BUKTI BEDAK TANAKA SELAMAT DI GUNAKAN

7/30/2013 10:40:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Ni pasal bedak tanaka lagi?? Bedak yang tengah famous & menjadi kontroversi dengan status kelulusan dari KKM. Haritu sang lekit ada tulis dah pasal bedak ni tapi den tak berani nak mengesahkan khabar angin yang kata bedak tanaka ni tak selamat sebab takde kelulusan KKM.

Hari ni den sempat terbaca kat status FB berkenaan bedak tanaka yang kononnya sudah di sahkan selamat melalui website Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Sang lekit nak tulis dalam entri mana boleh printscreen je bulat2 & sebarkan.. kan?? Jadi sang lekit sendiri ke link tersebut & cuba search sendiri produk bedak tanaka atas nama produk shwe pyi nann seperti yang di beritahu seorang anonymous dalam komen kat entri Bedak Tanaka Tiada Kelulusan KKM? tu.



 Komen Anonymous tu boleh refer kat entri ni BEDAK TANAKA

Hasil sang lekit sendiri search kat website Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tu adalah..


Sememangnya kalau atas nama yang di katakan mewakili Bedak Thanaka/tanaka/thanakha ni.. memang ada dalam senarai produk yang selamat. Jadi pada pengguna & penjual bedak tanaka ni.. Ucaplah syukur sebab kontroversi pasal bedak tanaka ni dah terjawab.

Kalau korang tak yakin korang boleh jugak semak produk ni atau apa2 produk kat sini >> BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN << mana tau mungkin sang lekit search dapat result lain & korang search ada result lain sila share kat komen entri ni apa2 result yang korang dapat samada sama dengan sang lekit atau mungkin ada result lain.

3 comments:

  1. kaya la pengusaha2 bedak thanaka di myanmar nun..heheh

    ReplyDelete
  2. Harus balik kampung belasah mak punya stok satu ni, mak akak pun jual bedak ni.

    ReplyDelete
  3. salam Mummy lala..

    huhu..cma bukan pengguna bedak thanaka ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com