Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Peace No War
P/s : PenTulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je..

27 June 2011

BAKAL PENGANTIN LELAKI HARUS BACA! HARAM PAKAI INAI

Kenapa sang lekit highlight kan pengantin lelaki kat situ? Sebabnya kalau hari - hari biasa ni jarang sangat nak tengok lelaki berinai bagai kan tapi bila nak jadi raja sehari hampir kesemua lelaki melayu/islam mesti berinai di 3 jari, betul tak? Dah menjadi adat turun temurun orang melayu berinai masa nak berkahwin ni, kan??

HASIL CARIAN GOOGLE. SEKADAR HIASAN

Agak jahil tentang perkara ni buat sang lekit sedikit terkejut bila membaca di blog 'Jom Klik Blog' yang berkongsi info tentang hukum lelaki memakai inai di jari.  Bila sang lekit cuba search melalui google.. memang ada artikel berkenaan hal ni. Tapi ada juga yang kata harus walau banyak artikel yang sang lekit jumpa menyatakan ia haram. Sang Lekit tak berani pula nak buat keputusan sebab ilmu sang lekit ni seinci pun tak sampai. Kena rujuk kepada orang yang lebih pakar & arif.( Boleh rujuk DISINI tentang hukum lelaki memakai inai)

Tapi bagi pandangan & pendapat peribadi sang lekit la.. kalau ianya haram adalah lebih baik semasa bakal pengantin mengikuti kursus pra kahwin penceramah yang bertugas tu selitkan isu hukum lelaki berinai ni. Sebab adat ni dah sebati dengan masyarakat kita sehingga jarang kita lihat orang tak buat. Kalau ia haram elok la di tegah. Tapi dalam kursus kahwin sang lekit tak pernah pula dengar isu ni di bangkitkan untuk memberitahu para pengantin supaya mereka tidak melakukan perkara yang di tegah semasa hari bahagia. Kenapa yer takde pun mana2 penceramah highlight benda ni masa kursus pra perkahwinan. Rasanya ramai yang tak tahu, sebab ramai yang masih buat.

Ini cuma pandangan peribadi jer bukan berlagak pandai. Jadi jangan la hentam sang lekit yang masih tidak sempurna bila menulis isu2 berkaitan keagamaan macam ni. Tujuannya sekadar berkongsi ilmu & sama2 mempelajari. Tak salah kan??

14 comments:

  1. aku pun baru pertama kali dengar ni. alasan haram tu apa ya?

    ReplyDelete
  2. err first time dengar ni .. aah kan .. kne tanya time kursus tu nanti .. huu

    ReplyDelete
  3. Hmm... pekara nie memang susah sket nak komen sbb dah masuk pekara cabang.

    Mungkin itu sbbnya org lelaki tiga jari aje sbb nak bg tau pengantin baru.

    Dari link yg saya ikut kat Love2 islam tue pun hadis yang ada tue masih general.. tak cukup spesifik lagi.

    Inai bg majlis kawin bg org lelaki bukan tujuan mencantikan paras rupa, tapi untuk istiadat dan tujuannya nak memberitahu, saya baru berkahwin.

    Malaysia nie nama je negara Islam, tapi banyak hukum hakam meraba-raba, aiyakK!!! kita yg jadi mangsa.

    ReplyDelete
  4. kalau perempuan pakai inai x apa,kalau lelaki mmg haram pon,coz tu lah ustazah sy kata mmg haram kalau lelaki pakai inai maybe mungkin tiru perempuan kot,tu sb haram

    ReplyDelete
  5. oh inai kaki dgn tangan haram sebab menyerupai wanita. takpe lah. takde dalam tradisi pun dan tak terniat nak pakai. setuju kena bagitau orang jugak ni, sebab sesetengah tempat pelik sikit lelaki pun nak berinai skali.

    inai badan je kot haram tapi inai rambut dan janggut sunat. kalau ada kudis/luka pun sunnah letak inai.

    ReplyDelete
  6. haah betul tu cik lekit,masa kursus kahwin takde pun diselitkan do and dont's masa kenduri kahwin.Ke ustad ustad tu mintak kita tanya kat diorang?
    First time jugak dengar ni..so bakal roommate tak payah pakailah

    ReplyDelete
  7. nt kalau sy g kursus kawen, sy akan tanya ustaz eh..

    ReplyDelete
  8. Alamak..betul ke?
    Ni guna inai daun ke atau inai Henna tu?
    Aku dulu kawin pakai yg daun inai saje.

    ReplyDelete
  9. Yup tak salah kongsi ilmu macam ni.. kadang² cuma kita je yang pandang remeh benda macam ni. Nak senang biar pompuan je pakai inai tu.. bukan tak dapat bersanding pun tanpa inai di jari... ye dak? ;D

    ReplyDelete
  10. mmg dah tau psl mende ni...tq for sharinf...

    ReplyDelete
  11. oooooooooOOOOOoooooooo yeake...
    dri sendiri da kawen, so amek tau untuk anak3 insyaALLAH..
    mekasih atas ilmu yg dikongsi~

    ReplyDelete
  12. haram ke??
    akak tak tau la pulak..
    bru nak google..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!