RESTORAN TAK SEDAP & BAHAYA KAT SELAYANG

9/30/2013 01:11:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Ni alkisah pasal semalam keluar cuci2 mata.. beli barang sikit kat selayang. Destinasi pertama pergi selayang Mall... Lama rasanya tak jejak kaki kat dalam selayang Mall gitu. Rasa biasa je.. takde apa menarik sangat. Tapi bukan pasal selayang Mall yang nak cerita tapi pasal 1 restoran berdepan dengan pintu masuk selayang Mall tapi restoran tu seberang jalan.

Restoran tu sebenarnya di buat dalam kawasan perumahan. Maaf yer Restoran Affendy's Cyber Cafe kena mention jugak nama nanti kalau ada kakitangan atau owner restoran tu baca dia alert sikit tentang bahaya yang ada dalam restoran dia tu.

Semalam adalah kali pertama den makan kat situ. Walaupun agak sempit ruang dalam restoran tu tapi menarik jugak la susun atur dia. Yang best pertama sekali adalah haiwan yang korang display dalam Restoran tu. dekat dengan meja den makan tu ada 1 sangkar di huni seekor beruk yang sukakan perempuan dari pandangan mata den la. Bab dia suka perempuan tu.. dia pun makhluk berperasaan takpe.. di maafkan. apa yang tak boleh di maafkan pasal kejadian semalam depan mata den sendiri.

Seorang perempuan sedang dukung seorang budak perempuan kecik lagi.. maybe muda sikit pada lala kot.  dalam setahun setengah rasanya budak tu. Mungkin jugak dia sebaya lala 2 tahun.. Lalu dekat dengan sangkar beruk tu. Ruang dalam tu sempit jadi memang la kalau lalu dekat beruk tu nescaya hampir dengan sangkar. Biarpun dia dalam sangkar tapi tangan dia boleh mencapai apa2 saja yang lalu dekat sangkar dia. Nyaris2 budak perempuan tu kena gigit dengan beruk tadi masa lalu berdekatan dengan sangkar beruk tu. Cepat sungguh kejadian tu.. beruk tu tak semena2 hulur tangan & tarik baju budak perempuan tu. Nasib baik dekat dengan meja kita & asben den sempat tepis tangan beruk tu kuat2. Kalau tak.. trajedi september jugak la malam tu.

Kalau beruk tu baca blog den nak nasihat jangan gatal2 & nakal2 yer beruk. Jangan cuit2 anak dara orang lagi. -gambar sekadar hiasa. Carian google-

Pada Owner Restoran Affendy;s Cyber Cafe.. Tolong alert pasal benda ni yer kalau terbaca. Mungkin tak pernah berlaku kejadian beruk tu cederakan sesapa tapi semalam hampir2 berlaku. Jadi tak payah la nak buat restoran anda yang sangat sempit tu macam zoo.Sangat bahaya kalau ada budak2 yang dok usik2 beruk tu. Yelah budak2 kadang2 dia bukan reti bahaya ke tak. Lagi satu tolong cari tukang masak yang pandai masak sikit. Totally masakan yang kita order semalam.. nasi goreng kampung & mee goreng bukan tahap orang yang layak masak untuk di jual lagi. Tak tau la macam mana korang boleh buat catering. Memang tak sedap langsung. Mee goreng masin & lembik dengan bahan2 perasa yang tak balance.. rasa jadi entah apa2. Nasi goreng kampung... Nasi lembik. Satay je boleh tahan. Harga memang berpatutan tapi jadi tak patut sebab aku makan mee goreng tu dua tiga suap je walau sangat2 lapar masa tu tetap tak boleh telan. Husband habiskan jugak nasik goreng kampung yang lembik tu sebab dah lapar tapi dia sendiri kata memang tak sedap & den rasa pun tak sedap sebab nasi lembik sangat. Meja sebelah tengok makan bihun tomyam pun nampak tak luak.

Jadi semoga owner Restoran Affendy's Cyber cafe ni terima dengan hati yang terbuka & buatlah perubahan demi kebaikkan restoran anda.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

10 comments:

  1. opssss..hahaha..harap la oowner restoran trima kritikan kak lekit ni dgn hati terbuka.haha..
    Kalau sy, jangankan makanan x sedap.tgk beruk tu pn saya x lalu nk makan. mcm x sesuai letak binatang or haiwan kat restoran..

    ReplyDelete
  2. restoran ada beruk. hais. pertama kali nih
    selalu dok jumpa bela ikan

    ReplyDelete
  3. dlm kedai ada beruk? lohhh xde tempat lain ke nk simpan.beruk ni bahaya taw,.jgn xtau.siannya budak tu.

    ReplyDelete
  4. alamak,dekat slayang mall ke? kita org selayang tp xtau pulak psl kedai mkn ada beruk ni..hehe..better tak payah lah nk berberuk bagai..kalau besar ok la..tp sempit sempit ni bhya kat kanak2..

    ReplyDelete
  5. Elok la tegur doa org tu sebab kalau tak di tegur mungkin dia org tak nampak kesilapan sendiri. Bahaya tu kalau ada budak2 dok lari main2 dengan beruk tu sekali beruk tu mengamuk apa ke hal...

    Kalau bab masak tak sedap tu susah nak cakap sebab tulah akak ni jenis typical kalau kat satu kedai ni rasa sedap susah nak ubah kedai lain. Sanggup dari KL tahan lapar balik Kajang...:)

    ReplyDelete
  6. dah la tak sedap..ada beruk pulak..kalau akak memang tak makan la..walaupun akak suka kucing tapi kalau kucing dok depan mata pun akak tak boleh makan..ni kan pulak beruk..

    ReplyDelete
  7. hahaahahah hadoi tergelak sakan plk zura baca citer kedai makan jadikkan beruk sbg aksesori...

    ReplyDelete
  8. nak pergi restoran tu lepas ni, beruk satu hal, nak rasa makanananya. Betul ke tak sedap! kalau tak sedap macam mana nak "survive"
    Pelanggan mesti lari.

    ReplyDelete
  9. pergilah anonymous.. tengok la sendiri. kalau beruk tu still ada maka sempatlah kamu tgk gelagat beruk tu. bab makanan.. bergantung pada tekak kamu la.. kalau tekak saya totally memang fail sangat2.

    ReplyDelete
  10. wah.. panahan petir utk restoran tersebut itew... apa la.. ada beruk ye.. beruk tu pasti bosan le,,, dia tak ada kawan.. bahaya tew...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com