CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH

9/09/2011 09:26:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Meriahnya blog melekit dengan cerita2 lepas bersalin ni kan?? Macam bagi peluang pada para pembenci blog melekit untuk cari bahan nak kutuk sang lekit. Maka timbul la isu2 konon sang lekit ni kutuk orang yang suka canang kisah peribadi, alih2 sendiri yang dok kompang cerita peribadi kat blog. Pada mereka yang kurang paham atau ada masalah pemahaman tu.. kat sini sang lekit nak jelaskan buat sekian kalinya, kisah peribadi yang sang lekit maksudkan tu adalah kisah yang tak patut menjadi bacaan umum. Kisah2 yg mampu membuka aib sendiri. Harap maklum yer...

Berbalik pada kisah di wad bayi.. Masa Shahila @ Cik Lala (panggilan si acu pada anak buahnya) kena tahan kat wad sebab kuning sang lekit sempat juga la dengar cerita dari para2 ibu kat wad tu. Macam biasa la sang lekit ni jenis suka dengar & jarang nak cerita lebih2 lagi dengan orang yang baru kenal macam tu. Ada sorang adik ni, muda lagi. Umur baru 17 tahun. Bersalin anak pertama mula buka cerita yang dia ni kawen muda sebab terkongkong. Menurut cerita dia, dia di besarkan family angkat. Kehendak dia jarang di penuhi & pergerakkan dia dia agak terbatas. So, nak keluar dari kongkongan keluarga maka dia pilih berkahwin. Kata dia kawen umur 16.. 17 tahun dapat la anak.

Ada sorang perempuan india kat situ. Umur baru 21 tahun. Dia pula kawen sebab nak sambung belajar. Dari cerita dia katanya.. mak dia tak bagi sambung belajar lepas SPM walau SPM dia gemilang, cemerlang & terbilang. 11A tu Uolls. Mak dia nak kawenkan dia dengan pilihan family tapi dia taknak.. Dia nak kawen juga dengan pilihan sendiri & akibatnya dia di sisihkan keluarga tapi dia tak kisah sangat sebab dia dapat apa dia nak macam nak sambung belajar. Abis diploma katanya dia dapat anak, lepas ni kata dia lagi nak sambung degree. Semua husband dia yang support.

Ni kisah yang paling ngeri & kesian bagi sang lekit. Kisah seorang perempuan warga indonesia, berkahwin dengan lelaki melayu tempatan. Dia tinggal kat kedah, datang KL katanya nak renew pasport. Tumpang la rumah kawan. Bila semua orang keluar kerja, tinggal dia sorang2 kat rumah. Tanpa terduga tiba2 turun darah pada kandungan dia yg baru 7 bulan & lepas tu katanya terus rasa nak bersalin & bersalin sendirian kat rumah. Sebab takde sesapa dia nak minta tolong terpaksa tunggu sampai kawan2 dia balik kerja. Bayangkan, dari cerita dia, bersalin pukul 2++ petang, terpaksa tunggu sampai pukul 6++ sebelum di bawa ke hospital dengan ambulan. Sang lekit tak dapat bayangkan.. macam mana dia bersalin sorang2 kat rumah. Nasib baik semuanya selamat.

Itulah sebahagian kisah2 yang ibu2 yang pertama kali melahirkan anak kat wad bayi. Sang lekit takde cerita yang menarik pun nak share dengan dorang. Jadi hanya dengar je la dorang cerita. Lagipun sang lekit tak biasa sangat nak cerita dengan orang2 yang baru kenal kecuali kat blog.

18 comments:

  1. kawen muda pun ok jugak kan..
    yang penting pandai bawak diri..

    besalin sorang2..
    alahai..
    telepon tak de ke??

    ReplyDelete
  2. orang perempuan je dapat mengalami saat perit melahirkan anak ni kn.. woman the best kak :)

    ReplyDelete
  3. dlm wad lah besh leh jalan2 kan kak,dgr pengalaman org.heee.

    cik lala punya piccy mana sis.

    ReplyDelete
  4. pengalaman orang lain berbeza2 kan?

    ReplyDelete
  5. Lain org lain pengalamannya tp ia ttp 1 pngalaman berharga.. Kan dik kan?! Cik lala!! Mana gambar mu lg.. Ibu nk tgk.. ;)

    ReplyDelete
  6. aku anak kedua dan ketiga aje duk sebelah bini, anak sulung misi tak panggil.....

    ReplyDelete
  7. ko gi mana nok? lama betul tak nampak????? bertangas ke??? rindu tau tak

    ReplyDelete
  8. Inilah keistimewaan kaum wanita..sangat terharu dgn wanita seperti ini..tak ramai yg sanggup meniti perjalanan hidup seperti itu..

    ReplyDelete
  9. alahai..kuatnya perempuan indon tu..

    bagus lagi kawen muda daripada ngandung takde bapak.

    ReplyDelete
  10. salam raya
    gua selalu bersalin baju di rumah

    ReplyDelete
  11. bersungguh-sungguh akak nora scroll kisah lama-lama..aduh..banyak nak kena baca ni..papehal cari gabo baby dulu..huuu..comel..selamat semuanya ye lekit..Alhamdulillah...dah lama akak tak online..hari2 terpikir mesti dik lekit dah melahirkan..apapun jaga diri dalam berpantang ni ye..tahniah..

    ReplyDelete
  12. hehehe.. mayb agak diaorg ni mmg nak meluah kot.. xper.. tahniah dgn diarg dah ada anak.. nikmat yg besar.. setiap ada crita tersendiri

    ReplyDelete
  13. macam macam kisah kehidupan ni sebenarnya kan. duduk kat hospital je, boleh nampak macam macam perkara berlaku disekeliling kita ni.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. bersalin jugak beliau..

    ReplyDelete
  15. kawin muda elak maksiat..
    betuahnye mereka:)

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan. Terima ksh krn sudi berkgsi pengalaman dgn pembaca.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com