Showing posts with label sedih. Show all posts

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG

KISAH BILLA ANAK AUTISME YANG TERPAKSA DI KURUNG. Autisme.. Di Malaysia masih ramai kurang kesedaran. Autisme ni takkan nampak dari fizikal kerana fizikal anak anak autisme tiada beza dengan anak anak normal. Yang membezakan anak autisme & anak normal adalah tingkahlaku (behavior).


Autisme ni sangat unik sebab tak semua anak anak autisme tu mempunyai ciri ciri yang sama dengan anak anak autisme lain. Autisme ni pulak ada level dia.. Jadi tahap seriusnya Autisme tu bergantung pada level seseorang anak autisme tu. Ada yang several, Moderate & Mild. Dalam setiap kategori tu pun ada lagi level.. level 1, level 2 & level 3. Ada yang high functioning. Susah untuk di jelaskan.. Kalau yang ingin tahu & anak anak autisme je mungkin berminat untuk mencari pengetahuan tentang Autisme. Sebab tu Autisme sangat unik sebab mereka walau dalam 1 Nama Autisme tapi berbeza beza.

Terbaca satu kisah di group Autisme Malaysia kisah seorang anak Autisme yang di kongsikan oleh parents dia sendiri.. Memang sedih. Mungkin Billa antara anak autisme yang agak agresif jadi terpaksa ibu bapa dia mengambil keputusan yang macam tu.. Yelah bila dia tantrum memang susah untuk di kawal... Aku malas nak mengedit kisah Billa ni.. Sebab tak nak tersalah sampai fakta so korang boleh baca jer cerita yang aku copy paste dia bawah ni..


Ini (dalam gambar) anak aku bernama Fara Nabila yang kami panggil Billa, lahir pada tahun 1990. Billa menghadapi masalah Autisme. Autisme satu penyakit yang tidak pernah aku dengar dan ketahui sehinggalah Billa berumur 2 tahun. Kebetulan aku terbaca artikel yang berkaitan Autisme dan aku dapati semua yang diceritakan tentang Autisme dalam artikel itu betul-betul menyerupai apa yang terdapat pada diri Billa. Tidak seperti kanak-kanak Down Syndrome yang mudah dikenali dan biasa kita jumpa, kanak-kanak Autisme susah kita nak jumpa, apatah lagi fizikalnya sama seperti kanak-kanak normal, yang berbeza hanya tingkahlakunya sahaja.

Satu dari sifat kanak-kanak Autisme tidak suka kepada perubahan. Kalau kali pertama kita bawa Billa pergi ke shopping complex Angsana di JB bermula dengan kedai di aras lima dan selepas itu baru turun ke aras bawah, di lain kali bila datang ke Angsana, jangan pula mulakan dari kedai aras bawah, di situ juga dia akan mengamuk, menjerit seperti kena hysteria, dan terpaksa mengambil masa setengah jam untuk menenangkannya kembali. Perkara yang kita anggap kecil, tetapi sangat besar kepada Billa.

Kalau sekali kita singgah kedai Sedap Koner untuk makan makan tengahari, di lain kali kalau lalu depan kedai Sedap Koner jangan pula kita tak singgah, sekali pun kita tidak berniat untuk makan di kedai Sedap Koner ketika itu. Untuk menghadap dia menjerit hysteria untuk selama setengah jam tentulah tidak berbaloi, lebih baik singgah saja ikut kemahuannya.

Itulah masalah yang sangat kami takuti bila membawa Billa berjalan ke luar. Bila Billa menjerit hysteria, sudah tentu dia akan jadi perhatian mata orang ramai yang ingin menonton benda pelik ini.

Billa bukan sahaja menimbulkan masalah di luar rumah, tetapi juga di dalam rumah. Walaupun terlalu berat rasa hati, Billa terpaksa dikurung dengan pintu grill besi berkunci, di sebuah bilik khas untuk dia di dalam rumah kami.

Berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikul. Sebab itu aku tidak melulu menghentam dan menyalahkan ibubapa yang kadangkala mengabaikan anak-anak OKU mereka, sehingga membawa tragedy yang menyedihkan. Kita tidak pernah mendengar dan menjenguk apa masalah sebenar yang mereka tanggung.

Bila berlaku tragedy yang menyayat hati yang melibatkan anak-anak OKU, maka gemparlah masyarakat di seluruh negara, secepat itu juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mempamirkan mukanya di kaca TV sambil bercurahan air mata tanda kesal atas tragedy yang tidak patut dilakukan oleh ibubapa.

Kalau hanya sekadar untuk mencurahkan air mata untuk ditonton oleh rakyat, aku rasa Maya Karin dapat melakukannya dengan lebih baik dan lebih sesuai untuk jadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Harap faham maksud aku yang tersirat itu.

Sebab tu aku bila nampak ada anak orang menjerit, menangis atau mengamuk kat public kalau boleh tak nak pandang sebab bila anak aku buat perangai kat public orang pandang2 nak2 lagi buat muka sinis.. Memang macam macam rasa akan timbul. Sebab tu aku lebih banyak ignore pandangan mata orang. Itu pilihan kita untuk tidak menyakiti hati sendiri.

Moral of the story.. Menuntut orang memahami adalah sesuatu perkara yang sangat susah, jadi untuk mencari bahagia kita perlu membuat pilihan sendiri. Lebih2 lagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme yang nampak normal tapi tidak tipikal ni.

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH. Sebelum kita jadi orang dewasa kita pun melalui zaman kanak kanak. Yelah.. mana ada orang keluar dari perut mak dia terus membesar bagai juara, remaja kemudian terus dewasa tanpa perlu melalui fasa kencing berak dalam lampin.. dari berbaring lepas tu meniarap, merangkak seterusnya berjalan & berlari katanya. kita semua melalui fasa yang sama. Sebab tu kadang2 kita melalui zaman kanak kanak yang lebih kurang sama macam anak anak kita walaupun zaman dah berubah & gaya hidup pun dah berbeza. Tetap masih ada persamaan dalam beberapa perkara yang pernah kita lalui dulu.. Anak kita pun melalui jugak. Mungkin benda ni di warisi turun temurun kan.


Masa kecik antara perkara paling buat kita meraung bila kena sakat dengan ahli keluarga yang lebih tua.. Tak kira la yang menyakat tu mak ayah sendiri atau abang & kakak kita.. Yang penting depa ni lebih tua dari kita la. prank yang paling menakutkan bila orang cakap kau anak angkat.. Memang tak boleh terima kenyataan. Dan dan tu jugak katanya meraung tak ingat. Jenuh pulak mak nak memujuk.

Tu salah satu perkara yang kanak kanak tak kira zaman sekarang ke zaman dulu memang akan meraung sementara dia nak faham benda tu cuma satu gurauan. Yang tu ok lagi tapi kalau berlaku benda - benda macam ni terutama yang nombor 14 tu memang hancur luluh terus hati & perasaan. Benda ni bukan kanak kanak zaman dulu jer hadapi malah sampai sekarang pun masih ada yang di permainkan perasaan sebegitu rupa. Bukan je kanak kanak.. Orang besar pun kadang2 terkena jugak nak2 lagi yang jenis jarang masuk dapur & masuk dapur semata mata nak makan jer.. Nak tau apa perkara tu meh baca kat sini >> 14 PERKARA PALING ANNOYING KANAK KANAK RASA BILA KENA PRANK DENGAN SAUDARA MEREKA YANG LEBIH TUA << Ramai yang terkena kan dengan benda ni. Hahahahaha..

Apapun.. Benda yang paling kita rasa menyampah bila adik beradik kita kenakan kita dulu bila dah besar & masing2 ada kehidupan sendiri kadang2 benda tu paling jadi perkara yang kita rindu. Kalau dulu.. macam anjing dengan kucing. Kalau boleh tak mau tengok muka depa sebab meluat suka kenakan kita tapi bila berjauhan saat berkumpul ramai ramai tu la paling di tunggu - tunggu. Tu la yang aku rasa bila dah berkahwin & duduk jauh dari family. Kalau dapat balik kampung tu.. Hanya Tuhan saja yang tau perasaan tu..

Moral of the story.. Hargailah masa bersama keluarga terutama ibu bapa yang ada anak anak tengah membesar ni. Masa mereka bersama kita kadang2 terlalu sekejab. terutama ibu bapa yang bekerja.. Masa bersama anak anak tu tak banyak lepas tu 'Me Time' bagai lagi hangpa nak. Sedar sedar.. anak anak dah besar & dah ada kehidupan sendiri mungkin banyak peluang anda dah terlepas bersama anak anak.

CINTA PERTAMA TIDAK DI RESTUI BUAT STEPHEN CHOW TIDAK BERKAHWIN SAMPAI SEKARANG

CINTA PERTAMA TIDAK DI RESTUI BUAT STEPHEN CHOW TIDAK BERKAHWIN SAMPAI SEKARANG. Sapa tak kenal Stephen Chow... Majoriti memang kenal tak kira di kalangan peminat bangsa cina ataupun melayu. Pelakon, pengarah & penerbit filem terkenal hong kong memang sangat di kenali seluruh dunia. Lakonan lawak bersahaja dia memang buat sesapa saja boleh tergelak. Filem2 lakonan dia pun kalau tengok banyak kali kita tetap boleh gelak. Lawak dia memang terbaik. Tapi paling aku ingat dalam kebanyakkan filem dia.. kalau ada babak kena pukul mesti ada dialog yang minta jangan pukul bahagian muka dia. hahahaha

stephen Chow @ Chow Sin Chi

Antara filem lakonan dia.. Kungfu Hustle, CJ7, Fight back to school, Sholin Soccer & banyak lagi. Tak larat aku nak senarai. Aku mula kenal Stephen chow atau nama cina dia Chow sin chi ni dalam tahun 90an sebab kakak aku yang nombor dua time tu gila drama & filem hongkong. Kalau dia tengok TV jangan harap boleh tengok drama melayu. Selalu gaduh dengan arwah ayah sebab arwah ayah nak tengok drama melayu hahahaha. Lepas tu banyak jugak la koleksi vcd filem2 hongkong termasuk filem lakonan Stephen Chow dia buat koleksi. Dari situ aku mula kenal banyak pelakon hongkong.. Tapi dalam banyak banyak aku lebih minat stephen chow sebab dia kelakar.


Stephen Chow ni di lahirkan pada 22 June 1962.. Dalam usia 55 tahun dia masih berstatus single ok! Dia tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai keluarga. Katanya dia tak minat untuk berkahwin tapi jangan salah sangka ok! Dia bukan seorang yang gay ataupun homeseksual.

StephenChow Bersama Jacqueline Law

Sepanjang karier dia.. dia memang tidak pernah di gosipkan mana2 pelakon wanita yang pernah bergandingan dengan dia. Cuma di awal karier dia pernah bercinta dengan seorang pelakon wanita terkenal masa tu semasa semasa membintangi filem The Final Combat. Gadis yang berjaya menambat hatinya itu bernama Jacqueline Law, seorang pelakon wanita yang sangat berbakat di Hong Kong. Itulah cinta pertama Stephen Chow. Tapi di sebabkan ibu dia tak suka pada pelakon wanita tersebut hubungan mereka terputus. Sebab di besarkan hanya bersama ibu, stephen chow tidak membantah cakap ibunya. Bagi dia ibu & keluarga adalah lebih penting dari segalanya. Lepas putus cinta memang dia sangat kecewa & sedih.  Lepas tu ada jugak dia bersama pelakon wanita yang lain tapi hubungan mereka tidak sampai hingga ke peringkat perkahwinan kerana dia tidak lagi berminat untuk berkahwin. Tak tau ada yang kata.. dia masih tak boleh lupa cinta pertama dia tu.

Stephen Chow bersama ibunya

Dia sendiri pernah kata.. Kalau masa boleh di ulang dia sendiri takkan pilih jalan hidup yang terlalu sibuk dengan kerja macam sekarang. Tu la kan.. di kurniakan nama yang gah.. kekayaan yang melimpah ruah tapi mungkin jauh di sudut hati dia kosong & sunyi. Dalam usia macam tu sepatutnya dia dah ada keluarga.. Anak2 pun mungkin dah semakin membesar tapi tu la perjalanan hidup dia mungkin dah tertulis macam tu. Tapi belum terlambat.. 55 tahun pun rasanya kalau dia buka hati dia untuk seseorang masih ramai yang sudi termasuk la perempuan2 muda.

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK

DUGAAN DATO ALIFF SYUKRI TERPAKSA DUDUK RUMAH KECIL 8 BILIK. Tu dia.. berat betul ujian buat seorang yang bergelar jutawan ni kan? Tak terbayang aku kesusahan dia yang terpaksa duduk di rumah kecil katanya.. Rumah kecil tu cuma ada 8 bilik & lokasi rumah tu katanya sunyi & suasananya agak sejuk. Alahai.. Sedihnya baca cerita Dato Aliff Syukri terlajak laris ni tau... Bercucuran airmata aku membasahi pipi. Syukur aku masih mampu menyewa rumah 3 bilik. Berbanding dato aliff syukri yang dah biasa hidup dalam banglo mewah tetiba terpaksa duduk sementara di rumah kecil yang mempunyai 8 bilik sementara nak tunggu rumah baru dia siap..


Hangpa tak sedih ka? Hangpa tak sedih sebab baca balik cerita tu dari penulisan aku.. Kalau hangpa baca direct terus dari penulisan yang di kongsikan Dato Aliff Syukri kat page dia confirm 7 hari 7 malam hangpa menangis tak henti henti. Confirm hangpa akan bersyukur dengan kehidupan hangpa sekarang yang lebih baik katanya dari Dato Aliff Syukri tu..


Bukan apa 3 bilik je terpaksa guna untuk simpan baju bajan. Kat situ jugak la orang gaji & tukang kebun dia nak tidur pun. Bersyukur kita tak yang mampu pakai orang gaji ni.. Takde la derita sangat kan sebab tak cukup space dalam rumah nak letak orang gaji. Itulah ujian orang kaya katanya.. Ujian yang kita sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana depa rasa susah tu kan. Sebab kita2 orang semekin ni.. Definisi susah tu lain.. Orang kaya persepsi dia tentang kesusahan ni lain. Sungguh la darjat membezakan segalanya. Yang selesa bagi kita belum tentu selesa bagi orang2 kaya.

Yelah.. maybe dato aliff syukri lahir2 je tidur bertilamkan emas dalam rumah banglo 3 tingkat. Cerita2 pasal kesusahan dia sebelum berjaya maybe kisah dogeng je tu.. Sebab duduk rumah ada 8 bilik pun dia rasa tersiksa sangat. Kat situ nampak maybe dia tak biasa kot tinggal rumah ada cuma ada 3 bilik macam kita. Apatah lagi rumah beratapkan zink tak ada siling. Hujan je bunyi air hujan jatuh macam nak pecah bumbung. hehehehehe

Apapun semoga Dato Aliff Syukri Bertabah dengan Ujian yang seketika terpaksa tinggal kat rumah kecil 8 bilik tu. Tak dapat aku bayangkan mereka berhimpit himpit dalam rumah tu sampai terpaksa berlanggar bontot sesama sendiri. Allahu.. kesiannya. Jadi aku syukur masih mampu bayar sewa untuk apartment lama 3 bilik ni.. Kalau rumah macam ni dia rasa dugaan dah.. Gamaknya kalau Tuhan tu nak tarik balik semua kekayaan dia sampai terpaksa tinggal di flat 2 bilik gamaknya macam mana la dia rasa kan? tak terbayang aku perasaan dia ketika itu.

Moral of the story.. Orang kaya & terkenal pun masih suka publisiti murahan.. So berlakulah apa yang berlaku. Attention seeker berada di mana mana saja. Peace Yo!

SUAMI ROMANTIK, SELALU UPLOAD GAMBAR BERSAMA ISTERI TAPI CURANG

SUAMI ROMANTIK, SELALU UPLOAD GAMBAR BERSAMA ISTERI TAPI CURANG. Zaman media sosial memang zaman show off semua perkara & semua benda. Sebab tu kadang2 ada sesetengah orang jadi masalah besar bila pasangan tak upload gambar dengan dia kat media sosial. Mula fikir bukan - bukan sampai jadi pergaduhan besar. Yang lebih sadis tu ada sampai bercerai berai hanya sebab dia tak puas hati pasangan dia tak pernah nak upload gambar dengan dia kat media sosial.


Ada jugak.. Amboi macam laki dia sorang ja paling sweet, paling romantik sebab selalu jer upload gambar dengan dia. Selalu dok wish ayat2 romantika di tampoi kat media sosial. Memang show off habis la kemesraan antara mereka kat media sosial ni.. Nak habaq kat orang depa bahagia sangat. Suami dia sangat sayang & setia kat dia.. Kalau tak masakan suami dia tak pernah ragu2 nak tunjuk kat orang gambar kemesraan depa..

Nanti dulu cik kak Ooi.. Jangan terlampau confident sangat ok! lelaki sekarang licik. Kalau yang jenis nak buat perangai tu dia buat perangai jugak. Depan hang ja dia tunjuk macam dialah lelaki teragung dalam hati hang.. Belakang hang belum tentu. Tadi aku terbaca satu perkongsian masalah seorang isteri ni... Masalah dia hangpa boleh baca sendiri kat bawah..


Sapa sangka kan laki dia nak buat perangai macam tu. Dah tu dengan kawan baik sendiri. Kadang2 benda ni berlaku dengan orang - orang kita kenal.. Sebab tu dalam apa situasi pun tak perlu sangat nak tunjuk kemesraan depan orang lain. Bukan jaminan pun laki kau tak main kayu tiga. Kalau aku la.. Memang orang nampak macam seorang bini yang kurang rasa cemburu & aku tak pernah kongkong laki aku. Sebab aku selalu fikir.. Apa yang aku tak nampak laki aku buat, Allah nampak. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku & untuk dia. Kalau Allah masih menyembunyikan kebenaran tu pasti ada hikmahnya. So, hati & otak aku tak semak sangat nak fikir apa laki aku buat belakang aku.. Apa yang di luar kemampuan aku nak lihat, dengar & perhati aku terpaksa serah pada Allah.

Bukan bermakna aku jenis tak ambil kisah langsung apa laki aku nak buat.. Sebagai seorang isteri of course mesti kita nak tahu jugak. Cuma berpada pada je. Lelaki ni lagi kau kongkong lagi dia rasa tercabar tau. Bila terlalu di kongkong benda tu bagi tekanan pada mereka.. Bila tertekan of course la tak bahagia. Cuma bagi mereka selesa.. Insya Allah kita pun akan rasa selesa. Kalau depa nak buat perangai jugak tu bukan salah kita dah.. Dia memang jenis gatai.

Moral of the story.. Cemburu tu memang perlu ada.. Tak cemburu langsung pun boleh mengundang curiga jugak. Tapi cemburu biar ada asasnya. Satu lagi kebahagian tu sebenarnya tak perlu nak tunjuk - tunjuk sangat sebab kalau kita bahagia.. benda tu akan orang nampak secara semulajadi. Tak payah nak expose sangat la pun. Bila orang cakap macam kau sorang ada laki.. Mula la nak kata orang jeles padahal orang rasa mual tau dak dok tengok hangpa berumahtangga & beromen kat media sosial tu. So, please.. Jangan krik krik sangat.

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM. Anjing ni semua orang tahu adalah sejenis haiwan yang paling setia dengan tuannya. Anjing ni kalau di bela.. dia bekerja untuk kita. Tapi sebagai orang Islam.. Kita tak boleh nak bela anjing sebagai haiwan peliharaan untuk bermanja manja macam kucing tu. Cuma di bolehkan kita bela sekiranya ada kepentingan macam nak jaga rumah, jaga kebun atau jaga haiwan peliharaan. Tu pun bergantung pada keperluan la. Sesaja nak bela macam orang bukan islam memang tak boleh. Dan tak boleh di bela dalam rumah..


Tapi tu la orang sekarang ni. Susah nak cakap bila nampak ada pencinta haiwan di kalangan orang Islam yang gunakan alasan menyelamatkan haiwan & bela anjing macam pets dalam rumah.. Niat tidak menghalalkan cara. Tak salah nak selamatkan haiwan2 terbiar termasuk anjing tapi ikut la garis panduan yang di tetapkan.. Tak berani nak cakap lebih kan. Satgi depa mai hentam aku balik. Cuma tu la.. Apa yang segelintir aktivis penyelamat haiwan buat ni bukan tak baik cuma kadang2 tak kena pada cara dia tu yang buat orang pandang serong. Apapun aku support semua sukarelawan yang buat kerja kerja kebajikan menyelamatkan haiwan tak kira anjing sekalipun.Sesungguh apa yang anda buat adalah sesuatu yang sangat baik yang bukan semua orang mampu buat. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki & permudahkan urusan anda semua.

Berbalik pada kisah misteri seekor anjing ni.. Kisahnya anjing ni jenis baka Golden Retriever yang di ambil pemiliknya dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Alhamdulillah anjing ni di jaga dengan baik & di sayangi seluruh ahli keluarga pemiliknya. Anjing ni pun sejenis anjing yang comel jugak.

Tapi yang peliknya perangai anjing ni setiap malam dia tak tidur.. Dia akan tenung je tuan dia sampai tuan dia tidur. Setiap malam dia akan tunggu di luar bilik tuan dia. Mula2 tuan dia anggap maybe sebab anjing dia belum biasa dengan suasana baru tu dia mungkin jadi macam tu. Tapi bila lama2 anjing tu still jugak macam tu timbul rasa pelik la. Sampai tuan dia rasa macam sentiasa di hantui anjing sendiri pulak.

Macam macam cara tuan dia buat untuk bagi anjing dia tidur malam.. dia bagi anjing dia main sampai penat siang hari dengan harapan bila anjing tu letih dia boleh tidur pada malam harinya tapi tetap anjing dia tak tidur malam & terus menunggu depan pintu bilik tuannya setiap malam. Dia pernah bawa anjing tu buat pemeriksaan doktor untuk memastikan anjing dia tidak sakit.. DDoktor mengesahkan anjing tu sihat jer..

Sebab anjing terus berkelakuan pelik walau macam - macam usaha dia buat.. Sebab nak tahu sangat apa misteri di sebalik perangai anjing dia yang suka tenung dia sampai dia tidur & setia menunggu depan pintu bilik setiap malam.. Dia bertanya kepada penjaga pusat perlindungan haiwan yang dia ambil anjing tu.. Apa yang di ceritakan pada lelaki ni.. Buat lelaki ni menangis ter esak esak..

Rupanya.. Anjing ni masa tuan lama dia nak hantar dia ke pusat perlindungan haiwan kat situ. Dia di hantar ketika dia sedang tidur waktu malam. Pemilik lama dia terpaksa buat macam tu sebab tak boleh jaga dia lagi atas alasan bini dia tengah mengandung. Mungkin di sebabkan perkara tu anjing ni trauma untuk tidur pada waktu malam selepas dapat tuan baru yang sangat sayangkan dia..

Bayangkan seekor haiwan pun boleh tunjukkan kan rasa sayang, kehilangan.. rindu tu. Itulah bukti kekuasaan Allah.. Jadi kalau nak bela apa2 haiwan sebagai peneman jangan bela sekadar suka suka.. Haiwan pun ada perasaan. Bila tak suka buang atau campak je kat mana mana.. Benda tu akan meninggalkan kesan trauma sepanjang hayat pada mereka. Mungkin mereka tak mampu meluahkan rasa dalam bahasa manusia.. Tapi cukup lah kita sebagai manusia yang berakal menyimpan sedikit rasa kemanusiaan tu pada haiwan yang kita pernah belai, sayang & suka. Jangan jadikan membela haiwan ni sebagai hobi.. Nak2 lagi haiwan yang memang Allah ciptakan hidup berdampingan dengan manusia macam kucing & anjing. Kalau rasa nak bela.. Perlu ada rasa tanggungjawab & perlu pengorbanan jugak. Jadi fikirkan semula kalau nak bagi harapan & kasih sayang kepada seekor haiwan.. mampukah kita setia menyayangi mereka sehingga ke akhir hayat.

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA. Pagi2 hati bagai di sentap membaca sebuah kisah cinta dari seorang lelaki teragung katanya.. Kau tetap tu nak guna ayat2 drama. Biasa la.. lebih dramatik lebih terkesan di hati katanya.. Tapi betul la kisah seorang pakcik ni memang buat aku rasa..'Alahai.. sedih campur terharunya. Yelah.. kebanyakkan lelaki lepas isteri meninggal je tak sempat kering tanah kubur dah sibuk nak cari penganti kan.. Tapi bukan semua lelaki yang cari penganti selepas isteri meninggal dunia tu cepat sangat lupakan isteri dia.. Mungkin kerana dia fikir perlu seseorang menggantikan ibu kepada anak anak & mengisi kekosongan dalam kehidupan..Tak salah pun dari yang bini tak sempat mati dah bawa lari perempuan lain kawen senyap2 kat negara jiran kan.


Walaupun ramai lelaki yang tak sempat tunggu bini mati dah nak cari penganti.. di celah celah tu masih ada lelaki teragung yang setia sepanjang hayat dengan isteri yang selama ini berkongsi hidup, susah & senang bersamanya. Di cerita oleh seorang photographer di media sosial tentang pakcik ni.. Dia sanggup balik kerumah dia di Ipoh semata mata nak ambil satu sampul berisi sekeping gambar isterinya untuk di abdikan semasa photoshoot majlis perkahwinan anaknya.. Katanya takut tak cukup korum (tak lengkap potret keluarga)


Menurut photographer yang menceritakan kisah pakcik tu katanya setiap hari sepanjang 4 tahun dia akan ke pusara isterinya membawa bunga.. Sweetnya. Semoga pakcik ni bertemu isterinya di syurga nanti. Ya Allah semoga pasangan kita nanti pun akan terus meletakkan kita di hatinya walau mungkin jasad kita yang di liang lahat dulu kan...


Walaupun cerita2 macam ni selalu wujud dalam drama cinta atau novel cinta.. kisah pakcik ni membuktikan masih wujud lelaki teragung bukan hanya dalam drama cinta. Alahai.. mungkin kat luar sana pun masih ramai lelaki lelaki macam tu cuma kisah mereka tak berpeluang jadi viral.. Mungkin jugak akan datang salah seorang dari lelaki lelaki teragung ni adalah pasangan hidup kita, kan? siapa tahu... hehehee

Moral of the story.. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk kasih sayang dengan kata kata tapi perbuatan buat orang perempuan jadi wasangka bukan bukan macam kisah suami isteri ni >> Anda Akan Anggap Lelaki ini Suami Paling Teruk.. Tapi Yang Berlaku sebaliknya. So tengok sendiri << Sebab kaum lelaki ni kadang2 susah nak di jangka kan.. Jadi untuk keharmonian rumah tangga perlu saling percaya antara satu sama lain.

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID. Satu benda yang aku memang tak boleh hadam kalau ada manusia yang buat adalah perkara - perkara macam ni. Tak kira la kau bukan muslim.. bangsa apa sekalipun. Darah haid tu kotor & kadang2 ada bau hanyir bagi sesetengah orang. Kita pun takkan simpan bekas darah haid apatah lagi nak gunakan dia sebagai pewarna untuk menghasilkan satu seni kemudian di simpan sebagai kenang kenangan. Bukan tu je siap tayang kat satu dunia. Bagi aku darah haid pun satu aib jugak. Memang tak lah nak tayang2 kat orang. Orang barat tak tau la.. Depa terlebih open sampai telanjang bulat pun depa rasa biasa kan.


Darah haid ni pun salah satu makanan jin jugak ok. Sebab tu wanita yang sudah akil baligh kalau ikut cara orang Islam memang sebelum buang tuala wanita yang ada kesan darah haid kita perlu mencuci dulu kesan tu. Tak boleh main buang terus je. Takut berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Dengan kesan darah haid ni pun orang boleh buat sihir keatas kita. So, Jangan rasa alah.. darah haid je pun... Ia bukan sesuatu yang boleh di pandangan remeh.

Bila ternampak satu viral pasal seorang wanita minah saleh.. Yang menghasilkan satu lukisan macam Embrio menggunakan darah haid dia sepanjang 9 bulan untuk mengekspresikan perasaan sedih dia yang tidak mempunyai anak. Budaya & agama dia mungkin memandang tu cara dia meluahkan perasaan tapi jangan ada pulak orang Islam yang nak ekspresi kan perasaan macam tu. Manalah tau.. kot2 lelaki dia tak de period tapi mengalami masalah sembelit nak ekspresi kan perasaan sakitnya & susahnya dia nak berak dok guna taik pulak melukis kan. Memang minta kena pijak beramai ramai sampai terkoyak usus besar la tu...

Lukisan ini di hasilkan selama 9 bulan & di beri nama The Diary of My Period

Tapi biasa la.. Bila kita bagi komen benda tu sesuatu yang jijik & tak sepatutnya di lakukan dan jadi ikutan ada yang konon merasai perasaan sedih tu akan menyokong. Ayat acah acah mulia.. pandang dari sudut positif katanya. Positif hek kau benda - benda macam ni. Orang2 yang terlampau positif tak kena tempat ni adalah manusia berisiko nak buat benda2 tak masuk akal & merapu macam ni. Benda2 kotor ni jin & syaitan jer suka.. manusia yang rasa menarik dengan benda2 kotor dia pun maybe jelmaan jin & syaitan jugak kot.

Aku rasa perempuan ni dulu dia ada kekeliruan masa pilih course ni. Mungkin dia belajar medic tapi dia berjiwa seni.. Maka terhasilah karya dari darah haid hahahaha... Sebab penting memilih course (bidang) yang anda suka & boleh carry masa nak sambung belajar. Jadi mana2 adik yang tengah plan nak sambung belajar kena test dulu sebenarnya apa minat korang kat sini >>Kuiz Ini Akan Memberitahu Bidang Yang Paling Sesuai Untuk Anda Sambung Belajar << supaya korang tahu course apa yang paling sesuai korang ambil nanti.

Merapu sungguh la manusia akhir zaman ni kan.. Dah orang ciptakan pelbagai warna... setakat nak lukis guna warna merah darah macam tu bukan susah pun. Sanggup dia dok tenyeh2 darah haid semata mata nak hasilkan satu lukisan yang konon rare la. Gamaknya dia tadah ke camna darah tu masa nak guna untuk melukis. Takkan dia nak kangkang depan kertas lukiskan lepas tu calit2 kan.. entah la.. susah nak teka manusia yang suka buat benda2 di luar kewarasan ni. hahahaha

Moral of the story.. Tak perlu untuk jadi lain dari lain sehingga kita nampak macam orang pelik & gila. Banyak cara kita boleh meng ekpresikan perasaan melalui seni..

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK. Tetiba hari ni nak google pasal petanda anggota badan bergerak gerak.. Aku selalu mengalami gelaja kelopak mata bergerak gerak ni.. Walaupun macam2 tafsiran yang di buat melalui gejala kelopak mata tiba2 bergerak sendiri tapi aku tak nak ambil sebagai satu kepercayaan tapi aku ambil sebagai satu kebetulan..


Yup selalunya kalau kelopak mata kanan bergerak gerak.. akan di susuli berita gembira selepas tu & kalau kelopak mata kiri bergerak gerak ada je perkara duka atau sedih atau sakit hati nak berlaku.. Tapi yang jarang berlaku pada aku adalah kening bergerak gerak sendiri.. Kebetulan pagi ni tetiba kening kiri bergerak gerak sendiri.. Gerakkan yang kuat & terasa jugak la. Sesaja la google nak tahu apa tafsiran di sebalik kejadian macam tu..

Yang aku baca kalau kening kiri bergerak gerak petanda nak dapat duit.. Alhamdulillah. Moga melimpah ruah la rezeki aku hujung tahun ni. Tapi takde la aku percaya & berharap sangat. Nak duit macam biasa la kena kerja.. So aku terus je buat kerja aku macam biasa yang boleh mendatangkan duit. Rezeki tu semua dari Allah.. Kening bergerak ke hapa.. Mungkin 'sign' dari Allah mungkin jugak kebetulan.. Wallahualam. Allah lebih mengetahui segalanya.

👀 Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
👀 Alis Kiri – akan mendapat wang.
👀 Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
👀 Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
👀 Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
👀 Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
👀 Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
👀 Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
👀 Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
👀 Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
👀 Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Dari sudut sain perubatan & kesihatan pula ada alasan dia tersendiri.. Jika kelopak mata bergerak gerak ni dari sudut kesihatan ia di sebut sebagai ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah

Tekanan
Keletihan
Eye Strain (Ketegangan Mata)
Mata Kering
Pemakanan Yang Tidak Seimbang


Mungkin juga la kan.. Kadang2 letih dok tengok skrin pc buat kerja2 kat blog, scroll FB bagai. Nak nak lagi kalau dapat data Internet macam ni >> 10 GB Facebook + 10GB Basic Internet. Kalau Nak Sila Tengok kat sini << Confirm melekat lekit terus depan skrin phone sampai tak berkedip mata. Mungkin benda tu menyebabkan berlaku ketegangan mata, mata jadi kering. Di tambah lagi kita ni bukan pengamal diet seimbang sangat hahahaha...

Apapun andai ia satu 'Signal' dari Allah pada sesuatu perkara moga yang datang tu baik baik saja.. Kalau yang kurang baik pun moga di permudahkan segalanya. 

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL. Kadang2 tak terbayang kita orang orang susah ni apa yang mereka akan buat bila terdesak. Bila dalam keadaan yang tiada pilihan.. Mereka terpaksa guna sahaja apapun kaedah sebagai jalan penyelesaian walau di mata orang lain mungkin akan pandang rendah, sinis, hina & bagi yang berhati mulia sikit mungkin pandangan mereka lebih kepada pandangan simpati & sedih.


Bila terbaca perkongsian kat media sosial tentang servis penghantaran mayat guna motorsikal di Uganda, kerana katanya kos ambulan di sana mahal.. Time ni baru rasa syukur kita kat Malaysia yang masih boleh guna khidmat ambulan dengan percuma. Erkk.. percuma ke? Tapi rasanya percuma la sebab laki aku pun pernah naik ambulan untuk di hantar ke emergency tapi tak di kenakan sebarang kos pun.


Kat di negara2 miskin macam Afrika.. Dah lama miskin lepas tu semuanya nak kena bayar jadi apa yang kita tak pernah nampak berlaku di Malaysia jadi sesuatu perkara biasa di negara mereka. Sedih sangat tengok fenomena macam tu.. Tapi nak buat macam mana.. kemampuan mereka terbatas untuk menyempurnakan penghormatan terakhir dengan cara lebih baik. Tu je yang mereka mampu. So, sama2 la muhasabah diri yer kawan - kawan.. At least orang meninggal dunia kat Malaysia ni takde lagi dengar bawa balik naik motorsikal atau waris dukung jalan kaki bawa balik rumah untuk menyempurnakan mayat tu tapi di negara lain.. Memang ada berlaku semua tu.


Kita rasa kita susah.. Ada orang lain lebih susah maka sedarlah. Kau tak sesusah mana berbanding mereka yang lebih susah. Kalau kau masih mampu duduk & makan kat tempat ni >> Ramai Yang Sanggup Menanti Sepanjang Tahun Hanya Kerana Burger Ni << Sila rasa malu untuk mengaku kau orang susah, ok! Orang susah mungkin tak pernah merasa makan benda2 tu semua walau kau rasa bukan makanan mewah tapi kalau orang betul2 susah bagi dia makanan macam tu dah cukup mewah dah.

Moral of the story.. Walau kita rasa terbeban dengan pemerintahan kerajaan sekarang tapi tetap kita kena bersyukur kita masih mampu survive hidup kat Malaysia cuma jangan terlampau rasa selesa sampai malas nak usaha. Asyik dok harap BR1M jer. hihihihi

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT

BUANG BAYI DALAM KAWASAN MASJID DI PUJI & DIPANDANG MULIA OLEH MASYARAKAT. Semalam terbaca satu viral kat page Oh!media.. Alkisahnya seorang ibu meletakkan atau bahasa kasar membuang bayi dia di masjid bersama sekeping surat. Dalam surat tu menyatakan dia tidak mampu nak jaga anak dia. Di letakkan budak tu dalam kotak & di tinggalkan dalam masjid. Macam biasa aku pun spesis rajin juga membaca respond dari nitezen ni.. Majoriti sokong perbuatan dia dengan alasan dia tak berkemampuan & cara dia buang anak dia at least cara selamat. Takde la buang dalam longkang, dalam tong sampah atau dalam semak katanya...


Yer betul la dia letak anak dia tu kat tempat orang nampak elok & selamat tapi jangan ingat tak berisiko. Masjid pun sekarang bukan tempat selamat sangat dah sebab manusia sekarang dah tak takut dengan hukuman Allah.. Dalam masjid pun kita boleh nampak macam2 kejadian yang berlaku. Bukan setakat mencuri.. ada yang sampai berani nak menculik kanak kanak dalam kawasan masjid. Inikan bayi sekecil yang memang tak mampu protect diri sendiri. Bayangkan dapat kat sindiket perdagangan manusia.. Entah apa nasib baby tu kan? Tu salah satu risiko..

Yang kedua aku tetap tak bersetuju dengan perbuatan membuang anak even dalam kawasan masjid dengan alasan tidak mampu tu. Sebabnya.. Bagi aku banyak cara anak tu boleh di serahkan kepada orang lain dengan cara yang lebih baik & selamat. Bila aku cakap hantar je kat kebajikan masyarakat ada orang cakap.. Ingat senang ke? Banyak songeh nak ikut saluran undang undang ni.. Ok ok.. aku paham. Memang banyak prosuder nak kena buat. Tak nak ikut saluran undang2 dengan betul.. boleh je bagi kepada keluarga angkat yang nak jaga anak kau. Ramai orang yang nak anak tapi tidak di kurniakan rezeki.. Baru2 ni kes culik bayi kat hospital tu. Betapa dia nak anak.. sanggup buat perkara menyalahi undang - undang.

Nota yang di tinggalkan bersama seorang bayi dalam kotak di kawasan masjid

Dengan buang macam tu bagi kesan pada masa depan anak tu sendiri.Bayangkan dia besar & sejarah tertulis bahawa mak dia buang dia dalam kotak letak dalam masjid. Lebih menyedihkan berbanding mak dia serahkan dia pada keluarga angkat untuk di jaga. Dulu masa aku kerja kat sebuah proton dealer ada seorang perempuan datang nak beli kereta.. bila dia bagi maklumat diri dia sangat kesian bila tengok surat beranak dia.. banyak ruangan tiada maklumat. Nama ibu takde, nama bapa apatah lagi, tempat lahir semua tak ada.. Warganegara pun tak ada ok! Cuma kalau tak silap aku,  dia di beri PR je.. Tolong la fikir semua kesan tu sebelum buang anak dengan tiada identiti macam tu.. Kalau betul kau sayang tapi tak berkemampuan bukan cara tu kau nak selesaikan masalah.

Ramai orang positif dengan perbuatan wanita tu.. Aku nampak benda tu mengalakkan lagi orang lain buat perkara yang sama bila terlahirnya anak yang mereka tak mahu atau tak mampu bela. Jangan sampai satu hari nanti setiap hari ada saja bayi di letakkan kat kawasan masjid & masyarakat terus memuji & bersimpati kepada si pelaku. Tak mustahil masjid boleh jadi pusat pembuangan bayi jugak suatu hari nanti sebab kita terlalu positif pada perkara yang terang terang sebenarnya tidak betul caranya.

Kita kena tahu.. buang bayi menyalahi undang undang negara boleh di kenakan tindakkan undang undang. Jadi.. buat macam tu pun belum tentu si ibu terlepas dari masalah malah dia menambah masalah yang ada jika di sabitkan kesalahan. Kenapa kita perlu menggalakkan orang melakukan kesalahan? Bagi la solution yang lebih baik.. Jangan asal ada cerita sedih sikit kau dah rasa betul semua perbuatan yang memang salah tu. Jangan membandingkan perbuatan yang salah dengan kesalahan yang lain tak kira la yang lebih kejam atau tak. Sebab kau buang anak dalam longkang ke buang anak dalam kawasan masjid ke.. kedua dua perbuatan tu adalah salah.

Islam pun mengharamkan perbuatan membuang bayi ni. Anak tu di lahirkan bersama rezeki. Memang aku tak sokong perbuatan membuang bayi tak kira la kau buang kat tempat yang kau rasa selamat dengan keadaan anak tu yang sihat & baik. Jangan hanya fikir masalah si ibu & minta orang duduk di tempat dia membayangkan apa dia tanggung & rasa.. Cuba letak diri anda dalam nasib si anak yang mungkin akan membesar, remaja & dewasa bersama sejarah hidup yang tercatat kisah dia yang pernah di buang ibu dalam kotak bersama sekeping nota sedih. Aku yakin dia juga akan mempertikai.. kenapa ibu dia pilih cara 'buang' bukan menyerahkan dia kepada orang yang layak menjaganya sebagai anak angkat?

Moral of the story.. Tak perlu menegakkan benang yang basah & tak perlu membetulkan apa yang salah. Tolong!! Jangan mengalakkan orang lain membuat kesalahan.. Cara tu tidak menyelesaikan masalah.

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN

SEMUA LELAKI MATI DALAM TRAIN TO BUSAN. Walaupun cerita ni dah basi bagi sesetengah orang.. Ada ku kesah nak mengulas. Konsep aku senang.. Aku tak kisah jadi orang yang terakhir tulis sebab aku lebih suka menulis apa yang aku tahu.. Nak review filem atau drama pun normally memang yang aku tengok & aku rasa berminat nak mengulas. Tak kisah la dah basi ke atau fresh from oven ke.. hehehehe


Alkisahnya semalam tersinggah tesco. Lama jugak tak masuk tesco sebab anak aku ni masuk tesco dia jadi hilang pertimbangan sikit.. Almaklum banyak benda yang attract dia. Tapi semalam kebetulan nak cari something yang ada kat tesco maka singgah la.. Saja je la usya2 kat rak dvd tu.. Memang rezeki tengok dvd filem Train To Busan dah keluar. Walaupun trend sekarang selain tengok kat pawagam, orang tengok online. Aku dah cuba ikut trend tapi feel tu tak mencapai tahap kepuasan. Baru starting cerita aku dah rasa tak best nak tengok dari skrin pc ni. Aku kena tengok dari skrin TV jugak...


Train To Busan.. Serius bukan cerita seram walau di klasifikasikan sebagai horror movie. Memang tak seram. effect2 zombie dia takde mengerikan sangat bagi aku cuma jalan cerita dia memang buat aku & laki aku terus berhenti online seketika waktu bagi memberi laluan kepada filem tu. Memang cerita dia tak banyak sembang2 tak berilmiah.. Lebih kepada aksi. Cerita ni macam orang dok bagitau.. Sedih ok! Jiwa seram aku ni pun tersentuh. Banyak aspek pengorbanan di tonjolkan dalam filem ni tak kurang jugak seperti yang kita tahu ada seorang watak lelaki tua yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup jadikan orang lain perisai untuk menyelamatkan diri dari di serang zombie. Tapi akhirnya dia jugak jadi korban zombie.

Watak lelaki tua paling di benci dalam Filem Train To Busan

Ending cerita ni semua lelaki dalam Train To Busan menjadi korban zombie & mati. Yang hero pun mati apatah lagi yang watak extra untuk meramaikan majlis jer. Jangan harap la depa nak dapat scene dapat selamatkan diri & hidup dengan bahagia kan. Yang terselamat cuma seorang kanak kanak & seorang wanita mengandung yang kedua2 mereka ni tak ada pertalian saudara. Cuma naik satu train yang sama. Bapa kepada kanak kanak ni hero dalam cerita ni tapi ayah dia pun kena jangkitan zombie tu dekat ending2 cerita & suami perempuan mengandung tu terkorban demi menyelamatkan isteri & beberapa orang penumpang yang masa tu masih selamat masa tu.

2 hero dalam filem Train To Busan. Sorang Mati Masa pertengahan cerita. Yang Kurus hensem tu mati dekat ending cerita

Macam majoriti penonton lain, aku rasa train to busan filem yang memang best di tonton. Serius hilang rasa mengantuk walau effect2 darah ke hapa macam tak ngeri sangat tapi perjalanan cerita dia buat kau sentiasa tunggu & tunggu apa akan berlaku seterusnya. Aku pun tak dapat agak siapa yang akan terselamat sampai la akhir cerita baru tahu. Part2 sedih tu berkaca jugak mata..

2 Perempuan yang terselamat. Seorang anak kepada hero ensem & sorang lagi isteri kepada hero yang gempal sikit. Rujuk gambar kat atas

Moral of the story.. Naik train sebab nak mengelak dari tersangkut dalam kesesakkan jalan raya tapi bila naik train lebih menyeramkan.. sebab tak mustahil boleh berlaku kejadian kejadian tak di ingini walau mustahil la kena serang zombie tapi serangan secara halus pun banyak jugak. Jadi terfikir nak beli kereta, maybe kereta proton persona yang baru tu menjadi pilihan anda tapi please jangan beli dulu proton persona sebelum anda baca ni >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Penting tau kita tahu tentang kelebihan & kelemahan kereta yang ingin kita beli.

MIMPI MALAM JUMAAT

MIMPI MALAM JUMAAT. Pendek pulak tajuk entri hari ni kan.. Jarang2 berlaku di blog lekatlekit ni. Kalau lekatlekit.com ni bukan je entri dia panjang2.. tajuk entri pun kalau boleh nak buat sama panjang dengan entri katanya. Baru la senang orang tak judge cerita dari tajuk je. Kau baca entri terus kat tajuk tu sebab manusia zaman sekarang suka baca tajuk kemudian komen tu yang kena letak tajuk panjang panjang...


Entri ni bukan la nak cerita pasal tajuk entri. Sebenarnya nak cerita pasa mimpi. Mimpi malam jumaat pulak tu. Mimpi apa gamaknya. Mimpi basah ke, mimpi kering ke, mimpi sedih ke?? Tak tau nak klasifikasikan mimpi ni kering ke basah ke sedih ke tapi mimpi yang sangat menyentuh hati jugak la. Bukan mimpi akil baligh la.. Orang perempuan dia akil baligh takde mimpi2 ok! Lagipun aku dah lama akil baligh.. dah beranak pun. Jadi takde kena mengena mimpi akil baligh ke hapa..

Mimpi yang buat satu perasaan rindu yang rasa macam sakit sangat. Rindu yang tak mungkin sampai pada yang di rindui.. tetiba semalam mimpi arwah ayah yang dah 6 tahun pulang kerahmatullah. Dalam mimpi tu nampak arwah ayah senyum lebar & manis sangat macam sedang berbual dengan sedara mara. Cuma tak dengar la suara ayah bercakap ke apa.. Cuma nampak dia senyum jer... Senyum nampak deretan gigi. ramai berkumpul kat rumah arwah tokwan sebelah mak. Tak sure kenapa tapi memang ramai kat situ..

Mimpi ini memang buat aku rindu sangat kat arwah ayah.. Akhir - akhir hayat dia memang aku agak rapat dengan arwah ayah & mak. Kalau ikut masa aku masuk je sekolah menengah.. memang aku tak berapa rapat dengan ayah. Sebab masa tu kan nakal.. Ayah macam menyekat aku yang masa tu nak bebas. Bukan la salah ayah.. Cuma masa tu awal remaja memang fasa fasa memberontak je la. aku pernah terkilan sebab ayah koyak poster2 artis yang aku tampal dalam bilik. Sebab kebanyakkan poster2 tu ada tandatangan artis. Aku dapat masa tengok road artis yang datang kat tempat aku... termasuk la poster amy mastura. Amy mastura kan artis paling aku suka waktu tu. Aku pernah tengok road show dia & dapat poster & hadiah dari amy mastura. Kira lama jugak rasa terkilan tu aku simpan sampai hilang sendiri. Ayah buat macam tu sebab aku dah buat 1 kesalahan kat sekolah sampai kena tindakkan disiplin. Bukan salah ayah pun.. Memang aku nakal masa tu.

Bila aku berhijrah semuanya semakin berubah.. Mula nampak kasih sayang ayah yang selama ni mungkin dia tak tahu nak tunjuk sebab hari2 ada depan mata. Excited sangat dia kalau aku nak balik kampung. Dia akan plan macam2.. Aku memang rajin melayan mak ayah pergi berjalan. Sebab aku tahu mak ayah rindu nak pergi berjalan dengan semua anak anak dia macam masa anak anak dia masa kecik. Tapi tak berkesempatan bila semua dah mula besar & bekerja. Dekat2 aku nak nikah Ayah kerap call.. Cuma aku tak pernah sangka semua tu petanda dia akan pergi buat selamanya...

Mimpi semalam.. Buat aku rindu sangat. Mimpi malam jumaat jumpa dengan ayah. Ayah nampak lebih muda dalam mimpi tu. wajah ayah dalam mimpi tu adalah wajah yang aku tengok masa aku kecik kecik. Kurus & ramping. Gigi pun penuh lagi. Tak buncit & boroi macam sebelum dia meninggal. Ya Allah.. berat rasa hati menanggung rindu pada orang yang dah tiada ni.. Moga Allah mengampuni segala dosa ayah & meletakkan dia di tempat yang terbaik. Hanya doa yang mampu di utus.. Alfatihah untuk Ayah.. Moga terus berbahagia di sisi yang esa. Amin...

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS

6 PERASAAN PALING TRAJIDIS BILA CUTI DI KAMPUNG DAH HABIS. Aku surirumah orang kata takde istilah kau bercuti bagai. Hari2 kat rumah tu bercuti lah.. Yelah.. surirumah memang hari2 bercuti. Ada yang kena ketuk ibu jari dengan sudip katanya. Surirumah pun tak ada istilah cuti kalau kat rumah. Bercuti bagi surirumah kalau sesekali dapat pergi holiday.. ada la sikit certain2 perkara dia dapat bercuti. Mungkin cuti masak, cuti cuci baju, cuti kemas rumah bagai. Tu baru surirumah bercuti yer...


Tak kisah la surirumah ke atau bekerjaya tapi perasaan kita sama je kalau dapat bercuti. Nak2 lagi dapat bercuti & balik kampung. Ya Allah.. bagi anak rantauan ni tak tergambar macam mana perasaan tu. Bayangkan kau terpaksa hadap 10 jam perjalanan pun kau masih boleh berhati girang sebab nak balik kampung punya pasal. Ok aku cakap pasal aku orang lain tak tau la mungkin stress hadap perjalanan yang lama. Dah sampai kampung tu rasa heaven giler.. Seronok sampai ayam2 pun kau tanya khabar.

Tapi bila tiba masa kau perlu pulang kepangkal jalan.. Ya Allah nak lipat sepasang baju pun rasa macam nak lipat jubin lantai punya berat & kerasnya. Apatah lagi nak melangkah keluar dari pintu rumah masuk kereta & bergerak. Rasa macam nak doa supaya tetiba masa terhenti kat situ & boleh enjoy lagi percutian di kampung sampai puas. Bagi orang yang tak ada kampung atau tak pernah tinggal berjauhan dari keluarga mungkin tak pernah rasa 6 perasaan yang paling mencengkam jiwa ni >> 6 Perasaan Paling Trajidis Dirasai bila cuti di kampung dah habis <<

Jadi bila dapat cuti balik kampung berkumpul dengan semua ahli keluarga tu hargailah masa bersama tu sebaik mungkin. Benda2 remeh tu tak payah nak ambil hati atau merajuk sangat. Masa kecik2 bergaduh sampai tarik rambut pun boleh jugak berbaik & lepak ramai2 depan TV takkan dah tua2 dah matang silap sikit merajuk bawa diri macam nak putus silaturrahim. Bila kita semakin dewasa, masa kita bersama keluarga agak terhad sebab masing2 dah ada keluarga sendiri.

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI. Rakyat Malaysia antara penggemar kari kalau tak mustahil nasi kandar mamak menjadi pilihan ramai. Aku? Makan la jugak kari tapi tak sampai tahap ketagih la. Takde la asal makan mesti ada kari. Cuma bila cakap pasal kari teringat satu kisah pada zaman dahulu katanya..


Masa aku sekolah dulu, mak bapak aku memang kerja. Almaklum nak besarkan 6 adik beradik yang jarak tak jauh ni bukan senang. Terpaksa jugak mak aku kerja bagi membantu menampung perbelanjaan. Almaklum la kami bukan orang kaya level2 mak zeton. Kami cuma level mak sudin je yang mampu pakai cincin tembaga. Lain la mak zeton mampu pakai cincin berlian katanya. Tapi arwah Ayah aku memang akan balik tengahari & masak untuk kami adik beradik makan balik sekolah nanti. Tapi tu la.. lauk dia boleh kata hari2 kari ikan kembung. Memang la agak muak & hilang selera jugak tapi bila kenang balik.. Itulah pengorbanan arwah ayah. Balik masak & solat lepas tu pergi kerja balik. Kira lunch time dia habiskan dengan balik rumah & masak je la setiap hari kecuali cuti sekolah kakak sulung aku ambil alih. Tapi menu dia.. pagi makan megi, tengahari nasik, ikan goreng. Petang kang mak aku balik baru la sedap sikit makan.

Ayah aku salah seorang penggemar kari.. Mungkin sebab tu dia suka masak kari selain handal masak bihun sup utara. Tapi ayah aku memang pandai masak. Selalu involve dalam aktiviti memasak di rumah2 kenduri kat kampung aku dulu. Memang antara tukang masak yang di kenali jugak kat kampung. Yelah, kenduri kat kampung ni memang mesti ada kari jugak dalam menu dia. Kari daging paling popular kalau ada majlis kawen yang dibuat secara rewang @ gotong royong.

Orang melayu memang sinonim dah dengan kari cuma yang membezakan antara penggemar kari dengan penagih kari mungkin perkara ni je. Korang boleh baca kat sini >> 7 Tabiat luar biasa penagih kari << Kita yang sekadar suka makan kari je maybe akan rasa jemu kalau asyik menu kari je tapi bagi penangih kari, mungkin hari mereka jadi tak sempurna tanpa kari. Mungkin boleh menyebabkan kemurungan kalau sehari tak makan kari katanya. Hahahaha

Bila cakap pasal kari.. Baru aku sedar rupanya kisah kari ni sangat memberi kesan dalam hidup aku terutama kisah pengorbanan arwah Ayah. Dengan karinya tu la.. buat kami tak lapar lepas balik sekolah setiap hari. Jemu tak jemu tetap hadap jugak. Walaupun malam ada makanan sedap2 sikit yang mak akan masak lepas balik kerja.

Itulah kisah di sebalik 'kari' yang rasanya aku tak pernah share dalam blog ni. Kari & Ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Semoga Arwah Ayah tenang di sana.. Al fatihah.

PESAWAT PENUMPANG TAMBANG MURAH TERHEMPAS DI TENGGARA RUSIA.

PESAWAT PENUMPANG TAMBANG MURAH TERHEMPAS DI TENGGARA RUSIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun... Salam takziah buat semua penumpang & anak kapal yang terlibat. Entah kenapa setiap kali membaca berita pasal pesawat penumpang yang terhempas dada mesti berdebar debar. Mungkin masih fobia dengan kejadian yang pernah menimpa pesawat penumpang MH17 & MH370 yang sampai sekarang masih hilang. Juga pesawat tambang murah Air Asia Indonesia yang terhempas tak lama dulu. Walaupun tak ada ahli keluarga yang terlibat tetap memberi kesan di hati aku ni.


Terbaca berita pasal pesawat penumpang tambang murah Flydubai yang katanya terhempas sekitar 3.50 pagi tadi di kawasan tenggara rusia. Paling memilukan bila kesemua penumpang & anak kapal di sahkan terkorban. Meremang bulu roma baca berita2 macam ni. Lebih2 lagi melibatkan nyawa.

Sumber astroawani

Semoga semua keluarga mangsa tabah & sabar menghadapi pemergian orang orang yang di sayangi dalam trajedi tu. Sesungguhnya mati itu pasti.. cuma kita tak tahu bila & bagaimana. Memang bukan mudah untuk terima pemergian orang2 yang tersayang dalam trajedi macam ni tapi tiada siapa mampu mengubah apa yang dah di takdirkan.

AMANAT USTAZ KAZIM ELIAS ANDAI BERLAKU APA APA PADA DIRI BELIAU

AMANAT USTAZ KAZIM ELIAS ANDAI BERLAKU APA APA PADA DIRI BELIAU. Semua sedia maklum kondisi kesihatan pendakwah bebas Dato Ustaz Kazim Elias sekarang ni tak berapa baik. Baru2 ni beliau kena serangan jantung semasa mengadakan ceramah di salah satu tempat di kelantan. Sekarang kesihatan beliau masih tak begitu baik katanya.. Sama2 kita doakan Allah permudahkan segalanya buat Ustaz Kazim Elias..


emosi orang sakit ni kadang2 bercampur baur. Orang sakit ni kadang2 rasa mungkin tu petanda ajal dia dah dekat walaupun tak siapa tahu bila & bagaimana seseorang itu akan mati. Mungkin Ustaz Kazim pun sedang menghadapi situasi perasaan yang rasa semakin hampir nak kembali kepada pencipta. kadang2 semua tu cuma mainan perasaan sebab tak sihat. Tapi Bila baca luahan hati ustaz kazim ni memang sangat2 menyentuh hati. Pesanan... amanat & ucapan maaf kepada semua buat aku rasa agak tersentuh la...


Semua orang akan mati.. Tapi tak semua orang dah bersedia untuk mati. tak semestinya kita rasa dah macam nak mati kita baru nak minta maaf kat semua orang kan. Tak semestinya kita meminta maaf pada semua orang tu tanda kita dah nak mati. Sebab mati ni tak menunggu kita bersedia. Orang sihat pun boleh mati.. Orang sakit teruk belum tentu akan mati dulu.

Timbul rasa keinsafan sekejab dalam diri ini.. Kita tak tahu sampai bila nyawa akan bersatu dengan jasad kita jadi dengan rendah diri saya mohon kemaafan kepada semua yang pernah saya sakiti melalui penulisan saya yang lantang n. hehehehe

Moral of the story.. Semoga Ustaz Kazim di beri kesembuhan & kesihatan yang beransur pulih untuk menyambung dakwahnya. Amin...

TAK PEGANG TANGAN PUN JADI ISU MACAM MINTA BERPOLIGAMI

TAK PEGANG TANGAN PUN JADI ISU MACAM MINTA BERPOLIGAMI. Dulu masa baru2 kahwin kemain sampai menitik peluh dia punya gengam tangan tak lepas lepas bila dah masuk tiga empat tahun kawen jangankan nak genggam tangan nak pegang hujung jari pun dah tak nak katanya. Bini mula makan hati.. Mula salahkan suami. Lelaki memang macam tu baru dapat sayang la.. Dah rasa semua mula la sayang pun macam bayang2. Nampak tak nampak je sayangnya. Bukan semua perkara tu salah suami. Bila dah tak seromantik dulu bukan semuanya salah lelaki.. Bila dia dah tak pegang tangan bini bukan semua salah suami. Kadang2 salah tu dari kita sendiri. Cuma kita perlu semak diri sendiri.. Kalau kita dah cukup menjaga semua perkara baru kita list salah suami.


Aku kalau jalan2 tengok orang masih berpegangan tangan suami isteri ni takde la terdetik apa2 perasaan tak puas hati ke. Apatah lagi nak jeling2 paku.. Kalau aku pegang lengan suami aku masa jalan tak jugak aku nak buat muka bangga & riak pada orang lain yang tak dapat buat macam aku buat. Aku tetap tak berapa peduli sangat pasal orang. Kalau ada orang jeling tajam sambil bisik2 mengumpat aku pun maybe aku tak perasan. Macam aku cakap la kadang2 aku tak peduli sangat. Nak2 lagi kalau masuk mall. Bukan salah laki aku tak romantik ke hapa. dah tak sudi pegang tangan ke.. Tapi aku cuma seorang wanita biasa yang kalau masuk mall tengok banyak perkataan sale mula kesetiaan aku tergugat katanya. Mula la aku serahkan anak pada suami aku & terus melempiaskan nafsu kearah perkataan2 sale. Tak dapat beli dapat tengok pun dah puas katanya. hahahaha

Kalau terlepas pegangan atau pandangan dengan suami & anak tu bukan pasal kami dah tak saling sayang menyanyang atau tak romantik macam dulu. Malah kami laki bini dari dulu sampai sekarang masih sama. Cuma kami ni jenis gila gila. Dalam rumah ni kadang2 macam pentas maharajalawak. Serius.. jenis lawak tanpa sempadan. Kalau nak buat aksi atau memek muka pelik2 tu memang tak rasa janggal dah. Sebab sejak kenal memang itulah perangai masing masing. Bila dah 6 tahun kawen.. lagi la tak ada apa nak malu sangat kan. Bagi aku macam tu pun dah romantik sangat la. Sebab aku bukan jenis romantik dengan ayat2 jiwang atau dengan bunga2 cinta layu di pusara.. Romantik aku asal aku enjoy je.

Sememangnya masa bercinta, baru kahwin & lepas dah lama kawen suasana tu akan berbeza. Kalau dulu jalan berdua sekarang mungkin jalan bertiga,berempat,berlima. Nak2 lagi anak masih kecik2 yang nak kena pantau. Kalau suami tak cukup tangan nak berpimpin tangan macam dulu jangan la jadikan benda tu isu bergaduh sangat. Mustahil sangat la fasa kehidupan kita statik macam tu jer tak berubah.. Kadang2 keadaan semasa mengubah segalanya. Dari pegang tangan bini sekarang mungkin ada tangan yang lebih penting dia nak kena pegang.. contoh tangan anak.

Aku bukan seseorang yang suka jadikan isu remeh sebagai masalah dalam rumahtangga aku sebab mungkin Allah terlalu sayangkan aku maka Dia dah training aku dari awal perkahwinan dengan Dugaan yang sangat2 mencabar maka hari ni aku rasa lebih menghargai segalanya. Berkat sabar & tabah.. aku memiliki bahagia hari ni. Jadi aku memang tak fikir sangat benda2 remeh ni.. Bahagia mungkin tak sama cara.. Ada orang rasa bahagia sangat suami sentiasa pegang erat tangan dia & ada orang rasa malu nak tunjuk kebahagian tu depan khalayak ramai walau dah halal. Asalkan kita buat benda yang kita suka & selesa.. dah cukup. Bahagia tu sama jer rasanya walau tak sama cara. Ada orang macam tu tak kira lelaki atau perempuan. Nak buat macam mana dah perbuatan tu dia tak selesa bukan bermakna pasangan tu tak romantik. Bukan semua orang suka nak tunjuk atau cerita kisah romantik dia dengan pasangan.

Moral of the story.. Bila melangkah ke alam perkahwinan ada perkara kita dah tak boleh buat keputusan macam budak budak. Setakat suami terlupa nak pegang tangan masa berjalan kita paut je la tangan dia kalau nak sangat berkepit, settle. Ni tidak.. Suami makan tak habis masakan kita pun kita merajuk.. Suami terlepas tarikh hari lahir pun kita nak lari balik rumah mak.. Benda tu sangat remeh untuk kita jadikan masalah besar. Cukup la sekadar buat2 muncung lari nyorok belakang pintu tunggu laki datang pujuk tak payah la sampai nak up kat FB atau mengamuk macam laki minta sain borang poligami.

GAMBAR YANG MUNGKIN BUAT DARAH ANDA TURUN KE KAKI

GAMBAR YANG MUNGKIN BUAT DARAH ANDA TURUN KE KAKI. Terbaca satu artikel ni berkaitan tentang Ayah. Yelah.. zaman sekarang ni banyak sangat anak kadang2 hanya respect ibu tapi tak pedulikan ayah. Ayah ni biasa la sikap dia kadang2 yang tak reti tunjuk kasih sayang buat anak salah faham.. Padahal walau dia tak pernah cakap sayang pun dia tetap berusaha untuk pastikan anak bini dia cukup makan pakai walaupun dia terpaksa tampal kasut, seluar koyak..


Bila cakap pasal ayah ni.. Sebak pulak. 24 April 2016 akan datang genaplah 6 tahun arwah Ayah pergi mengadap Ilahi.. Memang pemergian ayah aku ni bagi kesan sangat dalam hidup aku. Yelah.. time tu kan aku tengah buat preparation nak kawen. Nak2 lagi kali pertama ayah nak timang menantu. Excited dia.. Memang jelas nyata. Kerap sangat call aku time tu. Takut sangat aku tak jadi kawen. Macam2 perancangan dia buat walaupun.. ada yang tak kesampaian sebab dia pergi dulu. Apa yang paling menyedihkan dia pergi lepas habis isi borang nikah aku.. Ya Allah kau ampuni dosa2 Ayah. Tempatkan dia bersama orang2 yang kau kasihi.

Tu kisah Ayah aku.. Ayah yang sebenarnya tak banyak cakap sangat. Dia sebenarnya tak reti nak garang2 pun dengan anak2 sebab dia dulu anak bongsu & family dia memang jenis trick anak anak dengan belaian manja giler. So, bila dia jadi Ayah pun dia tak reti sangat la nak pukul anak2 ni. Tugas membiratkan kaki tangan anak anak.. mak aku la take over sebab dia membesar dengan bapak yang garang. Allah pertemukan jodoh mereka berdua memang saling melengkapi. hehehehe

kasihnya Ayah.. Kadang2 sebab sayang dia terpaksa angkat tangan & kadang2 sebab sayang jugak dia tak sampai hati nak jentik sekalipun. Kasih sayang seorang ayah bukan setakat tu jer... Kalau korang tengok foto bergerak ala video pendek dalam format gif ni.. Serius darah korang boleh turun sampai ke kaki. Memang suspend giler tengok aksi seorang ayah ambil tindakkan pantas menyelamatkan anak dia selepas motor di langgar dari belakang. Macam nak meletop jantung aku tengok gambar ni. Tak caya korang tengok la sendiri kat sini >> 13 Gambar Bagaimana seorang Ayah Cuba Menyelamatkan Anak mereka. Memang mendebarkan <<

Moral of the story.. Kasihnya ibu membawa ke syurga.. kasihnya ayah sanggup bersusah. Pada bapak2 di luar sana, jaga la anak tu sebaik mungkin, Insya Allah jika anak dia jaga & di didik dengan baik bila ayah2 dah tua.. anak akan layan ayah2 dengan baik. Jangan sekadar setakat bagi hidup jer.. Lepas tu lantak la. Pandai2 la nak hidup.. kalau macam tu tak terkejut la tetiba keluar muka depan harian metro bapak kena buang dengan anak kat bus stop..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com