Showing posts with label abang viva. Show all posts

ABANG VIVA @ AZWAN OMAR TERIMA SIJIL PENGHARGAAN ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH DARI APM

ABANG VIVA @ AZWAN OMAR TERIMA SIJIL PENGHARGAAN ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH DARI APM. Masih hangat di perkatakan seorang insan berhati mulia yang menjadi viral selepas datang bersama kereta viva membawa bot angin dengan duit poket RM50 untuk membantu mangsa mangsa banjir di shah Alam sebelum ini. Beliau sendiri tidak pernah menjangka akan menjadi perhatian ramai kerana niat asalnya hanya datang membantu. Beliau juga tidak pernah berkongsi aktivitinya di laman sosial tapi pengguna media sosial yang memviralkan kebaikannya.

Dari orang biasa yang tak siapa kenal atau peduli namun sekarang Allah angkat darjatnya sehingga menjadi manusia paling di kagumi masyarakat di atas sikap baik & perikemanusiaan yang tinggi. Sesungguh perbuatan baik itu tidak perlu kita mengharapkan balasan sesama manusia. Allah dah janjikan ganjaran setiap perbuatan yang baik itu untuk kita.

Terkini dari akaun tiktok abangvivaofficial berkongsi satu khabar gembira di mana abang viva @ Azwan omar menerima Anugerah sijil Adiwira prihatin musibah. Sijil penghargaan tersebut adalah di sampaikan oleh Ketua Pesuruhanjaya Angkatan Pertahan Awam kepada abang viva @ Azwan Omar.

Tahniah dan Alhamdulillah. Sememangnya beliau layak menerima penghargaan tersebut. Semoga apa yang di lakukan beliau menjadi inspirasi buat kita semua. 

Sedikit info berkaitan abang viva

Nama sebenar beliau Azwan omar. Berusia 29 tahun, masih bujang dan ada menjaga dua orang anak buah (anak kakak sulung yang dah meninggal dunia) dan masih tinggal bersama keluarga di Melaka. Beliau bekerja sebagai operator mesin di sebuah syarikat. 

Apa yang menarik, dalam misi bantuanya kereta viva yang di gunakan adalah milik keluarganya yang di berikan oleh salah seorang kakak kepada Ayahnya untuk kegunaan keluarga. Di pinjam untuk datang ke Selangor bagi membantu mangsa banjir. Dia cuma memilik bot angin dan enjin bot di pinjamkan dari seorang kawan. Berbekalkan duit poket RM50 waktu itu kerana katanya belum menerima gaji dia tawakal dengan niatnya datang membantu mangsa banjir.

Tawakalnya setinggi langit. Dalam diri sendiri pun serba kekurangan dari segi harta benda tapi hatinya sangat besar. Sikap perikemanusiaannya sangat tinggi. Jadi tak perlu pertikai jika selepas ini lebih banyak penghargaan di beri pada beliau.

Apapun Tahniah dan terima kasih bukan sahaja kepad Azwan omar malah kepada semua yang terlibat dalam membantu mangsa mangsa banjir. Anda adalah wira dan wirawati rakyat Malaysia. Bukan model waterjet semata mata.

BERSAMA VIVA,BOAT KECIL DAN RM50,LELAKI INI JADI VIRAL

BERSAMA VIVA,BOAT KECIL DAN RM50,LELAKI INI JADI VIRAL. Rasanya ramai sudah membaca kisah abang viva antara individu yang terawal datang dari Melaka datang ke Shah Alam untuk membantu mengeluarkan mangsa banjir yang terperangkap.

Menurut pembacaan saya di sosial media, beliau datang dengan kereta viva bersam boat kecil yang di gunakan untuk pergi memancing dan hanya ada duit poket sebanyak RM50 untuk minyak kereta dan makan. Tawakal betul beliau untuk datang membantu orang lain. Biarpun diri sendiri tidak memiliki aset aset hebat untuk misi bantuan macam aset aset kerajaan ada tapi dia terlebih dahulu sampai membantu sedangkan pihak pihak yang sepatutnya bertanggungjawab sibuk dengan nak adakan mensyuarat dulu.. nak adakan majlis perasmikan untuk bantu mangsa banjir.

Tak faham aku dalam fasa kecemasan pun nak mesyuarat la.. nak buat majlis perasmian la. Manalah rakyat tak mengamuk. Susah sangat ke nak buat keputusan yang lebih cepat untuk segera membantu mangsa banjir yang dalam keadaan bahaya? Gamaknya tunggu pihak atasan mencari solusi mangsa banjir dah bertukar jadi ikan kaloi. Depa datang bawa nasi malukut, sayur keladi je la tabur dalam banjir.

Mujur ada ramai individu dan NGO yang berhati mulia seperti abang viva yang viral ni mengambil tindakan cepat. Masing masing datang bersama boat untuk membantu.

Ramai yang mula share dan viralkan kisah abang viva yang bagi netizen cukup menyentuh hati. Jadi saya copy di sini untuk pembacaan anda.

Saya cukup tersentuh membaca kisah Abang Viva yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Kisah Abang Viva seperti berikut:

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50 saja. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir. 

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir.

6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, "Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir"

8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.

9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami! 

Nukilan : Dr. Abdél Rahmanov

Apapun kisah abang viva ni cukup memberi inspirasi kepada kita semua bahawa jika kita ingin membuat kebaikan tak perlu kaya. Yang kita kena ada adalah keinginan dan keikhlasan untuk membantu.

Kita tak mampu sumbang tenaga, boleh sumbang berbentuk kewangan, kalau tak ada kewangan cukuplah memberi moral support dan doa kerana setiap bantuan yang di beri samada dengan cara material atau spiritual sangat membantu untuk kembalikan semangat buat mangsa mangsa banjir yang mungkin trauma dengan apa yang berlaku.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com