Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Pendapat penulis jugak mungkin berubah mengikut situasi, masa & kematangan jadi tengok tarikh entri sebelum menghentam & mempertikaikan perbezaan pendapat di dalam entri2 dulu kini & selamanya. Peace No War
P/s : Penulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je.. Andai ada yang terasa saya minta maaf, kadang2 kebetulan itu menjadi salah sangka cuma harap kita tidak menjadi musuh.

24 April 2012

SENYUMAN PALING MAHAL

Setelah 8 bulan sang lekit berusaha dengan sedaya upaya.. akhirnya dengan semangat yang tak pernah putus asa berjaya jugak. Susah sangat. Tak semudah macam ibu2 lain. Macam2 aksi badut sang lekit lakokan sebelum ni tapi tak berjaya.

Apa benda yang sampai kena buat aksi badut ni?? Kisah Cik Lala puteri sang lekit la yang susah sangat nak senyum bila nampak camera tuju kat muka dia. Lala memang tak murah senyuman kalau dengan orang2 dia tak kenal. Tapi bukan la dia jenis susah senyum. Kat Rumah senyum tawa dia memang setiap hari tak pernah miss pun. Yelah dengan mummy & daddy yang sejak lahir dia kenal mesti la dia senang senyum. Tapi bila sang lekit cuba snap pic dia senyum.. auto dia buat muka kerek. Dia akan pandang camera tapi dengan muka takde perasaan. Tiap2 hari juga try dapatkan shoot senyum dia.

Tapi bulan kelapan ni sang lekit berjaya jugak snap beberapa gambar lala senyum & ketawa. Punyalah teruja sampai tulis entri ni. Bagi korang mungkin biasa la dapat snap gambar baby korang senyum tapi bagi sang lekit macam dapat Anugerah Jurukamera terbaik pula bila berjaya ambil gambar lala senyum & gelak. Memang susah sangat. Kalau korang perasaan sebelum ni gambar2 lala yang sang lekit Upload mana ada gambar lala senyum apa lagi ketawa. Bagi mengabdi memori ni.. Maka benda ni harus di sejarahkan dalam blog melekit. Jom tengok senyuman lala yang menawan kalbu mummy & dady nya ni..

 Tu dia sekali gelak besar dapat snap.. Tapi kena jadi badut dulu la mummy

Senyuman yang terlepas.. bila dia perasan orang snap terus dia lock senyum dia

Senyuman paling mahal dari Cik Lala Ku

P/S : Pc Masih ICU.. Maaf tak dapat buat lawatan ke blog sesapa lagi.

11 comments:

  1. banyak gambo senyum dia..kan manis sis Lala!!

    ReplyDelete
  2. Inilah senyuman paling mahal dalam dunia

    ;-)

    ReplyDelete
  3. memang senyuman paling mahal....nie mesti dah jadi salah satu gambar dalam wallpaper HP kan...hehehe

    ReplyDelete
  4. dia segan nak senyum kot..
    maklum la..gigi tak dak..
    ekekekek..
    kan lala???

    ReplyDelete
  5. Hehe..x lama suka la senyum tu..
    Comey si mata bolat ni..geram!

    ReplyDelete
  6. nanti ambil rupa mummy tgh mengagah lala yer..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!