CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR. 28 mei 2025 rabu yang lepas adalah tarikh hari ulangtahun suami aku yang ke.. Tak payah la tau. Agama dah ajar kita 3 perkara yang perlu di rahsiakan. 1. Umur 2. Hal keluarga & 3. Harta & kerjaya. Tak ada keperluan tak payah nak cerita atau tunjuk sangat mungkin boleh jadi fitnah & aib kan. Cukup la hangpa tau tarikh tu hari ulangtahun suami aku yang hensem di mata ku. Alah normal la isteri akan pandang suami dia ensem kan?
Macam biasa la sambutan hari jadi anak ke, bini ke atau suami sendiri cara kami meraikan adalah keluar jalan jalan & makan makan sahaja. Kalau anak anak tu bawa la pergi beli barang apa yang depa nak. Tak ada la majlis apa apa. Tu cara kami meraikan. Suami la belanja. Birthday pun tetap dia kena belanja kami anak beranak. Tapi aku tetap la belikan hadiah. Hadiah tu nanti next entri aku akan review. Sabaq ok!
Suami bawa kami pergi lepak lepak kat satu cafe dalam hutan. Putri D rimba cafe. Cafe ni cantik. Tepi sungai berbatu. Air sungai memang jernih & cantik bagi aku. Di kelilingi hutan tebal & hijau lagi. Sepanjang jalan tu memang banyak chalet & aktiviti atv. Kira kat situ memang tempat riadah & buat aktiviti hutan la. Kalau ada yang nak main atv atau berehat dalan suasana hutan. Nak buat family day ke sesuai la. Banyak chalet kat situ. Tapi kami sekadar pergi jalan jalan je nak merasai pengalaman minum minum kat cafe dalam rimba tu.
Tak banyak menu di sediakan.. Hari yang kami pergi tu pun banyak menu yang tak ada. Kebanyakan western & ada la korean food. Setakat ramen yang rasa macam instant ramen pedas. Makanan & minuman tu jangan letak high expectation la. Rasa semua biasa biasa sahaja. Senang faham tempat ni sesuai untuk lepak lepak minum dalam suasana hutan tepi sungai sahaja bukan tempat untuk food hunter.
Lokasi dekat Taman melawati, kuala lumpur. Jadi warga kl nak datang lepak lepak boleh la. Jalan masuk adventure la sikit jalan hutan & kampung tapi bagi aku memang best. Sebab dapat tengok suasana kampung & hutan yang menenangkan dengan sungai berbatu yang yang jernih & cantik.
Sungai tepi cafe ni boleh kot kalau anak anak nak mandi & main air. Tak sure la pulak masa aku datang memang tak ada orang sangat. Tak nampak pula ada budak budak mandi manda. Tapi rasanya boleh. Nampak ada orang pasang khemah kat situ.
Apapun kalau nak lari sekejab dari belantara konkrit antara tempat yang korang boleh datang kesini untuk warga kota. Luar kl pun kalau datang nak jalan jalan kesini pun boleh. Alang alang dah sampai kan..
'DRIVE THRU' BUANG SAKA. Assalammualaikum.. salam satu malaysia dari kak ton ton bak. Makyung dedek. Tu dia mukadimah ala ala founder produk gitu. Manatau aura founder melekat kat den..jadi founder kaya raya & berjaya dunia akhirat macam ustaz ebit liew tu kan... Doa baik baik.. Moga jadi baik.ye dak??
Apa cerita ni buang saka drive thru ja.amboi ingat restoran fast food, swab test je ada drive thru. Nak buang saka pun boleh drive thru jugak je. Kat mana tu gamaknya tempat buang saka drive thru.
Sejak semalam dok viral satu video yang menunjukan seorang wanita di dalam sebuah kereta berhenti tepi jalan atas jambatan sebuah sungai besar membuang sesuatu ke dalam sungai tu. Cara dia tu cuma keluarkan separuh badan melalui tingkap kereta kemudian membaling satu bungkusan yang pada mulanya netizen ingat sampah.
Lepas jadi viral tuan punya badan tampil memohon maaf di atas perbuatan dia. Katanya dia baru balik dari membuat rawatan tradisional dan yang di buang tu katanya saka.
Amboi buang saka cara pandu laju yer makcik. Kelass you makcik mencipta satu revolusi baru membuang saka. Lepas ni maybe sungai sungai tepi jalan raya macam tu akan menjadi port drive thru untuk buang saka pulak.
Tu dia saka kau.. jangan nanti ada yang jumpa saka terbuang pi kutip pulak. Kalau ikut amalan orang dulu dulu memang cara macam tu la depa buang saka. Tapi tak la drive thru. Depa pi sungai ka laut ka.. depa peranyut (buang) saka. Sebab tu kalau jumpa apa apa benda pelik jangan kutip bawa balik. Kalau hangpa pernah tonton filem jangan pandang belakang.. begitu la akibat bila kutip barang yang jumpa tepi laut atau sungai. Last last saka buangan tu mengganggu. Tapi makcik ni tak tau la betul ke tak.. Tapi kalau betul ada saka buang la guna rawatan Islam. Islam ada cara yang lebih baik dari main campak campak je ikut suka hati. Kita tak boleh menidakan kewujudan saka ni sebab orang dulu banyak berdamping dengan saka untuk tujuan menjaga harta, keturunan & untuk memudahkan aktiviti mereka mencari rezeki macam masuk hutan belantara bagai. Tapi orang dulu jahil.. didikan agama pun kurang. Kita jangan la ikut pulak kalu tahu benda tu khurafat & berdosa.
Apapun nak buang saka pun tak payah la buat macam tu. Kan dah jadi viral. Silap haribulan kena saman sebab di anggap buang sampai ke sungai. Mencemarkan air. Kami orang selangor dah la selalu kena gangguan air.. maybe punca orang dok buang saka dalam sungai la kot. Kekekeke..
Moral of the story.. benda yang berlaku ni jadikan pengajaran. Tak kira la nak buang saka ke sampah ke ingat zaman teknologi ni camera semua atas tapak tangan. Banyak mata memerhati melalui lensa camera. Bahaya sebab rakaman tu boleh tersebar. So nak buang apapun buang la secara berhemah