GAJI DS NAJIB RAZAK CARTA KE 11 TERTINGGI DI DUNIA

5/23/2015 02:06:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Erkk.. Tak pepasal hari ni aku dok check berapa gaji perdana menteri seluruh Asia pulak. Jangan risau mereka takkan mampu mengatasi gaji aku setiap bulan di mana di carta pertama Gaji paling rendah berbanding Perdana menteri seluruh dunia hahahaha.. Tak pepasal nak compare gaji aku dengan perdana menteri pulak kan? Kau perdana menteri ke?


Ini bukan post berunsur politik cuma tertarik bila baca pasal gaji2 Perdana menteri negara Asia ni. Memang terus biji mata hitam bertukar jadi $$ tengok gaji2 depa. Gamaknya apa perasaan depa masa pertama kali terima gaji sebagai perdana menteri yer??

PM kita bukanlah terima gaji tertinggi tapi PM singapore di carta pertama menerima gaji tertinggi iatu sebanyak Gaji tahunan: RM 6,099,005.00 & Gaji bulanan: RM 508,250. Manakala DS Najib di carta ke 11 pemimpin yang menerima gaji tertinggi sebanyak,  Gaji tahunan: RM 271,854.90 & Gaji bulanan: RM 22,826.65. Aku tak tau betul ke tak info ni cuma aku terbaca kat sini Pemimpin Asia Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia

 Untunglah kan jadi PM Gaji besar tapi amanah & tanggungjawab pun besar jugak bukan kat dunia je malah akhirat jugak. Hope mereka menjalakan tanggungjawab dengan jujur & amanah la.

Moral of the story.. Yang banyak tak semestinya mencukupi sebab tu kadang2 orang kaya pun jadi susah balik & yang sedikit tak semestinya tak cukup macam aku. Income dari berblog ni bapa hengget la sangat tapi Alhamdulillah cukup la untuk aku dengan syarat berbelanja ikut kemampuan diri. Asalkan boleh topup produk bio essence tu kira ok la tu kan dari hapa pun tak masuk. Ye dak? hehehehehe

6 comments:

  1. Wah..loaded pakcik najib eh? Tapi lumrah manusia,banyak mana pun tetap tak cukup. Hehehhehehe.

    ReplyDelete
  2. Kalau PM Malaysia nak gaji tinggi macam PM Singapore sila pindah Singapore

    ReplyDelete
  3. tu bau gaji PM.. gaji CEO?? ahaks... bulan 300k.. sehari?? pergghh... kayanya...

    ReplyDelete
  4. Oh, tang PM Singapore tu memanglah tahu. Paling tinggi di rantau Asia ni katanya. Entahlah gigil ke tidak tangan mereka bila check akaun tiap bulan dapat gaji ratus ribu gaya gitu. Tapi dah namanya besar periuk, banyaklah keraknya. Ni kalau setakat nak beli 3,4 handbag berjenama mahal setiap bulan ikut permintaan isteri tercinta, memang tak cukuplah kalau setakat RM22K aje sebulan ~_^

    Moral of the story - berpada-padalah bila berbelanja. Kecik gaji, keciklah belanja. Besar gaji, besarlah belanjanya. Yang penting simpanan diutamakan.... *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salahlah apa yang mummydearie baca. PM Spura mendapat gaji yang paling tinggi di dunia (presiden AS pun kalah) & bukan di rantau Asia ni. Apa tarak baca butut-butut kah Mummy. Ini perangai tipikal orang Mlyu Msia - tak suka membaca butut-butut!

      Delete
  5. Al-kisah menurut cerita, bukan saja gajinya yang paling tinggi di dunia - malah duit gaji, bonus & duit pencen PM, Presiden, para menteri kabinet & wakil rakyatnya semua dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan. Tak terkecur ke air liur kita. Tak cemburukah awak di sanun tu?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com