Showing posts with label Che Ta. Show all posts

ROZITA CHE WAN TUKAR BAJU SEJAM SEKALI SETIAP HARI KOT

Terbaca kisah baju rozita che wan @ che ta yang katanya banyak sampai tak muat nak simpan kat rumah dia terpaksa sewa kondo lain untuk simpan koleksi pakaian dia. Sebelum cerita pasal sewa kondo untuk baju dia tu.. terbaca dulu koleksi baju raya aidilfitri dia ada 60 pasang. Telan air liur jer.. Aku baju raya sepasang pun takde lagi dia dah siap 60 pasang. Mak Aii... 30 hari raya.. 1 hari dia pakai 2 pasang kot.


Bila baca cerita pasal pakaian che ta ni aku terfikir jugak.. Baju banyak2 bila masa dia pakai. Gamaknya pakai sekali simpan dalam arkib. Manatau mati esok boleh buka muzium koleksi pakaian che ta kan.. atau dia memang sejam sekali tukar baju. Yelah.. baju banyak la katakan.. Nak pakai semua kena buat macam tu la kot..

Sumber Beautifulnara

Gamaknya lepas ni che ta kena buat satu gudang untuk koleksi pakaian dia.. Sebab confirm makin bertambah bukan makin berkurang. kalau calculate berapa harga semua baju bajan che ta. Confirm cecah juta ringgit jugak la. Bohong la che nak nak simpan koleksi baju RM10.. Dia shopping pun kat oversea. Iklan Jakel tu sebab berbayar je tu konon selalu la shopping kat Jakel katanya. hahahaha

Moral of the story.. banyak mana pun koleksi baju kita perjalanan akhir kita tetap hanya di balut kain kafan.. Jadi berpada pada dalam berbelanja. Peace!

ARTIS TOLONG JANGAN ANGGAP PEMINAT NI LUBUK DUIT ANDA

semalam ada baca kat blog beautifulnara pasal kisah dua retis merpati sejoli jual biskut raya. Retis yang bernama Rozita Che Wan & Zain Saidin. Memang retis sekarang kebanyakkan meniaga menjelang ramadhan & musim raya kan?? Tak salah.. jual la selagi boleh jual. Tapi yang jadi pelik & kelakar juga rasa memalukan apabila.......


Tapi yang kelakar ni cara marketing depa.. Bukan la nak mengata di bulan ramadhan ni TAPI Barangsiapa membeli biskut raya zain saidin & che ta paling banyak akan dapat invitation ke majlis perkahwinan depa nanti. Memang rasa kelakar sangat cara dorang nak lariskan biskut raya dorang tu. Kalau ya pun nak untung lebih.. Guna la strategi lain yang lebih mulia & bijaksana.

Kalau nak untung sangat apakata che ta & zain buat je tiket untuk peminat attend wedding korang lepas tu jual. Mesti wedding of the year Uolls. Untung pun dapat. Boleh buat bajet pi honeymoon kat obersi. Amacam cadangan den ni che ta & zain?? Ok tak?? Konsep dia lebih kurang nak untung lebih jugak la.. kekekekeke

Wahai para retis kat luar sana.. kalau nak invite peminat ke wedding sebagai menghargai mereka menyokong anda selama ni tak payah la umpan depa supaya berabis untuk hangpa. Sepatutnya hangpa tu sesekali bagi la rewards sikit kat depa.. Ni nak ajak makan kenduri pun macam nak tengok konsert kena bayar mahal mahal. Nak lariskan peniagaan pun guna la cara yang tak memalukan diri sendiri sangat & nampak sangat nak pergunakan peminat untuk lariskan jualan. Jangan anggap yang bernama peminat ni ni macam lubuk duit korang sangat sampai nak jemput makan kenduri pun korang nak depa keluar modal dulu.



antara komen berkenaan isu che ta & zain saidin jual biskut raya


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com