Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Peace No War
P/s : PenTulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je..

Ni je yang saya ada untuk korang LIKE

24 June 2011

SENARAI KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

kewujudan ajaran sesat ini mungkin berpunca daripada golongan orang-orang sesat iaitu mereka yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

 Salah seorang pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin. Hasil carian google

Ditarifkan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalan dibawa orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat di Malaysia, antaranya; guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu, mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup, meminta pertolongan daripada orang yang telah mati dan mempercayai diri atau pengikutnya sahaja layak mendapat ma'unah (pertolongan Allah).

jenis ajaran sesat yang ada di negara kita:

1.Budi Suci Sejati
2.Silat Sunda Pukulan Ghaib
3.Potong Maya
4.Kalimat Sakti
5.Mohd Nordin Putih
6.Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
7.Al-Arqam
8.Syiah Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
9.Tarikat Mufaridiah
10.Tarikat Aurad Ismailiah
11.Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
12.Ajaran Ayah Pin

Banyak lagi sebenarnya kumpulan ajaran sesat yang wujud di negara kita. setiap umat Islam harus bertanggungjawab dan mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan ajaran Islam sebelum menyertai sesuatu ajaran.

Rujukan : Sinar Harian


Entri ini hasil dari artikel akhbar bagi tujuan berkongsi informasi untuk semua.

15 comments:

  1. ramai yang terjebak kerana suka belajar secara sembunyi-sembunyi samaada kerana malu tiada pengetahuan agama yang cukup atau niat asal tidak ingin bising-bising...akhirnya...sesat dihujung jalan....

    ReplyDelete
  2. hadehhhhhh ape daaaaaaaaaaa .. sepuk kang

    ReplyDelete
  3. biar jahil akidah, jangan jahil iman. erk, betul ke pe aku ckp ni =.=

    ReplyDelete
  4. bila manusia cetel ilmu agama semua nak jadi nabi.. adoi~

    ReplyDelete
  5. ajaran blog sesat xde kan???haha...
    jom check sini..
    http://89shah.blogspot.com/2011/06/hasil-webcam-ku-bersama-bintang-dunia.html

    ReplyDelete
  6. semua ajaran sesat menolak quran dan sunnah nabi...walhal kita hidup harus berpegang kepada dua perkara tu

    ReplyDelete
  7. mereka ini terlebih bimbingan agama, smpi ley wat ajaran sendri...ish2....

    ReplyDelete
  8. Silat sunda pukulan ghaib?? perghh..nasib baik dulu aku belajar asas gerakan je. Dulu silat-silat lain pun banyak jugak ajaran sesat, sampai senior aku dulu tak bagi budak join silat. Tapi ahamdulillah sekarang dah kurang. Dah takde bukak gelanggang dengan qunut dgn sedekah surah kat wali2 entah pekejadah semua tu.

    ReplyDelete
  9. ni ha ajaran sesat yg popular skrg ni, ajaran kebenaran asalama, yg mana pengikutnya membaca al-Quran tanpa baris.mcm baca tulisan jawi.ni link slh satu blog yg sebarkan ajaran tu http://mahadaya-asalama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. sush sgt ke nak ikt ajran islam yg betul haih

    ReplyDelete
  11. dulu kat uitm , ade sorang budak ni, fanatik sangat dgn gayung n silat cekak hanafi..


    last last duk puja setan, pakai baju setan... ishhh teruk betul budak tuuu

    ReplyDelete
  12. sy x menyebelahi mana2...tp kite xbleh melabel semua name2 tersebut sesat..sbg contoh,ayah pin,itu terang2 kite tau memang sesat sgt ar..tp adkh benar ajrn2 lain itu sesat...kite kne tau cara mereka mengamalkanya...bermaksud bkn kite nk blaja la..cme cr pengetahuan tntng ape yg diamalkan oleh mereka..bertanya pada pengamal,jgn tnye pd org lain(bkn pengamal itu sendiri)..kemudian kite rujuk pada yg lebih arif hal2 agama,contohnya spt ustaz2..

    Cme ingin berkongsi...

    ReplyDelete
  13. Ade fan page anti ayah pin kat fb,hahahahaha sume marah kan ayah pin siap mencarot lagi astaufirullahalazim..mmg ayah pin ni psiko kot,hahahaha

    ReplyDelete
  14. bile lah segala ajaran sesat kt dunia ni nk lebur.. sadis sungguh.

    ReplyDelete
  15. Sesat bermaksud terkeluar daripada jalan yang betul, jadi apa jalan yang betul itu? Jalan yang betul itu ialah Islam, maka Al-Quran & Al-Hadis adalah jalannya sekira ada orang yang mengaku Islam tetapi tolak anjuran kedua-duanya maka sesatlah, tiada kompromi!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!