Showing posts with label lemak. Show all posts

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH. Bagi yang pernah mengalami masalah jerawat ni rasanya biasa kot di hingapi jerawat jenis macam bernanah. Kalau tak banyak pun seketoi dua tu ada jugak kadang2. Selebihnya jenis jerawat yang bonjol yang merah2 macam bukit tu orang panggil jerawat batu ke hapa.  Sebagai bekas jurujerawat yang kadang2 masih ada sebiji dua menyinggah bertanya khabar kat muka aku ni.. Of course la aku pernah di hantui dua jenis jerawat tu. Pendek kata jerawat pasir ke, jerawat bukit ke atau jerawat gunung berapi yang ada larva putih kuning tunggu masa nak meletop ke semua pernah merasa dah. Kira luas jugak la pengalaman aku dengan jerawat ni kan.. hahahaha


Tahukah anda... Apa sebenarnya cecair pekat kekuningan yang macam nanah dalam jerawat tu? Ok ok.. aku tau korang tak tau. Saja je tanya sebab nak bagi nampak pandai sikit dari hangpa sebab aku dah tau apa benda cecair pekat kekuningan dalam jerawat gunung berapi. Jadi sebagai seorang yang nak berlagak pandai sekejab meh sini baca apa yang nak aku taip ni & hadam betul betul..

Sedikit info bagaimana berlakunya nanah ni.. Nanah adalah bahan bewarna kuning keputihan atau kuning kehijauan yang hadir dibahagian yang dijangkiti bakteria, termasuk luka kecil, seperti jerawat, dan jangkitan dalam, seperti bisul. Nanah kebanyakannya terdiri dari sel darah putih dan bakteria mati, termasuk juga buangan keradangan. Apabila jangkiti pada luka, akan berlaku 'nanah' , dan perlu dicuci dengan antiseptik.

Untuk jerawat bernanah pulak.. Cecair pekat putih kekuningan (nanah) itu sebenarnya terbentuk disebabkan kalenjar sebum kulit kita merembeskan minyak secara berlebihan. Oleh itu benda putih kekuningan itu adalah minyak yang berlebihan dan bercampur dengan bakteria. Ramai jurujerawat di luar sana suka picit sebab nak bagi cepat surut jerawat tu walaupun rasanya ramai dah tahu kan.. cara macam tu sebenarnya salah & boleh merosakkan kulit muka sebab kalau salah cara kita pecahkan jerawat akan menyebabkan jangkitan bakteria & mengakibatkan masalah jerawat jadi semakin serius. Selain tu.. cara tu jugak boleh menyebabkan parut pada bekas jerawat. Jadi seeloknya jangan pict biarkan dia pecah sendiri. Boleh rawat dengan apa2 produk mengecutkan jerawat.. salah satu aku pernah guna acne gel garden of eden. Cari je kat farmasi ada je jual.

Sebagai jurujerawat kita kena jugak tahu asal usul jerawat yang berkampung di muka kita kan.. Penting untuk kita tahu bagaimana ia terjadi untuk kita ambil langkah membasmi atau mengelakkan dia kembali bermastautin di daerah kulit terutama di bahagian muka. Spesis jerawat ni memang pendatang tanpa izin yang tak tau malu sikit tapi kedatangan dia selalu memalukan kita, kan? hehehehehehe...

Moral of the story.. Kalau muka berjerawat sila rawat jerawat dulu tak payah sibuk sangat nak nak tambah collagen dalam muka bagai nak bagi sentiasa awet muda.. Kalau muka berjerawat memang muka tak nampak awet sangat dah.. Lepas dah settle masalah jerawat baru ke step seterusnya untuk mengekalkan kemudaan pada kulit. Salah satu produk korang boleh try untuk awet muda yang ni >> Yang Nak Sentiasa Perasan Muda Boleh Try Produk Ni <<

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI. Normally orang buat masak lemak jenis berlauk ni memang letak cili padi atau cili apa atau apa2 cili la.. Cuma beza pedas dengan kurang pedas je kan.. Tapi memandangkan mak mertua kami tengah tak sihat.. Dia pun tak mau makan pedas pedas dalam tempoh dia masih uzur macam tu. Nak masak singgang je manjang.. Alahai kesian pulak kan. Lagipun tekanan darah dia dah turun kadang2 low.. So meh la kita bagi dia makan yang boleh naikkan darah dia supaya sentiasa di paras normal.


Maka sebab kat rumah den ada ayam.. Ayam yang den nak masak rendang sebenarnya. Almaklum la raya kan even raya cina sekalipun. Bila tinggal kat malaysia ni.. Semua raya kita berpeluang cuti maka di kira kita pun macam raya jugak la kan. Ada la tinggalkan sikit untuk masak kat mak mertua. Sebab bahan2 masak lemak ni ada persamaan dengan masak rendang.. so dari membazir bahan2 yang berlebihan maka berlaku la kisah masak lemak ayam tanpa cili padi di dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni..

Bahan bahan nak buat Ayam masak lemak ni adalah

1.Ayam
2. Serai
3. Lengkuas
4. Halia
5. Kunyit hidup
6. Daun kunyit
7. Daun limau purut
8. Bawang besar
9. Bawang putih
10. Santan

Cara memasak..

1. Kisar Serai, lengkuas,bawang besar, bawang putih, kunyit hidup & halia
2. Ambil kuali tuangkan bahan kisar & masukkan ayam yang dah di cuci & di potong kemudian buka api.
3. Campak je daun kunyit yang dah di simpul & daun limau purut
4. Biar masak sampai mendidih kemudian masukkan santan.
5. Biar sampai masak & tutup api.

Dengan beberapa step mudah dah siap ayam masak lemak tanpa cili padi. Bukan je sesuai untuk orang2 yang tak boleh makan pedas malah untuk kanak kanak juga. Walau tanpa rasa cili padi tu tetap sedap ok! Lemak berkrim di sukai ibu mertua katanya hehehehe

walaupun tanpa cili tapi kesedapan dia tetap menyerlah ok. Ni letak siap2 dalam bekas pakai buang. Senang tak payah collect balik dah hahaha. Sebagai menantu yang baik kena la sekali sekala masak untuk mak mertua bukan je tunjuk baik masa sebelum jadi menantu je

Kalau yang nak convert masakan ni bagi pedas just kisar je dengan cili padi atau cili api mengikut kepedasan yang korang nak. Step memasak dia tetap sama. Cuma ada orang suka menumis bahan kisar guna minyak tapi aku guna kaedah merebus je semua. Sebab ayam & santan tu dah ada minyak. So tak payah berminyak minyak sangat nanti naik minyak pulak orang yang makan. hahahaha

Moral of the story.. Resepi ni utara style ok bukan nogori 9 style. Kena mention siap2 satgi ada yang dok pertikai orang negeri 9 masak lemak tak macam ni.. tak macam tu bagai. hehehehe

RESEPI NASI LEMAK BAJET

RESEPI NASI LEMAK BAJET. Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga.


Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang.

2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi macam macam menu kalau ada masakkan aku yang tak habis makan katanya. Sedar diri kita bukan orang kaya raya.. Jadi hidup la seperti seadanya. Jangan kau tak mampu gigih nak makan macam orang ada ada.. Lepas tu meraung kat wall FB cerita kat orang terpaksa kira syiling untuk mengalas perut. hehehehe

Rasanya dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala.. Maka marilah kita ke dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni...

Bahan bahan nak masak nasi lemak bajet ni aku guna apa jer yang ada dalam rumah waktu tu..

Bahan bahannya nak masak nasi lemak..

1. Beras dalam 2 pot kecil (aku guna beras Ribbon wangi. Sejenis beras wangi yang sedap di makan tapi tak sesuai buat nasi goreng sebab agak lembut)
2. santan (aku guna santan kotak dalam sepatuh kotak kecik tu. Erkk rasa lebih sikit pada separuh kot)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. halia
6. garam

Cara memasak nasi lemak

1. Cuci beras & toskan
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan santan, bawang besar yang di hiris,bawang putih yang di ketuk, halia yang di hiris memanjang & garam secukup rasa. Masukkan air mengikut sukatan yang di perlukan. Kalau santan tu dah cukup air tak perlu tambah air. Macam beras aku guna kena kurang sikit air supaya nasi tak lembik sebab dia beras wangi agak lembut.
2. Kalau korang guna rice cooker masak macam biasa la kan.
3. Biarlah dia sampai masak.. kemudian kacau2 sikit dengan chopstick untuk sebatikan rasa.

Bahan bahan memasak sambal tumis ikan bilis

1. Ikan bilis (di goreng)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Cili kering yang dah di rebus atau di rendam sekejab dalam air panas
6. Air asam jawa
5. Garam
6. Minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal tumis

1. Kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar tadi.
3. Tunggu sehingga cili yang di masak tadi pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa
4. Dah masak cili tadi.. masukkan ikan bilis yang dah di goreng. Tapi simpan sikit ikan bilis goreng untuk di makan nanti.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kalau yakin dah masak tutup la api jangan membazir gas.

Last sekali rebus telur. Kalau ada ulam ulaman seperti timun.. potong la. Kalau takde pun takpe masih kenyang makan nasi lemak tanpa ulam timun. Ada orang suka makan dengan kacang tanah goreng. Kalau ada boleh hidangkan sekali nanti. Tapi aku memang tak suka makan kacang tanah dengan nasi lemak.

Dah masak semua jangan tengok jer.. Pepandai la senduk & makan sendiri. Jangan tunggu orang suap takut mati mereput kat situ pulak. hahahahaha

Satu hidangan nasi lemak sangat bajet. Nampak sedap tak? hahaha

Apapun nasi lemak ni aku masak tanpa perlu mengeluarkan bajet harian. Guna bahan2 mentah yang ada dalam rumah so kalau ada bahan perasa tambahan yang aku skip tu pepaham je la yer. Tetap rasa nasi lemak & sambal yang sedap ok! Sebab tu aku namakan nasi lemak bajet hahahaha

Moral of the story.. zaman ekonomi meleset ni memang kena pandai rancang perbelanjaan. Mungkin sebelum ni kalau kita pergi beli bahan basah untuk stok memasak main ambil & bayar.. Ada yang tak sempat nak masak dah rosak, mulai sekarang kita kena mula belajar membeli secara bijak. tapi mungkin sebelum ni kita dah biasa hidup selesa tanpa perlu struggle sangat nak rancang perbelanjaan mungkin susah sikit nak buat.

SUSU NI SESUAI UNTUK YANG TAK TAHAN MINUM SUSU KAMBING

Sepanjang bulan puasa lepas aku try susu kambing. Mula2 cuak jugak sebab aku daging kambing pun tak makan sebab tak tahan bau hamis kambing tu, susu kambing apatah lagi kan. Kebanyakkan susu kambing di pasaran memang ada bau hamis kambing yang agak kuat. Nak lepas seteguk kat tekak pun susah apatah lagi secawan.. Tapi apapun kita kena cuba dulu. Jangan menilai semua susu kambing itu berbau hamis sebelum mencuba. Orang yang takut mencuba selalunya akan gagal.. Ok aku cuba la.

Sekadar hiasa. Carian google

Susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni jual dalam bentuk susu tepung dan di bungkus scahet (paket kecik2 dalam 30gram setiap paket). Just masukkan dalam cawan & tambah air suam jer. Lepas tu boleh minum. First time cuba.. Susu sedap, lemak yang best takde bau hamis kambing. Sebab aku ada asben yang mempunya tahap sensitif bau & rasa yang boleh di banggakan.. kena suruh dia cuba. Kalau dia boleh minum bermakna kita yang takde sensitif rasa & bau yang teruk pun boleh minum. Ternyata dia boleh minum & minum lebih dari sekali la. So, kat situ membuktikan.. susu ni memang sesuai untuk orang yang tak tahan bau hamis kambing kerana campuran 8 makanan sunah lain yang terdapat dalam susu ni mungkin dah nyahkan bau hamis kambing tu.

Tengok muka aku minum penuh ghairah membuktikan susu ni sedap Ok! hahaha

Yang best susu ni dia memberi energy tambahan kat kita. Masa aku ambil bulan puasa.. so, boleh buat rutin harian even berpuasa pun tanpa ada rasa letih & lemau sangat.  Takat nak mop lantai time tengahari tu ok jer bagi aku. Yang best minum susu ni buat kita rasa kenyang sesuai jugak yang nak diet sebab boleh control makan. Lain lain khasiat dia.. bagi yang ada masalah sembelit, Insya Allah melawaskan pembuangan korang. Yang ada masalah susah nak tidur malam pun boleh membantu. Sesuai dari umur 6 bulan sampai la bangka. baik untuk kesihatan fizikal & mental jugak. Ada juga aku baca yang migrain boleh kurangkan migrain. Sebab aku takde migrain aku tak tau la sejauh mana keberkesanan dia tapi tak salah korang try dulu.

Entri ni bukan entri berbayar ok. Aku share sebab aku dah cuba & rasa khasiatnya. So.. aku rasa ada baik aku kongsi dengan orang lain sebab ia produk yang bagus. Kalau korang nak order boleh contact dmieliabeauty 0193497868. Sebab setakat ni hanya di pasarkan secara online jer.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com