KEKURANGAN IZZUE ISLAM YANG MUNGKIN RAMAI TAK TAHU

7/27/2014 01:36:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Kalau sebut Izzue Islam.. ramai gugirl & para perempuan kenal dengan artis comel, kacak, ensem bergaya lagi muda remaja ni. Tapi ramai anak dara frust skit la sebab dalam usia Izzue Islam 24 tahun dia dah jadi laki orang jadi peluang tipis la buat mana2 gadis berangan nak jadi awek apatah lagi bini dia kan?? Aku.. tak fanatik sangat pun dengan Izzue Islam.. tapi di akui dia ada kelebihan dari bakat dalam lakonan juga dari segi rupa paras.

Tu la.. Allah menjadikan manusia tu sebaik baik kejadian. Setiap kelebihan ada kekurangan. Macam Izzue Islam.. ensem.. berbakat.. popular tapi di sebalik kelebihan yang Allah bagi pada dia terselit sikit kekurangan. Baru aku tau Izzue Islam ni buta warna. Dia hanya boleh kenal warna biru je macam Mark Zuckerberg pengasas FB tu jugak. Tapi katanya drive dia boleh. Erkk... macam mana dia tengok lampu isyarat tu? Apa pelik kita dah tau kan lampu isyarat tu tang mana terletak warna merah kuning hijau.

Ini bukan aku yang buka aib Izzue Islam ok.. Aku tengok dalam rancangan jom berbuka kat TV9 sendiri.. Di akui sendiri Izzue Islam dia memang buta warna. Tapi apalah sangat buta warna tu tak nampak cacat sangai aih.. berbanding buta hati, kan?? kekekekeke

Mau cair anak dara kalau tenung muka dia lama2..

Moral of the story.. kekurangan tu bukan penghalang untuk sesiapa saja menikmati hidup bahagia & berjaya yang penting usaha & keyakinan diri. Macam aku pun ada kurangnya jugak dalam fizikal aku ni. Aku ni kurang tinggi. Size budak2 lagi even dah bangka. so, takde manusia yang sempurna sebenarnya. Dalam diri kita mesti ada kurang & lebih untuk menjadikan kita manusia yang normal.

P/S : Yahooo... esok raya. Maaf zahir batin buat semua.

5 comments:

  1. normal la tu, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan....

    ReplyDelete
  2. setiap org pasti de kelemahan...mcm kwn sy pun buta warna...warna coklat di katanya ijau tp pelik lampu isyarat die tau plak...bile tny die ckp die dah hafal kdudukan warna lampu isyarat...

    ReplyDelete
  3. nobody perfect.. tula lampu isyarat tu..kalo nyala..tang bersianr tu leh tau warna apa..

    ReplyDelete
  4. dulu sebelum popular, tak ada orang nak giler dia camni =)
    saya kenal dia sebelum dia glamer
    tapi tak mahu cite lebih takut orang kata giler glamer...hehe

    betullah tu, kekurangan diri bukan penghalang kepada kejayaan
    nak dengan tak nak aje kan

    ReplyDelete
  5. Zizan pun hensem jugak, tak kecoh pun!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com