11 February 2013

CIKGU SHIDA KEMBALI DENGAN GAYA RAMBUT PUNK

Lama betul cikgu shida tak muncul dengan koleksi baru video miming dia kan?? Dan.. sang lekit pun dah lama tak setori mori pasal cikgu shida ni, kan?? Rasa rindu pulak nak menjenguk khabar cikgu shida setelah lama sang lekit merajuk dengan cikgu shida sebab dia marah sang lekit sebab selalu up entri pasal dia.. kekekekekeke (konon merajuk gitu!! hahahahaha)

Berbalik pada setori hot & spicy pasal cikgu shida.. kat sini sang lekit nak tolong promosi la. Cikgu shida dah kembali dengan album terbaru.. op's video miming yang terbaru yang bagi sang lekit boleh pengsan jugak mak bapak anak murid cikgu shida kalau tengok. Sang Lekit dah tengok.. harus kena tengok sebab nak tau apa cerita di sebalik gambar yang cikgu shida upload kat FB dia tu. Gambar dengan rambut ala2 balung ayam jantan atau rambut trojan yang menjadi kegemaran budak2 punk.



Kalau ayam jantan tengok mesti berkokok pun pitching lari.. budak2 punk tengok pun terus minta tutorial nak buat rambut tu. hahahaha

Ingatkan setelah sekian lama bercuti dari miming cikgu shida akan kembali ke arena miming dengan konsep ilmiah sikit. Rupanya.. lagi advance dari dulu. Hadoi la cikgu shida.. Makin seksi pulak gelek cikgu shida ni sang lekit tengok. Mungkin la kot dia cuba nak kembali kan saat kegemilangan dulu dengan buat video miming terbaru macam tu. Yelah.. tanpa kontroversi susah la sikit orang nak bagi perhatian, kan??

Apapun cikgu shida.. sebagai FANatik cikgu shida.. sang lekit harap cikgu shida terima entri publisiti ni dengan hati yang terbuka yer.. Jangan risa nanti sang lekit attach sekali video miming terbaru cikgu shida untuk tontonan pembaca blog melekit ni. kekekekeke

Jom tengok gaya rambut punk & gelek cikgu shida ni



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

18 Komen Melekat:

Shahada Fauzi said...

pengsan~~~~ (-_-")


tengok dalam vid ni macam lelaki pulak rupa cikgu shida ni..hehe..ramping gile pinggang..tu die gelek sakan kot..:P

Encik H said...

makcik ni bukan drpd dulu pakai tudung ke?

munie henna said...

boleh pengsan...xdk perasaan malukah??haiizzz

munie henna said...

di manakah letaknya kemaluan beliau??xda perasaan malukah??haiizzz *pitam*

munie henna said...

dimanakah letaknya kemaluan beliau??tidakkah ada perasaan kemaluan itu??

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

jap! jap! akak nak tengok dulu...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

jap! jap! akak nak tengok dulu...

najihahfara said...

rambut trojan pulak huhu

Nyamuk Terbang said...

boleh gagah la cikgu shida nie..tak dak kerja gamaknya

Nursaila Norman said...

erkk,ada lagi ke cikgu shida ni..ingatkan dh senyap dh..huhu

plain83 said...

kalau dia bukan cikgu mesti orang tak kesah pasal dia ni kan?

suria lekatlekit said...

kisah jugak la sebab dia seorang wanita dewasa.. hehehehehe

Unknown said...

haha..
ada lagi cikgu nie..
igt da bhnti..hehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam abby..hehe..
oh cikgu shida!

mummyrinazone beauty said...

laaa ingatkan cikgu shida dah pencen..fening + fengsan..hahaha

Anonymous said...

orang gila dan sesat macam shida ni dijadikan ikutan... hmmm kiamat daj dekat... by de way.. pergi jahanam dengan pompuan ni ni... sampai mati aku pakoff....

makassar infocom said...

lucunya cikguk ini

lisa aunie,(- -") said...

Lantk dye la..asalkan dye happy gn ape dye wat,(- 0)

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;