MAYAT GHAIB JADI KELIBAT MENYERAMKAN

12/19/2014 11:28:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Betul la kata orang seorang lelaki di uji ketika dia tak punya apa apa.. Nak lihat kesetiaan seorang isteri & kasih sayang seorang anak pada ayah tu boleh nampak ketika seorang lelaki tu hilang segala galanya. Berubah atau tak kasih mereka.. Itu yang membuktikan sayang mereka dari sudut apa. Material atau ia memang lahir dari dalam hati.

Macam tu jugak kisah ni.. Kisah sebuah keluarga kaya yang tetiba terpaksa hidup susah setelah si suami juga merangkap seorang Ayah yang jatuh bankrup. Terpaksa la berpindah ke rumah yang jauh dari orang sebab mungkin sewanya lebih murah & rumahnya agak selesa. Tapi si isteri & anak2 pulak macam memberontak.. tak sanggup hidup susah. Yang si anak tak sanggup tinggal di tempat jauh dari bandar. Tak boleh terima kenyataan kehidupan mereka tak seperti dulu.


Bila si lelaki di uji kesusahan macam tu.. si bini mula minta cerai & nak ambil semua anak anak dia. Yang si suami yang di timpa masalah.. bagai jatuh di timpa tangga la. Dah la jatuh bankrup.. bini minta cerai & nak pisahkan dari anak anak. akal semakin jadi tak waras bila fikir dia akan hidup sorang diri mula la syaitan menghasut. Dari di tinggalkan baik semua pun mati. Maka di bunuh sorang demi sorang..  Dan akhirnya dia pun terbunuh akibat di bunuh isteri yang cedera parah di tikam sebelum mati. Maka matilah kesemuanya mereka.

Itulah sinopsis filem Kelibat. Filem ni bagi aku sepatutnya dah best tapi jadi tak best sebabnya terlampau simple & cerita tergantung. Dalam cerita ni selepas semuanya dibunuh & terbunuh.. kononnya masing2 tak tahu diri masing2 dah mati.. Masa tu kita pun tak jangka depa sebenarnya dah mati sebab babak bunuh & mati tu depa hold sekejab part tu terus tunjuk lepas isteri minta cerai, anak- anak memberontak.. bangun pagi tu semua jadi baik & bahagia. Kat situ kita akan jadi pelik so kita akan tengok jugak nak tau apa cerita. Masa tu la muncul kelibat2 yang menyeramkan menganggu mereka..  Yang sebenarnya kelibat tu adalah kelibat dari roh mereka sendiri yang dah mati. Itu apa yang aku paham la. sebab cerita ni tak jelas sangat & babak2 seram tu terlalu sekejab. Dekat ending cerita ni baru kita tahu sebenarnya malam si isteri minta cerai.. si suami jadi tak waras bunuh semua ahli keluarganya sebelum dia terbunuh. Ending cerita ni.. tetiba owner kemas rumah tu sebab ada penyewa lain nak masuk.. &  mayat mayat mereka tu ghaib macam tu je.. Masa penyewa baru sampai & depa bergambar depan rumah tu muncul kelibat satu keluarga ni lepas tu habis.

Sumber google

Apapun filem ni tak cukup mantap la. Cuma babak2 terkejut tu boleh la tahan. Untuk filem ni rasanya MiG belum berjaya & masih gagal. Rasa macam filem asal siap je. Yang paling tak tahan pelakon tiang letrik yang jadi heroin drama pukul 7 kat tv3 tu berlakon. Rupanya tiang letrik tu berlakon filem dah sebelum drama. Tapi tak pelik tu memang dah identiti MiG.. bakat nombor 10 yang penting muka cantik & hensem. kekekekekekeke. Tapi boring2 boleh la layan. Kalau kata nak beli tiket tengok wayang filem camni, rasanya tak berbaloi kot. Tapi sekarang dah abis tayangan la. Aku tengok dvd je.

12 comments:

  1. jalan cite dia macam cite nicole kidman, the others
    tengok sampai ke sudah tak tahu diorang antu...
    saya lebih suka tengok cite antu omputih dari dalam negara sendiri atau asia
    sebab saya tahu antu omputih tak ada ke sini...hehe, boleh dak gitu

    ReplyDelete
  2. hahahaha sape pelakon tiang letrik tu sis? xdpt tgkp sape

    ReplyDelete
  3. pelakon tiang elektrik?? sapa??? uhuhuh awat tak dapat tangkap...

    ReplyDelete
  4. Suria.. memang cete ni ada tergantung dan byk persoalan kan.. akk syak lain pulak.. akk rasa sbelum family ni dtg sbenarnya ada family lain jugak yg dtg umah ni.. dan umah ni sememangnya dah berhantu dari mula.. dan Mak Mah (tuan punya rumah) ni menyimpan rahisa besar tentang rumah ni. Dan penyewa yg baru tu (yg anak beranak baru sampai hujung cete) akan menjadi mangsa yg seterusnya..

    - Seri Kandi Tanah Jauhar

    ReplyDelete
  5. le.. xbest la mcm ni nak p tgok.. hehe

    ReplyDelete
  6. Sinopsis awal tu macam dah best sangat. Kalau tak cerita habis memang rasa macam nak menonton jugalah tapi bila dah tau apa cerita, apa ending rasa macam tak payah tengoklah. Oh, budak heroin citer kul 7 malam tu nama nicknamenya tiang letrik ek? Anak sedara pun pernah kata dia tak reti berlakon sangat, keras kejung je selalu....

    ReplyDelete
  7. ceritanya macam citer hantu korea pulak..hehheh

    ReplyDelete
  8. Iskh tak nak dah lah bukak blog kak suria ni. asyik cerita seram je. Dah lah bukak malam-malam. Mencik! Tak nak bukak dah.

    *keesokan harinya -- klik blog lekatlekitgurl semula*

    hahahahhaha :p

    ReplyDelete
  9. Wah..itu dia sinopsisnya...sayang ye tak di garap betul²..

    ReplyDelete
  10. sapa pelakon tiang letrik tu? tetiba nak gugel pulak..mwahahah,,
    ending cam tak best..cam tak teruja nak tengok..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com