MASAKAN CEPAT BASI TANDA GANGGUAN JIN

5/11/2012 12:59:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Jenjalan kat FB terjumpa pulak info pasal ni. Sang Lekit ni bukan la pandai sangat bab2 jin & syaitan & terminat nak share bila dalam info ni mengatakan salah satu tanda gangguan jin dalam rumah adalah masakan cepat basi. Mungkin info ni juga berguna untuk orang lain apa salahnya sang lekit selit dalam blog melekit ni.

Untuk tidak mengundang salah faham/salah bahasa/salah sangka/salah tulis maka sang lekit copy paste je bulat dari info asal. Jadi kalau nak tahu sila baca hingga ke noktah terakhir yer..


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )


Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas


Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam
www.facebook.com/mayeenazrich


Sekian copy paste dari sang lekit. Moga dapat memberi manafaat kepada yang memerlukan.

P/S : Info ni sebenarnya dapat dari share cikgu sekolah sang lekit dulu. Thanks yer cikgu walau dulu kitorang (geng nakal) suka gelarkan cikgu ***tet** (kena sensor). kekekeke
 

10 comments:

  1. Aku suka post ni!Sejuk mata melihat post ni... Post macam ni yang kita nak (^^) Setiap kali aku buka blog.. banyak gang2 yang cakap pasal politik dan isu x puas hati.. Heheh.. Thanks Lekat Lekit Gurls! Gud Post!

    ReplyDelete
  2. tq for sharing..umah lama cma dulu ade jugak kedengaran bunyi guli bergolek2 tak kira siang buta @ tgh mlm..dn yg x best..tingkat atas umah cma xde org yg menginap! huhu

    ReplyDelete
  3. sekarang ni akak masak nasi je selalu basi.dah seminggu dah.pujuk diri sendiri .."beras ni lain.."hehe..
    tapi tanda2 yang lain tu tak de la..

    tapi kan..tapi lagi...
    sebelum budak2 bujang dok umah sebelah ni akak selalu dengar bunyi guli jatuh kat lantai dan orang tarik perabot.bunyi dari umah sebelah la..
    bukan umah akak..
    tapi sekarang tak de dah sejak budak2 bujang ni pindah kat sebelah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana berkongsi info yg amat berguna ni :)

    ReplyDelete
  5. salam. mmg betul psl makanan cepat basi tu! saya baru pindah rumah baru. rumah ni dah 6 bulan takde orang. kalau masak pagi, petang dah basi. pastu, ada ustaz tu kata, orang dalam rumah tu nanti batuk dan sakit-sakit badan dalam tempoh yg lama. pun betul gak. kalau nak betul-betul confirm ada atau tak, ustaz tu suruh tabur garam kasar kat setiap penjuru rumah. kalau garam tu cair, maknanya mmg ada.

    ReplyDelete
  6. nice sharing sis,
    memang kalau tempat yang ada
    makhluk halus ni keta jadi seram,
    takuuuttt >_<

    ReplyDelete
  7. ada ustaz cakap jugak, kalo nk detect dlm diri kita ada gguan jin atau x, cuba dgr azan. if masa dgr azan tu, dada kita bergetar hebat, resah, tandanya betulla ada gguan. wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Salam. Saya bru pndh umah.setiap kali msk nasi mentah dan cpt basi. Sye selalu kne sakit2 bdn. Sakit2 pinggang. Btl ke tu ganguan jin? Plz bg info kt fb sye. Nurrysabri. Tq

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum . Memang nasi cepat basi sejak menggunakan beras jenama lain sebab sebelum ni xpernah lagi Cuba beras ni. Masak lebih kurang pukul 2 lepas Tu tengok awal pagi dah basi, yg hairan nya sebelum ni tak De Pula basic awal ,esok pagi Tu siap buat nasi goreng lagi sebab Tu masak lebih sikit ,tapi semenjak guna beras ni dlm 4 Kali dah ,xboleh nk sampai pagi Dan terpaksa buang , disebabkan 4 Kali basi ni lah yg membuat Kan saya buat research , mudah2han bukan lah sebab Kan itu .

    ReplyDelete
  10. Jangka hayat lauk basi tu beraoa jam ye.. kalau masak smpai 7 jam lauk basi, tu normal ke x..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com