INILAH KESAN SEBAB TERLALU BANYAK PING ENTRI KAT BLOGR.MY

11/28/2014 11:27:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Blogr.my antara tempat aku suka ping entri sebab dia antara yang banyak menyumbang traffic ke blog aku. Yelah.. blog2 tepian paya macam aku ni berapa kerat sangat blogger nak letak kat bloglist depa.. Yang biasa2 pun satu dua jer pandang apatah lagi yang popular jeling pun tak gamaknya. Hahahaha... Tapi aku tak kecik hati pun. Nak berjaya bukan setakat dok menyendeng populariti orang lain jer.. Orang yang popular sekarang pun depa usaha dari bawah jugak. Asyik nak guna kepentingan orang jer.. baik tak payah jadi blogger ye dak?

Terbebel la pulak.. Sebenarnya aku just nak share jer kesan dari aku suka sangat ping entri sana sini termasuk kat blogr.my ni. Memang banyak la entri aku ping kat situ.. Traffic pun aku banyak jugak dapat dari situ. Sebab aku ni terlampau sangat suka ping entri kat situ.. asal update je ping.. update je ping.. Maka pihak blogr.my dapat mengesan blog aku yang asyik menyendeng je entri kat situ.


Tak sangka pulak.. blog aku di intai dan di senarai pendekkan untuk satu kolaberasi advertorial. Kalau ada rezeki la kan.. dapat la. Kalau takde, takpe la. Tersenarai pun aku rasa cukup bertuah sebab bukan sikit blog yang dok ping pong entri kat blogr.my tu tapi aku jugak yang di pilih.


Apapun terima kasih pada blogr.my menawarkan peluang ni pada saya.. Dan pada korang nak join ping pong entry kat blogr.my moh ler.. jangan lupa follow aku sekali kat id Suria Lekatlekit. Biar ramai sikit jemaah kat sana.. kekekekeke

10 comments:

  1. rezeki cik lekit ye
    saya ni dah registered kat situ, idak rajin aje nak ping...hehe
    appaun all the best ye

    ReplyDelete
  2. Eh!! akak pernah dengar jugak pasal blogr.my ni.pernah daftar ke idak tak ingat pulak..banyak rupanya tempat untuk blogger share entry..tapi tu la..akak suka yang auto ping..nak log in bagai ni rasa malas sangat..tak sempat pun ye..nanati2 akak jenguk blogr.my ni...boleh menjana uv apa salahnya kan??..

    ReplyDelete
  3. tahniah suria.rezeki jgn ditolak

    ReplyDelete
  4. Tahniah siap-siap tak kiralah dapat ke tidak. At least pihak di sana tu dah nampak dah blog ni. Picisan apa ke namanya tu... Hahaha....

    ReplyDelete
  5. tahniah kak suria! tapi nape saya klik blogr.my, ada error eh?

    ReplyDelete
  6. Amboi...makin popular la blog lekat lekit ni...hahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com