Showing posts with label Meninggal dunia. Show all posts

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR

SALAM TAKZIAH.. TIADA LAGI ADIBAH NOOR. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sekali lagi Insustri hiburan tanah air di kejutkan dengan pemergian seorang bintang serba boleh Adibah Noor selepas kita kehilangan seorang bintang veteran Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Baru sebentar tadi berita pemergian Adibah Noor menular di media sosial.

Menurut apa yang saya baca Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap 4.

Sedikit pengenalan tentang Allahyarhamah..

Adibah Noor binti Mohamed Omar (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di Petaling Jaya. 

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru Bahasa Inggeris sebagai lulusan Bahasa Kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana beliau mendapat tempat pertama pada tahun 1994.

Selain seorang penyanyi Allahyarhamah juga banyak aktif dalam lakonan. Antara filem lakonan beliau, Sepet, muhsin dan kebanyakan dari filem & cerita pendek (iklan) Arahan Arwah Yasmin Ahmad.

Pemergian beliau umpama hilangnya sebutir bintang di persada tanah air. Semoga roh beliau di ampuni dosa dosa dan di tempatkan bersama orang orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Adibah Noor.

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI..

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Membaca perkhabaran tentang pemergian Bintang Vateran Tanahair Pak Hamid Gurkha yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya awal petang tadi pasti menjadi satu berita sedih buat semua penggiat dan peminat industri seni tempatan. 

Allahyarham Pak Hamid di khabarkan telah meninggal dunia jam 2.11 petang tadi. Sebelum ini pak Hamid sememangnya dalam keadaan uzur kerana faktor usia. Tapi masih sihat dan masih mampu berinteraksi dengan baik. Namun sudah sampai waktu ajalnya..Arwah pergi buat selamanya.

Sedikit info berkaitan Allahyarham..

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (lahir 22 Ogos 1933) merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

Antara filem pernah di lakonkan Allahyarham adalah filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).

Sumber Wikipedia.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Semoga tabah menerima ujian kehilangan orang tersayang dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

PELAKON ARIPAH DAMANHURI MENINGGAL DUNIA

PELAKON ARIPAH DAMANHURI MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga pelakon veteran Aripah Damanhuri yang telah pulang kerahmatullah pagi tadi. 

Pada 23 April lalu, Allahyarham Aripah dimasukkan ke HKL akibat jangkitan kuman pada paru-paru hingga terpaksa ditidurkan. Hampir sebulan mendapatkan rawatan, Allahyarhamah pergi meninggalkan kita semua.

Sedikit info Allahyarham merupakan kakak kepada normah Damanhuri juga seorang pelakon. Salah satu drama lakonan Nirmah damanhuri adalah misteri wan peah. Allahyarham juga ibu saudara kepada founder kontroversi kak KM.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1980-an dan kekal aktif dalam televisyen dan filem.

Antara lakonan hebat Allahyarhamah adalah drama bersiri tentang Dhia. Dan banyak lagi drama drama tv yang di lakonkan semasa hayatnya.

Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarhamah dan semoga di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID

GUGURNYA SITI SARAH.. ANTARA KORBAN COVID. Dua hari lepas menerima perkhabaran seorang kawan di media sosial Nur sharena atau lebih mesra di panggil cipis yang kembali kerahmatullah akibat jangkitan covid. Bagi seorang pesakit kronik, sememangnya jangkitan covid menjadi mimpi ngeri. Itulah yang berlaku pada Allahyarhamah Nur Sharena @ cipis. Akhirnya.. beliau menjadi salah seorang mangsa korban covid. Salam takziah saya ucapkan buat seluruh keluarga Nur Sharena atas pemergiaan insan tersayang.

Pagi ini Malaysia di kejutkan dengan pemergiaan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Allahyarhamah di masukan ke hukm pada Jumaat lepas kerana mengalami gangguan pernafasan akibat jangkitan covid. Beliau juga sedang mengandung 7 bulan & pembedahan terpaksa di lakukan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan. Beliau di tidurkan.. dan pagi ini beliau telah pergi buat selamanya meninggalkan empat orang cahayamata termasuk si kecil yang baru di lahirkan.

Berita berita kematian macam ni.. sememangnya akan merentap hati seorang ibu. Jahatnya covid.. tiada simpati sesiapapun. Dia tidak memilih siapa untuk di jangkiti.. tiada tidak peduli hubungan kekeluargaan kamu. Jika kamu mendedahkan diri dan orang tersayang pada risiko jangkitan, dia pasti akan mengintai peluang.

Kita tak ada kuasa untuk menutup sektor sektor yang menyebabkan peningkatan statistik kes harian tapi selagi kita masih ada pilihan untuk berusaha mengurangkan risiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain, maka buatlah sebagai salah satu usaha mengelakan jangkitan.

Pada yang sudah lengkap 2 dos vaksin, pada negeri negeri yang mula beralih ke fasa kedua.. Jangan terlalu meraikan. Semua masih berisiko di jangkiti atau menjangkiti orang lain. Tiada siapa yang kebal dari berisiko maka apa yang boleh kita buat adalah bekerjasama untuk mengawal penularan wabak dengan mengawal pergerakkan.

Setiap hari membaca khabar khabar kematian akibat virus yang sangat jahat ni.. hati siapa tidak hancur. Mental koyak.. jiwa menjadi sesak. sedikit sebanyak pasti risau dengan nasib keluarga sendiri. 

Di Fasa kritikal ni, apa yang boleh kita buat selain terus patuh pada SOP.. adalah memohon perlindungan dari Allah. Semoga Allah menghilangkan virus jahat ini dari mukabumi.

Sungguh.. hati semakin rapuh mendengar nyawa nyawa gugur akibat covid. Semoga asbab pemergiaan Siti Sarah dapat membuka mata pihak pemerintah bahawa rakyat sedang menderita. Setiap hari rakyat meratapi kehilangan orang orang tersayang akibat covid. Lakukan sesuatu supaya dapat mengawal jangkitan covid.

Semoga mereka yang gugur angkara covid bersemadi dengan Aman.. Bagi yang muslim semoga di tempatkan mereka bersama orang orang yang beriman. Amin..

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA. Pagi ni terbaca satu perkhabaran sedih. Pemergian seorang pelakon & pelawak vateran Dato Jamali Shadat telah pulang kerahmatullah.

Innalillahhiwainnalillahhirojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Dato Jamali Shadat atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga roh beliau di ampuni dosa dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman & beramal soleh.

Bagi generasi baru mungkin kurang mengenali penghibur terkenal satu masa dahulu ini. Sedikit tentang Dato Jamali Shadat

Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Malaysia kehilangan seorang lagi bintang yang sangat berharga. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham Dato Jamali Shadat.

PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN?

PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN?Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Jika betul perkhabaran yang di terima salam takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat & saudara mara kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang di khabarkan telah meninggal dunia dia hatyai Thailand akibat kemalangan.


Saya di tag seseorang bertanyakan kepastian tentang perkara ni.. Dan saya terbaca posting dari salah seorang kenalan di facebook tentang perkara ni. Kemudian di tag lagi pada satu posting dari seorang individu yang mengesahkan berita ni. Kalau betul memang satu berita yang mengejutkan kerana beliau seorang pengasas yang kita sedia maklum amat di kenali di Malaysia.

Satu video yang di kongsikan anak beliau mengesahkan perkara tersebut. Boleh tonton video ni kat sini : https://www.facebook.com/watch/?v=605928406574850


Tentang isu produk tu kita letak tepi dulu.. Kita kena ada kemanusiaan jugak kan? Atas perikemanusiaan sebab saya pun manusia biasa yang penuh khilaf juga. Mungkin antara kami ada perbezaan pendapat dalam isu isu produk kosmetik tapi saya tidak membencinya sebagai seorang manusia.. Tetap mendoakan kebaikkan buat beliau jika benar beliau sudah tiada lagi di dunia ni. Pergi di bulan yang Mulia.. semoga Allah muliakan jenazahnya & tutup segala keaiban semasa hayatnya. Amin..

Portal berita Sinar Harian juga mengesahkan Pengasas Dnars Kosmetik terkorban dalam kemalangan di Hatyai Thailand

Jom sama sama kita doakan kebaikan buat Allahyarhamah.. semoga semua urusan akhir beliau di permudahkan. Amin...

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL. Jarang saya mengulas isu ni di facebook tapi memang saya sentiasa ikuti kes Muhammad Adib Mohd Kassim atau lebih mesra di panggil adib seorang anggota bomba yang tidak bersalah di pukul sehingga cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lalu. Selepas tiga minggu bertarung nyawa di ICU semalam.. lebih kurang pukul 9.41pm Adib menghembuskan nafas terakhir & meninggalkan kesan luka yang amat mendalam kepada rakyat malaysia terutama ahli keluarga, rakan sekerja & tunangnya.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Apapun terlebih dahulu saya ucapakan salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Adib, seluruh jabatan bomba & semua sanak saudara, rakan taulanda Allahyarham. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba hamba yang di kasihi. Dia berjihad untuk menjaga ketenteraman awam & terkorban dalam rusuhan tersebut. Innalillahiwainnalillahhirojiun..

Saya tak nak cakap isu kaum ke apa.. Tapi sejak semalam saya dok baca komen2 netizen yang mendesak pihak berkuasa memberi pembelaan sewayarnya kepada kematian adib & menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan. jelas terpancar kemarahan rakyat Malaysia tak kira apapun kaum atas apa yang berlaku.

Kes Adib kini dah menjadi kes bunuh.. Sebelum ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh mangsa. Kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh anggota bomba Muhammad Adib di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov lalu, kini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuhHope si pelaku menerima hukuman setimpalnya.

Adib yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 22 disember ni.. Namun Apakan daya, Janji Allah itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita merancang tapi Allah terlebih dahulu menulis perjalanan hidup & mati kita. Semoga Tunang Adib kuat & tabah hadapi ujian besar ni.


Apapun sebagai orang awam & rakyat Malaysia saya juga berharap hukuman berat keatas semua pesalah. Moga tiada hak istimewa di beri kepada pesalah pesalah yang memukul & menyebabkan kecederaan parah anggota keselamatan yang menjalankan tugas sehingga meninggal dunia akibat dari kecederaan yang di alami. Memang tengok muka seseko rasa macam nak tunjal tunjal kepala. Tapi sebab negara kita ada undang undang.. Biar undang undang menghukum mereka. Kalau kita hukum depa.. kita pulak kena tindakkan undang undang nanti.

Antara Suspek kes pukul anggota bomba semasa rusuhan di kuil.

Moral of the story.. Jangan kerana nila setitik kita menghukum sesuatu agama & bangsa tu. Sebab yang jahat ada sekumpulan perusuh dari satu kaum & agama bukan keseluruhan bangsa & penganut agama tersebut.

PELAKON & PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA

PELAKON & PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA. Accapan seorang pelawak & pelakon yang banyak membintangi filem filem, drama & sitcom melayu di Malaysia. Sejak tahun 80an lagi beliau telah mewarnai industri seni tempatan. Beliau seorang pelakon & pelawak yang memang di kenali ramai.


Namun kini negara kehilangan satu bintang yang pernah menyinari.. Yang pernah buat kita ketawa dengan lawaknya.. Terbaca perkongsian di laman Facebook milik Anak mendiang beliau di khabarkan telah meninggal dunia awal pagi tadi dan akan di kebumikan hari ini.



Salam Takziah buat seluruh keluarga, saudara mara & rakan taulan mendiang. Semoga mereka bertabah & bersabar dengan kehilangan orang yang tersayang.

Sedikit info berkaitan Mendiang

Samynathan A/L Rethinam di Lahirkan di Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958 atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.

Antara filem yang pernah di lakokan mendiang adalah

Mamak Cupcake - (2014)
Jin Notti - (2009)
Biar Betul - (2004)
Gila Bola - (2003)
Iskandar - (2003)
Lagi-Lagi Senario - (2001)
Ghazal Untuk Rabiah (1997)
Suratan Kasih - (1996)
Bisikan Cinta - (1995)
Simfoni Kasih - (1994)
Hanny - (1993)
Sahabat - (1992)
Rimba Malam - (1992)
Mira Edora - (1990)
O.K (Orang Kampung Otak Kimia) - (1990)
Sejati - (1990)
Adik - (1990)

PERSONALITI TV TERKENAL MAHADZIR LOKMAN MENINGGAL DUNIA DI HOTEL

PERSONALITI TV TERKENAL MAHADZIR LOKMAN MENINGGAL DUNIA DI HOTEL. Siapa tak kenal dengan personaliti Tv terkenal mahadzir Lokman. Kepetahan & kelancaran dia berkata kata bila mengacara sesebuah rancangan tidak dapat di nafikan lagi.


Hari ini menerima perkhabaran Beliau telah kembali kerahmatullah awal pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di kota kinabalu sabah. Innalillahhiwainnalillahhirojiun..

Semoga kaum keluarga & saudara mara Allahyarham tabah menerima berita kehilangan orang tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semuanya sudah tertulis sejak azali.. takkan terlewat atau tercepat walau sesaat bila tiba waktunya.

Sedikit latar belakang Allahyarham mungkin bagi mereka yang tidak mengenalinya..

Dato' Mahadzir Dato' Lokman atau 'Dale' atau 'DD' terkenal sebagai pengacara pelbagai majlis besar seperti Majlis Tilawah al Quran kerana boleh berbahasa Perancis.

Beliau bermula di Sekolah Methodist Boys' di KL; Sekolah Sultan Abdullah di Kuantan ; Sabah College, di Kota Kinabalu dan Victoria Institution di Kuala Lumpur.

Beliau adalah antara 26 pelajar bertuah Malaysia dalam pertukaran pelajar di Sekolah Tinggi Avenal, di AvenalCaliforniaAmerika Syarikat. Kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Langside dan Clydebank Technical College di GlasgowScotlandUK. Beliau ialah graduan Universiti Ohio di AthensOhio, Amerika Syarikat jurusan Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa

Kerjaya beliau yang menonjol ialah sebagai penyampai televisyen khususnya di TV3 dan sebagai tuan rumah pelbagai program pelbagai tempatan pada rangkaian TV Malaysia

Mahadzir telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)(2007) oleh Sultan Pahang dan Kesatria Setia Diraja (KSD), satu anugerah Diraja Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-10.

Beliau telah dianugerahkan 'Ordre Les Palmes Academiques "oleh Kerajaan Perancis (2006) atas usaha beliau dalam mempromosikan Bahasa dan Kebudayaan Perancis. Beliau juga menerima Anugerah Pembaca Berita / Penyiar Terbaik (1999) oleh Majalah Monsieur dan Anugerah Man Quintessential (1998) dan Duta untuk Keamanan 2009.

Sumber : Wikepedia

Apapun semua kini tinggal kenangan. Seorang personaliti TV yang berbakat besar telah pergi buat selamanya. Semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & semoga beliau di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

Semoga setiap khabar kematian yang kita terima meningkatkan lagi ibadah & ketaqwaan kita kepada Allah.

PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

PELAKON WATAK ALI SETAN, AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Azmil Mustapha yang di khabarkan telah meninggal dunia lebih kurang pukul 1 petang tadi.



Semua orang tahu Pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular dengan Filem Ali Setan antara pelakon yang popular sekitar tahun 80an. Banyak filem2 yang di bintangi & memegang watak hero.

Allahyarham Azmil merupakan bekas mahasiswa dari Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat (AS). Menuntut selama lima tahun di Universiti Indiana dengan membawa pulang segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen ketika kembali ke Malaysia pada tahun 1979.

Ustaz Azmil Mustapha (1 Januari 1953 - 14 Februari 2018) adalah seorang pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan Box Office iaitu filem Mekanik (1983) yang turut dibintangi Lagenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pemain undangan.Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau adalah Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Gandingan paling ideal pada era tersebut adalah antara beliau dan Fauziah Ahmad Daud. Selain itu antara filem-filem yang turut mendapat sambutan adalah seperti Driving School (1990), Iman Alone (1998) dan Fifty Cent (1991). Memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986) - Filem Ali Setan. Beliau bersara ketika nama beliau di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an, Namun beliau tidak pernah kesal dengan keputusan yang diambil

Sumber : Wikipedia

Marilah kita sama sama mendoakan semoga Allah mengampuni dosa dosa Allahyarham & menempatkan dia bersama orang orang yang beriman.

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati. Semoga keluarga Allahyarham redha dengan pemergian insan tersayang.

PENGASAS SATAY HJ SAMURI MENINGGAL DUNIA

PENGASAS SATAY HJ SAMURI MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara & sahabat handal kepada pengasas satay Hj samuri iatu Datuk Samuri Juraimi yang telah pun pulang kerahmatullan tengah malam semalam pada pukul 12.05 tengah malam. Di saat umat islam tengah bergembira meraikan hari raya korban.. Mereka kehilangan insan tersayang.


Jenazah Hj Samuri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Hj Samuri merupakan Anak jati Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor itu meninggal dunia pada usia 73 tahun. Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Hajjah Jani Mohamad Amir dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.

Siapa tak kenal Satay Hj Samuri terutama penduduk area lembah kelang. Satay Hj Samuri memang di kenali ramai & menjadi kegemaran ramai. Saya juga pernah merasai satay Hj Samuri ni. Allahyarham HjSamuri adalah pengasas syarikat Sate Kajang Hj Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd sejak tahun 2000.

Syarikat yang mulanya beroperasi dengan menjual sate secara kecil-kecilan sejak tahun 1992, kini telah berkembang menjadi sebuah syarikat korporat yang boleh dikategorikan sebagai peneraju dalam bidang perniagaan sate secara komersial.

Kini Sate Kajang Hj Samuri mempunyai 20 buah rantaian cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.

Sate Kajang Hj Samuri juga merupakan pembekal sate utama kepada beberapa rangkaian hotel dan kafe terkemuka di Kuala Lumpur.

Semoga roh beliau di ampuni dosa & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Sesungguhnya bila sampai waktunya.. tidak tercepat atau terlambat walau sesaat. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham. Al fatihah.

KARTUNIS MAJALAH UJANG, LENGKUAS MENINGGAL DUNIA

KARTUNIS MAJALAH UJANG, LENGKUAS MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Bekas kartunis majalah Ujang, Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Bin Saleh yang meninggal dunia di hari penuh keberkataan ini pada usia 53 tahun.


Mungkin generasi yang lahir pada tahun 2000an tak kenal dengan kartunis Lengkuas tapi yang membesar pada tahun 1990an pasti ramai yang kenal dengan Kartun Mat Dispatch yang selalu minta RM2 kat bos dia.


Allahyarham kartunis lengkuas @ Zainuddin meninggal dunia dunia pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai meninggal dunia akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau & menepatkan Allahyarham di kalangan orang orang yang beriman. Moga ahli keluarga kartunis Lengkuas Tabah hadapi pemergian orang tersayang. Sesungguhnya.. Mati itu pasti. Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat bila tiba waktunya.

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salah takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah Shea Rasol merupakan seorang blogger juga seorang pengacara rancangan TV. Di khabar telah meninggal dunia pada bulan mulia di hari Jumaat ini..


Allah.. antara orang2 yang bertuah terpilih untuk pergi meninggalkan dunia fana di hari yang mulia ni. Moga Allah mengampuni dosa dosanya & menempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman.

Apa yang aku sempat baca di blog Arwah.. katanya Arwah mengidap cancer. Mungkin itulah asbab arwah meninggal dunia. Apapun asbabnya sesungguhnya sampai masa tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat. Hidup kita dah tertulis sejak azali.

Actually aku tak berapa kenal Shea Rasol ni sebgai blogger cuma kenal semasa beliau mengacarakan rancangan SIS kat tv3 dulu bersama Heliza Helmi & sorang lagi sapa ntah lupa pulak nama dia. Tapi dia agak di kenali di kalangan blogger2 terkenal la. Aku ni walau blogger kadang2 tak berapa kenal sangat dengan blogger even popular.


Tapi sempat google berkenaan Shea Rasol ni, selain blogger & pengacara rancangan TV beliau juga mempunya jenama pakaian sendiri. Seorang businesswoman juga la. Sesungguhnya antara orang yang berjaya semasa hayatnya. semoga disana beliau juga di kalangan hamba hamba yang berjaya, Insya Allah.

Apapun semoga seluruh ahli keluarga Shea Rasol tabah menerima kehilangan orang tersayang. Pemergian beliau di hari & bulan yang baik adalah satu anugerah.. Moga arwah mendapat kemenangan jugak di sana.

Alfatihah...

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN PELAJAR TAHFIZ, MOHAMAD THAQIF

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN PELAJAR TAHFIZ, MOHAMAD THAQIF. Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Bin Mohd Gaddafie yang meninggal dunia pada pukul 2.05 petang tadi. Kalau ada yang mengikut kes adik Mohd Thaqif ni rasanya tahu apa yang berlaku pada arwah sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir..


Tapi bagi yang tak mengikuti, serba sedikit tentang kes. arwah seorang pelajar tahfiz di madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor yang di dakwa di pukul pembantu warden asrama sehingga menyebabkan masalah kesihatan & kedua belah kakinya terpaksa di potong. Kes masih dalam siasatan. Sepatutnya adik Thaqif ni menjalani pembedahan membuang tangan tapi di sebabkan jantungnya yang tidak stabil doktor terpaksa menangguhkan pembedahan tersebut.. Namun perancangan Allah itu dah di atur. Sampai masanya.. Takkan lewat atau tercepat walau sesaat.. Akhirnya penderitaan adik Mohamad Thaqif berakhir hari ini..

Diari Arwah Adik Mohamad Thaqif ada menyatakan tidak tahan untuk terus belajar di situ kerana sering di pukul & berharap ibu bapanya menukar dia ke tempat lain

Semoga roh adik Mohamad Thaqif di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah menerima kehilangan insan tersayang & dapat menghadapi ujian ini dengan tenang. Arwah akan di kebumikan selepas maghrib di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi...

Marilah sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat arwah.. semoga rohnya di cucuri rahmat.

SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA

SUAMI KEPADA PENYANYI NORA JUGA KOMPOSER TERKENAL JOHAN NAWAWI MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun... Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga komposer terkenal Johan Nawawi merupakan suami kepada penyanyi yang terkenal dengan lagunya di persimpangan dilema pada tahun 90an, Nora.


Dikhabarkan komposer terkenal tersebut menghembuskan nafas terakhir pada 6.30 pagi tadi setelah di bawa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.

Perginya di hari Jumaat yang mulia... Moga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menampatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman.  Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Sedikit info berkenaan Allahyarham.. Johan Nawawi adalah penggubah lagu pop dalam industri muzik Malaysia sejak 1980-an. Antara lagu popular ciptaannya berjudul Hanya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera nyanyian Nora yang juga merupakan isterinya. Johan boleh bermain alat-alat muzik seperti piano dan gitar dan aktif bermain muzik sejak tahun 1986.

Beliau berasal dari Ipoh, Perak tetapi kampung halamannya adalah di Pasir Mas, Kelantan. Beliau adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud. Mereka menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memiliki diploma bidang arkitek daripada Federal Institute of Technology (FIT).

PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA

PELAKON VETERAN TAN SRI JINS SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga seorang pelakon vateran yang sangat di kagumi.. Tan Sri Jins Shamdudin yang di khabarkan telah kembali ke rahmatullah pada sebentar tadi.


Tan Sri Jins Shamsudin atau nama sebenarnya Mohamed Jins bin Shamsuddin di lahirkan pada 5 november 1935 di Taiping, Perak. Allahyarham merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an. Melanjutkan pelajaran bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama. Sejak 1956, Allahyarham  mula melibatkan diri dalam 40 filem.


Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dariP. Ramlee

Kini Malaysia kehilangan sebutir lagi bintang lagenda.. Semoga Allah mengampuni segala dosa - dosa Allahyarham & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah...

PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH

PELAKON & PENGACARA ARY MALIK KEMBALI KERAHMATULLAH. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara, sahabat taulan Pelakon & pengacara Ary Malik yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.17 minit malam tadi...


Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa arwah & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman.. Kepada seluruh Ahli keluarga Ary Malik semoga tabah menerima ujian berat dengan pemergian orang tersayang..

Sedikit info Ary Malik seorang pengacara yang pernah mengacara rancangan muzik muzik & pernah jugak berlakon. Beliau menderita kanser ovari sejak setahun lalu. Pernah menyertai rancangan realiti TV masterchef. Seorang yang petah bercakap & suka tersenyum.

Kini Ary Malik tinggal kenangan. Sama2 kita sedekahkan Al Fatihah..

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA. Asal ada artis yang tengah sakit & kritikal sedang di rawat je macam jadi satu trend pulak mereka2 yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya retis tu dah meninggal dunia. Yer.. betul benda tu boleh menaikkan rating post mereka tapi sila la ada rasa tanggungjawab sedikit sebelum menyebarkan apa2 berita. Yang tak sure tu tak payah jadi orang pertama share sangat la kan..


Semua orang akan mati termasuk la penyebar berita2 palsu ni. Kalau ye pun kau tak sabar nak tulis cerita pasal kematian orang lain jangan la sampai jadi fitnah. Mangsa terbaru ary Malik yang kini sedang kritikal & di rawat di hospital akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Ternampak orang mula share cerita dia dah meninggal dunia. Tak tau la sapa yang punya angkara sebarkan fitnah macam tu.. Patutnya doa la yang terbaik untuk mereka yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit kronik macam ni. Ni macam kau doa dia cepat mati pulak.

Ingat.. masa kita sihat, masa kita masih boleh menulis berita tentang orang lain nak2 lagi berita palsu macam tu.. Tak semestinya kita tak akan sakit & jauh sekali boleh elak dari mati. Jangan nanti tiba saat kita berada dalam situasi orang2 yang kita pernah jadikan mangsa untuk meraih  keuntungan, baru kita nak rasa betapa sakitnya dalam kondisi kita yang tidak sihat kemudian orang pulak dok sebar berita palsu konon kita dah mati.

Moral of the story.. sama2 kita doakan yang terbaik buat Ary malik. Semoga Allah permudahkan segala untuk beliau.

HAJAT IBU NAK JUMPA AZWAN ALI TIDAK KESAMPAIAN

HAJAT IBU NAK JUMPA AZWAN ALI TIDAK KESAMPAIAN. Hari ni ramai yang tahu Ibu kepada selebriti terkenal Azwan Ali juga merangkap ibu kepada menteri besar Selangor Dato Seri Azmin Ali telah pulang kerahmatullah akibat di serang sakit angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Pakar KPJ Damansara dalam usia 82 tahun.


Ibu kepada Selebriti terkenal ni semasa uzur dia berhajat nak jumpa anak anak dia sebelum meninggal dunia tapi sayangnya hajat dia tak kesampaian sebab tak sempat nak jumpa Azwan Ali. tak tau la apa masalah keluarga mereka sampai Azwan Ali tak balik jenguk mak dia yang sakit. Tak mau la buat apa2 spekulasi cuma tu la kan.. Ibu cuma satu.. Ibu datang & pergi sekali.. Ibu tiada di jual beli. Ibu juga manusia.. Kadang2 ada silapnya.. Tapi sebagai anak jenguk la ibu selagi masih ada nyawa. Bila perginya seorang ibu maka hilanglah segala doa2nya..


Tetiba teringat pulak kat mak sendiri di kampung. Mujur mak aku ni paham la dengan keadaan anak dia kat sini yang tak boleh nak curi masa balik kampung lagi. Untung la mereka2 yang tinggal dekat dengan mak bapak.. Boleh kerap balik jenguk. Aku ni kadang2 mak aku datang jenguk aku kat sini di samping dia nak datang shopping jugak. hehehe.. erkk.. apasal cerita pasal mak aku pulak ni...

Apapun tak tau la masa pengebumian mak dia.. Azwan Ali ada balik ke tidak memberi penghormatan terakhir. Mungkin dia pun sedih jugak tu dengan pemergian mak dia.. Mak kot. Marah macam mana pun dengan seorang mak.. Kalau dia takde mesti rasa juga kehilangan tu. Moga apapun masalah Azwan Ali balik la.. Kalaupun tak sempat jenguk mak dia masa masih hidup ziarah la kubur.. hadiahkan doa2 untuknya disana. Walaupun Azwan Ali macam tu aku percaya jauh di sudut hati dia.. Tetap sayangkan mak dia. So jangan la kecam dia lebih - lebih. Doakan yang terbaik untuk dia. Dengan doa - doa yang baik kita juga mendapat kebaikanya.

Moral Of the story.. Tak perlu kita nak judge Azwan Ali anak derhaka bagai sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com