Showing posts with label tuala wanita. Show all posts

PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

 PERLU KE BASUH TUALA WANITA? INI JAWAPAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. Hari ni macam ternampak nampak posting blogger Diana rashid tentang isu basuh ke tidak pad (tuala wanita) yang ada kesan darah kotor (haid). Ada yang bersetuju dengan kak diana dan ada yang tidak. Macam biasa la masing masing dengan pendapat mereka. Aku pun tak terkecuali juga bagi pendapat kat posting kak diana tu. Topik menarik jadi apa salahnya kita into the scene.


Ada yang setuju dengan kak diana tak perlu basuh sebab memang tuala wanita di ciptakan untuk pakai dan buang. Basuh akan menyebabkan tandas atau bilik air yang di gunakan membasuh tu menjadi tidak bersih. Ada yang kata perlu basuh untuk elakkan perkara perkara tak d ingini seperti sihir. Macam dalan filen siccin tu. Kedua dua pendapat tu aku terima la. Boleh pakai juga tapi dari segi hukum macam mana pula? 

Jadi aku portal rasmi mufti wilayah persekutuan untuk mencari jawapan. Jadi aku screenshot yang penting saja. Untuk jawapan penuh hangpa boleh baca di sini 👉 https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2413-al-kafi-743-hukum-membasuh-tuala-wanita-sebelum-dibuang


Tu dari sudut hukum agama. Dari sudut kesihatan pula apa yang aku baca boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada orang lain kita tertinggal sisa sisa kotoran dari pad yang kita basuh tu. Jadi kalau nak basuh pastikan selepas tu basuh la tempat seperti tandas yang anda gunakan untuk mencuci tuala wanita tadi sehingga bersih kembali. Kalau kat rumah tu mungkin tak ada masalah jika guna tandas awam mungkin tidak sesuai untuk kita pratikan membasuh terlebih dahulu tuala wanura sebelum di buang. 

Jadi tak perlu nak gaduh gaduh isu ni. Pada pandangan aku nak buat tak salah. Rajin buat la tapi kalau orang tak nak buat jangan pula kita pandang macam satu kesalahan dan dosa. Cuma buang cara baik supaya benda tu tidak bersepah dan mengotorkan kawasan tempat kita buang. 

Moral of the story.. Pad yang ada kesan darah kotor tu aib kita jadi pastikan orang lain tak nampak walau setelah di buang tak kira hangpa nak cuci dulu atau tak. Pandai pandai fikir cara terbaik untuk buang supaya tidak aib tidak terbuka. Aib terbuka lagi bahaya dari hijab terbuka ok. 


TUALA WANITA VS MENSTRUAL CUP.. MANA PILIHAN ANDA?

TUALA WANITA VS MENSTRUAL CUP.. MANA PILIHAN ANDA? Semalam terbaca seorang artis wanita mencadangkan kepada wanita menggunakan menstrual cup & tak perlu guna tuala wanita lagi bila datang bulan @ haid. Katanya untuk menjaga alam sekitar. Yelah kan.. Kalau pakai pad @ tuala wanita kita tak pakai lepas tu cuci & pakai balik. Kita pakai & buang je kecuali pad jenis kain yang boleh cuci & pakai semula tu. Menstrual cup ni pun fungsi dia lebih kurang macam pad kain juga cuma alat dia berbentuk 'cup' kecil.


Memang sebelum ni saya tak pernah tahu kewujudan benda alah ni.. Bila tahu jadi macam erkk... Tak sanggup pulak aku nak guna. Geli pulak aku membayangkan darah period tu bertakung dalam cup tu kemudian perlu buang & cuci balik cup dia. Nak pasangkan dia pun perlu masukkan dalam kemluan. Allah.. ngeri pulak rasanya nak sumbat benda benda macam tu dalam bahagian sulit kita kan? Dah masukkan lepas tu nak keluarkan buang darah & cuci bersih bersih. Perlu di rebus dalam air panas untuk memastikan ia benar benar bersih. Nak pasang dia pun ada cara tertentu. Allahu.. Kalau kelam kelibut period datang tak bagi signal. Nak nak kat luar lagu mana lahai.. hahahaha

Berbanding pad.. Senang je bila bila masa nak pakai.. just tampal kat panties tu dah siap. Lepas dah penuh just cuci pad tu.. bungkus kemaskemas buang jer. Kalau pakai pad jenis kain pun tak la sesusah menstrual cup ni. Lepas guna cuci bersih bersih, keringkan & boleh guna balik. Cara pakai dia pun lebih kurang macam pakai pad pakai buang jugak la. tak ada perlu nak sumbat dalam kita punya tut tu..


Tapi tu la.. Kita rasa menstrual cup ni bukan je menyusahkan.. nak pasang pun macam menakutkan sebab perlu masukan dalam kemaluan lepas tu nak bersihkan semua macam Allah.. zaman sekarang ni semua orang nak cepat.. nak mudah.. even memasak pun orang cari pes pes segera.. sebab malas dah nak blend bahan bahan bagai. Campak dalam kuali.. campak ayam/daging tambah air tunggu sampai daging/ayam masak dah siap. Kalau nak pes pes masakan saya ada jual ok. Tengok iklan di bawah hahahaha (sempat kau beriklan kan?)

IKLAN!! 

Berminat nak cuba
✓PES BAKSO
✓PES RENDANG ACHEH
✓PES RENDANG TOK 


Atau

✓RENDANG PEDAS SEGERA DAGING PEKASAM
✓PEKASAM DAGING
✓RENDANG TOK FROZEN 


 Inikan pulak benda yang dah di mudahkan dengan pad pakai buang.. Di susahkan dengan menstrual cup bagai. Risiko pun tinggi jugak tu.. kena jangkitan kuman ke apa kalau tak betul betul bersih. Tapi tak tau la kan.. Ada orang rasa menstrual cup tu lebih baik dari pad pakai buang. Tu pilihan masing masing tapi kalau saya la.. Memang tak la. Nak sumbat benda asing dalam poe* kita.. hurmm.. Menakutkan.

Lagi satu selesa ke sebab yelah.. ada something dalam kemaluan kan? selesa ke nak buat rutin harian macam biasa.. selesa ke bila berjalan & nak buang air pulak macam mana gamaknya hahahaha. Allah sapa cipta benda menyusahkan kaum wanita ni. kekekekee

Saya try google memang banyak di jual secara online. Dia berbentuk macam cup & ada macam ekor hujung dia. cara pakai dia.. selepas cuci & keringkan.. masukkan ke dalam kemaluan. Yang bahagian ekor tu di belakang. Cup tu masuk dulu. Lepas tu darah period @ haid akan terkumpul dalam cup tu. Dah penuh tu keluarkan & cuci la.

Kelebihan menstrual cup ni katanya boleh elak kebocoran & boleh menampung aliran haid sebanyak 1 0z.. dimana tuala wanita pakai buang yang kita guna tu tak mampu tampung aliran sebanyak tu. Boleh di gunakan selama 12 jam.

Tapi tetap ada risikonya.. antara risiko menggunakan menstrual cup ni

➠Boleh berlaku iritasi (keradangan) pada kemaluan jika peralatan menstrual cup ni tak di berihkan betul betul & boleh menyebabkan Toxic Shock Syndrome (TSS). ia berlaku kerana terjadinya bakteria pada darah haid yang mungkin menjadi penyebab iritasi pada kemaluan.

➠bila pakai memang boleh elak berlaku kebocoran tapi masa nak buka tu kena extra berhati hati supaya cairan haid tu tak tumpah. Tapi kalau tersilap cara nak buka memang bersepah la.

➠Menstrual cup ni ada pelbagai size & ukuran so korang kena pilih yang bersesuaian dengan vagina korang. Bab size vagina ni payah jugak kan? Kalau salah size maybe dia tak berkesan untuk tampung aliran haid atau jadi tak selesa nak pakai.


➠Yang pling rumit penjagaan dia l. kena betul betul bersih bukan je dari segi peralatan malah tangan kita yang nak masukan benda tu pun kena make sure bersih kalau tak berisiko kena jangkitan.

Saya tak tahu selain katanya tujuan menjaga alam sekitar apa lagi kelebihan guna menstrual cup ni tak tau. Yang den bayangkan.. menyusahkan je hahaha. 

UNTUK PEREMPUAN YANG DAH AKIL BALIGH & ADA MASALAH BOCOR

UNTUK PEREMPUAN YANG DAH AKIL BALIGH & ADA MASALAH BOCOR. Amboi laju ja abang2 clik bila baca tajuk pasal perempuan yer.. tapi bagus jugak la abang2 ambil tahu. Yelah.. bila dah berbini nanti atau memang dah berbini lebih faham keperluan wanita ni. Jangan fikir semua benda tu sama jer.. Tak sama cik abang Ooi.. walau fungsi dia sama tapi kelebihan & kekuatan dia tak sama. Silap pakai boleh terkena jangkitan tang tut tu tau.. So, kena faham setiap wanita walau setiap bulan datang bulan tapi keperluan dia masa datang bulan walau sama benda tapi tak sama jenama.


Sebab tu la sekarang Macam2 jenama tuala wanita ada. Kelebihan dia memang berbeza beza setiap jenama tu. Memang tak sama. Kalau jenis perempuan yang suka cuba macam2 jenama tuala wanita ni dia tahu la sama ke tidak. Orang sekarang memang dah tak pakai jenama sanita yang bentuk macam roti planta tu. Selain tebal dia tak berapa protect sangat la. Bila bergerak benda tu kadang2 lari dari paksi & menyebabkan kebocoran. Orang sekarang pilih yang bersayap kat tepi. Sebab yang bersayap ni fungsi dia untuk memastikan pad/tuala wanita kekal di tempat strategik walau kita bergerak aktif sekalipun. Tapi tak semua yang bersayap tu mampu protect jugak dari kebocoran. Ada yang tak mampu nak menyerap cecair dengan baik. Nak2 lagi waktu aliran banyak. Macam first day period. Time tu memang dia mengalir bagai air sungai perak katanya.

Ada yang tak bocor, mampu menyerap cecair dengan baik tapi menyebabkan jadi kurang selesa sebab serapan tu rasa lembab2. Tak kering. Tu pun boleh menjadi penyebab jangkitan kat alat sulit jugak. Jadi penting untuk semua wanita tahu & memberitahu wanita wanita lain yang mengalami masalah sering bocor bila datang bulan. Bila benda tu berlaku.. akan buat kita jadi kurang selesa & hilang keyakinan nak buat apa2. Asyik2 dok tengok bontot jer.. jadi untuk mengelak kita kaum wanita bila datang bulan jalan pun cover bontot meh tengok ni. Ia dapat membantu dari anda rasa kurang yakin setiap kali datang bulan >> Yang Perempuan Perlukan Setiap Bulan Untuk Elak Bocor <<

Tetiba teringat zaman sekolah dulu.. member2 aku memang banyak yang terbocor. Kadang2 sampai melekat atas kerusi.. Orang lain terduduk melekat pulak kat baju depa. Bila dah bocor jalan mesti cover dengan beg sekolah.

CANTIK ATAU TAK BOCOR?

Apa benda pulak cantik atau tak bocor ni?? Pampers ker?? Lebih kurang jugak la tu.. tapi ni cerita pampers (diaper kalau bahasa betul dia. Pampers tu cuma jenama diaper baby tapi kitra orang2 kampung dah biasa panggil semua jenis diaper, pampers maka kena cakap dalam bahasa yang semua orang senang paham la..) orang dewasa gitu.

Kita biasa panggil pad atau bahasa melayu tuala wanita.. Maaf lelaki tuala lelaki belum tercipta lagi hingga kini mohon jangan jeles, ok! Semua pun tau kegunaan pad @ tuala wanita ni time mana.. kan?? Kalau tak tau lagi confirm belum akil baligh.. hahahaha. Takpe adik2.. tak lama lagi tau la tu.

Sekarang ni macam2 jenama & jenis tuala wanita ada. Dulu kalau kita tengok 1 pesen jer kan.. yang macam roti planta tu sampai lekat nickname dia roti planta suatu ketika dulu.. ingat lagi tak?? Sekarang ni dah macam - macam jenis.. bentuk.. wing la, slim la.. macam - macam lagi la. Dulu plain color jer.. sekarang dah bercorak2. Contoh macam jenama kotex.. cantik la jugak corak dia.. tapi apa fungsi corak tu padahal benda tu duduk di sudut paling dalam di luar penglihatan orang lain gitu. Sapa tau ko pakai kotex ada corak2. Tapi kotex ni corak je lebih serapnya tak seberapa. Bocor jugak. Berbanding perfect comfort ultra slim.. dah la slim tapi tak bocor.

Tu contoh bukan promot ok! Tak berbayar pun entri ni. Jadi.. Yang depa dok pulun buat corak cantik2 tu macam takde fungsi sangat la kalau kualiti dia tak seberapa. Cuma yelah.. segelintir orang pompuan ni pantang tengok benda cecantik.. sweet muet.. comel lote.. mula la tergoda, kan?? Fungsinya kat situ la.. cantik untuk tarikan walhal kalau pakai takde sapa nampak pun bunga2 kat pad tu, kan?? hahahaha

Jadi korang orang perempuan yang dah akil baligh & belum menopos.. Yang mana pilihan anda?? Andakah korang lebih suka puaskan mata dari puaskan hati??


Still ingat brand ni?? Klasik gitu. Zaman den belum akil baligh lagi ni


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com