BILA DAH GENAP 9 BULAN..

5/20/2012 08:32:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba.

Lala Hari ini.

Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je dia akan berpusing & meniarap dalam buai. kadang2 kaki keluar dari buai, kadang2 kepala terdongak keluar buai. Aksi2 lala sekarang banyak merisaukan sang lekit. Walau dia tidur sekalipun sang lekit nak buat apapun mesti 5 minit sekali jenguk dia. Tak kira dia tidur dalam buai atau kat atas tilam je.

Lala semalam. Kat Genting dengan mummy & dady

Lala memang banyak habiskan masa tengok TV. Tengok kartun kat TV9 @ tengok iklan2 kat tv. sambil dia buat la aktiviti lain selain memantapkan lagi skill merangkak dia. Bab makan pula.. lala sekarang memang semakin banyak makan bubur. Susu masih lagi susu ibu cuma sang lekit tambahkan dengan susu formula. Tak banyak sangat.. 1 hari 60ml je bagi sebab susu original lala masih banyak & cukup. Yang bagi susu formula sebab 2 bulan lepas masa check up berat lala tak naik banyak. Sebab nak lala montel macam baby lain bukan je lala minum susu formula, mummy pun turut minum susu Anmum. Masa baru lahirkan lala pun sang lekit minum susu Anmum cuma berhenti sekejab sebab masa tu susu terlampau banyak. Tak sempat lala nak minum. Sekarang untuk memastikan susu yang lala minum cukup zat sang lekit ambil la semula. Lala jugak akan minum vitagen apel hijau setiap hari selepas makan lebih kurang 50ml yang sang lekit bagi 2 kali (sekali minum dalam 25ml). Dia makan pun 2 kali 1 hari. Untuk mengelakkan lala sembelit. Petua ni sang lekit dapat dari seorang ibu di kelab Ibu Comel kat FB.

Lala dengan acu. Jelir lidah nampak sikit lesung pipit tu

Semalam bawak lala main2 kat genting. Teruja dia tengok lampu2 & banyak benda bergerak2. Selalunya jalan2 kat KL je. Angkut sekali Ateh An & Acu. Lala lebih minat dengan Ateh An walaupun masa mula2 dulu dia tak minat dengan Ateh An. Hanya dengan Acu je. Tapi sekarang Acu dah jadi last choice. kesian Acu.. di mak tirikan lala. Hanya 2 orang mak sedara lala tu la yang rapat dengan lala sebab dorang tinggal tak jauh dengan lala. Jadi lala selalu di jenguk la 2 mak sedara dia. Yang lain2 kat utara tu.. sekali sekala je dapat jumpa.

Itulah perkembangan lala sehingga hari ni yang genaplah umur dia 9 bulan. Apa yang sang lekit harap lala sentiasa sihat, ceria, aktif & menjadi anak yang baik & cerdik. Dalam membesarkan anak 1 perkara yang sang lekit belajar adalah jangan malas. Jangan malas pujuk dia makan bila sampai masa dia perlu makan.. jangan malas untuk melatih dia dengan kemahiran2 baru, jangan malas jaga kesihatan & kebersihan dia..  Kalau malas tu la punca masalah dari semua sudut. Jadi pada ibu2 walau sebelum ada anak kita ni pemalas dah ada anak kita kena rajin la, kan??

18 comments:

  1. comelnya lala, makin aktif yer...

    ReplyDelete
  2. sudah 9 bulan..alhamdulillah..membesar bagai juara..
    hehe...havoc kan kat umah..tunggula bila dah 'dpt kaki' n suara..maunye potpet2 x henti2..


    *time kasih utk header tu..shantekkkk*

    ReplyDelete
  3. vitagen tu kira susu berkultur kan? sy penah baca satu artikel yg tulis dokter la..

    kalau susu berkultur ni anak umur 2 tahun br leh bg sbb dia ada gula..anak bawah 2 thn buah pinggang dia belum cukup matang nk proses gula tu semua..


    tp dadih dh leh bagi lps 7 bulan..better lekit beri dia minum air masak, jus buah tanpa gula utk elak sembelit tu..


    ni just share apa yg sy penah baca je :)

    ReplyDelete
  4. Comel tul dengan lidah terjelir tu ;)

    ReplyDelete
  5. bila dah ada anak ni nak tak nak kena rajin la...
    malas cemana pun tetap kena rajin..akak dulu masa bujang malas nak uruskan bayi2 ni.anak2 sedara semua tak rapat dengan akak sebab malas akak nak layan depa.tapi bila dah ada anak malas ke tak malas ke kena buat.lama2 benda tu jadi wajib buat pulak..;p

    ReplyDelete
  6. sma ngn adik kiter..suka tgk kartun tv9 smpai org len xleh tgk tv

    ReplyDelete
  7. comel sgt,,pastu fotogenik plak tu,,seronok ada anak ni,,ntah bila leh rasa,,,huhu,,neway sblm ni jumpa blog ni dr FB,,ingtkan dh memg follow,,rupanya blum lg,,;),,done follow here,,,suka entry status pregnancy Fasha tuh,,

    ReplyDelete
  8. comey la dia~ bebudak memang penyeri hidup, mereka menceriakan dengan telatah yang macam2 ada.. hehe

    ReplyDelete
  9. pinjam lesung pipit boleh? comellahhhhhh baby u

    ReplyDelete
  10. comeynya lala~ saya bayangkan dia macam kuceng yang dibawak berjalan dalam kete...jakun tengok kete, lampu jalan sume..ahahah

    ReplyDelete
  11. aksi jelir lidah yang mahal tue...hehehe

    ReplyDelete
  12. comel..!! alar lekit.. x gemok pon xper lar.. sihat jek dia.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. alahai comels nya kak! seyes! pandai lak jelir2,gerammmmmmmmmmm.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com