Showing posts with label Sabah. Show all posts

BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL

 BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL. selamat menyambut Hari PKPB buat seluruh warga selangor & sabah. Tu dia dah macam ucapan untuk cuti perayaan pulak kan? Padahal PKPB bukan cuti untuk holiday tapi untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 tapi tu la katanya sejak semalam jalan raya sesak sebab ramai mula lari dari kawasan yang bakal di pkpb.

Apa punya turrr... la hangpa ni kan? Tak ikut saranan kerajaan & agama Islam pun ajar kita. Kalau berlakunya sesuatu wabak jangan masuk kekawasan tersebut atau yang dah ada dalam kawasan tersebut jangan keluar. Semua untuk tidak menyebabkan penularan wabak ke serata tempat. Yang hangpa pakat lari keluar selangor pasaipa?!! PKPB bukan kena penjara pun.. cuma di sarankan duduk di rumah jika tiada  hal penting untuk keluar. Cuma tak boleh keluar daerah & negeri sahaja. Allahu depa punya kelam kelibut macam kawasan PKPB tu bakal kiamat pulak.

Tapi kita bersangka baik maybe ada yang tak faham apa itu PKPB. Orang sebut PKPB dia pun sebut PKPB. Orang tanya apa tu PKPB.. dia nganga 360▫️ Sebagai pengenalan kita kena tahu dulu apa itu PKPB.

PKPB adalah singkatan dari Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat. Kalau dah nama perintah kawalan pergerakan tu bermakna pergerakan kita akan di had kan. Bukan suruh lari balik kampung atau keluar dari kawasan PKPB yer.

PKPB ni bukan la kata semua kena kurung diri dalam rumah. Masih ada yang boleh keluar atas urusan tertentu seperti bekerja, keluar membeli barang keperluan etc.. Cuma yang di kawal adalah aktiviti berkaitan majlis sosial atau aktiviti sosial sahaja.

Tapi ada perbezaan PKPB (prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.)

Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:

PKPB Sabah

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN;

Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang);

Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)

Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang). Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away;

Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang);

Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam);

Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).

Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam;

Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan; dan
Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

B Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup;

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup;

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan;

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Jadi tak tertulis bila PKPB di laksanakan bagi yang tak nak duduk rumah boleh lari keluar dari kawasan PKPB sebelum tarikh bermulanya PKPB yer. Pada yang lari keluar dari kawasan PKPB di doakan anda tidak membawa bersama virus covid keluar. Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku sebelum ni. Bila ada yang lebih mementingkan politik.. sanggup redah kawasan wabak lepas tu balik ke tempat habitat masing masing tak kuarantin sehingga menyebabkan statistik kes naik & kita semua perlu melalui sekali lagi gelombang ketiga ni.

Moral of the story.. kita jaga lah diri sendiri. Harap ahli politik jaga kita depa pun bagi kita susah balik. hurmmm

LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH

LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH.  Tengok ramai blogger dok share pasal filem seram yang bakal di tayangkan di pawagam bertajuk 'Dorm Melati'. Ada satu contest di anjurkan Bro Framestone berkaitan filem tu. Aku ingat yang join contest tu tahu 'Dorm Melati' tu di adaptasi dari kisah lagenda seram ' Hantu Melati' Di UiTM sabah. Rupanya ramai jugak yang tak tahu pasal kisah hantu melati ni yer. Tapi berlaku zaman ITM la. Masa tu belum dapat Universiti lagi. Kira kisah pasal 'Hantu Melati' Ni dah lama..


Dulu aku pernah selitkan kisah 'Melati' ni kat satu entri kompilasi kisah kisah seram di asrama kat Malaysia tapi aku just share secara ringkas je. Di sebabkan ramai yang masih tak tahu pasal kisah seram yang popular di UiTM sabah ni.. boleh la aku up balik kisah pasal hantu melati ni kan.. Kali ni kita cerita lebih detail sikit la nak pancing traffic katanya. Hahahaha.. pengakuan ikhlas seorang blogger

Melati ni menurut cerita mulut ke mulut adalah jelmaan roh seorang pelajar ITM(UiTM) yang mati membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Ada jugak yang kata dia potong urat nadi kat tangan.. Banyak versi cara melati bunuh diri ni.. Tapi tetap la dia mati sebab bunuh diri tak kira la gantung ke.. hiris tangan ke..

Selepas Melati ni matinya.. Dia menghantui pelajar pelajar kat situ. Dalam Islam kita dah di jelaskan bahawa roh orang mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk pun termasuk jadi hantu. Jadi kena ingat yang menjelma konon roh orang yang dah mati adalah jelmaan jin & syaitan yang ingin menyesatkan manusia. walaupun di ceritakan yang menganggu budak2 asrama UiTM tu adalah roh melati yang bunuh diri.. Kita sebagai generasi baru ni hope ubah persepsi tu yer. Ingat tiada orang mati boleh menjelma jadi hantu atau apa2 sahaja sebab mereka dah terpisah dari alam dunia & takkan boleh kembali ke dunia dalam apa cara sekalipun.

Berbalik kepada cerita melati ni..  Hantu melati ni katanya akan menganggu pelajar kat situ time dekat nak exam. Mesti dia mati tak sempat nak ambil exam tu jeles tu... Ada dua block asrama perempuan yang katanya menjadi port melati nak buat kacau sampai histeria la budak2 asrama block tu. Sebab kejadian histeria tu asrama budak perempuan di pindahkan ke block lain & block yang berhantu di jadikan asrama lelaki. Almaklum la lelaki.. Maybe melati takde nak ganggu kot. Lelaki kan kuat hehehehe...Menurut bekas pelajar kat situ katanya ada 3 block termasuk 2 block berhantu tu tandas dia tak ada cermin. Almaklum la.. kalau tempat2 berpuaka ni orang memang tak letak cermin untuk mengelak dari ternampak kelibat atau bayangan yang menyeramkan dalam cermin. Sebab ada kejadian pelajar kat situ nampak bayangan perempuan melintasi depan cermin tapi bila di periksa tapi tiada sesiapa kat situ. Jadi untuk mengelakkan dari ternampak kelibat melati semua cermin di buka di 3 block tu. Apa ingat hantu tak suka bercermin ke?? hahahahaha

Menurut cerita.. katanya ada budak junior masa tu berlagak konon tak percaya dengan cerita melati ni. Siap loyar buruk lagi.. konon kalau jumpa melati nak minta nombor ekor.. sekali malam tu melati mengamuk... ada yang kena tampar.. ada yang katil bergegar terus insaf. Kau ingat melati tak tau ke main nombor ekor tu haram. Kan melati dah marah... hehehe..

Itulah antara kisah tentang hantu melati di UiTM sabah. Sekarang David teo dah adaptasi dalam filem bertajuk 'Dorm Melati'. Dalam filem tak tau la cerita hantu melati ni macam mana.. Kalau rasa confident best pi la tengok nanti yer... hehehehe.

INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT

INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT. Nama tempat pun kadang2 bunyi tak senonoh atau ada unsur2 lucah. Yelah.. Orang dulu kadang2 dalam bergurau pun boleh jadi nama padahal idea tu tercetus dari gurauan je. Tapi sebab mungkin agak menarik bagi depa menyebut & ada kaitan dengan kejadian & situasi masa tu.. Bagi mengingati kejadian yang berlaku semasa tempat tu di namakan maka nama tu di gunakan. Yelah.. senang nak ingat sejarah dia nanti. Contoh macam Melaka.. Di ilhamkan dari sepohon pokok Melaka.

Google jumpa pulak gambar ni. Kat Mana yer kampung tetek tu?? hahaha

Dulu nama batang berjuntai selalu jadi bahan gurau lucah kat opis aku. Aku memula dengar nama batang berjuntai takde terfikir benda bukan2 sebab otak aku masa tu mungkin terlalu suci murni kot. Sampai tak terfikir gambaran benda lucah. Tapi bila ada manusia mula membayangkan benda2 lucah dengan nama tu terus aku pun rasa malu nak sebut nama tempat tu. Nasib baik sekarang dah tukar nama dia kepada bestari jaya.

Tapi bukan kat Malaysia je ada nama tempat yang double meaning ni. Kat luar negara lagi terus dia takde double meaning dah.. baca je ejaan nama tempat tu memang confirm kita sebut perkataan mencarut punya. Aku sendiri pun tak pernah tahu ada tempat nama dia FUCKING kat Australia tapi sebutan dia bukan macam ejaan dia yang kita selalu sebut. Tapi sebutan dia bunyi FOOKING tapi tu la kalau orang luar datang kesana confirm sebut dalam bahasa carut punya. Hahahaha. Nama tu katanya di ambil sempena nama orang yang jumpa tempat tu pada 6th century.


Selain Fucking... ada jugak tempat yang nama dia agak malu jugak nak sebut macam Penistone di UK & Dildo kat Canada. Masing2 ada sejarahnya yang tersendiri kenapa ia di namakan macam tu. Macam nama tempat2 pelik kat sabah ni. 

Tapi sekarang penempatan baru di buka macam Taman2 perumahan takde dah nama pelik2. Tak tau la kot ada yang nak letak nama Taman Bontot ke, Kampung kangkang ke di zaman moden ni. Manalah tau nak bagi tempat dia jadi terkenal so kena letak nama yang rare sikit.

Moral of the story.. Tak kira apa yang kita nak namakan.. nama manusia ke atau nama tempat elok la letak nama yang baik2 supaya menjadi doa yang baik bila orang lain menyebutnya.

TERUNGKAI RAHSIA ASAL USUL NAMA TEMPAT YANG PELIK DI SABAH

TERUNGKAI RAHSIA ASAL USUL NAMA TEMPAT YANG PELIK DI SABAH. Sabah antara negeri yang bagi aku sangat unik bukan saja banyak suku kaum, budaya & adat malah tempat dia Ya Allah.. kalau sekali sekali nak bercuti sabah antara tempat yang sangat menarik sebab masih banyak alam semulajadi yang masih di kekalkan tanpa di ceroboh untuk tujuan pembangunan. Makanan dia pun unik2 jugak. Salah satu tempat yang agak unik namanya kat sabah adalah Menggatal. Menggatal bukan la tempat pelancongan yang popular di sabah tapi sebab nama dia agak unik jadi tempat ni memang di kenali sebab nama dia. pelik kan?? Macam mana tercetusnya idea nak namakan tempat ni menggatal. Mesti semua orang pun nak tahu kenapa nama dia menggatal. Termasuk la aku.. Memang semua orang akan terfikir mesti sebab sesuatu yang berkaitan gatal.. tapi apa perkara gatal yang pernah berlaku kat situ??


Sebelum tu marilah kita mengenali menggatal dulu sebelum mengorek rahsia macam mana nama menggatal ni boleh dapat. Menggatal adalah sebuah bandar kecil / pekan dan merupakan sebuah sub-daerah yang terletak di pantai barat Sabah, Malaysia. Ia terletak dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.Nama 'Menggatal' diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut "Mangga Gatal", namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi "Menggatal". Itulah asal usul nama menggatal salah satu daerah di sabah.

Tu asal usul nama menggatal tapi mesti korang nak tahu jugak asal usul nama Tawau,putatan,kota belud,tuaran & papar jugak kan? Sebab semua tempat tu jugak dalam negeri sabah. Apa maksud tawau, putatan,kota belud, tuaran & papar tu.. aku sendiri pun tak ada idea nak teka sebab dalam bahasa semenanjung ni yang aku paham cuma belud sejenis haiwan air yang dalam spesis ikan tapi dia panjang & licin. Sedap kalau buat laksa tapi popular dengan masakan sup. Ada setengah orang geli nak makan sebab sifat dia yang macam ular. Yang tu maybe sebab ada kaitan dengan belud tapi belum tentu betul nama dia di ambil di sebabkan belud. Macam mana dengan tawau,putatan,tuaran & papar?? tau ke dari mana nama tu di ambil & apa perkara yang mencetuskan tempat tu di namakan sedemikian rupa. Panjang jugak nak karang jadi di pendekkan cerita korang baca sejarah nama tempat2 tu kat sini >> 7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu <<

Setiap nama yang pelik & unik tu ada kisah & trajedinya tapi sampai sekarang nama kampung aku tu yang kategori pelik jugak sebab ada nama naga aku tertanya tanya siapa pencetusnya & apa kisah logik yang berkaitan di sebalik ia di namakan macam tu. kalau cerita dogeng tu ada la.. konon ada naga membelit bukit bagai.. Tapi persoalannya naga adalah haiwan mitos jadi di nama relevannya cerita ada naga belit bukit? hahahahaha

KISAH KISAH SERAM ASRAMA BERHANTU DI MALAYSIA

Dah abis sedunia aku jelajah cari cerita2 seram & hantu ni kini kita kembali ke Malaysia dengan menyelongkar kisah2 seram yang berlaku di asrama yang ada kat Malaysia. Nak tau asrama mana yang tercalon sebagai berhantu & ada kisah yang menyeramkan meh la baca dengan tanpa prejudis..

Sumber google

Asrama salah satu tempat yang memang sinonim dengan kisah seram. Dari sekolah sampai IPT.. cerita hantu & seram yang berlaku kat asrama sentiasa ada. Tak semua cerita tu di ada adakan.. Banyak yang memang ada gangguan mistik dari makhluk ghaib. Almaklum la asrama kan banyak gegadis baru berkembang.. Jin pun taste gadis sunti jugak tau. hehehehe.. Antara asrama yang mempunyai kisah seram adalah..

asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur
Kisahnya bermula katanya ada seorang pelajar lelaki cuba ponteng solat Jumaat dengan bersembunyi dalam almari almari pakaian supaya tak dapat di kesan warden. Masa tempoh bersembunyi tu dia tertidur. Sedar je dah petang. Bila bangun je dia cuba keluar tapi terkunci dari luar.Maybe kengkawan dia la kot kunci sebab tak tau dia ada kat dalam. Dia cuba panggil kengkawan dia tapi malangnya sorang pun takde sebab hari tu hari terakhir persekolahan semua dah balik kampung. Akibat lemas sebab suhu panas & kurang udara pelajar tersebut mati. Akibat dari kejadian tu katanya sesiapa jer tidur atas katil arwah, akan nampak pelajar lelaki tu tidur kat sebelah dia. Di tambah seram lagi.. almari setiap tengah malam jumaat, akan dengar bunyi almari di ketuk dari dalam.

asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak
Kisah seram ni berlaku pada seorang pelajar ni kejutkan kawan dia pada satu malam sebab nak ke bilik air.  Dia pun cakap kat kawan dia.. dia takut sebab katanya tandas mereka berhantu tapi kawan dia tak respond just senyum je sambil menemani dia ke tandas. Lepas dah siap membuang.. dia keluar membasuh tangan kat sinki tapi terkejut sebab yang keluar dari paip bukan air tapi darah. Apa lagi menjerit la dia panggil kawan dia tapi menambah lagi takut bila suara yang menyahut sangat seram & garau. Dia yang panik terus ketuk pintu tandas yang dia sangka ada kawan dia.. tapi yang keluar lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Apa lagi pengsan tanpa fikir panjang la dia. Tapi cerita ni entah kenapa aku rasa macam cerita drama. maybe drama adaptasi dari cerita ni kot. Wallahualam..

asrama puteri di Kelantan (tak tau asrama dari sekolah atau Institut pengajian mana)
Asrama ni terkenal dengan cerita seorang nenek suka bertenggek atas almari sambil goyang2 kaki. Nak jadikan kisah pada satu malam ada seorang pelajar asyik nyanyi sengsorang. tetiba dia dengar asa suara pelik ikut sama nyanyi dengan dia. katanya suara tu macam suara orang tua & suara tu buat meremang bulu roma. Sebab takut dia tarik selimut & cuba pejam mata tapi tetap tak boleh tidur. tetiba dengar lagi suara nenek tu berkata, Katil nombor dua dah tidur. Katil nombor tiga... pura-pura tidur! Antara berani & takut dia selak selimut & cuba tengok suara siapa.. yang dia nampak ada ada seorang nenek duduk di atas almari sambil menggoyang-goyangkan kaki dan memandang ke arahnya.

Kampus UiTM sabah
rasanya ada yang pernah dengar kisah hantu melati kat kampus Uitm. Katanya Melati ni hantu daru jelmaan seorang pelajar yang mati membunuh diri. Yang mati tu tak jadi hantu tapi yang jadi hantu sebenarnya jin & syaitan nak menyesatkan manusia dengan menyerupai roh si mati untuk memesongkan akidah manusia. Katanya selalu ganggu pelajar time dekat nak exam. Hantu jeles la ni.. mesti dia tak sempat ambil exam kan? Pernah jadi histeria katanya dulu sampai terpaksa di pindahkan pelajar je blok lain. Katanya ada tandas di blok tertentu dulu tak di pasang cermin sebab ada pelajar nampak bayangan perempuan dalam cermin di tandas tu. Katanya pernah pelajar junior yang mempermainkan lagenda cerita seram melati ni di ganggu hantu melati pada malamnya. katanya hantu melati ni sampai sekarang masih menghantui kampus tu. Betul tak betul.. kena tanya student kat situ la kan.

Asrama  Di UUM, Sintok Kedah
Kisah ni di ceritakan oleh seorang cikgu matrikulasi katanya kisah teman sebilik seorang pelajar perempuan ni. Mula2 tinggal dia tak rasa pelik. Semua berjalan dengan normal sehinggalah pada satu malam dia minta kawan sebilik dia tutup lampu. Tak sengaja dia nampak tangan kawan dia ni memanjang sehingga ke suis lampu. Dah tengok camtu kau rasa nak tunggu lagi ke confirm la berdesup perginya dia lari keluar bilik. Pergi panggil kawan2 dari bilik lain. Bila kawan2 lain datang tengok dalam bilik tu memang takde sesapa tinggal malah katil yang kawan hantu dia tu kosong, almari kosong. Bila di periksa sebenarnya nama kawan yang tinggal sebilik dengan dia tak pernah wujud. Rupanya selama ni dia berkongsi bilik dengan jin yang menyerupai manusia.

cukup la tu wakil wakil asrama yang ada kisah hantu ni. Kang banyak2 pakat berhenti belajar pulak budak budak. hahaha.. Apapun mana2 asrama ni ada legenda kisah seram dia sendiri. Kalau bukan kisah turun temurun dari senior pasti ada jugak la kisah seram yang kadang2 cuma dari imaginasi takut budak2 yang terlalu di sogok dengan cerita seram bila tinggal kat asrama. Jin & syaitan yang selalu kita gelar hantu tu memang wujud.. Kita tak boleh nafikan cuma kita jangan melampau2 takut sampai ganggu emosi sendiri tu yang kadang2 jadi histeria tu. Diri sendiri yang menghantui diri sendiri.

Moral of the story.. hantu memang dah hantu dik.. Korang tu jangan jadi burung hantu sangat memalam dok berembun, berdating, berchatting bagai. Bebawak tidur awal kalau takde apa nak buat.

RUPANYA PRESIDENT AMERIKA OBAMA ADA IPAR ORANG SABAH

Sebab tak pernah dok ambil tahu salasilah family President Amerika, Barack Obama ni maka aku sendiri pun tak pernah tahu rupanya dia ada adik ipar yang berasal dari sabah. Rasanya ramai kot yang tak tahu even dia terkenal seluruh dunia. Nak tau dari mana aku tau.. Aku interview dia ke.. upah detective conan ker.. meh baca..

Antara orang terkenal yang ada kaitan dengan Malaysia

Siapalah aku yang mampu nak interview Barack Obama kan... Apatah lagi berkemampuan nak upah detective conan siasat  ahli keluarga dia. Dari aku dok bayar detective nak siasat keluarga Barack Obama baik aku spent duit tu untuk kehidupan aku ni yang serba memerlukan lagi kan. Almaklum aku blogger yang menulis dari hasil pembacaan jer... maka info ni aku dapat dari pembacaan jugak la kan.

Terbaca dari post says ni 12 orang terkenal di dunia yang ada kaitan dengan Malaysia... Salah seorang daripadanya adalah Barack Obama.. Dimana keluarga adik iparnya berasal dari sabah. Kemudian berkahwin dengan adik perempuan tiri seibu lain bapak dengan Obama.


Alah.. apa nak heran kan? Dunia ni kadang2 kecik jer. Orang dari pangkal dunia boleh bertemu dengan orang di hujung dunia. Semua tu ketentuan Allah. Jadi takde yang pelik sangat la kan.


ADA ORANG MELAYU SEMENANJUNG TERMAKAN SINALAU BAKAS

Seperti tahun lepas.. Awal tahun ni berkesempatan pergi jenjalan jauh sikit. Alhamdulillah Allah bagi rezeki lebih sikit untuk kami sekeluarga pergi cuti2 malaysia. Trip kali ni selain kami 3 beranak... adik, kakak & mak den pun join sekali. Destinasi kami ke sabah.

Tak lama.. 3 hari 2 malam je. Dengan cuaca yang hujan.. so aktiviti terbatas kat sana. Tak sempat pergi banyak tempat & plan nak ke pulau pun tak jadi. Tapi sempat jugak melawat beberapa tempat. Antara tempat yang sempat pergi adalah kundasang. Nak pergi gunung kinabalu.. hujan so tengok dari jauh.. pergi ladang lembu pun hujan.. tak boleh nak jadi cowboy sangat la kat sana. Rumah terbalik pun sampai depan pintu masuk je. Yelah.. sampai pun dah petang. Lain2.. jalan2 kat area KK makan seafood yang memang murah kat sana.. jenjalan kat pasar kraftangan & pasar philipine.. Jumpa bestfriend merangkap kakak angkat den.. kat Suria Sabah Mall..

Yang den nak cerita sebenarnya pasal Sinalau Bakas jer.. bukan nak review tempat2 percutian yang den pergi. Bukan kedekut pengalaman tapi ramai dah kot review tempat2 menarik kat sabah. Berbalik cerita pasal sinalau bakas ni.. ni sepanjang perjalanan kat kundasang nak ke ladang lembu.. rumah terbalik.. gunung kinabalu bagai jalan kat situ.. memang banyak gerai tepi jalan & tepi hutan jual sinalau bakas. Sesungguhnya aku tak pernah tau apa benda sinalau bakas tu. Sampai kat sabah baru tau apa spesis sinalau bakas tu.

Sekarang dah ada gerai sinalau bakas yang mention awal2 apa benda sinalau bakas tu tapi still banyak lagi yang tak tulis signboard camni. So, jangan ada lagi yang termakan.

Kawan den merangkap akak angkat den pernah cerita ada orang KL datang sabah... termakan sinalau bakas.. siap tapau bawak balik bagi sedara mara rasa. Bukan tu je siap pesan kat kawan dia di sabah kalau datang tolong tapaukan sinalau bakas ni. sedap katanya tanpa tau apa benda sinalau bakas selain yang dia tau dari orang yang jual cakap.. daging salai. Tak tanya gamaknya daging apa sinalau bakas tu.

Dah puas makan baru tau sinalau bakas tu rupanya daging salai babi hutan. Sebab kebanyakkan gerai kat tepi2 jalan hutan & kampung kat situ tak tulis benda tu tak halal.. Yelah gerai orang2 kampung gamaknya maybe ada yang tak tau orang Islam tak boleh makan babi. Maybe la kot sebab depa duduk pendalaman yang majoriti kat situ rasanya banyak menganut agama kristian sebab banyak gereja kat situ. Orang semenanjung pun.. jangan la makan sebarangan tanpa tahu apa benda yang di makan. Asal sedap je kau siap tapau bagai.. sekali terkena daging babi hutan salai.. ko nak samak camna dah jadi darah daging. Takkan nak minum air tanah pulak kan??

Moral of the story bila kita tempat yang pendalaman & banyak etnik & kaum kat situ.. nak2 lagi yang takde agama atau majoriti bukan Islam jangan la sebarangan makan. Kalau tak pasti nama makanan tu.. sila tanya dulu sebelum makan. Macam nasi goreng gila.. hahahaha... ingatkan nasi goreng apa tanya la budak kerja kat restoran tu.. katanya nasi goreng pedas gila tapi bila makan.. tak pedas langsung.

Ni la rupa nasi goreng gila tu..kekekeke

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

TERKINI! KAPAL TERBANG MASwings TERHEMPAS DI KUDAT SABAH

Berita terkini yang den baca nak share la dengan semua.


Sumber Harian Metro

Takziah kepada semua mangsa yang terlibat & tercedera. Semoga semuanya akan semakin baik.

P/S : Moga tak jadi musim pesawat terhempas macam musim bas ekpress terjun gaung haritu. Semoga kita semua di lindungi Allah walau di mana juga berada

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


SEDIH JUGA MARAH! POLITIKUS BERHENTI LA MENIKUS SEKEJAB

Bila dengar & tengok di TV ada anggota keselematan yang terkorban di sabah semasa menjalankan tugas menjaga keamanan & keselamatan, sungguh hati daku menjadi tisu setisu tisunya. Tup tap.. airmata jatuh tadi. Tak boleh cover dah.. nak2 lagi duduk sorang2 kat rumah. Jadi senang la sikit nak biarkan saja perasaan sedih pilu sebak hiba ni terluah dengan perbuatan, kan?? Kalau ada sang suami, segan sikit. Kena tunjuk kental ye dak??

Sang lekit memang cukup2 tersentuh, risau & tak tenteram semenjak berlakunya pencerobohan terhadap Lahad Datu oleh tentera2 sulu dari filipina ni. Nak2 lagi selepas dapat tahu ada anggota yang terkorban & yang paling terbaru anggota yang terkorban kerana serangan hendap pihak tentera raja sulu ni. Nampaknya pihak tentera raja sulu memang semakin nekad.. Aduhai, hati semakin gundah gulana walau sang lekit takde ahli keluarga di sana ataupun ada ahli keluarga yang terlibat dalam misi keselematan di sana.

Tapi sedih sangat tengok orang2 kita di semenanjung ni kan?? selain jadikan isu ni isu politik.. ada yang tak habis2 pertikaikan itu ni, mengapa begitu, mengapa begini?? Ada yang pertikaikan macam mana pihak musuh boleh ceroboh masuk?? Konon ada pengkhianat yang bagi laluan untuk pihak musuh masuk. Sekarang ni bukan masa kita nak pertikaikan macam mana depa boleh ceroboh sabah. Kalau kau dok pertikaikan 24 jam 1 hari 7 hari seminggu pun kau fikir kalau kita dapat tau dalang tu, penceroboh tu nak balik ke negara dorang dengan mudah ke?? Yang masuk dah pun masuk.. yang paling penting sekarang macam mana nak halau depa balik & pastikan Sabah especially lahad datu kembali aman.

Ye.. kalau betul ada rakyat Malaysia yang menjadi dalang yang memberi laluan pada penceroboh masuk & buat kacau sehingga menyebabkan ada anggota keselamatan yang terkorban, biarlah selesai satu persatu. Paling penting HALAU penceroboh! Selepas selesai isu pencerobohan ni nak berkompang sapa dalang, sapa pengkhianat.. kompang la sampai jumpa bukti. Tolong Berhenti berjuang di Facebook dengan mempertikaikan semua yang orang lain buat. Kalau kita tak mampu angkat senjata pergi berjuang di sana.. sudah cukup kita kat sini berdoa untuk keselamatan semua mereka yang berada di sana. Dengan mempertikaikan & mencari salah sesama sendiri takkan mengubah apa2. Kalau musuh baca pun musuh rasa macam depa dah menang 1 segmen. Berjaya buat semua politikus Malaysia berperang sesama sendiri.

Harap kita semua tak hanya berlagak hero di facebook, twitter, blog atau sebagainya sedangkan kita sebenarnya tak buat apa2 pun menyumbang pada keamanan di sabah sekarang ni walau hanya dengan 1 doa buat mereka setiap hari. Dengan hujah berapi & fakta andaian sendiri tu cuma boleh buat korang nampak macam ULTRAMAN yang bertarung dengan Raksasa demi keamanan negara jepun. Faham tak anak2?? Maksudnya.. berhenti la berangan korang tu HERO kalau setakat berani taip fakta2 berunsur politik menggunakan isu LAHAD DATU yang sedang di ancam musuh. Tak kira la kau pembangkang ke.. ko penyokong kerajaan ke.. kalau kau gunakan isu lahad datu untuk kempen politik maka kau manusia paling bangkai dalam dunia. Orang lain bermandi darah di sana.. kau bermandi air liur busuk sendiri kat sini dengan fakta2 yang memecah belahkan orang.

P/S : Menikus kalau kat kampung ni orang selalu gelarkan pada anak2 kucing yang tengah membesar & aktif bermain tapi menikus untuk politikus ni yang sangat aktif berkempen politik sampai tak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku.

P/S : Semoga Isu Sabah ni berakhir dengan cepat, Semoga Allah lembutkan hati para tentera raja sulu untuk berundur dari sabah & pulang dengan aman ke negara asal mereka & semoga tiada lagi anggota yang terkorban. Pada Anggota yang terkorban semoga mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah pada semua keluarga mangsa yang terkorban & Al Fatihah


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com