Ayah...
21 april 2010, 8.28am. Ayah call suruh balik untuk settlekan borang nikah. Ada beberapa part yang boleh di sain & aku perlu menghadiri temuduga sebelum bernikah pada 06.06.2010. Ayah sempat pesan suruh aku buat kad jemputan. Beriya dia nak aku buat sendiri walau aku cakap aku nak tempah jer. Dia suruh aku balik dengan bakal suami masa tu. Dia suruh balik juga dua - dua..
24 april 2010, 11.01 am, Ayah call lagi tanya samada balik atau tak walau masa tu aku dah dalam perjalanan balik ke kampung. Banyak kali dia call bakal suami, tanya balik or tak. Aku anggap biasa jer sebab aku fikir dia cuma risau borang nikah tu tak settle.
lebih kurang 5.30 pm aku sampai kampung. Ayah masih tak balik kerja masa aku sampai. Ayah balik kerja dah dekat maghrib. Balik je umah dia sibuk tanya borang nikah tu. Masa tu ada kat abang sepupu aku sebab abang sepupu aku yang tolong isikan. Tapi abang sepupu aku time tu busy nak pergi mengajar kuliah agama. Dia tak sempat settle kan minta ayah aku buat sendiri. Masa balik dari masjid lepas solat Maghrib Ayah mengadu penat & semput. Tapi dia ada janji nak keluar makan dengan aku, bakal suami & mak lepas isya nanti. Ayah tengok borang. Dia bawak pergi ambil cop dari pegawai masjid. Lepas tu dia pergi masjid untuk solat isya. Dia tetap melaungkan azan seperti biasa walau nafasnya mula sangkut - sangkut. Lepas solat isya, ayah balik rumah isikan semua yang belum di isi pada borang nikah. Dia panggil aku dengan bakal suami untuk sain pada borang. Lepas tu dia panggil mak tanya tentang mas kawin. Mak mula memang nak letak mas kawin tinggi tapi ayah still nak letakkan mengikut syarat & hukum jer.. Mak tak membantah. Mas kawin aku cuma RM 82. Aku memang dari awal tak membantah apa saja yang mak ayah putuskan. Aku bagi mak ayah buat keputusan semua sebab inilah kali pertama mak ayah nak terima menantu walaupun aku bukan anak sulung tapi aku anak yang pertama bakal mendirikan rumahtangga. Cukup la sekadar melihat cahaya girang di raut wajah insan2 yang paling berjasa dalam hidup aku.
Selesai semua borang, ayah mengadu penat & semput lagi tapi tak serius tapi dia izinkan kami keluar pergi makan. Dia sempat cadangkan tempat2 makan. Aku mak & bakal suami masa tu keluar tapi tak jauh. Masa tengah makan ayah call mak cakap lepas makan suruh balik sebab dia sakit. Lepas habis makan kami bertiga balik. Sampai rumah kakak no 2 & makcik ada kat umah. Ayah sesak nafas minta hantar ke hospital. Memang agak pelik. Selama ni ayah paling tak suka ke hospital walau dia sakit. Paksa macam mana pun ayah takkan pergi. Memandangkan takde sesapa masa tu, Bakal suami drive bawak ayah pergi hospital. Mak dengan makcik temankan. Mula2 aku nak ikut tapi memandangkan ayah tengah sesak nafas, nak bagi ruang dalam kereta tu aku tak jadi ikut.
Lebih kurang pukul 11 malam, bakal suami aku masa tu call cakap suruh minta tolong sapa2 hantarkan aku dengan kakak no 2 ke hospital. dia tak cakap apa2 cuma dia minta aku dengan kakak no 2 pergi hospital. Aku mula tak sedap hati tapi aku taknak fikir buruk. Aku cari orang nak minta tolong tapi takde sesapa. Last bakal suami patah balik dari hospital datang ambil. Kebetulan abang sepupu balik masa tu. Kakak no 2 ikut abang pergi hospital dulu sementara aku tunggu bakal suami datang ambil aku.
Dalam perjalanan bakal suami tak cakap apa2. Dia cuma cakap dia sayang aku & ada dengan aku walau apapun terjadi. Hati aku semakin cuak. Berkali aku tanya keadaan ayah.. tapi dia tak jelaskan apa yang berlaku sehingga sampai di hospital.
Hampir mati segalanya kekuatan dalam diri bila mendapat tahu Ayah telah pergi buat selamanya... Baru tadi aku tengok ayah. Baru sekejab tadi ayah selesaikan borang nikah untuk aku. Sekelip mata Ayah pergi.. Aku tengok mak begitu tabah. Dia tak menangis. Aku tahu mak kuat. Aku cuba kuatkan semangat. Namun aku kalah juga masa tu sebab pemergian Ayah tanpa sebarang tanda. Terlalu mengejut.
Biarpun ayah pergi namun urusannya selesai. Dia selesaikan kerja, Selesaikan solat lima waktu hingga ke laungan azan terakhir. Ayah seorang Bilal sukarela di masjid. Aku bersyukur segala urusan pengebumian Ayah sempurna & tiada apa yang buruk berlaku.
Wasiat terakhir Ayah pada abang, minta abang urusankan semua hal nikah aku. Selepas 3 hari Arwah ayah pergi, Aku pergi untuk sesi temuduga & abang dah minta untuk cepatkan urusan pernikahan. Selepas Ayah pergi aku takde wali yang dekat lagi. Cuma ada wali yang jauh.. 27hb aku interview & 28hb selepas zuhur lebih kurang 3.43 pm aku sah menjadi isteri kepada S***** Bin A*** K****. Insan yang menyaksikan Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir. Insan baru yang paling di sayangi mak ayah. Dan dialah menantu pertama dalam keluarga ini.
Kawan2 ayah ada bercerita Ayah dah bagitau semua kawan2 & ayah juga dah menandakan di papan putih masjid tentang perkahwinan aku pada 06.06.2010. Ayah bercerita pada kawan2 nya dia kini sudah ada seorang anak lelaki, menantu yang sangat dia sayang lebih dari anak sendiri. Aku faham.. Ayah memiliki 6 orang anak gadis. Betapa gembiranya dia untuk menerima menantu sekaligus menjadi anak lelaki pertama dalam keluraga kami. Mak pun terlalu rapat dengan suami aku. Selepas Ayah pergi, suami aku la yang menjadi tempat mak menumpang kasih. Aku dapat lihat keakraban mereka masa di kampung minggu lepas. Malah sampai hari ini pun diorang setiap hari akan berbual, bercerita, bergurau di telefon. Betapa bertuahnya aku memiliki seorang suami yang sangat memahami situasi mak sekarang. Sekurang kurangnya kesedihan mak terubat dengan usik manja suami ku yang memang sangat manja dengan mak.
Biarpun semua yang berlaku dalam hidup aku tanpa aku duga. Pemergian Ayah, pernikahan aku.. Namun aku redha dan bersyukur kerana segala urusan menjadi mudah. Biarpun aku masih tidak mampu tersenyum seperti pengantin baru yang lain tapi aku bersyukur sangat2. Aku redha Tuhan lebih sayangkan Ayah. Ayah.. Takkan mati dalam ingatan ku biarpun jasadnya tiada lagi untuk ku tatap. Ayah, terima kasih kerana menjadi seorang Ayah pada kami 6 beradik. Gonna Miss U Ayah.. May God Bless U. Love U 4 ever In my life.
abby... maaf aku kawan baik ko, tp taktau langsung berita pemergian ayah ko... maaf kan aku...
ReplyDeleteapapun pemergian ayah ko walau secara mengejut, tapi tetap dalam keadaan yang baik, ketika dapat selesaikan semua urusannya, sekuranya ayah ko pergi dalam keadaan hatinya tenang dan gembira... takziah dari aku..
tahniah jugak aku ucapkan kerana ko telah selamat bernikah, ko dah jadi isteri org :).
aku still mcm ni :(
adik2 ko ada yg single tak :P~
wah sempat ko tanya adik2 aku lain.. tapi sblm tu aku nak tanya ko baca abis tak entry aku tu?? kalau ko btl2 baca ko msti tau aku anak 1st dlm fmly yg kawen... bermakna adik beradik aku yg lain blom.
ReplyDeleteApapun thanks..
Nasihat aku pada org yg krg laku cam ko gi mandi bunga dlm longkang dulu k... Larikkkkkkk
takziah,menangis saye bc entri neh,,, T__________T,harap ayah kak ditempatkan dlm kalangan org yg beriman,,,Amin,,,
ReplyDeleteSesungguhnya bila sampai masa.. takkan lewat atau tercepat walau sesaat..sampai hari ni sy akan menangis bila terkenang kan Ayah.. namun sy redha.. Itulah Janji Tuhan dengan makhluknya. Sebak.. setiap kali teringat Ayah.. Apa lagi membalas komen di entry ni. Sy akan menangis..
ReplyDeletetakziah zue ucapkn..
ReplyDeletetabah kn ati ye kak...
ni sume dugaan.....
allah nak uji kite....
pe2 pun..tahniah jgk tuk akak bab da bergelar is3...
hope akk ley syum mcm biase n hepi2 sllu..
salampknln dr zue...
Nak panggil apa ni eh, panggil Abby la yer sbb kawan panggil Abby tu kan.
ReplyDeleteKak Reen baru bc kesah ni. Mmg sedih. Dan kak reen dpt rasa cemana Abby rasa sbb ayah kak reen pun pegi mengejut mcm ni jugak.
Mlm tu kak reen call dia, tp pagi tu da dpt call kata dia dah takde. Masa tu kak reen still kat KL. Mmg susah nak terima...tp itu dah ketentuan Tuhan kan.
Apa pun kita mesti tabah.. *hugs*
thanks zuera thanks akak stoberi... Tu la tu.. nak buat camna. Dah sampai masa cuma tak terjangka pemergian Ayah dlm keadaan cmni.. Masa tu nak nikah.. nak prepare tu ni..
ReplyDeleteSalam takziah
ReplyDeletesemoga roah Arwah telah pun berada bersama orang2 yg beriman..insyaAllah. Amin.
sedihnye baca kisah ur late dad..semoga roh arwah ditempatkan bersama org yg beriman...amminnn...
ReplyDeletepemergian insan tersayang dengan tiba2
ReplyDeletesgt memilukan
takziah
thanks AI
ReplyDeletedah slalu dtg blog cik lekik tp mlm nih baru nak klik kt gambar kawen tu...salam takziah jg DeQdEq ucpka..semoga arwah ditempatkan dgn org2 beriman....
ReplyDeleteentry just nak jelaskan pd kwn2 dulu napa masa sy kawen ramai yg x tau.. Ramai kwn2 yg ckp sy lupa dorang la.. tp dlm situasi mcm tu sy jd blurr..
ReplyDeleteoooo...mcm tu ke kisahnya...jd lepas dh baca entry nih mst kawan2 cik lekik dah faham kan....
ReplyDeletetakziah, kak..semoga tabah..
ReplyDeletetakziah kak. :(
ReplyDeletesedey pulak sy...
sedey...xtahu nak hadappi kalo sy ditempat anda :-(
ReplyDeleteCik Puan Lekit, lulu baru baca ni, sedih, huhu....semoga tabah yer..
ReplyDeleteYa ALLAH..
ReplyDeleteInnalillah...
Dengan perasaan yg bzb0dy sye nak baca...
Last2 sye ngs baca crita awak nie..
Klu sye kat tempat awak..
Mungkin sye d0wn.
tp syukur, yg awak dh di ijab kabul..dan ayah awak sempat uruskan benda yg dier patut urus..
Sem0ga r0h ayah awak di tempatkan di tempat orang2 yg beriman..AMIN...
takziah..
ReplyDeletesob..sob..sedey..
tabahkan hati awk..semua yg berlaku ii ada hikmahnya tersendiri..
bace cite awak buat sy nak nangis la.. huhu.. sy nak kwin nnt xde sape nak walikan.. wali hakim la jawabnye.. sedihnye.. :-(
ReplyDeletesedihnyer..... nangis tau baca..... cik lekit buat I nangis..... huwaaa....
ReplyDelete=(....saye teringatkan ayah saye di kg...=(
ReplyDeleteape pun Al fatihah buat arwah semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..
sedih la bcer cter nh cik lekit,,sy pon langkah bendul gk langkah kakak sulung kwen sy yg ke2,,
ReplyDeletealhmdulillah ayahny awk dh prgi lps tingglkan sorg lelaki untk jga family cik lekit,,=)
smoga cik lekit bhagia dngn suami,,npk mcm budak2 je pic kt baner 2 hihi
nape ea muke cik lekit ni mcm familiar jer...
ReplyDeleteanyway...sdh bca story ni....ayah cik lekit, da tunaikan salah satu tnggungjawab die di dunia ni..Allah ambil ayah cik lekit, tp die datangkan suami cik lekit..semoga berbhgia hingga ke syurga..
sedih :( takziah.
ReplyDeletesedih :( takziah.
ReplyDeletetakziah,
ReplyDeletemoge roh nye di cucuri rahmat,
tabah ye,
kita cm nak nangis lak,
salam takziah juga di ucapkan di atas pemergian yang tak dijangka.
ReplyDeletetahniah kerana bergelar seorang isteri
tersentuh baca entri ni...al fatihah buat arwah
ReplyDeletesedihnya baca...menangis dalam opis =(..takziah..walaupun baru je bukak blog sis n baru je baca entry ni...=(
ReplyDeleteal-fatihah....sebelum buka baca entry tak perasan plak ada pic yang related dengan kisah hidup abby...
ReplyDeleteAl-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDeletesedihnya baca kisah akak,. akak seorang yg sgt tabah,. semoga arwah ayah akak ditempatkan dalam kalangan org beriman,.amin,.
ReplyDeletetakziah ! sy baru bace jugak entry ni.
ReplyDeleteAl~Fatihah ..
ReplyDeleteSubhanallah, banyak pengajaran dari apa yang berlaku..
ReplyDeleteal-Fatihah buat arwah...
al-fatihah..mg rohnya dlm rahmat Ilahi..sy sgt tersentuh..setiap yg berlaku psti ada hikmahnya!
ReplyDeletesedihnya :( al fatihah utk arwah ayah akak
ReplyDeletesedihnya. mengalir air mata baca cerita ni. :( al-fatihah.
ReplyDeletesedihnya. mengalir air mata baca cerita ni. :( al-fatihah.
ReplyDeletetiba tiba air mata menitis.. huhu
ReplyDeleteAl- fatihah
semalam baru jer baca tp arini baru bleh komen..
ReplyDeleteawak mmg tabah yer abby..semoga ketabahan itu berterusan utk selama2nya. semoga kehadiran cucu sulung nt dpt mengubati hati mak awak.
p/s: awak org aloq setaq jugak ker?
sedih kak..;(
ReplyDeletetakziah ea..
sumpah sedih. T.T
ReplyDeletetakziah sis..
ReplyDeletesedihhh.. =(
ReplyDeletearway ayah CB pon meninggal lepas selesai semua kerja dia.. lepaskan abg n kakak kahwin.. uruskan rumah.. :(
semoga roh arwah ditempatkan bersama insan2 yang beriman.. ameen
ReplyDeletetakziah..terharu membaca..kalau saudari benar2 sayangkan ayah ..diharap saudari dapat menutup aurat dengan sempurna ..walaupun hanya diatas pic..kasihanilah ayah saudari di alam sana..
ReplyDeleteHari ni kite nangis di opis sebabkan dek terbaca entri awk.. apa pun ianya bukan baru lg, tp salam takziah n moga arwah ayah berada di golongan mereka yang beriman. Amin.
ReplyDeleteawak mmg tabah dan saya kagum.
sedih.. ima baru kehilangan abah.. februari 2012. sesak nafas.
ReplyDeletetak sempat lihat dia untuk kali terakhir.
tak mampu nak tulis tentang pemergian abah di blog.. tak cukup kuat. T_T
apasal sedih sgt ni? haihhhhhhh~~~
ReplyDeletepape pun, semoga tabah dan selamat berbahagia ye dgn rumahtgga.
terharu aku baca story....
ReplyDeletesalam takziah dari aku....jgn sedey2..en suami slalu di sisi anda... ;p
Tersentuh hati aku baca story ni..apa2 salam takziah dari aku..
ReplyDeletejgn sedey tau en suami slalu disisi.... ;)
sedihnye bace kisah akk :(
ReplyDeleteape pun semoga hidup akak n family diberkati n semoga roh arwah ayah akk dicucuri rahmat Illahi.
bertakung airmata bila baca ni ...
ReplyDeletesy rse sy pna bce entry nie dulu...
ReplyDeletedan ini kali ke dua sy bce.... tp tetap air mate ni mau mengalir....
walaupun sudah lewat.... tp sy msh ingin ucp kn takziah kepada akak....
='(
saya pun akan nikah dgn lelaki yg arwah abah tanya..bila si dia nk meminang.. even abah takde dh..ayu tau abah suka menantu abah ni..
ReplyDeleteBersyukurlah kepada Allah SWT. Lelaki yang hadir dalam hidup adik adalah lelaki yang terbaik. Semoga bahagia di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAl-fatihah...
ReplyDeletetetiba tingat kt arwah ayah plak.sy sorang ja xda ms arwah ayh ninggal sbb sy dh blk bape hr sblm tu.klau xde exam mungkin sy ada skali ms arwah ninggal....wuuuuu....
pertama kali menjengah blog ni...tertarik dengan kisah ayah...smg arwah ditempatkan bersama orang2 beriman
ReplyDeleteal fatihah . sungguh tabah kamu melaluinya di kala hari pernikahan menjelang tiba . bukan mudah membuat majlis perkahwinan tanpa seorang ayah . tapi Allah lebih sayangkannya dan pemergiannya sudah tertulis .
ReplyDeleteAkak dah tak terkeluar air mata sebab dah banyak air mata keluar untuk arwah emak akak. Sedih itu masih ada hingga kini. Moga arwah emak akak dan arwah ayah Abby sentiasa dalam rahmat Allah ^__^
ReplyDeletesedih cerita kak Suria ni dan tahniah sebab kak Suria dapat suami yang baik. Saya doakan agar roh arwah ayah kak Suria dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin...
ReplyDeleteTakziah sis. Menitis air mata saya membacanya. Semoga sis tabah dan arwah diletakkan dikalangan orang beriman. Aminn
ReplyDeletewalaupun dah lama tetap rasa sedih.....takziah....
ReplyDeleteCik Suria,kite membesar tanpa kasih syg seorg ayah... Bila baca kisah ni...air mata menitik xhenti2.tak lama lg kite pun nk Nikah...wali xtau kt mn?! Untunglahhh Cik Suria yg dpt merasa kasih syg ayah.Al-Fatihah utk arwah.
ReplyDeleteCik Suria,kite membesar tanpa kasih syg seorg ayah... Bila baca kisah ni...air mata menitik xhenti2.tak lama lg kite pun nk Nikah...wali xtau kt mn?! Untunglahhh Cik Suria yg dpt merasa kasih syg ayah.Al-Fatihah utk arwah.
ReplyDelete