Showing posts with label berambut. Show all posts

DISEBALIK WATAK ELSA DALAM FROZEN YANG ANDA TIDAK TAHU

DISEBALIK WATAK ELSA DALAM FROZEN YANG ANDA TIDAK TAHU. Rata2 budak perempuan sekarang memang suka sangat dengan Filem kartun animasi Frozen lebih2 lagi watak elsa ni. Maka banyak la baju bajan di cetak dengan gambar kartun Elsa. Sampai telekung solat kanak kanak pun ada cetakan gambar watak2 dalam frozen ni. mujur tak ada di jual kat Malaysia je. Nasib baik anak aku tak pernah terjebak sebab aku pun tak pernah dedahkan dia dengan kartun Frozen ni. Yang dia kenal boboiboy.. Upin Ipin.. Awang Khenit.. Doremon.. Catdog.. Mickey Mouse & friends bla.. bla.. dot com dot my. Nak cerita rasa jadi satu entri pulak kartun2 yang anak aku tengok. Tak termasuk video2 berbentuk ilmiah kat youtube tu. Hahaha..

Inilah watak Elsa Dalam Frozen. Tapi Confirm Ramai Yang Tak Tahu di sebalik Watak Gadis Cantik ni ada sesuatu.. -Gambar sumber Google-
Bila dah anak aku suka.. Mak bapak secara tak langsung akan turut sama mengenali watak & secara tak sengaja terpaksa layan jugak kartun favorite anak ni. Macam aku jugak la. Boleh hafal dah episod kartun2 anak aku tengok. Almaklum la.. Kerja aku 24 jam ngadap muka anak je kan. So, segala aktiviti dia memang berlaku depan biji mata aku setiap hari.

Tapi benda ni aku confirm ramai yang tak tahu tentang watak Elsa dalam Frozen tu. Budak2 memang dia tak peduli la apa berlaku di sebalik tabir sebab yang dia tahu apa yang dia nampak best lepas benda tu di tayangkan kat skrin je. Kita sebagai mak bapak la yang perlu tahu. Ramai yang tak tahu perkara ni, kalau korang nak tahu boleh baca kat sini >> Di sebalik Watak Elsa Dalam Frozen Yang Anda Tidak Tahu << Jadi tak salah kita sebagai mak bapak ambil tahu tentang perkara ni. At least kita boleh jelaskan pada anak anak nanti.

Tapi aku syukur anak aku tak kenal watak Elsa atau kartun Frozen ni.. Kalau tak naya aku kena lukis gambar Elsa. Anak aku suruh lukis doremon yang senang pun dah jadi macam ni...


Jadi tak pelik la aku jarang dapat A untuk mata pelajaran pendidikan seni masa sekolah. Yang mana tengok hasil karya seni lukisan aku hope hilangkan dari ingatan. Jadi terbawa bawa masa tidur takut mimpi ngeri. Hahahaha

MISTERI BILIK BERHANTU KOLEJ TELEKOM UUM SINTOK

Untuk segmen seram serik lekat lekit malam ni aku pilih cerita hantu educated sikit la. Hantu Universiti. Hantu pun ada level2 jugak tau.. hantu tak sekolah bertenggek atas pokok.. hantu sekolah tak habis merayau kat jalan raya & hantu terpelajar mesti la port dia kat Universiti katanya.. hahahhaha... ok ok.. tanpa merapu meraban tahap orang nak muntah baca meh la kita kembali di selubungi seram dengan kisah.. Misteri bilik berhantuk kolej telekom UUM Sintok, kedah.


Alkisanya tentang sebuah bilik misteri yang berada di tingkat empat, block lelaki kolej telekom UUM sintok. Lokasi bilik ni berada nun di hujung sekali. Hantu pun nak privacy jugak katanya. Pilih bilik hujung2. hahahaha... ok ok sambung cerita balik. Bilik ni menyimpan misteri yang menyeramkan.. antara kesan tapak kaki yang melekat pada simen lantai berhampiran dengan bilik misteri tu. Milik siapa tapak kaki tu.. Masih misteri yang tak terungkai yang pasti katanya bukan kepunyaan seorang manusia. Adakah kucing? mustahil la tapak kaki kucing jadi misteri & seram sangat kan? Apa barang nak seram dengan tapak kaki kucing. Rumah aku dulu2 pun ada kesan tapak kaki kucing atas lantai simen. hahahaha

Op's termelalut pulak. Berbalik pada cerita bilik misteri tu.. Bilik tu di kosongkan bertahun tahun lamanya. Cat dalam tu jugak tak bertukar & kosong tak ada sebarang perabot. Biar usang berbanding bilik2 lain di kawasan kejirananya. Semua berseri dengan cat & perabot. Ini sebab pernah bilik tu cuba di masukkan dengan perabot bagai tapi belum start minggu orientasi habis perabot dalam tu jadi kucar kacir & rosak. Cermin pecah berderai. Dan sejak itu bilik itu di kosongkan & di biarkan usang.

Katanya ramai pelajar selalu nampak bilik tu pada malam hari lampu terpasang tapi tak ada sesiapa yang berani dekat atau masuk ke bilik tu. Yang nasib tak berapa baik sikit katanya akan nampak bayangan seorang wanita berambut panjang berpakaian serba putih berdiri mengadap tingkat bilik tu. Standard hantu.. mesti rambut panjang baju serba putih. Ni spesis tipikal hantu. Tak berapa rare sangat hahahaha

Paling seram katanya.. pelajar yang duduk di tingkat bawah yang betul2 di atasnya bilik misteri tu pernah di ganggu hantu perempuan berambut panjang & berpakaian serba putih ni. Time dia macam biasa waktu riadah spesis hantu la.. tengah malam.  Ada jugak kejadian di mana pelajar yang tinggal berhampiran bilik tu di ganggu. Katanya masa dia tertido kemudian terbangun mamai2 lepas nampak hantu wanita berambut panjang & berbaju serba putih tu duduk dekat dengan katil kawan dia. Tapi sebab mamai2 katanya dia tidur balik.. esoknya dia mula ting tong.. tak tau yang dia nampak semalam tu mimpi atau realiti

Ada kejadian lagi.. dimana seorang pelajar cina yang tiba2 di cekik dari belakang semasa tengah study. Lepas dia meronta2 akhirnya terlepas jugak dari cekikan misteri tu. Menurut cerita katanya bilik tu pernah di huni seorang pelajar perempuan yang membunuh diri dalam locker sebab cinta. Lepas kejadian tu blok tu di tukar kepada blok lelaki.

Menurut sumber, semua kisah yang di ceritakan adalah kisah yang benar2 berlaku cuma aku harap jangan ada pulak percaya hantu wanita berambut panjang & berpakaian putih tu adalah jelmaan pelajar yang mati bunuh diri tu. Tempat orang mati di bunuh atau bunuh diri ni memang tempat kesukaan jin.. Jadi maybe jin ambil kesempatan untuk menyesatkan manusia dengan konon2 menjelma sebagai roh orang yang mati tu. Kena ingat dalam ajaran Islam.. Orang yang dah mati takkan kembali kedunia dalam apa bentuk atau jelmaan sekalipun. Yang ada cuma jin & syaitan untuk menyesatkan manusia

Moral of the story.. Jangan bunuh diri tak kira la sebab frust cinta ke hapa.. Bukan apa takut nanti nama anda menjadi momokkan seram orang yang masih hidup. Dah mati pun orang dok sebut2 lagi perkara buruk pasal anda. Jangan risau.. sampai masa mati jugak. Sekian terima kasih

Sumber cerita : UUM SINTOK : Kisah Hantu DI Kolej Telekom

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com