Peringatan!!

Penulisan dalam blog ni adakala berunsur kritikan secara rambang yang tak menyebut @ merujuk kepada mana2 pihak @ individu. Jadi kalau ada yang terasa anggaplah ia 1 kebetulan @ terima je la sebagai peringatan. Pendapat penulis jugak mungkin berubah mengikut situasi, masa & kematangan jadi tengok tarikh entri sebelum menghentam & mempertikaikan perbezaan pendapat di dalam entri2 dulu kini & selamanya. Peace No War
P/s : Penulis blog ni bukalah baik sangat cuma berkongsi pendapat je..
Buat yang berniat nak copy paste. Aku tau blog aku ni tulis isu2 semasa yang boleh copy & paste kat mana2 pun orang tak boleh detect kalau korang tak mention pun dari blog aku, tapi Ingatlah.. mencuri itu dalam apa juga agama pun salah.

31 October 2014

BILA KELAMBU DIJADIKAN BAJU ARTIS

Punya banyak la jenis kain cantik2 dalam dunia ni,kain yang layak buat langsir tingkap jugak dia nak buat baju. Gamaknya langsir lama mak dia kot dia recycle buat baju gi majlis.

ni aku tak tau retis malaysia ke indonesia @ philiphina.muka nampak melayu pun ada.macam orang malaysia tapi aku tak kenal pulak.yelah retis kat malaysia ni kan banyak tak terhafal aku.kadang2 ada retis yang aku tak kenal jadi aku tak dapat pastikan.

tapi baju dia pakai tu memang aduhai macam kain langsir tingkap yang jarang tu aku tak tau apa nama jenis kain camtu.cuma di tutup dengan bunga kat dia punya tet dada jer yang lain nampak macam pakai kain kelambu pun ada. macam ni pun gamak orang jadikan fesyen baju.

yelah2 aku orang kampung tapi kalau kat kampung kain camni serius cantik manapun yak orang buat kelambu,orang buat menyauk ikan2 kecik kat parit jer.kalau buat baju pun mesti ada lining.hahahaha

p/S : live up guna tab.tak best tak boleh setting gambar letak tengah entri.guna aplikasi blogger jer.ada sapa2 tau aplikasi yang best sikit nak guna update blog dengan tab?

30 October 2014

TANDAS AWAM PUN TAK MUSTAHIL ADA GST

Kecoh  sejak semalam pasal blogger bakal di kenakan GST. Tapi kau tak payah nak bising sangat la lekit Ooi.. Kau fikir income ko dari blog puluh ribu sangat ke? Yer yer.. aku tahu income aku dari blog ni ribu sen jer.. gomen pun tak tergamak nak kenakan GST kat aku? Tapi tak semestinya aku terkecuali dari kena bayar GST jugak even bukan dari pendapatan di blog.

Kat Malaysia ni bila GST di laksanakan bagi aku takde sapa terkecuali pun dari membayar GST sebab ada barang keperluan yang di kenakan GST. Dan kalau asyik dok cari celah mana lagi nak kenakan cukai bagi menampung ekonomi negara aku rasa tak mustahil nanti orang lepak kat bus stop pun kena cukai jugak. Cukai guna kemudahan awam.. Dan tak mustahil jugak kalau tandas awam pun di kenakan GST.. yelah mana ada tandas awam free. Supermarket pun banyak tandas berbayar dah. Dengan GST boleh menampung kos merawat & menadah air empangan yang kering. Nak buat pembenihan awan bagi hujan bukan murah ye dak... dengan GST jugak boleh menjimatkan penggunaan air sebab masing2 tahan berak kencing. Tunggu balik rumah dulu.. Sebab caj masuk tandas dah mahal. hahahaha. Tu contoh jer.. kang bendul dok percaya pulak.

Nak cakap pasal ekonomi aku tak pandai tapi aku bercakap dari segi apa yang aku rasa jer bila GST di laksanakan. Sudah semestinya satu beban.. Perlu ke aku tahu kenapa kerajaan nak sangat laksanakan GST sedangkan beban aku sebagai rakyat macam tak di pedulikan. Yang sokong sangat GST tu aku tak nak la cakap apa.. tu hak memasing. Katanya selagi spender koyak boleh tampal & jahit takde masalah la kan.. Masih mampu beli benang & jarum even tak mampu beli spender baru pun. Kira ok lagi bagi depa..  Tapi aku tetap ada rasa tak puas hati bila terlalu banyak cukai kena bayar.

Ada orang kata.. bayar cukai tu tanggungjawab. Yer.. tanggungjawab yang sengaja di bebankan pada rakyat yang tak berapa kaya ni. Yang tanggung rakyat.. yang jawab menteri so sapa yang rasa lebih berat. Setakat jawab kenapa tu.. kenapa ni.. memang la tak rasa beban. Laju je baca skrip ye dak??

Sapa nak kondem entri ni terpulang.. memang aku tak pandai nak cakap berlandaskan ekonomi tapi aku tahu nak bercakap dari apa yang aku sebagai rakyat rasa.

Takde cukai yang tak membebankan tak payah sembang la. Dah nama cukai tetap kena bayar. Cukai sana sini.. barang naik harga sampai kain kafan pun makin mahal. Tak lama lagi ramai yang bungkus mayat dengan selimut letak tepi jalan sebab tak mampu tanggung kos pengebumian sebab semua mahal2 belaka. Hidup pun susah, mati pun susah. Kang ada pulak cakap.. Insya Allah selagi kita berusaha, doa & tawakal Allah permudahkan segala urusan hidup & mati.. yer betul tapi takkan selama hidup nak angguk je walau kita nampak ada yang tak betul & tak kena, ye dak??

29 October 2014

BUDAK 3 TAHUN TERBARING DILANTAI KAKI TANGAN DI IKAT PENGASUH

3 tahun?? aku pandang jer anak aku.. sebaya tu. Anak aku yang rutin hariannya penuh dengan aktiviti bergerak sana sini dalam rumah.. sepah tu.. sepah ni.. main tu.. main ni.. Gamaknya kalau aku ibu yang bekerja silap hantar kat pengasuh macam tu jugak kot dia buat kat anak aku ni. Terus trauma tanpa batasan Uolls..

sekadar hiasan

Terbaca kat astroawani.. Seorang ibu buat pemeriksaan mengejut kat rumah pengasuh. Sampai je umah pengasuh nampak anak dia dengan kaki tangan teringat baring kat lantai sambil di temani anak pengasuh yang berusia 11 tahun.. kalau hangpa, apa perasaan hangpa semua? Kalau aku maybe time tu terus naik muscle jadi akak sado, bertukar kaler hijau.. abis koyak baju. Mau tak rasa nak hangin kalau kita bayar dia untuk jaga anak kita dia pulak buat anak kita macam binatang. Alasan budak tu nakal.. budak sihat memang nakal. Kalau dah rasa tak mampu jaga budak macam tu elok kau bagitau mak bapak dia tak sanggup.. Kan dah kena lokap. dan tu mak budak tu kata sejak dua menjak anak dia selalu lapar jer.. Gamaknya pengasuh tak bagi makan ke hapa. Jahatnya pengasuh itu.

Sumber Astroawani

Pada yang ambil upah mengasuh @ menjaga anak orang.. Ingat itu amanah berat yang korang pikul. Jangan ingat nak sedap tiap2 bulan jer.. Jadi apa2 kat anak orang, ingat korang boleh lepas tangan. So, fikir dulu sebelum mengambil keputusan nak jadi baby sitter anak orang. Kalau aku memang tak sanggup. Anak sendiri pun hari2 aku istifar, tahan sabar. Budak lasak ni aku akui tak mudah nak jaga. Kena sentiasa perati apa dia buat.. So, setakat nak jaga anak orang dengan ikat kaki tangan tak bagi dia melasak baik kau jaga anak lembu. Untung pun banyak.

HEBAT, BLOGGER NI DAH ADA PRODUK SENDIRI

Dulu dia blogger yang aku sangat suka penulisan dia blog dia. Even panjang lebar entri dia aku tetap gigih baca hingga ke noktah terakhir. Memang tak ramai blogger dengan konsep penulisan macam blogger lelaki sorang ni. Kiranya dah lama kami jadi kawan di alam maya ni.. dari takde anak.. anak aku pun dah 3 tahun sekarang.

Sumber google

Setelah lama menghilang dari dunia blog tetiba pulak dia muncul dengan produk kecantikkan & kesihatan. Kagum aku dengan dia tau.. Bukan je pandai mengarang entri, pandai jugak berbisnes. Aku sebagai kawan di alam maya sentiasa doakan kejayaan untuk semua kawan2 aku.. Untuk Nyah Zulfikar pemilik Blog rasa hati yang dah berhantu sebab lama sangat di tinggalkan.. semoga terus berjaya & moga satu hari produk ko keluar kat Wanita hari ini lebih pemes dari kak Ton atau Datuk Vida lip lap lip lap.hahahaha


Sapa2 yang nak try produk blogger ni boleh la contact beliau untuk lebih info macam mana nak dapat. Den bukan pengedar tapi penyebar jer..