SUAMI HARUS LAYAN ISTERI SEPERTI GIGOLO KELAS PERTAMA
Tiba - tiba jer Sang Lekit dapat idea pasal ni.. Bila terfikir isu hot pasal pelacur kelas pertama ni. Ramai wanita & para isteri tak boleh terima kenyataan tu termasuk sang lekit. Tu bagi pihak wanita, bagi pihak lelaki @ suami pula macam mana?Sekarang ni kan kecoh pasal Kelab Taat suami di mana yang menjadi kontroversi bila president kelab ni mengeluarkan kenyataan bahawa isteri harus layan suami seperti pelacur kelas pertama. Jom kita bayangkan kalau wujud pula kelab suami setia, agak - agak presiden kelab tu nanti akan cakap macam ni tak??
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Takkan la suami sanggup nak puji isteri yang hebat dalam hubungan kelamin dengan ayat macam ni.. "Wah sayang hebat la macam pelacur first class gitu!" Atau isteri nak puji suaminya dengan ayat.. "Abang hebat la.. macam gigolo first class gitu!". Kan tak manis.. Silap2 boleh jadi punca pergaduhan pula.
Apapun istilah & perumpamaan yang nak di gunakan biarlah elok & mulia. Nak - nak lagi dalam hubungan yang telah di halalkan agama. Niat tidak menghalalkan cara. Kalaupun niat dia bukan la nak melabelkan golongan isteri sebagai pelacur tapi perkataan itu mengambarkan betapa hinanya seorang wanita. Harus ke kita menggunakan perkataan keji & mengagungkan pelacur/gigolo yang kita tahu akan kerjanya itu ke arah kemaksiatan & zina. Seolah - olah mengambarkan betapa hebat seorang pelacur/gigolo dalam kemahiran seks untuk kita jadikan idola. Kalau macam tu lagi bagus buka kelas ambil pelacur/gigolo jadi tenaga pengajar.
Ini cuma pandangan & pendapat peribadi yang tercetus dari isu semasa yang sedang hangat di perkatakan. Sekadar mengupas secara umum untuk perbincangan bersama.