Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Pendapat penulis jugak mungkin berubah mengikut situasi, masa & kematangan jadi tengok tarikh entri sebelum menghentam & mempertikaikan perbezaan pendapat di dalam entri2 dulu kini & selamanya. Peace No War
P/s : Penulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je..
Buat yang berniat nak copy paste. Aku tau blog aku ni tulis isu2 semasa yang boleh copy & paste kat mana2 pun orang tak boleh detect kalau korang tak mention pun dari blog aku, tapi Ingatlah.. mencuri itu dalam apa juga agama pun salah.

07 August 2012

HUKUM LELAKI MEMAKAI PAKAIAN KETAT & MENUNJUK OTOT

Lelaki kalau cakap bab aurat perempuan khatam sungguh.. sana sini dia nampak silap. Tapi dia lupa pulak nak study aurat dia. Mungkin ada sesetengah lelaki rasa dia lelaki &i dia tak payah pakai tudung.. takde benjolan2 kat badan.. pakai apappun ok je, kan?? Walhal kita semua tahu lelaki pun ada auratnya jugak.

Pinjam dari blog : Pakar Cinta
Sebenarnya ramai lelaki tak sedar cara berpakaian dorang selama ni salah dari sudut agama dan Salah satu pakaian lelaki yang tak menepati syariat adalah.. Mengenakan pakaian nipis dan ketat. Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.  Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.   (Untuk info penuh tentang kesalahan lelaki dalam berpakaian clik kat SINI )

Wahai lelaki walaupun lelaki tak wajib pakai kopiah/songkok/sarban macam perempuan pakai tudung tapi ketahuilah.. dalam kaum lelaki yang asyik menyindir/perli pasal perempuan tak tutup aurat ni apakata ambil masa sekejab je belek pakaian yang melekat kat badan korang. Tengok dari hujung kaki sampai hujung kepala.. dah sempurna ke aurat tu tertutup??

Entri bukan la serangan balas pada kaum lelaki yang asyik point aurat perempuan jer tapi sekadar perkongsian ilmu hasil dari berguru dengan google. Apa salahnya ilmu yang secubit ni di kongsi untuk memberi manafaat pada yang membaca. Jadi kaum adam jangan la terasa entri ni menyindir lak kalau terkena batang hidung. Anggaplah ia satu kebetulan jer yer...

Sekadar peringatan : Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa seperti gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.

20 comments:

  1. Apa hukumnya meletakkan gambar hiasan lelaki berbaju ketat di blog? Gurau aje...

    ReplyDelete
  2. wah first time dengar pasal ni, terbaik post ni.. thanks ye..

    rasanya kalau ada jenis yang panas baran, mesti main komen pedas2 punya. hehehe..


    Jemput join mini-contest sy k:
    http://www.azri.my/2012/08/eyriqazz-vs-denaihati-u.html

    HADIAH DAPAT DUIT RAYA TAU :D

    Thanks :)

    ReplyDelete
  3. betulla lekit.. jarang yg bercakap psl aurat lelaki kan?

    ReplyDelete
  4. lepas ni diorang kena letak cermin besar-besar depan pintu keluar.. hehe

    ReplyDelete
  5. saya lelaki jugak.
    tapi takde la pakai baju keketat nie...
    tapi takat pakai singlet sensorang kat bilik ade la...

    ReplyDelete
  6. salam.. aurat laki hanya sekadar dari pusat hingga ke lutut sahaja.. brkenaan dgn pkai ketat dan nipis, ia hanya trmaktub utk wanita sahaja.. tidak trmasuk lelaki.. bagi lelaki, walaupon tubuh hanya bersalut lumpur sekalipon(lumpur sahaja), dlam erti kata laen, nmpka ape yg trtutup, trjuntai ape yg patut, masih lagi dikira tutup aurat, dan sah utuk solat(diingatkan kemali, hanya bersalut lumpur)..thx.. wallahualam

    ReplyDelete
  7. lelaki dan pompuan sama je.. rasa seksi mula la nak tunjuk kat orang.. simpan sorang-sorang sudah.. tak perlu la nak tayang sini sana..

    ReplyDelete
  8. cukup tak berkenan tengok lelaki pakai baju ketat..
    dah rupa apa entah..hhahah

    ReplyDelete
  9. tapi lagy dashat kan kalau wanita pula yang ketat sana-sini tapi bertudung,but tak taw nak cakap ape-ape,

    ReplyDelete
  10. banding laki dengan puan pakai ketat mane lagi power? pikio lah sendirik.. :D mmng klau laki akan backup laki dan begitu jugak perempuan, tapi cube tengok fakta, laki dengan puan yang same pakai ketat, mane lagi jadi perhatian orang ramai? :D kalau cakap pasal hukum, berbalik pada komen sedara kat atas tadi lah, aurat laki sebatas mane banding perempuan? tapi aku salute post ni, sebb buatkan aku nak carik lagi masalah hukum laki pakai pakaian ketat nih.. gud2..

    ReplyDelete
  11. tak perlu la nak emo.. ini cuma berkongsi Info. tak blh terima tu terpulang la.. tak payah nak banding perempuan yg x tutup aurat dgn lelaki yg x tutup aurat sbb dua2 pn salah.. pertikaian mcm tu x membetulkan pun mana2 yg salah.

    ReplyDelete
  12. Apa gunanya menutup aurat jika sikap dan perlakuan orang itu tidak senonoh dan melakukan perkara-perkara yang dilaknat seperti ragut, bunuh, rasuah dan sebagainya? Yang penting ialah kekuatan dan jati diri kita dan bukan sekadar luaran sahaja. Yang lebih penting hati kita.

    ReplyDelete
  13. Kalau pakaian renang dalam acara pertandingan macam mana?

    ReplyDelete
  14. ekceli lelaki yang pakai ketat ni jadi perhatian orang ramai jugak lah. sama jugak dengan perempuan. tak de bezanya.

    saya ada tanya ustazah pasal aurat laki ni. yess ustazah kata sama jugak laki. pakai ketat, nipis, jarang pun tak boleh. nampakkan aurat jugak.

    wallahualam :)

    ReplyDelete
  15. Pakaian lelaki ketat boleh naikkan syahwat wanita ke??.,

    ReplyDelete
  16. lelaki aurat dari pusat smp ke lutut..jadi kalau pakai baju ketat tu dikira membalut aurat jugak ke mcm pompuan?fikirkan semula sebelum menulis..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!