SANGGUP KE JUAL SUAMI RM1 JUTA?
Membaca review filem dari blog KitaFM tertarik pula sang lekit nak buat kesinambungan tentang entri tu tapi seperti biasa dengan penulisan & pendapat peribadi sang lekit sendiri. Takpe la kalau ada yang anggap sang lekit ni asyik mencari ilham dari sumber orang lain jer yang penting saya sang lekit sedaya upaya untuk menghasilkan sendiri jalan ceritanya, kan??Hasil carian google
Suami umpama harta juga bagi sang lekit. Jika ada nilai dalam ringgit malaysia dapat membeli suami ku.. Maka tak mustahil ada orang akan membelinya. Tapi dalam hati ini belum pernah tercatat harga seorang suami dalam nilai ringgit atau harta benda. Jawapan tulus.. Setakat ni memang sang lekit takkan sanggup di madukan. Sampai sang lekit takut nak bayangkan kalaulah satu hari aku terpilih menerima dugaan sebegini.. Aduhai, menakutkan. Terpaksa berkongsi segalanya dengan orang lain. Cukup! Tak sanggup ok!
Betapa murahnya harga diri, maruah & nilai cinta & kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya sehingga sanggup meletakkan tanda harga yang tak mustahil mampu di beli orang lain. Terang - terangan harta & kekayaan mendahului kasih sayang terhadap suami. Seolah - olah syurga juga boleh di beli dengan harta & wang. Betapa malangnya bagi seorang suami memiliki isteri yang macam tu sebabnya.. Jika harta duniawi lebih mengatasi cinta pada suami maka takde yang mustahil bila suami itu papa kedana dia juga akan kehilangan isteri.
Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa.. kaya & mewah. Tu tak di nafikan. Tapi tak semua orang sanggup menjual suaminya demi meraih semua tu. Tapi bukan sesuatu yang pelik atau aneh lagi kalau wujud isteri2 yang macam tu di zaman sekarang. Realitinya memang ada. Tak tahu la dalam hatinya ada apa.. Tapi yang pasti biji mata hitamnya cuma nampak $.
Sumber Rujukan : BERAPAKAH HARGA SEBUAH CINTA? BILA ISTERI SANGGUP JUAL SUAMI????