Showing posts with label western food. Show all posts

JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR.Sapa tak suka makan? Semua orang suka makan. Sebab makan ni selain untuk hidup.. Kadang kadang jadi satu terapi kepada stress. Bila dapat makanan sedap kita jadi happy. Berbanding kalau lapar.. Moody, lemau.. semua ada la.

Sebab tu kalau kita melancong atau melawat kemana mana tempat salah satu aktiviti yang kita akan buat adalah memburu makan sedap di tempat tu. Tipu la.. korang kemana mana tak cari port makanan sedap kan? Saya pun sama. Di tambah lagi ada pasangan yang memang suka la jadi food hunter. kadang kadang sanggup drive ber jam jam semata mata nak ke destinasi makanan yang di katakan sedap tu. Nak nak lagi kat Malaysia ni.. Antara salah satu negara yang boleh di kategorikan sebagai syurga makanan juga la. Nak makan apa semua boleh cari dalam Malaysia ni ok.

Kalau kat area KL ni korang nak jalan jalan cari makan.. ada beberapa restoran & tempat makan yang agak best korang boleh try. Antaranya

Restoran Murni Discovery



Restoran ni keistimewaan dia adalah menyediakan masakan pelbagai kaum di malaysia. Nak makan masakan melayu ada.. masakan cina ada.. & masakan India pun ada. Tiga bangsa ni memang menjadi signature di Malaysia so 3 jenis masakan dari 3 kaum ni memang antara menjadi kegemaran rakyat malaysia & pelancong luar juga. Tapi kalau  rasa tak nak makan menu tempatan ada juga menu western. Pendek kata restoran ni terlalu banyak menu yang anda boleh cuba.

Restoran ni terletak di 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mat Teh Ikan Bakar



Bagi penggemar ikan bakar korang boleh cuba menu menu ikan bakar di restoran ni. Katanya antara gerai melayu yang agak terkenal di kuala lumpur ni. Yang best ikan ikan bakarnya di balut dengan daun pisang yang mana akan mengeluarkan aroma & rasa yang sedap di samping bahan perapan yang lain. Selain itu sambal & sos cili yang di sediakan untuk di nikmati dengan ikan bakar pun sedap katanya. Di tambah pula dengan ulam ulaman.. Mau memboyot kat situ juga lepas makan. hehehehehe

Gerai ni terletak di Pasar Dato Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Keramat, Kuala Lumpur

Fiske Steakhouse



Hari hari makan nasi pun bosan katanya. Sesekali nak juga makan makanan western kan? Jangan risau korang boleh try makanan wester di restoran ni. Antara menu western yang di sediakan adalah  chicken chop dan spaghetti bolognese. Katanya kuah bolognese tu pekat melekat memang sedap la. Walaupun restoran ni western tapi terselit juga menu menu asia macam sate & asam pedas.

Restoran ni terletak di No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat



Bagi penggemar steamboat korang boleh try makan kat sini tanpa risau dengan bajet. Katanya murah buffet steamboat kat sini. So boleh makan sepuas hati. Sekitar RM45 untuk dewasa & RM20 untuk kanak kanak. Disini korang berpeluang menikmati & mencuba  masakan Mongolia Muslim, steamboat dan bbq yang enak secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut segar, daging-daging, sayuran dan sup yang boleh dinikmati. Untuk pencuci mulut pula terdapat ais krim dan juga buah-buahan.

restoran ni terletak di 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Restoran Dapur Sarawak



Bagi anak rantauan nun jauh dari sarawak yang rindukan menu menu sarawak di KL ni jangan menangis sayang. Di KL cuma takde mak dengan ayah korang je kalau dorang duduk jauh di negeri lain. Setakat nak makan boleh cari apa saja. Restoran ni menyediakan menu menu sarawak laksa Sarawak, mee kolok dan sup wantan. Juga terdapat kek lapis sarawak. Boleh la mengubat kerinduan anak sarawak di KL ni.

restoran ni terletak di No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur

Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai


Ni otai otai suka ni. Patin Tempoyak. Jangan risau di KL masih ada restoran yang menyediakan menu Patin tempoyak ni. Selain Patin tempoyak di restoran ni juga menyediakan menu menu lain seperti ikan talapia bakar. Sebbenarnya banyak lagi menu menu kat restoran ni korang boleh cuba cuma signature dish dia Patin tempoyak lain. Yang best ada pencuci mulut aiskrim durian. 

Restoran ni terletak di Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur

Nasi Lemak Tanglin



Antara yang memang popular kat KL ni nasi lemak tanglin. Of course la signature dish dia nasi lemak kan? Kenapa menjadi pilihan warga kota.. tak lain tak bukan sebab sedap. Dari nasi, sambal sehinggalah lauk pauk dia. Sambil makan korang boleh menikmati persembahan live band lagi. Wah happening kan makan nasi lemak kat situ.

restoran ni ni terletak Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari,, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Restoran Mee Tarik Warisan Asli



Amoi.. Lu tak payah balik china ma. Sini ada juga menu menu china. Mau makan mee tarik ka amoi? Meh sini try di restoran Mee Tarik warisan Asli. Banyak menu menu lain lagi selain mee tarik. Antara menu yang menjadi signature kat restoran ni mee soup with braised beef. Pengasas restoran ni adalah seorang cina muslim yang berasal dari china. Memang pure made from china ok! Yang best korang boleh tengok secara live macam mana orang buat mee tarik tu sendiri. Rasa dia memang rasa asli menu menu dari china.

Restoran ni terletak di : 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur

Restoran Patatimo



Di KL ni memang ramai orang pantai timur terutama dari kelantan. Jadi tak susah sangat nak cari menu menu pantai timur. Antara restoran yang menyediakan masakan pantai timur ni la dia. nasi kerabu, nasi Kelantan, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk yang lain. Makan sambil menikmati keindahan bukit bukau yang hijau. Tak sedar licin sepinggan katanya

Restoran ni terletak di D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Sup Tulang Janda Baik



Nak makan sup tulang tak payah susah susah ke Janda Baik menginap di resort sana bagai. Kat KL ni pun ada Sup Tulang Janda baik. Selain sup tulang katanya nasi ayam dia pun tak kurang sedap dengan portion ayam yang besar berbanding harga yang katanya murah. So korang boleh la try nanti.

Restoran ni terletak di Pudu, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Tu antara Restoran restoran yang kalau korang rasa nak jalan jalan cari makan sekitar kuala lumpur boleh la try. Tu pun kalau rajin la. Kalau malas korang order je dengan foodpanda. Sama jugak nak makan apapun ada.Nak local food atau western food delivery pun ada. Korang boleh pilih dmacam macam menu western pelbagai restoran yang ada di website foodpanda. Mana tahu kan nak buat candle lite dinner dengan pasangan tapi malas nak keluar, just set up meja makan order je menu perancis ke? Nanti dah sampai boleh la beromantika sambil menikmati makanan barat dari pelbagai negara. Hanya semudah order secara atas talian di website foodpanda. lepas tu tunggu je depa delivery sampai depan pintu rumah hangpa. Mudah kan hidup.. Nikmati ikut keselesaan masing masing. hehehehehehe.



PENGGEMAR WESTERN FOOD WAJIB TAHU TENTANG RESTORAN FLAMING GRILL

PENGGEMAR WESTERN FOOD WAJIB TAHU TENTANG RESTORAN FLAMING GRILL. Ramai orang Malaysia menggemari makanan barat maka restoran makanan barat ni sekarang bersepah kat seratan daerah & negeri. Kalau KL selangor ni tak payah cakap la.. Tak terkira dengan jari. Cuma antara yang banyak banyak tu kita tak tahu la yang mana betul2 sedap dengan rasa western atau yang rasa acah acah western je.


Kita nak makan masakan barat ni bukan boleh main semborono je makan. Kena pastikan ia halal. halal bukan sekadar no pork je tau. Penggunaan bahan bahan lain jugak kita perlu tahu halal & haram. Kebanyakkan restoran non muslim walau dia mention no pork (tiada babi) tapi bahan bahan dia memasak tu kadang2 ada guna alkohol. Almaklum nama pun western food kan. Kalau yang versi non muslim mungkin ada guna bahan bahan yang tak boleh di makan oleh umat Islam.Jadi lebih selamat kita makan kat restoran yang di miliki 100% oleh orang melayu Islam.


Kalau korang penggemar Western Food ni ada satu restoran yang di beri nama Flaming Grill,  berlokasi di seremban 2. Pemilik restoran ni jugak orang melayu. Antara Menu Utama kat situ adalah Flaming Grill Rice, Grilled Chicken, Grilled Lamb, Grilled Lamb Leg, Grilled Beef, Grilled Salmon, Chicken Chop, Fish & Chip dan lain-lain lagi hidangan sampingan yang mampu membuka selera pelanggan yang berkunjung kat situ. Ni kalau kaki makan memang memboroi tahap oberoi jugak la. Mana taknya menu menu kat situ memang mampu memusnahkan niat orang nak berdiet hahaha.

Sebagai pembukaan meh tengok cheesy wedges dia dulu. Sabar.. Jangan telan air liur lagi. Ada lagi gambar menu2 yang bakal menggugat diet anda hahaha.

Harga makanan kat situ jugak berpatutan & makanan dia juga berkualiti. Sebab tu salah satu tarikkan utama restoran Flaming Grill ni. Korang jugak boleh dapat diskaun bila makan kat situ dengan syarat kena ambil Voucher Diskaun kat sini >> Voucher Discount RM3 << Voucher diskaun tu untuk setiap set yang di order. Yang bestnya restoran ni boleh kata setiap bulan ada promosi. Mengalahkan shopping Mall pulak dia punya promosi. Promosi terkini korang boleh tengok kat  SINI

Kalau korang penggemar mushroom soup mesti cuba mushroom soup. Katanya lebih sedap dari yang di jual kat restoran fastfood yang terkenal tu. tengok gambar pun dah ada ciri2 sedap yang di pamirkan.

Menu Yang menjadi signature kat Flaming Grill ni adalah Flaming Grill Rice. Kalau korang singgah kat Restoran Flaming Grill mesti cuba menu ni. Katanya Butter Rice dalam hidangan Falming Grill Rice ni sangat special. Special macam mana kena makan dulu baru boleh tau. Rasanya mungkin tiada kata kata dapat mengambarkan. hehehe

Flaming Grill Rice. Ok sila telan air liur laju2 supaya nak menitik atas lantai. hahaha

Status kehalalannya tak perlu di ragui. Semua makanan & bahan yang di gunakan halal halal belaka, Insya Allah. Antara reviews yang di kongsi pelanggan setelah berkunjung & merasa menu2 kat Restoran Flaming Grill..

Merecik katanya. Ni merecik jugak air liur orang baca review & tengok menu dia makan.



Antara review dari pelanggan yang pernah berkunjung selebihnya korang boleh baca sendiri kat http://www.facebook.com/FGMalaysia

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Call/whatsapp for Reservation : 0127077680
Masa: 5.00PM-11.00PM
Cuti:Isnin
Alamat: No 40,Jalan S2 F1,Garden Homes,70300 seremban 2,Negeri Sembilan.
GPS: 2.684488,101.907929
Facebook: http://www.facebook.com/FGMalaysia (Flaming Grill Malaysia)
Instagram: http://www.instagram.com/FlamingGrillMalaysia (Flaming Grill Malaysia)

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com