Showing posts with label pantang larang orang dulu dulu. Show all posts

JANGAN SAMPAHKAN PETUA LAMA

 Bila mak cakap.. Dalam pantang tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan buat tu.. jangan buat ni, kita yang kononnya moden & urban sangat betah sampai tak kaji buruk baik dah. Betul.. ada petua yang kita rasa macam tak logik nak ikut tapi jangan lupa tak semua petua lama ni sampah. Masih ada yang relevan untuk kita amalkan.

Orang dulu2 masa berpantang bersalin mana ada tidur atas katil (jarang dapat kita tengok) Lepas bersalin je bentang tilam atas lantai.. kat situ la baringnya sampai betul2 kuat, betul tak??.. sampai sekarang ada orang tua2 yang masih mengekalkan cara macam tu pada anak cucu dorang. Sebabnya.. salah satu macam jadi kat sorang retis tu anak baru umur berapa hari jatuh dari katil sudahnya kritikal kat hospital. Untuk mengelakkan benda yang tak di ingini terjadi.. kalau dah jadi baru nak berpantang, memang tak berapa nak berguna, ye tak?? Petua orang dulu2 jangan semua pandang kuno & tak relevan. Akibat terlalu kononnya urban & moden sangat.. boleh buat kita menyesal sepanjang hayat.

Sekadar hiasa. Carian google

Jangan pandang sampah sangat sebab orang dulu2 tak sekolah.. takde IT.. takde info macam sekarang. Sesetengah petua lama ni ada gunanya untuk kita pratikkan. Biarpun alasan dorang kadang2 tak masuk akal tapi bila kita kaji balik sebagai manusia yang kononnya hidup dia dunia serba hujung jari ni.. Kita akan jumpa alasan kita sendiri kenapa kita perlu ikut pantang larang orang dulu - dulu. Orang dulu2 memang kebanyakkan jenis bila suruh buat sesuatu akan bagi alasan yang berunsurkan dogeng walhal fakta sebenarnya untuk kebaikan jugak. Jadi kita sebagai manusia yang hidup dalam kemodenan ni.. yang konon bijak bistari.. boleh fikir la. Contoh pantang larang orang dulu2 tak boleh berinai di siang hari takut ayam tengok nanti inai tak merah. Memang alasan dia tak logik langsung. Kaitan ayam & inai tak merah memang dari sudut manapun kita takkan jumpa logik tapi cuba kita fikir kalau pakai inai siang2 hari.. nak tunggu inai kering kat jari, macam mana nak settle kerja2 rumah. Kalau pakai malam waktu nak tidur.. masa tu dah free kan senang.

Jadi pada mereka yang mengutuk keras orang2 yang masih mengekalkan pantang larang & petua lama ni.. cuba teliti sepanjang kehidupan korang, adakah korang hidup 100% dengan cara urban & moden? Tak payah tipu.. tak 100%.. 50% dalam hidup kau still kau berpaut pada petua & pantang larang orang dulu2 jugak. Moral of the story.. Tak semua yang diamalkan orang dulu2 itu kuno.. & tak semua yang kita kata moden itu membantu. Apa yang baik.. tetap akan jadi baik dari dulu, kini & selamanya. Yang baik takde istilah kuno sepanjang zaman.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com