cane.dunia kite ni skng,pasal tudung pon nk berbalahbalah, =(

    ReplyDelete
  22. alahai...dah baca entry dia. terkejut seh dgn ayat2 dia. lgsg xtkt pada Allah. nak menegur xslh..tp biarlah dgn cara yg elok.

    ReplyDelete
  23. mcm2 hal dunia skrg ..

    suke ngan ayat en zulfikar hazri :)

    ReplyDelete
  24. lekit : mak dara dh buang backlink blog tu..lekit ade x link dia? nak bace gk ...huhu

    ReplyDelete
  25. Memang tul pun kata2 dlm entry tu (malah mmg dlm BLOG tu sdiri) penuh dengan carutan...

    well, to be honest, from my point of view, org melayu ni xleh ditegur baik2.. xberapa nak jalan..xberapa BERKESAN.

    Buktinya? Lihatlah post tersebut.. 1 hari 64k views.. kalau lah post tu ditulis dengan lemah lembut budi bahasa (pdhl nama pun nak KUTUK bkn nak nasihat kan), xde la cecah 64k pun...

    Lumrah manusia,bila RAGE, bila BENGANG, mesti la nak share link tu kan? lol...

    I dont care about the traffic pun.. ayat skema, tp tul la..post tu sdiri post lapuk.. bln april nye post...skrg dah mei..punya la aku xkisah nak update blog tu kan :P

    Cite dia skrg ni, bila ramai yg baca, dulik la masuk hati ke, masuk otak ke, menusuk kalbu ke, asalkan dah RAMAI yang baca. Macam mana diorg nak terima, tu diorg punya psl...yg pasti, mesej kutukan aku tu SAMPAI.. :)

    ReplyDelete
  26. 1stly thanks sudi jengah blog ni.. & thanks lagi sebab berhujah secara berhemah disini. Sy hormat apa yang pendapat kamu tp entri ni sekadar menegur bukan mengutuk atau mengumpat. Memang bila entri itu panas dia akan jd hot.. tp tak kekal lama. Yg tersemat dlm hati orang membaca cuma keburukkan. Betul kamu cuba sampaikan sesuatu tp cuma tak kena & sopan caranya. Apapun terpulang pada diri sendiri. sbg manusia kita cuma mampu saling ingat mengingati

    ReplyDelete
  27. syabas cik lekit..we support you!
    Kalau bahasa kasar takkan meninggalkan kesan untuk berubah,yang orang akan ingat ialah apa yang buruk

    ReplyDelete
  28. wow...terlepas story hanget..
    mmg superbb la...

    ReplyDelete
  29. penah baca dulu kes ni..emm dia nak tegur orang tapi dia maki maki..cemana tu?

    ReplyDelete
  30. saya pergi ke link mak dara tu but turn out link 2 da diremove..=( where can i find the link elsewhere..?nk bc jugak what the blogger wrote about..-silent reader-

    ReplyDelete
  31. gila lah diorang ni.. hahahhaha tak habis2..

    ReplyDelete
  32. dah baca entry tu..suka benor la guna perkataan kesat2 kan..haish..

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Salam...

    Bahasa mencerminkan peribadi ye anak2..

    Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya.
    Rasulullah saw berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.”
    (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

    ReplyDelete
  35. akak,kenape benarkan monster tu komen kat sini..kang sy buat lagi entri pasal dia kang ade yg marah kat sy lak nnt!,hi3 apa2pon semoga ALLAH bagi hidayah semoga mulut dia x lancang mcm tu yek,hi3

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com