IMPIAN ILLYANA INSPIRASI MENJADI BLOGGER. Aku rasa aku pernah tulis di blog pasal ni. Tapi aku dah lupa entri yang mana. Yang pasti penulisan tu dah berusia lebih 10 tahun agak susah dah aku nak cari balik entri tu. Jadi tak apalah kita cerita balik.
Aku sejak umur 12 tahun minat menulis dah mula wujud. Macam biasa ia bermula dari menulis diari. Lepas tu aku suka create puisi. Lepas tu aku mula menulis cerpen. Setakat cerpen je aku belum pernah menulis novel. Selepas tu aku mula menulis blog.
Dari mana aku kenal blog ni? Ini kisah aku.. Dari drama pendek bersiri impian illyana yang pernah di siarkan di tv3 pada tahun 2004 berkonsepkan drama pendek yang santai. Setiap episod hanya 15 minit. Drama tajaan sunsilk.
![]() |
| Gambar watak illyana bertudung degan teknik AI bagi menghormati arwah yang telah berhijab sebelum meninggal dunia. Harap maklum |
Drama ni berkisahkan kehidupan remaja yang masih belajar di universiti. Setiap hari illyana akan menulis cerita hariannya di blog. Masa tu aku tak tahu lagi kewujudan blog ni. Aku rasa eh.. Best pulak boleh tulis diari kat komputer dengan theme cantik macam tu. Aku try buat kat microsoft words.. Sampai la aku tahu itu adalah blog. Sesuatu yang kita tulis boleh di public kan untuk orang lain baca. Lagi excited la aku nak ada blog tu sebab aku suka menulis kan? Aku belajar macam mana buat blog. Sehingga hari ini aku masih lagi seorang blogger belum pencen.
Drama bersiri impian Illyana adalah sumber inspirasi aku menjadi seorang blogger.
Semalam kita terima satu perkhabaran duka pemergian pelakon utama dalam drama bersiri Impian Illyana telah pulang ke rahmatullah asbab penyakit autoimun yang di hidapi sejak 8 tahun lalu. Beliau adalah pelakon lydia Ibtisam. Arwah meninggal pada usia 46 tahun.
Innalillahhiwainnalillahhirajiun. Salam takziah kepada seluruh Ahli keluarga Allahyarhamah Nur lydia Ibtisam. Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang yang beriman.


Comments
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini