DOAKAN JASLINDA DI TEMUI

DOAKAN JASLINDA DI TEMUI. Semua orang tahu tentang kehilangan seorang wanita Jaslinda Saludin yang mengikuti aktiviti mendaki Gunung Batu Putih sejak 7 hari lalu masih belum di temui & fasa kehilangan dah masuk fasa yang kritikal. Berbagai usaha dah di buat untuk menjejaki Jaslinda tapi sampai sekarang masih belum berjaya. 


Bagi yang terlepas keretapi untuk kes orang hilang dalam hutan/gunung ni ini kronologi kehilangan Jaslinda yang di petik dari Sinar Harian

23 Mei, Jaslinda Saludin, 49, menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung.

• Pendakian bermula kira-kira jam 2 pagi melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

24 Mei 2026 (Ahad), Seorang peserta pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan (sesak nafas dan muntah darah) dan berhenti bersama malim gunung di Kem Batu Kor.

• Jaslinda pada awalnya turut berhenti, namun dipercayai meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak Gunung Batu Putih.

Dan bermula dari situ lah Jaslinda tidak dapat di kesan lagi di percayai sesat. Itulah risiko bila masuk hutan belantara bukit bukau & gunung ganang. Risiko tersesat tu memang ada bila kita terpisah dengan rakan ekspedisi. Apapun 7 hari berlalu & kehilangan Jaslinda dah masuk fasa kritikal jangan berhenti berdoa. Tidak mustahil pun masih boleh di temui dalam keadaan selamat dengan izin Allah. Pada semua pasukan penyelamat & keluarga Jaslinda jangan putus harapan. 

Comments

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini