Showing posts with label tv3. Show all posts

RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA

RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA. Lazada satu protal membeli belah yang memang tidak asing lagi di dunia maya. Sapa yang tak kenal lazada maybe dia baru celik IT. Lazada ni platform yang menjual pelbagai barangan termasuklah fesyen pakaian terkini.

Fesyen2 di lazada juga tak kurang cantik & trendy. Sebab tu Lazada antara website yang menjadi pilihan ramai untuk membeli belah terutama menjelang hari perayaan. Mudah membeli secara atas talian ni.. Jimat masa, jimat kos & boleh di lakukan kat mana mana saja tanpa perlu bersesak sesak macam di Mall.


Baru baru ni Lazada melancarkan satu rancangan realiti TV, LazAda Style. Ia merupakan rancangan realiti TV fesyen pertama di Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri di mana memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada Fashionista & pereka fesyen tempatan untuk menunjukkan bakat masing masing memperagakan fesyen dari Lazada. Seramai 8 peserta di pilih dalam rancangan ini dari ujibakat yang di adakan. Juga menampilan ramai selebriti seperti RizmanRozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan & ramai lagi.

Dengan kerjasama rangkaian televison Media Prima, Ia bertujuan untuk menjadikan Lazada sebagai destinasi membeli-belah secara atas talian rakyat Malaysia bagi produk fesyen dan kecantikan.

Rancangan LazAdaStyle di hos kan oleh Artis tempatan Iatu Nana Mahazan & bersiaran setiap Ahad jam 3 petang di TV3. Dah pun bermula tayangannya sejak 6 Mei sehingga 27 mei 2018.

Bagi yang terlepas menonton episod sebelum ni boleh la menonton di :

Episode 1: Hijabista Collection – Full episode


Episode 2: Mother & Me Collection – Full episode


Episode 3: Bold & Curvy Collection (Plus Size) 


Episode 4: Raya Couple Collection 

Terdapat empat episod yang akan di siarkan, LazAdaStyle mengabungkan lapan pereka tempatan yang akan mempamerkan pakaian terbaik mereka mengikut tempoh masa, bahan & tema yang di berikan pada setiap tugasan. Gaya yang di Reka bentuk mereka akan dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Rozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta akan di beri bimbingan oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan ini. Untuk melihat peserta yang bertanding boleh rujuk pada pautan ini ☛ Lazada Style

Ia juga akan menampilkan selebriti jemputan untuk memperagakan rekaan setiap peserta. Antara selebriti yang terlibat adalah seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan root. Setiap minggu akan ada peserta yang akan di singkirkan bagi mencari pemenang utama pada episod akhir nanti. Pemenang pada peringkat akhir bakal memenangi hadiah utama yang berupa barang & wang tunai bernilai RM100,000.00.

Setiap minggu fesyen yang di peragakan mungkin boleh memberi idea untuk korang bergaya di hari raya. kadang - kadang kita tak tahu nak mix & match macam mana.. So rancangan LazAda Style ni selain mempertandingkan ramai peserta ia juga memberi tips untuk memilih fesyen yang sesuai mengikut size & bentuk badan. Selain tu banyak tawaran yang di berikan oleh lazada sempena menyambut hari raya aidilfitri melalui rancangan LazAda Style ni. Kalau korang nak tengok & beli pakaian yang di peragakan setiap minggu dalam rancangan LazAda Style boleh layari Lazada.com.my.

Untuk memudahkan korang membeli belah korang boleh memuat turun aplikasi LazadaApp di playstore. Dengan muat turun aplikasi Lazada korang juga berpeluang untuk menyertai contest 'shake shake' di mana korang berpeluang untuk memenangi voucher membeli belah di lazada.

Sekiranya anda ingin memasarkan sebarang produk anda di lazada.. Cuma perlu login ke LazadaStyle sebagai Seller untuk kempen #everyonecansell

Selain tu kalau korang nak menang hadiah, boleh jugak share OOTD anda di instagram dengan hashtag #mylazadastyle. 

Untuk mengetahui update fesyen fesyen terkini Lazada anda juga boleh mengikuti  
Instagram : lazadafashion_my 

MISTERI WAN PEAH MUSIM KEDUA BAKAL DI TAYANGKAN

MISTERI WAN PEAH MUSIM KEDUA BAKAL DI TAYANGKAN. Tu dia.. 10 juta penonton katanya drama bersiri Misteri Wan Peah yang di tayangkan dalam slot seramedi kat tv3 lepas. Sapa kata drama cinta meleleh leleh hingus jer orang layan.. Cerita seram pun ada penggemarnya. Nak2 lagi drama misteri Wan Peah ni memang betul2 misteri. Sampai episod akhir pun ramai yang tak dapat merungkai misteri wan peah ni.. Rasanya misteri yang masih tergantung memang di rancang untuk sekuel yang kedua.


Sebab ramai yang minat Drama Misteri Wan Peah ni di sambungkan lagi & melihat dari sambutan penonton yang begitu membanggakan maka Penerbit drama tersebut Sheila Rusli & pengarah dia Jinggo merancang untuk membuat kesinambungan drama misteri wan peah ni. Depa dah plan akan mulakan pengambaran pada oktober nanti. Lambat lagi la sekuel kedua Misteri Wan Peah nak di tayangkan.. Samada hujung tahun atau awal tahun 2018 la kot kan..

Katanya untuk sekuel kedua ni mungkin ada sedikit perubahan termasuk menggabungkan pelakon lama serta baharu bagi menguatkan lagi penjenamaan drama itu. Hope yang kedua ni best macam yang pertama la kan.. sebab selalunya bila dah jadi sekuel ni.. Yang seterusnya merepek & orang dah tak enjoy menonton. Hope untuk misteri Wan peah yang kedua merungkai siapa Wan lijah tu... Apa wan lijah dah buat semasa hayat dia? Sebab bagi aku Nama Wan Lijah yang di sebut dalam episod akhir di babak terakhir Misteri Wan Peah tu masih menjadi misteri bagi aku.


Mungkin episod kedua misteri Wan Peah ni Yeh & Nurin dah kahwin la kot sebab yang pertama depa bertunang kan? Cikgu Zaiton pun mungkin dah insaf la jadi penyebar fitnah dalam kampung. Kalau semua dah kembali ke jalan yang benar gamaknya watak jahat nanti sapa pulak kan? Dan apa kejahatan bakal dia buat sebab bab misteri wan peah dah settle dalam episod pertama.. Adakah episod kedua misteri wan lijah pulak di ketengahkan. Kali ni adakah spekulasi mitos pasal hantu menganggu kampung kuala pari hilir tu bertukar kepada memang ada hantu kat kampung tu? Tu dia.. aku pulak nampak lebih pengarah dari pengarah ni haahahaha. Rasa macam nak tulis skrip cerita seram pulak. kekekeke

Apapun peminat misteri wan peah.. Tunggu je la Sekuel kedua drama tu di tayangkan nanti. Kalau ada rezeki, jodoh & umur yang panjang.. Insya Allah boleh la follow ye dak.

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR

MUNGKIN INI KAITAN MALIKA DENGAN WAN PEAH DALAM MISTERI WAN PEAH EPISOD AKHIR. Semalam adalah episod terakhir drama slot seramedi TV3 Misteri wan peah.. Penuh la news feed FB aku. Masing2 terpinga pinga sebab ending drama Misteri Wan Peah tu agak tergantung & masih ada misteri yang belum terbongkar. Masing2 meluahkan perasaan tak puas hati dengan ending macam tu.. Sabaq cheq. Ada sebab kenapa drama tu ending dia tergantung macam tu.. Sebab katanya ada sekuel kedua... Mungkin akan di rungkai misteri tu dalam sekuel kedua nanti la kot.


Ramai yang tak berapa faham lagi tentang wan peah.. Dalam episod akhir semalam.. Tetiba muncul watak hantu yang sama macam Hantu Malika watak dalam drama anak buluh betong dulu. Kalau hangpa tak pernah tengok drama Anak buloh betong tu.. Hangpa google nanti na... Cheq nak cerita pasal Misteri Wan Peah ja. Masing2 tertanya apa kaitan Malika tu dengan wan peah? Kenapa Malika cakap Wan Peah langgar perjanjian.. Meh sini aku nak buat spekulasi sikit mengikut apa yang aku rasa...


Ada satu episod dalam drama misteri wan peah.. episod tu flashback. Mak kepada wan peah marah & tak puas hati sebab orang kampung mula mengata & buat fitnah pasal wan peah kononnya wan peah ni membela saka & ada mengamalkan ilmu penunduk lelaki (ilmu pengasih). So mak dia terus haramkan dia keluar rumah waktu siang.. Dia hanya boleh keluar pada waktu malam.. Dia terpaksa akur dengan perintah mak dia. So selama tu wan peah tak pernah keluar rumah lagi waktu siang buat orang kampung ingat dia dah mati. Bila depa mula nampak kelibat wan peah waktu malam... depa mula rasa fitnah pasal wan peah membela saka & amalkan ilmu salah tu betul. Sebab depa ingat wan peah dah mati.. maka depa anggap apa yang depa nampak tu hantu wan peah.. Tu yang masa cikgu siti pindah ke kampung kuala pari hilir & menyewa rumah sebelah rumah wan peah.. semakin kerap kelibat wan peah orang nampak. Sebab wan peah mula keluar rumah dah masa tu.

Bila semuanya dah terbongkar & orang kampung dah tahu wan peah sebenarnya masih hidup & tinggal dalam rumah tu. Di jaga oleh ramli, anak angkat wan peah tu.. Barulah wan peah mula keluar siang hari & berani tunjuk muka terang terangan pada orang kampung. Dalam episod akhir bila wan peah mula keluar rumah waktu siang.. Muncul hantu yang masing2 nampak macam Malika tu kacau wan peah sebab dia kata wan peah langgar janji. Aku syak.. janji yang dia maksudkan tu.. Larangan wan peah keluar siang hari la. Aku syak hantu yang dok kacau wan peah dalam episod akhir tu adalah saka peninggal mak dia untuk jaga wan peah. Babak last 3 sekawan Li kelubi, Ghani Gagap & Yeh kumbang yang lalu depan rumah wan peah.. tetiba muncul hantu malika & depa jerit nama Wan Lijah tu aku syak wan lijah adalah mak wan peah. Sebab aku tak sure nama mak wan peah dalam drama tu apa. Sebab ada nama wan jugak.. Maybe kalau bukan mak pun keturunan wan peah jugak la kan. Satgi aku google hahaha..

memang ending dia masih tergantung.. Aku cuma agak je cerita dia macam tu. Sebab bagi aku setiap babak even babak flashback mesti ada kaitan punya dengan perjalanan cerita tu. Takkan sesaja mak wan peah nak buat larangan wan peah hanya boleh keluar waktu malam.. Tak ke pelik. Kalau dia nak jaga anak dia dari di apa2 kan orang kampung rasanya waktu malam lagi bahaya ye dak? Mesti ada sebab & misteri di sebalik tu rasanya akan di rungkai dalam sekuel kedua nanti. So kalau betul ada sambungan lagi misteri wan peah.. sama2 la kita tengok. Betul ke tidak hantu malika tu adalah saka peninggalan mak wan peah untuk jaga dia... hehehehehe

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI

WAN PEAH BUAT PENDUDUK KAMPUNG KUALA PARI HILIR DI SELUBUNGI MISTERI. Ni entri ketiga pasal drama misteri wan peah katanya.. Semakin nak habis episod semakin syok pulak layan drama Misteri Wan Peah ni.. Bukan apa semakin lama semakin banyak pulak misteri wan peah yang sukar untuk penonton meneka apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah & wan peah ni sebenarnya bela saka ke bela kucing ke bela hapa? Memang setakat ni followers drama misteri Wan peah kat news feed FB aku tak ada seorang pun dapat ramal misteri di sebalik seorang tua bernama wan peah..


Aku sendiri pun mula rasa.. Wan peah bukan hantu. Yer betul.. Lepas tu aku syak dia ada saka yang di wariskan oleh mak dia untuk jaga dia sebab mak dia tahu orang kampung kuala pari hilir nak menganiaya dia.. Yang tu tak pasti betul ke tidak cuma aku agak je la.

Episod semalam.. Anak wan peah dah explain kat ketua kampung & 3 serangkai yang cukup takut dengan wan peah tu.. Yeh Kumbang, Ghani Gagap & Wan kelubi ke hapa nama dia.. So depa pun dah tahu la wan peah belum mati & wan peah bukan jadi hantu. Anak dia cakap.. mak dia bela kucing je takde membela makhluk2 halus ni.. Masa kat rumah wan peah tu tetiba Ghani Gagap nampak satu kelibat persis wan peah.. kat luar tingkap sedangkan wan peah dalam rumah. Siapakah? Masih misteri..

Kes cikgu siti pulak.. dah tahu wan peah bukan hantu & memandang depa berjiran. So dia konon nak berbaik hantar la jemput2 kat wan peah.. Masa dok bagi salam dari bawah rumah wan peah.. tetiba dia nampak wan peah sedang memanggil & bercakap dengan sesuatu yang tak nampak siapa atau apa bawah rumah... Cuak jugak cikgu siti tu.. Perangai wan peah ni lain macam jer misterinya. Bila di ajak masuk rumah tetiba wan peah bagi sesuatu makan dari luar tingkap. Cikgu siti dah rasa lain macam cuma.. Dia sendiri tak tahu dengan siapa wan peah berinteraksi dalam isyarat tangan tu. Dengan kucing ke atau dengan saka.. Tu pun masih misteri


Serius... Aku sendiri pun tak tahu samada wan peah ni memang ada saka yang di warisi dari mak dia atau sebenarnya takde apa2 pun wan peah ni. Mungkin betul cakap ramli, mak dia bela kucing jer tapi sapa yang ghani gagap nampak tu? Memang betul2 wan peah buat penduduk kampung kuala pari hilir di selubungi misteri katanya. Bukan je orang kampung kuala pari hilir semua yang menonton memang di selubungi misteri jugak dah ni.. hahahahaha

Sheila Rusly ni buat cerita ni kita tak boleh ramal langsung perjalanan. Kena jugak tengok sampai episod akhir.. Memang terbaik la Drama Misteri Wan Peah ni kan? Baru tak boring nak follow sebab jalan cerita tak tipikal & penonton sendiri tak boleh teka apa kesudahanya...

Nak tahu apa wan peah bela.. Kena tengok malam ni. Semalam Ramli bagitau tok ketua.. Wan Peah tak pernah berkahwin jadi Ramli anak sapa? Tu pun salah satu bentuk kemisterian yang tak berjawapan. Kalau nak tau kena tengok malam ni.. kat tv3 pukul 10 malam. Aku ni pun tak sabar nak tahu... Hope malam ni tak ada aral melintang pukang la aku nak tengok drama Misteri Wan Peah ni.

Moral of the story.. Aku harap sheila rusli buat filem atau drama seram pulak lepas ni.. Memang aku rasa dia ada talent menghasilkan drama & filem yang mampu memberi kepuasan pada penonton.

P/S : Cuma nak komen satu jer.. Watak Farhan @ pa'an tu macam kaku. Pelakon baru ke hapa aku tak tau tapi memang nampak tak pandai berlakon. hahahahaha

JOM KENALI SIAPA NURIN DALAM MISTERI WAN PEAH

KENALI SIAPA NURIN DALAM MISTERI WAN PEAH. Sapa yang ikuti drama di slot Seramedi TV3 setiap isnin hingga rabu mesti tahu kan watak nurin iatu adik kepada cikgu siti tu.. Orangnya comel tapi bila cakap macam lidah pendek sikit. Sebelum ni dok nampak muka dia mengacarakan rancangan realiti sukan apa ke tajuk dia.. Planet bola ke hapa. Mungkin ramai yang dah kenal siapa pemegang watak nurin tu.. Tapi masih ada yang tak kenal jugak. Jadi jom kita berkenalan dengan dia sat...

Nurin Misteri Wan Peah

Kalau dalam Drama misteri Wan Peah tu nama dia Nurin tapi nama timbangan dia dalam dunia hiburan ni adalah Sweet Qismina atau dulunya di kenali sebagai Sweet Farhana. Tapi nama sebenar dia Farhanna Qismina. Cuma nama glamour dia sweet.Sebab dia tak nak orang confuse antara dia & pelakon Eyka Farhana so dia tukar nama sebagai sweet Qismina.

Sweet Qismina

Sweet Qismina di lahirkan pada 24 Oktober tahun 1997 & berasal dari kuala lumpur. Anak orang bando katanya patut la muka pun muka bando bando je yer.. hehehehe.

Drama Misteri wan peah ni bukan drama pertama lakonan Sweet Qismina ni.. Dia mula dikenali ramai selepas pegang watak sebagai Fasha untuk siri televisyen Hikayat Putera Shazlan. Selain itu, dia juga pernah memegang watak sebagai Julie untuk siri televisyen Waktu Rehat.

Eyka Farhana yang ada iras - iras macam Sweet Qismina

Banyak juga la drama & filem lakonan Sweet Qismina sejak dari tahun 2007. Kira sejak dia kanak kanak lagi la. Sampai la yang terkini drama Misteri Wan Peah yang menaikkan lagi nama dia dalam industri hiburan tanah air. Sebab drama tu tengah trending & mendapat rating yang tinggi jugak. Peminat sweet Qismina ni banyak di kalangan kanak kanak sebab dia pun still sweet like baby jugak kan.

Sweet sebenarnya mahu watak yang lebih dewasa dah.. Tapi tu la bila mula berlakon dari kanak kanak ni & dengan muka yang baby face macam tu memang susah orang nak bagi watak dewasa. Masih di bayangi watak kanak kanak tapi dalam misteri wan peah ni ok la dapat watak yang remaja yang kategori senior la. Remaja yang usia dala 20an macam tu kan.. Mungkin lepas ni ada offer untuk dia dengan watak2 yang lebih matang.

Tu la serba sedikit yang aku baca tentang pelakon Sweet Qismina pelakon drama Misteri Wan Peah. Selebihnya korang google sendiri. hehehehe

MISTERI WAN PEAH SEMAKIN TERBONGKAR

MISTERI WAN PEAH SEMAKIN TERBONGKAR. Sapa yang follow drama Misteri Wan Peah kat tv3 setiap isnin hingga Rabu pukul 10 malam? Kalaukat news feed FB aku tu ramai jugak la follower drama ni termasuk aku cuma aku banyak jugak skip episod drama misteri wan peah ni. Pun macam tu aku masih faham perjalanan cerita dia..


Episod mula2 tu mungkin ramai yang anggap Wan Peah ni watak hantu atau wanita yang mengamalkan ilmu hitam & saka dia menganggu penduduk kampung kuala pari hilir tu kan.. Padahal drama Misteri Wan Peah ni bukan cerita pasal hantu ke hapa.. Cerita pasal misteri seorang wanita tua bernama Wan Peah je.. Yang jadi misteri sebab orang kampung ingat dia dah mati padahal Wan Peah selama ni belum lagi mati cuma dia tak keluar rumah waktu siang.

Sebab dah lama orang kampung tak pernah nampak Wan Peah.. depa buat spekulasi mengatakan wan peah dah mati. Tetiba cikgu siti pindah duduk rumah yang berjiran dengan rumah Wan Peah.. Cerita pasal hantu Wan Peah kembali jadi sensasi. Kelibat wan peah mula muncul kat mana mana.. Membuat orang kampung semakin percaya dengan kewujudan hantu Wan Peah ni. Semakin kecoh kampung Kuala Pari Hilir bila semakin ramai yang mula nampak Wan Peah merata rata.

Kisahnya.. masa Wan Peah muda, Wan Peah di tuduh membela saka & mengamalkan ilmu pengasih untuk pikat lelaki padahal dia tak buat pun semua tu. Jadi di sebabkan orang kampung mula mengata & menuduh dia bukan bukan.. Mak Wan Peah ni tak bagi lagi dia keluar rumah. Dia cuma boleh keluar waktu malam. Sebab Wan Peah ni semakin tak bercampur dengan orang - orang kampung & orang2 kampung pun pulaukan dia.. Semakin kuat la orang kampung percaya dia mengamalkan ilmu hitam. Sampai anak dia pun turut di pulaukan. Sehingga mereka pernah di halau oleh penduduk kampung.

Banyak rahsia Wan Peah ni.. Terutama berkaitan dengan ketua kampung & isterinya. Depa ni la dalang yang menyebar fitnah pasal wan peah. Dulu Wan Peah dengan Ketua Kampung tu pernah bercinta tapi cinta terhalang & ketua kampung di paksa kahwin dengan isteri dia. So, percintaan mereka terputus. Still aku tak tau kenapa bekas kekasih wan peah iatu tok ketua tu sanggup buat fitnah kat Wan Peah.. So kena terus menonton la Drama Misteri Wan Peah ni.

Apapun Banyak dah misteri Wan Peah terbongkar.. Wan Peah belum mati cuma orang kampung je tak tau & tak pernah ambil tahu tentang hidup wan peah. Wan Peah di jaga oleh anak lelaki & menantu dia secara senyap - senyap. Setiap Malam depa akan datang ambil Wan Peah melalui jalan hutan kerumah mereka sebab tak nak bagi orang kampung nampak. Anak lelaki dia malu dengan orang kampung sebab depa pernah di halau dari kampung satu ketika dulu di samping tu dia juga berdendam dengan ketua kampung yang memfitnah mak dia Wan Peah. Wan Peah sebenarnya bukan mengamalkan ilmu salah atau gila.. Dia cuma seorang wanita yang hidup penuh kesedihan akibat fitnah orang kampung. So, hidup dia agak murung sebab tak bercampur dengan sesiapa. Hidup sendirian dia rumah pusaka seorang diri.

Sekarang ni cikgu siti tengah mencari kebenaran tentang cerita orang kampung mengenai hantu Wan Peah. Tak lama dah tu.. Misteri Wan Peah akan terbongkar. Jadi pengikut drama Misteri Wan Peah.. Kalau korang nak tahu apa sebab tok ketua & bini dia beriya sangat memfitnah Wan Peah jangan skip setiap episod ok!

Moral of the story dari Drama Misteri Wan Peah ni.. Jangan suka percaya dengan gosip & spekulasi. Jadi macam watak Farhan @ Pa'an dalam drama Misteri Wan Peah ni.. sentiasa bersangka baik. Jangan jadi macam orang kampung Kuala Pari Hilir.. Suka percaya khabar angin tanpa siasat dulu kebenarannya.

TRAUMA.. KISAH MANGSA PEDOFILIA YANG AKHIRNYA JADI PEMBUNUH

TRAUMA.. KISAH MANGSA PEDOFILIA YANG AKHIRNYA JADI PEMBUNUH. Semalam ada sapa - sapa menonton drama slot cerekarama TV3 sempena DFKL (drama festival kuala lumpur) yang bertajuk Trauma tak? Rasanya ramai kot yang tengok termasuk la aku.. Not bad ok drama dia. Bukan macam filem acah2 seram MiG. Bukan jugak drama seram tapi kategori SG la.. cuma SG yang ringan ringan sesuai untuk tontonan umum.


Mula2 tengok aku ingat drama hantu sebab ada dok tunjuk kelibat kanak kanak pakai baju putih tu.. Tu yang melekat nak tengok. Bila tengok sampai pertengahan cerita baru tahu kisah pasal seorang mangsa pedofilia masa kecik. Aku tak faham sangat apa hubungan lelaki yang menjadikan dia mangsa seksual masa kecik.. Sebab dia just tunjuk flashback yang tak jelas apa hubungan lelaki dengan kanak kanak yang di jadikan mangsa seksual tu. Yang aku faham dia mengalami gangguan seksual sejak dari kecil sehingga menyebabkan dia jadi trauma & tertekan. Akibat tekanan & dendam dia mula jadi seorang psycho yang merbahaya sehingga sanggup membunuh.

Kisahnya bermula bila sekumpulan remaja ni yang berkenalan dalam satu ruangan chatroom memutuskan untuk berjumpa. Depa ni mempunyai satu persamaan yang mana masing2 ada trauma mereka sendiri termasuk gadis psycho yang merancang percutian ke sebuah banglo ni.. Watak utama dia di lakonkan Janna Nick yang pegang watak gadis psycho tu. Janna nick ni memang pelakon favorite Shiela Rusli kot sebab banyak drama Shila Rusli dia berlakon. Tak kisah la.. Dia memang boleh berlakon dengan baik pun..


Bila semua dah sampai ke banglo tersebut di situ bermula trajedi yang menyayat hati bila kelima lima mereka di bunuh kejam oleh gadis psycho yang pernah jadi mangsa pedofilia tu. Cuma 2 daripadanya.. cuba di bunuh tapi tak mati berjaya selamatkan diri & salah seorang daripadanya berjaya meminta bantuan seorang budak akhirnya Janna Nick (yang pegang watak gadis psycho) di tangkap. 3 dari 5 tu mati & 2 yang terselamat tu kekal selamat.

Yang dok nampak kelibat budak perempuan tu.. Adalah halusinasi dari watak janna nick tu je. Ingatkan memang ada hantu budak dalam drama tu. Yelah.. orang sakit mental ni memang suka berhalusinasi kan.. Halusinasi tu la selalunya mendorong mereka buat perkara perkara yang tak masuk akal termasuk membunuh orang lain. Sebab tu bahaya orang jenis macam ni. Pada pandangan mata kasar nampak sihat & normal.. tapi akibat tekanan dalaman tu buat sampai satu masa dia gagal mengawal emosi & tak mustahil berlaku perkara yang buruk.

Macam biasa dalam apa2 drama yang melibatkan watak psycho ni.. Mesti ada lagu tema dia sendiri untuk membangkitkan mood seram & suspend. Dalam drama ni la lagu yang Janna nick dok nyanyi dari kecik tu lagi dalam filem bawang putih bawang merah.. Lagu pohon beringin tu. Memang membangkitkan jugak la mood seram & suspend. Tapi tipikal sangat kan.. asal psycho je mesti nyanyi lagu. hahahaha

Keseluruhan jalan cerita ni ok bagi aku. Enjoy jugak menonton. Cerita tak meleret leret sangat. Semua point sampai. Cuma maybe ending macam terlampau ringkas sangat. Adegan2 suspen 2 orang yang tak mati nak selamatkan diri tak cukup mendebarkan. Maybe tak cukup masa kot. Apapun tahniah jugak buat Shiela Rusli.. Mempersembahkan drama yang layak di panggil drama. hehehehe

APA YANG MISTERINYA WAN PEAH?

APA YANG MISTERINYA WAN PEAH?. Akhirnya TV3 prihatin kepada peminat drama & filem seram macam aku ni kan..Asyik dok adaptasi novel cinta jadi drama je padahal melambak kot novel seram di pasaran takde ke mana2 pengarah & penerbit berminat nak adaptasi jadi drama seram berepisod. Last aku rasa ada drama seram ni drama sarakit kot kat TV3. Tapi drama seram paling best waris la..  lepas tu dah mula sepi tanpa berita drama2 seram ni.

Misteri Wan Peah

Terbaru di TV3 sedang di tayangkan drama yang di klasifikasikan sebagai seram komedi katanya. Tapi ok drama tu.. Tak komedi sangat. Elemen seram & suspend tu ada juga la walau setakat ni rasanya baru 2 episod di tayangkan.. Takde menggugat keseraman aku sangat pun. Biasa la taste seram aku memang 'high demand'. Takat seramedi ni celah ketiak pun tak gigil hahahaha.

Tapi sebab starting nampak macam boleh follow so aku rasa macam best jugak nak follow drama ni walau aku tahu memang akan ada banyak episod aku skip nanti hahaha...

Kisahnya tentang Misteri seorang perempuan tua yang tinggal kat kampung kuala pari hilir yang mempunyai perangai yang pelik & suka bersendiri. Kiranya tak suka bercampur dengan orang la. Dia suka duduk dalam gelap buat orang - orang kampung tuduh dia bela hantu (saka). Asal pelik sikit je mesti kena tuduh bela saka kan.. Yang perangai terang terang macam hantu tak pulak kena tuduh jelmaan saka. hahahaha

Nak di jadikan kisahnya.. 3 budak lelaki ni di sergah wan peah sehingga jatuh sakit. Lepas dari kejadian tu Wan Peah di caci oleh penduduk kampung & di tuduh menggunakan ilmu hitam & di larang keluar dari rumah. Sampai kena perintah reman kekdahnya. Sehinggalah 12 tahun berlalu tak ada siapa lagi pernah nampak wan peah. Orang kampung ingat wan peah dah meninggal dunia. Kesian wan peah tiada siapa pedulikan dia & tak ada orang berani datang kerumah dia. Kalau mati gamaknya mereput sorang2 la dalam rumah tu kan..

Nak di jadikan kisah seorang janda anak satu ni berpindah ke kampung tu bersama anak & adik dia. Rumah dia sebelah menyebelah dengan rumah wan peah. Bermula macam macam kejadian pelik berlaku kepada mereka. Anak dia hilang tup tup jumpa bawah rumah wan peah. Mula la orang kampung buat spekulasi kononnya hantu wan Peah mula menganggu penduduk kat situ sebab katanya ada yang nampak kelibat wan peah berjalan di kawasan kampung.

Konflik cerita ni bila janda tersebut yang merupakan seorang guru mula rapat dengan seorang guru ganti membuatkan ada seorang cikgu ni jeles & buat cerita konon si janda ni saja2 buat cerita pasa hantu wan peah untuk tarik perhatian orang kampung. Nak2 lagi perbuatan dia tu ada supporter iatu mak kepada guru ganti tersebut. Akibat di tuduh macam tu cikgu janda tersebut tekad nak cari kebenaran pasal Wan Peah. Cikgu janda minta bantuan 3 sekawan yang pernah kena sergah dengan wan peah sampai demam tu tapi depa pulak takut sebab pengalaman dulu tu.

Yang Misterinya adalah.. Betul ke Wan Peah dah mati & menjadi hantu menganggu penduduk kampung? Tak ada siapa tahu wan peah hidup ke mati ke? Yang ada cuma spekulasi. Betul ke dia ada saka? Apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah.. Kalau nak tahu follow la drama Misteri Wan Peah kat TV3 Isnin-Rabu, 10.00 malam dalam slot seramedi. Dah ada slot seramedi ni hope silih berganti la yer drama seram lepas ni hahahaha

Pelakon pelakon yang terlibat dalam drama Misteri Wan Peah

Normah Damanhuri sebagai Wan Peah
Zee Zainal sebagai Lie Kelubi
Acap Jamaluddin sebagai Yeh kumbang
Faiz Tapaw as Ghani Gagap
Usop Wilcha sebagai Tok Hashim
Dalimawati sebagai Mak Timah
Sasqia Dahuri sebagai Cikgu Siti
Sweet Farhana sebagai Nurin
Indah Emeerlda sebagai Aishah
Ariff Aziz sebagai Cikgu Farhan
Sherry Alhadad sebagai Cikgu Zaiton
Zarina Zainuddin sebagai Puan Hajah

Moral of the story.. Walau baru 2 episod tayangan drama ni apa yang kita boleh ambil.. Jangan suka buat spekulasi dengan hanya sebab kita nampak seseorang tu pelik dari pandangan mata kita. Mungkin apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita sangka. Peace Yo!

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK. Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak..


Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni.

Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Nak2 benda tu di lontarkan di khalayak ramai secara umum.. Main yang dia maksudkan tu pepaham je la kan main apa. Bukan main konda kondi ok.. Benda - benda macam tu adalah perkara yang rasanya tak manis di jadikan bahan gurauan macam tu nak2 lagi kat orang yang di uji tak ada zuriat ni. Kau ingat kau terer sangat ke 'Main' anak berderet cukup 1 team bola tu?? Kau ingat sebab kau pandai main ke kau dapat anak? Hek kau!!

Mungkin sesetengah orang boleh terima gurauan macam tu tapi kena tahu bukan semua orang boleh terima nak nak lagi bagi golongan yang di uji dengan tidak di kurniakan zuriat. Golongan macam ni selalunya agak sensitif bila orang sebut berkaitan zuriat ni apatah lagi dengan memalukan mereka dengan gurauan macam tu. Boleh menyebabkan mereka stress, tertekan, malu & depression juga ok! Jangan di sebabkan kita yang bergurau tak kena tempat ada yang cuba membunuh diri pulak.

Kena ingat bukan saja tak ada anak tu ujian malah yang ada anak ujian lagi besar ok! Kau nak kena tanggung dosa pahala anak selama dia berada di bawah tanggungjawab kau. At Least orang tak ada anak ni.. kat sana dia tak ada soal jawab cara dia membesarkan anak. Kita ni nanti yang nak kena jawab kat sana.. Tu cerita bila lepas mati. Cerita masa hidup ni tak tau lagi lagu mana kejadiannya anak kita bila dah besar nanti. So jangan berlagak sangat la kita boleh beranak pinak macam kilang. Belum tentu semua production tu menjadi elok tertib lentik, ok! Mungkin dia tak ada anak tapi dia anak ni ok >> 3 Top Picks From Audi's Open Haus That Will Wow Your Family & Friends This Year << Kau hado?? So, ketahuilah rezeki setiap manusia tu berbeza.

Moral of the story.. Bergurau tak salah sebab kadang2 gurauan tu perlu untuk mengeratkan silaturrahim tapi bergurau pun kena ada batas & kena tahu juga dengan siapa & apa yang kita nak jadi bahan gurauan. Jangan fikir semua gurauan tu buat orang rasa terhibur ada yang orang rasa macam nak lebur je muka korang tu ok! So, elakkan dari bergurau dengan ayat 'tak pandai main tu' sebelum ada yang kena belasah sampai mandul. hehehee

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET. Selepas drama Biar aku jadi penunggu kat slot akasia TV3 berakhir di gantikan dengan drama adaptasi novel suami ku paling sweet. Masa drama Biar aku jadi penunggu tu.. Aku tertarik nak menonton pertama sebab tajuk dia. Bagi aku tajuk2 drama macam tu masih menarik & buat aku rasa nak menonton ceritanya.. Yang kedua sebab Ashraff Muslim.. Hahaha aku suka dengan Ashraff muslim walau watak dalam Drama Biar aku jadi penunggu tu aku rasa kurang sesuai dengan dia. Imej & cara dia terlalu lembut (bukan pondan ok) untuk pegang watak lelaki macam tu hahahaha. Minat pun tak semestinya kita kena suka & puji je ok!


Aku sebenarnya tak tengok pun drama Suami ku paling sweet tu sebabnya tajuk lahai.. Bosan sungguh. Tajuk2 drama hipster macam tu memang bukan taste aku sangat. Aku tetap juga suka tajuk2 drama yang berat sebab selalunya drama2 macam tu sangat menarik jalan cerita & banyak pengisian dalam cerita tu. Babak2 bermain dengan emosi yang boleh  buat kita sampai ke hati.. So, bila menonton drama2 macam tu aku rasa lebih 'Feel' & drama macam tu aku rasa lebih ada jiwa dari drama2 adaptasi novel dengan tajuk2 ala2 korean drama macam Suami ku paling sweet. Sumpah.. tak best langsung. Rasa tak berapa lalu nak layan... Baik tengok keluang man je kat TV9 sebab sama time tayangan dia dengan drama tu hahahaha

Tak tau la sampai bila trend tajuk novel & drama cinta melayu macam ni akan berakhir. serius muak tau walau hanya dengar & baca tajuk... Tiada nilai2 seni dalam karya tersebut. Satgi ada pulak yang dok compare.. Konon lekatlekit ni tulis pun santai lepas tu nak kondem tajuk drama & novel camtu pulak. Jangan la compare dengan penulisan blog.. Blog memang ramai yang suka baca cara santai macam sembang kat kedai mamak... nak2 lagi macam blog aku ni. Kalau tulis macam buku teks sastera hangpa ingat orang nak baca ka? So, tarikkan tu tak sama ok!

Jadi please.. jangan la buat tajuk2 drama ala2 korean drama macam tu. Boleh jer buat tajuk drama yang ada sense of humor & santai2 macam drama Mak Cun.. Tajuk2 macam tu still attractive aku nak tonton sebab masih nampak identiti drama melayu yang bukan tiru konsep drama luar. Kalau setakat suami ku paling sweet.. serius memang nampak identiti tajuk drama korea ok! Nampak sangat penulis dia tak ada identiti hahaha.. ni kira penulisan copy idea je. Kebanyakkan drama atau novel2 macam tu.. Jalan cerita lebih kurang sama. Boring ok!

Dari sinopsis yang aku baca pasal drama Suamiku paling sweet ni.. kisahnya pasal seorang graduan universiti yang terpaksa & di paksa jadi pengasuh sementara seorang kanak kanak. Kanak2 tersebut cucu kepada kawan mak dia. Sebab pengasuh2 sebelum ni tak ada yang mampu bertahan dengan perangai nakal budak tu. Dia terima jugak la sebab dia fikir untuk sementara ja. Masa dia jadi pengasuh tu la bertemu dengan hero dalam drama ni. Kononnya sebab masing2 jenis keras kepala maka agak kecoh keadaan.

Tup tup.. nak di jadikan cerita mak bapak si budak kecik tu pulak meninggal dunia dalam satu kemalangan. Sebab tiada mak ayah budak tu dah tak ada.. dia menumpang kasih dengan bapak sedara dia yang muda lagi hensem (hero dalam drama tu). Hero tu pun sayang anak buah dia pun macam anak sendiri. Disitulah bermula kisah antara hero & heroin. Bila si hero bertemu dengan pengasuh budak tu merangkap heroin dalam drama ni.. hati dia sering berdebar debar. Konon sign cinta sedang berputik tapi masing2 macam bengong dengan tanda debaran tu.. depa buat tak layan je perasaan masing masing sehingga berlaku satu peristiwa yang mengubah kehidupan mereka.

Si heroin kena paksa kawen dengan hero dalam usia yang muda. maka dalam usia macam tu di paksa kawen memberontak sikit la dia. Jadi emosi dia sedikit terganggu. macam macam perasaan muncul dalam diri dia.. terkejut marah benci meluat semua ada la. Biasa la kena kawen paksa kan.. Sapa suka kena paksa ye dak?? Nak2 lagi dalam keadaan yang dia sendiri tak bersedia nak pikul tanggungjawab seorang ibu kepada anak buah si hero tu. Dia syak dia kena perangkap dengan si hero sebab nak bersama dia.

Sampai satu tahap dia memberontak sehingga sanggup tinggal suami dia dan anak buah suami dia tu. Walaupun si suami ni sedih dengan perangai bini dia tu tapi dia faham perasaan bini dia yang di paksa kawen dalam keadaan dia tak bersedia macam tu. So, dia berusaha la pujuk & bagi sedikit ruang untuk si isteri cari ketenangan. Kang dok push2 sangat jadi gila lagi susah nak bela kan.. hahahaha

Dalam drama ni si suami ni memang tak putus asa dok pujuk & akhirnya isteri tu lembut hati & balik la kepangkuan suami & anak buah suami dia tu tapi dengan syarat tak ada sapapun boleh ungkit kisah di sebalik mereka terpaksa berkahwin tu. Aku pun tak tau kenapa depa kena paksa kawen sebab tak tengok pun drama tu. Hangpa nak tau tengok la sendiri yer.. Tapi sebab peristiwa tu di ungkit apa lagi bengang la si bini.. so sekali lagi dia lari dari suami dia walau time tu dia tengah pregnant & terus anggap dia di perangkap sehingga terpaksa berkahwin dengan si suami. Betul ke tidak dia kena perangkap dengan suami dia sendiri.. hangpa tengok la sendiri kalau ada selera nak layan drama Suamiku paling sweet. Sebab aku malas nak tengok suami orang yang sweet2 ni.. satgi takut terasa suami sendiri tak sweet pulak hahahaha.

Tu dari sinopsis drama yang aku baca la.. Aku belum terbuka hati nak menonton drama ni. Tapi kot2 tetiba aku berubah hati.. Rasa sweet pulak drama ni nak layan tak tau la kan. hati manusia ni kan boleh berubah katanya hahahaha

Moral of the story.. Aku sendiri pun tak tau apa moral of the story drama ni sebab tak tengok pun hahahaha.

BIAR AKU JADI PENUNGGU... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 10... JODOH TIDAK SEMESTINYA MEMBAHAGIAKAN. Dah banyak episod rasanya aku skip semenjak mak mertua aku admit ward. Yelah.. kadang2 malam baru sampai rumah memang masa tu mental & fizikal dah ting tong. Memang time balik pun kadang2 pukul 9 malam.. mana sempatnya nak tengok drama biar aku jadi penunggu ni. Hari ni sempat la tengok sekejab. Tu pun aku google nak cari hari ni episod berapa dah hahaha


Untuk episod 10 hari ni (10 Januari 2017) tengok Afeef masih dalam fasa memujuk Iffat yang benar2 terluka dengan perbuatan dia selama ni. Iffat nampak macam masih sayang tapi sebab terlampau kecewa.. Ego tu membataskan segalanya. Hari ni mereka berjanji untuk cuba membina kembali kasih sayang antara mereka. Sebelum ni kan depa cuma ber aku kau jer.. Atas permintaan Afeef yang minta Iffat panggil dia 'Abang..' nampak mereka dah mula nak mencipta kemesraan. Iffat nampak kekok untuk panggil Afeef abang tapi tetap dia ikut permintaan afeef.

Yang aku tertarik masa iffat & afeef berbincang tentang masa depan rumahtangga mereka.. sebab sekembalinya afeef dari luar negara memang hidup mereka tak seperti pasangan suami isteri. Asyik bergaduh. Dari situ Iffat membongkar kenapa dia berkahwin & sanggup tunggu Afeef walau bertahun tahun Afeef membiarkan dia tanpa khabar berita. Katanya sebelum berkahwin dengan Afeef dia buat istikharah & pada malam tersebut dia nampak Afeef dalam mimpinya. Dia yakin Allah tidak menipunya.. maka dia terima lamaran Afeef. Tapi dia sedar.. Jodoh itu tidak semestinya membahagiakan.. Yer betul la tu. Tak semua jodoh itu membahagiakan & kadang2 memang pada peringkat permulaan ada jodoh yang menguji segala sudut ruang hidup kita sebelum dia datangkan bahagia yang kita tak pernah terbayang akan kecapi di masa akan datang. Bila kita di uji dengan 'Jodoh kita' di awal perkahwinan memang yang kita terbayang masa tu perkahwinan yang kita bina mungkin akan berakhir bila2 masa. Tu yang ada masih have fun dengan kawan2 & masih hangout dengan kawan kawan untuk buat benda2 ni walaupun dah kahwin >> 6 Sebab Orang Suka Hangout & lepak2 dengan kawan kawan << Yelah.. dari stress mengadap pasangan yang kalau jumpa macam musuh ketat je kan. Tapi Allah tu maha tahu apa yang terbaik. Di pertengahan dia bagi kita rasa bahagia dengan'jodoh kita'. So jangan cepat buruk sangka dengan 'Jodoh' yang Allah tentukan pada kita.

Berbalik pada episod hari ni drama biar aku jadi penunggu.. Abang Iffat & kakak sulung Afeef dah merancang nak berkahwin. So sekarang keluarga kedua belah pihak sedang plan nak mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hal pernikahan anak anak mereka.

Afeef dah mula start bekerja dalam episod ni.. tak tau la episod lepas dia dah mula kerja tak tapi nampak macam dia baru nak start kerja je dalam episod ni di sebuah syarikat guaman kalau tak silap.

Iffat terasa dengan Raff semasa mereka membincangkan pasal Raff yang belum berkahwin. Bila Raff cakap orang yang dah lama kahwin pun belum tentu bahagia.. Inikan dia yang masih belum ada calon & nak cari calon yang dia tak pernah kenal & berkahwin. Iffat ada offer nak carikan calon untuk Raff..di sebabkan atas dasar kepercayaan, Raff setuju dengan tawaran Iffat tu. Tak tau siapa Isha ni dalam episod ni.. nampak dia macam sukakan Raf tapi Raf nampak agak tidak selesa dengan Isha. Isha pun ada meluahkan perasaan yang dia suka & sayang pada raf tapi Raf mengaku dia dah ada yang punya cuma Isha tetap tak percaya. Dia tahu Raf saja cakap macam tu untuk buat dia putus harapan dengan Raf. Isha nampak tak putus asa untuk pikat Raf. Beriya sungguh si Isha ni kan...

Untuk episod hari ni.. nampak Iffat & Afeef dah mula cuba berbaik. Mak Afeef pun mula perasan masing2 nampak happy cuma dia tak yakin depa memang happy atau berlakon happy je. Untuk episod esok tak tau happy ke tidak & tak tau aku sempat tengok ke tidak.. Kalau sempat aku review lah yer.. Tak sempat tu kira sadakallahhuazim je la.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA. Cerita ni dah semakin panas sekarang.. Fasa fasa ketegangan sedang berlaku katanya. Bila Afeef kembali ke Malaysia bersama seorang kanak kanak. Pengakuan Afeef kepada keluarganya tentang perkahwinan dia & damia di luar negara.. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Aqil.. Episod 5 aritu Iffat masih tidak tahu tentang tu..


Untuk episod 6 ni.. Akhirnya selepas Afeef kembali ke UK, ibu bapa mertua Afeef membongkar perkara tu pada Iffat.. Kecewanya Iffat hanya Tuhan saja yang tahu. Dia bukan saja menjadi isteri yang tidak di pedulikan malah di curangi kepercayaan dia selama ni. Pun begitu keluarga mertua Iffat berharap perkara tu tak membuatkan mereka bercerai berai. Iffat terkilan sebab semua orang suruh dia bersabar seolah2 dia seorang yang tiada perasaan atas apa yang Afeef dah buat pada dia. Sapa2 pun akan rasa macam tu.. Untuk merealisasi permintaan orang lain dia terpaksa berkorban perasaan dia sendiri.

Akibat terlalu kecewa Iffat menyuarakan keinginan dia nak bercerai dengan Afeef pada mak dia.. tapi mak dia suruh dia fikir masak masak. Bagi Iffat dia dah tak mampu percayakan Afeef lagi. semua orang menasihati Iffat supaya buat keputusan yang terbaik.. Jangan terburu buru untuk bercerai tapi waktu ni Iffat nampak sangat kecewa seolah olah tak mampu nak terima apa yang Afeef dah buat pada dia...

Walau simpati dengan Aqil (anak Afeef & damia) yang mula mesra dengan dia (Iffat) tapi di sebabkan terlalu kecewa dengan Afeef dia bertekad untuk menjauhkan diri dari Aqil & cuba melupakan Afeef. Tapi di sebabkan mak mertua dia datang merayu minta Iffat jumpa dengan Aqil sebab Aqil sampai demam rindukan Iffat.. Akhirnya Iffat beralah jugak & pergi berjumpa dengan Aqil. Sesampai je kat rumah mertua dia..Aqil demam panas. So kelam kabut di bawa ke hospital. Atas rasa simpati.. Iffat terima juga Aqil. Siap panggil mama lagi tu..

Afia terima panggilan dari abang dia (Afeef) suruh minta tolong Iffat ambil dia kat airport. Namun berita kepulangan Afeef sikit pun tidak mengembirakan Iffat.. Yelah, orang dah frust kan. Dah tak ada rasa excited. Bila nampak Afeef kat airport Iffat jadi berdebar debar... Mungkin sebab perasaan sayang pada Afeef tu masih ada.. Maka bersambung petang nanti pulak..

Biar aku Jadi Penunggu Episod 6 Boleh tonton kat sini

Dalam cerita ni nampak Iffat ni sangat lembut hati & pemaaf.. walau marah macam mana pun dia tetap tak sampai hati untuk keraskan hati dia pada apa2 perkara yang memerlukan dia. Cuma adakah sekembalinya Afeef kali ni akan lebih membahagiakan dia atau sebaliknya.. So korang follow je la episod seterusnya.

Entri sebenarnya entri yang draft semalam.. Tapi semalam malas nak post sebab nak post entri cerita seram Hantu Melati so postpone hari ni baru post. hehehehe

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR. Untuk episod 4 ni aku masih berpeluang menonton drama adaptasi Novel Biar Aku Jadi Penunggu.. Jalan cerita dia pun nampaknya dah semakin best untuk di layan.. erkk.. rasanya dari episod pertama pun memang boleh layan rasanya. hehehehe


Jadi sambungan semalam lepas hantar Afeef kat Airport Iffat terserempak dengan seorang kawan satu sekolah merangkap kawan si Damia tu.. Bila tahu damia juga berlepas ke luar negara pada hari yang sama Afeef flight perasaan curiga & cemburu tu mula muncul tapi Iffat tak layan sangat. Malam selepas tu Afeef call & just cakap dia dah sampai kemudian end call sebelum Iffat sempat bercakap apa2. Si Iffat memang sentiasa positif jer.. dia anggap handphone Afeef habis kredit.  Selepas sebulan Afeef ke luar negara hanya sekali je Afeef call Iffat iatu masa dia baru sampai lepas tu dia tak pernah call lagi. Walaupun dia kecil hati jugak Afeef tak hubungi atau balas email dia.. Iffat tetap mendoakan yang terbaik untuk Afeef. Bukan je Iffat, malah keluarga dia sendiri pun dia tak hubungi & bila mak dia call pun dia tak pernah jawab. Geram pulak hati kita ni, wak!! Rasa nak tunjal2 je kepala Afeef tu tau!! Tapi mujur Iffat mendapat keluarga mertua yang sangat supportive yang sentiasa memberi kata kata yang menyedapkan hati Iffat.

Dalam pada masa yang sama Iffat juga terpaksa menjadi orang tengah untuk abang dia yang tengah nak tackle kakak ipar Iffat iatu kakak kepada Afeef. Tapi dua2 ni jenis pemalu.. So, masing2 tak nak mulakan. Kaklong si Afeef tu seorang balu kematian suami akibat kemalangan. Dalam episod ni akhirnya kebetulan mereka terserempak & bertemu juga. So masing2 ambil peluang duduk & bercerita. Abang Iffat pun ambil kesempatan meluahkan perasaan pada kaklong Afeef.

Dalam episod 4 ni Iffat pun dah habis belajar.. Maka dia dia pun merancang untuk bekerja la. Maka bermula la rutin mencari kerja tapi nampak rezeki dia tak semudah kawan kawan dia yang habis belajar terus dapat offer bekerja di syarikat milik keluarga salah seorang kawan mereka, Raff. Alah yang suka kat iffat dalam diam tu.. Iffat juga di offer tapi dia menolak sebab dia tahu perasaan lelaki tu pada dia.. Maka dia taknak benda tu nanti jadi masalah pada dia

Tanpa pengetahuan Iffat.. Raff membantu dia mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat dengan bantuan seorang kawan sebab dia tahu Iffat takkan bekerja di syarikat dia..

Selepas 3 tahun.. Afeef masih menyepikan diri tanpa khabar & tidak pernah menghubungi Iffat sepanjang dia berada di luar negara. Iffat masih tertanya tanya apa sebab dia di perlakukan macam tu. Yelah.. Hati mana tak hancur.. lepas kawen di tinggalkan dengan alasan nak sambung belajar di luar negara lepas tu langsung tak di hubungi. Tinggal bini bagai di gantung tak bertali.. Tak boleh aku!! Geram dah ni!! Nanti kau Afeef!! erkk.. ter emo pulak!

Tapi Iffat tetap setia menunggu atas nama seorang Isteri walaupun orang lain rasa apa yang Iffat setia & tunggu itu adalah perkara yang sia sia.. Tapi kalau dah sayang kan.. Apa nak di kata. Masih berharap sang suami kembali kepangkuan dia.

Dalam Episod ni juga.. Afeef kembali selepas bertahun hilang khabar.. Lepas tu bersambung. Apa berlaku seterusnya.. Tunggu je minggu depan ok! Jangan gelojoh sangat. Tengok macam aku ni sabar tengok sampai 4 episod tanpa skip. Bukan senang tau aku nak follow drama slot akasia macam ni. Hanya drama terpilih je tau.. hahahaha

Nampaknya drama ni tak meleret sangat untuk minggu pertama. Semua jenis straight to the point. Maka aku pun tak jemu sangat la tengok. Bagus pengarah drama ni tak ada babak2 yang tak penting dalam drama ni. Jadi tunggu minggu depan adakah masih ada review di blog lekatlekit.com drama ni? Wallahualam...

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT. Nampaknya aku memang melekat lekit dengan drama ni sebab penangan Ashraf muslim kembali berlakon. Entah kenapa suka sangat aku tengok ashraf muslim ni berlakon walau tak menjadi watak nakal dia. hehehe... Di tambah lagi drama ni ok la.. Takde la cinta melentok liuk sangat kan. Takde pegang2.. peluk2.. Maybe sebab ashraf muslim heronya. Ashraf muslim antara retis yang tak berlakon adegan2 daring pegang2 & peluk2.


Untuk episod ketiga ni.. Sambungan lepas depa pi cari baju pengantin kemudian terserempak dengan kawan lelaki si Iffat yang suka kat Iffat dalam diam tu dengan mak dia. Tiap kali terserempak dengan Raff tu Afeef macam cemburu jer.. Dijadikan kisah selepas depa pi cari barang2 nak kahwin Afeef bawa Iffat pergi dinner. Sebab makanan yang Afeef order terlebih pedas, kebetulan Iffat tak makan pedas so merajuk la si Iffat sampai balik.

Sampai kat rumah belum sempat Afeef balik Iffat minta izin kat mak dia nak keluar beli burger sebab lapar. Masa dia singgah nak beli burger tu dia terserempak dengan Raff. Masa depa tengah borak2.. kebetulan Afeef lalu & nampak. Bengang la beb bakal bini dok berborak dengan lelaki lain.

Video sedutan  episod 3 Drama Biar aku jadi penunggu

Afeef mula pelik dengan perasaan dia jeles dengan Iffat. Yelah.. dia nak kawen dengan Iffat bukan sebab dia suka kat Iffat pun jauh sekali cinta. Sekadar untuk memastikan plan dia berjalan lancar. tetiba jeles.. Tapi sebab dia malas nak layan perasaan tu.. Dia biarkan je berlalu. Tapi malam tu dia call2 Iffat tak jawab.. Gelisah jugak la. Iffat sesaja je konon merajuk. Yelah.. nak manja2 katanya. hehehehe

Dalam episod ni Afeef mula berjanji setia. Konon lepas kawen Afeef akan ke luar negara so mereka akan berjauhan. So minta Iffat setia dengan dia.. Hek kau!! Padahal nanti dia ke luar negara kawen dengan perempuan lain.. Ops.. tercerita pulak episod yang belum di tayangkan. Hahahaha...

Dalam episod 3 ni jugak Afeef & Iffat di nikahkan dalam majlis yang sederhana. Maka sah la mereka sebagai suami isteri. Yang turut menyaksikan upacara pernikahan tu adalah Raff.. sian Raff. Sedih yang dia tak boleh nak tunjuk kat sesapa bila Iffat jadi milik orang lain. Nampak tersiksa sangat muka dia tu. Nak buat macam mana tak mau cakap awal2. Lagipun jodoh adalah perkara yang tertulis sejak azali. Redha je la Raff.

Lepas kahwin so Iffat ikut Afeef ke rumah keluarga Afeef tapi malangnya adik perempuan bongsu Afeef awal2 dah tunjuk tak suka dengan Iffat. Sebab dia marah Abang dia tinggalkan damia hanya sebab mak dia tak suka. Bagi dia abang dia tak berusaha untuk damia. Tapi Iffat nampak macam tak kisah.. Lurus bendul sangat si Iffat ni macam tak faham orang tak suka kat dia.

Selepas selesai semua urusan.. Maka Afeef pun berangkat la ke luar negara. Tak tergambar perasaan Afeef akhirnya apa yang dia plan berjalan lancar. Masa lepas hantar Afeef naik flight Iffat terserempak dengan kawan satu sekolah dia.. Kat situ dia tahu damia juga keluar negara. Hati dia mula rasa tak best.. Jeng jeng.. jeng... Lepas ni akan berlaku la kisah yang lebih trajidis.. So kena follow episod yang seterusnya.. Akan lebih menyayat hati.. menyakitkan hati & menjerut hati katanya. hehehehe

Untuk episod 3.. berjaya jugak aku follow. Hope episod seterusnya pun aku mampu follow jugak. Semoga tak ada aral melintang pukang. hahahaha

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2.. AKHIRNYA IFFAT SETUJU BERKAHWIN DENGAN AFEEF

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 2.. AKHIRNYA IFFAT SETUJU BERKAHWIN DENGAN AFEEF. Nampaknya aku pun melekat lekit dah dengan drama kat slot Akasia TV3 kali ni katanya. Bukan pasal Janna Nick tapi sebab Ashraf Muslim. Almaklum la Ashraf Muslim ni kan selebriti berbini dua yang aku suka. Walau dalam drama ni bagi aku watak dia bawa nampak kurang berkesan tapi aku still suka tengok dia. Sebab aku suka dengar tone suara dia bila bercakap. Lelaki yang jenis macam ni memang susah nak cakap kasar atau nak bawa watak nakal2.. Sebab personaliti dia terlampau baik. hahahaha

Hero & heroin Drama Biar Aku Jadi Penunggu (Ashraf Muslim & Janna Nick)

Dalam episod kedua ni.. Afeef masih pujuk Iffat untuk kahwin dengan dia. Seperti di Iffat sedia maklum, Afeef ada makwe bernama Damia. Yelah.. depa bercinta sejak sekolah kan.. Of course la Iffat tahu depa kan 1 sekolah. Bila Iffat pertikaikan hubungan dia dengan Damia.. Afeef dah mula menipu part tu. Katanya dia dah lama break dengan Damia sebab mak dia tak suka damia.. Tapi part dia kena kawen sebab syarat mak dia kalau dia nak sambung belajar ke luar negara tu dia tak tipu la. Iffat.. nampak mula termakan dengan pujukkan Afeef tu mula memikirkan pasal lamaran Afeef ajak dia kahwin tu. Nampak Iffat pun dah macam setuju jer..

Video sedutan Episod Kedua Drama Biar Aku Jadi Penunggu

Jadi Afeef tak tunggu dah.. terus bagitau mak dia yang dia dah ada calon & calonnya ada Iffat. Memandang mak di Afeef ni tahu sikit2 pasal keperibadian Iffat so mak si Afeef setuju untuk terima Iffat sebagai menantu. Of course la Iffat ada banyak ciri2 idaman mak mertua. Perempuan baik kot.. hehehehehehe... Cuma Mak Afeef tak tau la plan di sebaliknya. Iffat cuma jadi objek untuk Afeef nak merealiasikan impian dia nak keluar negara & bersama kekasih hati dia Damia je. Kesian kan kat Iffat.. Mati2 ingat orang suka kat dia. Bayangkan kita kat tempat Iffat tu.. Ya Allah.. macam tak berharga sangat orang buat macam tu. Seolah2 kita ni terjadi dari sampah yang di kitar semula jadi manusia je. Sampah yang kitar semula pun kadang2 mahal jugak.

Maka rombongan merisik pun datang la kerumah Iffat Hamani.. Walaupun ketiadaan Iffat di rumah mak bapak dia. Sekali lagi Afeef guna teknik menipu. Katanya dia dah bincang dengan Iffat pasal nak kawen, just tunggu approval dari mak bapak Iffat je. Kemudian bila dengan Iffat dia cakap mak bapak Iffat & mak dia dah setuju mereka berkahwin. Plan tu dia cerita la kat si damia makwe dia tu. Memang makwe dia agak tak setuju. Gila kau nak setuju. Perempuan mana belum kawen dah tahu kena madu. Tapi terpaksa terima untuk pastikan Afeef boleh pergi belajar di luar negara.

Walaupun Iffat serba salah nak terima sebab dia pun rasa macam something sangat tetiba Afeef cari dia & ajak kawen. Pun macam tu sebab dia memang ada perasaan suka kat Afeef dia ignore je segala persoalan tu & terima juga akhirnya lepas pujuk rayu & janji manis si Afeef tu. Tapi kan.. nak kata Afeef menipu sangat pun tak juga. Dia nak mention kat Iffat antara sebab dia nak kawen dengan Iffat adalah sebab dia nak pergi belajar ke oversea. Cuma tu la.. Maybe sebab Iffat ada hati dengan Afeef sebab tu dia boleh terima jugak. Yelah.. orang dah suka sangat kadang2 memang senang orang nak ambil kesempatan.

Suka la si Afeef satu plan dia dah berjaya dan Iffat dengan yakin berpegang dengan janji setia palsu Afeef. Tak tau kenapa tang babak Iffat yang confident & suka sangat bila Afeef nak kawen dengan dia aku jadi kesian sangat.. Dia tak tau.. Dia bakal di lukai satu masa nanti. Kesian kan.. Ok la nangis siap2 untuk Iffat walaupun episod sedih tu belum lagi berlaku. Yang paling kesian.. Bila Afeef perkenalkan Iffat Hamani sebagai bakal isteri dia kat seorang kawan lelaki Iffat yang menyimpan perasaan kat Iffat tu.. Alahai tu pun sedih jugak. Tak sempat nak tackle wanita idaman tetiba dah di sambar lelaki penipu. Afeef nampak macam cemburu sikit pada kawan lelaki Iffat even Iffat tak ada pun perasaan kat lelaki tu.. Sebab nampak mereka agak mesra bila berbual.

Afeef pula lepas buat plan macam tu mula ragu2 dengan tindakkan dia yang mempergunakan Iffat untuk kepentingan peribadi dia tapi dia yakin apa dia buat bukan la teruk sangat so terus dia rasa tak bersalah. Hek kau!!

Bila dah kedua mempelai setuju nak kawen maka perbincangan antara keluarga pun berlaku untuk membincangkan tarikh pernikahan mereka. Maka Afeef & Iffat pun mula buat persediaan dengan membeli belah barang2 hantaran & keperluan perkahwinan mereka. Babak2 ni nampak bahagia & happening jer..  Masa fitting baju pengantin tetiba Afeef nampak macam Damia yang pakai baju pengantin tu.. Lepas tu bersambung.. Tunggu je esok pulak.

So episod kedua aku masih berjaya follow tanpa gagal. Untuk seterusnya tak berani jamin. Tapi kalau aku berjaya kesemua episod memang rare la hahahaha.. Almaklum la aku taste bukan tetap sangat walau aku minat cerita seram. Aku semua genre boleh masuk cuma filem2 macam ni je aku memang 'kenot go' sikit >> Hanya Peminat Filem Star Wars Je Akan Rasa Betapa Bernilainya giveaway Macam ni << Filem2 macam ni serius aku tak berapa boleh hadam. Hahahaha.. Aku kena tengok filem2 yang ada unsur realistik jugak walau filem seram kadang2 ada juga babak2 yang di reka2 & tak wujud pun dalam kehidupan tapi masih banyak babak2 yang dalam logik akal. hehehehe

Jadi.. Apa komen korang drama terbaru slot akasia ni setelah 2 episod bersiaran? Best ke tidak.. Bagi aku ok la.. Boleh follow sebab dari sinopsis akan ada babak2 yang lebih menyentuh hati. hehehehe

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 1.. RUPANYA INI SEBAB AFEEF NAK KAHWIN DENGAN IFFAT

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 1.. RUPANYA INI SEBAB AFEEF NAK KAHWIN DENGAN IFFAT. Hari ni dah start episod pertama drama 20 episod kalau tak silap, Aku bukan penunggu. Sebab baca sinopsis drama ni aritu macam best je nak follow so hari ni luangkan masa sekejab layan drama kat slot Akasia tv3 ni.. Nak tau juga kenapa Si Afeef jadikan Iffat sebagai objek untuk melaksanakan impian dia untuk sambung belajar ke luar negeri. Apa kena mengena Iffat dengan plan dia nak sambung belajar ke luar negeri.. Rupanya.. macam ni kisahnya...


Kisahnya si Afeef ni (watak hero yang di pegang oleh Ashraf Muslim) Mak dia bagi syarat kalau nak sambung belajar ke luar negara dia kena kawen dulu baru mak dia izinkan sebab mak dia tak mau dia buat perkara tak elok bila berada di luar negara nanti. Walaupun si Afeef ni dah ada gepren yang di cintai sejak sekolah menengah lagi.. Tapi mak dia tak berkenan dengan gepren dia si Damia tu.. Almaklum watak damia ni jenis perempuan urban, berpenampilan seksi & suka bersosial. Memang kira bukan taste mertua yang mementingkan nama baik keluarga. Mak si Afeef ni Bukan mertua yang jenis sporting tak tentu pasal la.

Sebab mak si Afeef ni reject damia.. so, afeef terpaksa juga cari jodoh yang mempunyai ciri2 yang mak dia boleh accept. Tiba2 dia teringat si Iffat (watak heroin yang di pegang Janna Nick) kawan satu sekolah dia yang memang senang kena buli & mempunyai ciri2 perempuan idaman mertua. Yelah si Iffat ni bertudung, sopan & tak suka bersosial. Kebetulan adik Afeef ni satu universiti dengan Iffat so dia guna adik dia untuk jumpa Iffat... sebab dia dok ayat dalam phone Iffat tak layan. Untuk episod pertama memang dalam fasa dok mengayat Iffat untuk kawen dengan dia supaya dia dapat sambung belajar ke luar negara & dapat bersama kekasih hati dia si Damia tu..

Geram pulak hati kita ni wak dengan jantan macam tu. Macam hati perempuan nerd ni tak ada rasa pulak di permainkan macam tu. Nerd ke Trendy ke hati manusia ni tetap ada rasa yang sama ok! Ingat tu para lelaki di luar sana. Hehehehe.. Nasib baik yang berlakon tu Ashraf Muslim so watak jahat dia tu nampak tak berapa nak di benci sangat. Dengan soft spoken dia.. Alahai.. tetap nampak baik. Walaupun berat hati tetap nak bagitau yang sebenarnya watak tu kurang sesuai untuk Ashraf Muslim. hahahaha.. Watak Janna Nick tu menjadi juga la nampak nerd dengan cermin mata bulat dia. Tapi takde macam tipikal watak nerd yang pernah ada dalam kebanyakkan drama2 yang kalau tunjuk nerd sampai nampak selekeh & pelik. Kira gaya nerd Janna Nick tu masih realistik lagi la.. hehehehe

First episod tu berjaya jugak la aku tengok episod seterusnya belum tentu.. hahahaha. Entah kenapa aku susah nak follow drama ber episod ni secara kosisten macam peminat drama melayu yang lain.. Tak kira drama tu aku minat giler pun mesti aku skip jugak episod dia. hahaha.. Mungkin jugak aku generasi kanak kanak 90an yang suka tengok cerita2 macam ni je dulu >> Inilah Hiburan kanak kanak yang membesar pada tahun 90an << Tu yang susah nak follow drama drama adaptasi novel yang menjadi trend zaman sekarang ni. Hahahaha

SINOPSIS PENUH EMOSI DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU

SINOPSIS PENUH EMOSI DRAMA BIAR AKU JADI PENUNGGU. Nampaknya Drama 7 Hari mencintaiku memang jadi trending & fenomena jugak la kat media sosial. Macam biasa aku tengok tapi skip skip. Kalau tengok jarang sangat nak fokus sejam depan TV tu. Episod semalam pun aku tengok awal & hujung jer.. Susah sangat nak tengok TV time2 macam tu. 7.30 memang budak shahila akan ambil alih TV. Dia nak tengok upin ipin pukul 7.30 kat tv9. Nasib baik la mak kau tak obses sangat dengan drama drama melayu ni nak Ooi.. Kalau tak mau nya lari cari batu belah batu bertangkup tak dapat tengok semua episod 7 Hari mencintaiku tu..


Semua sedia maklum malam ni episod akhir drama 7 Hari mencintaiku.. Aku teka je la ending dia mesti hero & heroin kembali bersatu sebagai suami isteri kot. Kalau sempat aku tengok la la.. Tapi bermula minggu depan 26 december 2016 drama baru akan memenuhi slot Akasia kat TV3. Drama yang juga adaptasi Novel bertajuk 'Biar Aku Jadi Penunggu'. Hero dia Asyraff Muslim & Heroin dia Janna Nick. Nampaknya Asyraff Muslim semakin aktif balik berlakon. Di gandingkan pulak dengan heroin yang tengah meningkat naik namanya sekarang ni, Janna Nick. Entah pasai apa laki aku tak minat dengan lakonan Janna Nick ni hahahaha...

Kisahnya pasal 2 orang kawan satu sekolah (lelaki & perempuan) yang di lakonkan Asyraf muslim & janna nick.. Depa ni berkawan sejak sekolah lagi tapi dalam persahabatan tu di salah guna oleh si hero. Si hero ni menjadikan si heroin batu loncatan untuk dia capai impian yang dah lama dia plan. Tapi dalam diam si heroin ni memang suka kat si hero sejak sekolah lagi. Bila di lamar si hero dia memang tak tolak la & berharap mereka boleh hidup bersama dengan janji janji manis si hero selepas pulang ke tanahair. namun selepas 2 tahun tiada apa2 berlaku hingga masuk tahun ke 3 si hero terus mendiamkan diri tanpa sebarang khabar berita. Siot punya jantan kan? Dah dapat apa dia nak.. Biar je si perempuan menunggu macam tugu negara. Sebab tu la kot tajuk dia Biar Aku Jadi Penunggu.. Ok sambung balik. Si Heroin ni tetap berpegang pada janji terus menunggu & menunggu walau hatinya terluka.


Lepas 3 tahun akhirnya balik jugak jantan tu bersama seorang kanak kanak yang comel. Akhirnya terbongkar budak comel tu anak kepada si hero bersama dengan seorang wanita yang di kahwini atas dasar cinta. Tapi jodoh tak panjang bini dia curang sebab belum bersedia nak pikul tanggungjawab. Pada muka kau jantan!! hahahaha... Maka kembali la si hero ni ke tanahair & ingin melaksanakan kembali segala janjinya pada si heroin dulu.

Perempuan mana tak hangin.. Bertahun tahun tunggu tetiba balik bawa anak kemudian nak tagih janji janji lama. Hek.. Kau!! Tapi walau terluka dia macam pasrah je & terima anak si hero dengan hati yang terbuka kerana naluri keibuan dah tersemat di hati si heroin tapi sebab hero tu pernah meragut kepercayaan dia maka timbul jugak perasaan ragu ragu.. Almaklum la.. Jantan ni kalau dia pernah buat sekali tak mustahil dia boleh buat perangai yang sama berkali kali kan... So, dia jadi tak bersedia untuk terima kembali si hero.

Dalam pada yang sama ada seorang lelaki yang dah lama suka pada si heroin. Ni kira watak pembantu la kot dalam drama ni. Tapi dia hanya mampu memendam perasaan. Almaklum la watak pembantu je tak boleh over sangat nak potong line kan.. hehehehe.. Nak2 lagi lepas hero kembali ke pangkuan si Heroin lagi la dia rasa macam tak ada harapan dah sebab dia tahu si heroin ni memang suka giler kat si hero.

Yang si hero masih gigih jugak la nak dapatkan semula si heroin sebab dia tahu si heroin benar benar menyintainya sehingga sanggup tunggu sehingga  4 tahun walau dia menyepikan diri tanpa khabar berita. Akhirnya sebab cinta sangat.. Si heroin terima juga la walau luka lama belum sembuh. Sekali lagi janji manis terpatri tapi cinta yang baru berputik kembali di uji dengan kehadiran bekas isteri si hero. Datang tu takde la saja nak tanya khabar jer.. Datang meraih kembali cinta lama la. Biasa la tipikal drama cinta mesti ada babak2 macam tu kan... Dalam pada yang sama si hero mula syak bukan2 konon macam si heroin ada lelaki lain.. sebab cemburu buta si heroin terpaksa tanggung duka & lara bila di tuduh bukan bukan.. Selebihnya nanti hangpa tengok sendiri 28 episod drama Biar AKu Jadi Penunggu yer... Dia jadi penunggu selamanya atau tetiba dia berubah jadi saka ke tengok la sendiri.. aku harap dia berubah jadi saka la.. Rasa macam bodoh sangat asyik kena buli je sebab cinta... hahahhaa

JUDUL : BIAR AKU JADI PENUNGGUEPISOD : 28 episodTARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2016HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petangSIARAN : Slot Akasia TV3PENULIS NOVEL : ArshaPENGARAH : Michael AngTERBITAN : Saphire Screen Sdn BhdPELAKON : Janna Nick, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Fahmy Reza, Octovia Manrose, Shah Iskandar, Nik Adam Mika, Azar Azmi, Amir Rahim, Jasmine Ashraff, Shah Sulaiman, Ziha Salleh, Roy Azman, Sharifah Shahora, Mahmod Ali Bashah, Wilma Muhammad

Tu dia tulis sinopsis drama tv pun penuh emosi katanya lekatlekit ni.. ni kalau follow dok dapat dosa maki depan TV ja hari hari. hahaha.. Kau Hado review drama dengan penuh emosi macam ni?? hahahahahaha... Drama sangat tau!!

Moral of the story.. Trend drama melayu sekarang kebanyakkan adaptasi novel yang tipikal sangat jalan ceritanya.. Dimana penulis2 drama yang best2 hilang. Adakah drama mereka dah tak jadi trend???

KURANG FEEL TENGOK LAKONAN SITI SALEHA DALAM DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

KURANG FEEL TENGOK LAKONAN SITI SALEHA DALAM DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU. Maaf yer peminat drama 7 hari mencintaiku & peminat pelakon cantik siti saleha tu. Korang kena terima dengan hati yang terbuka katanya. Jangan cepat sentap.. hehehehe... Sesungguh apa yang bakal ku tulis nanti bukan la cinta biasa.. erkk.. silap!! apa yang bakal ku tulis nanti adalah ikhlas dari hati. Bukan nak jadi rare atau lain dari yang lain..

Antara babak dalam 7 hari mencintaiku. Siti saleha

Sememangnya sejak dulu lagi aku bila tengok lakonan siti saleha ni macam kurang feel.. dia berlakon babak sedih pun tak mampu menusuk ke kalbu & dia berlakon babak romantik pun tak menusuk ke kelambu jugak. Tak tahu kenapa.. Mungkin riak wajah, tone suara & slang dia bagi aku macam tak berapa feel la. Berbanding pelakon Izreen Azminda yang bagi aku antara pelakon yang boleh bawa bermacam macam jenis watak. Kalau watak jahat pun kita boleh rasa benci tengok muka dia macam dalam drama Tentang Dhia dulu... Kalau bawa watak teraniaya kita boleh rasa kesian macam dalam drama Kerana terpaksa aku relakan & kalau bawa watak komedi pun kita boleh gelak jugak. Sebab bila dia membawa watak tu.. ekspresi muka, tone suara, dialog dia memang sampai la ke hati. Boleh rasa apa yang di lakokan tu.

Pelakon Izreen Azminda

Berbanding siti saleha.. even Drama 7 hari mencintaiku ni jadi trending sekarang tapi aku rasa macam spoil la pemilihan siti saleha sebagai heroin drama tu. Haritu aku tertengok episod yang si buntat mati tu.. Aku rasa yang menaikkan mood sedih masa babak tu cuma lagu Uji rashid jer tapi cara siti saleha melakonkan babak sedih tu macam tak berapa boleh feel sangat. Bukan sebab minat ke tak.. Aku memang tak ada fanatik sangat dengan mana2 pelakon sekarang ni. Yang mana aku rasa best.. aku cakap best. Yang tak best aku cakap tak best. Aku memang tak taksub sangat dengan retis dah. Zaman ketaksuban tu dah lama berakhir katanya. hehehe


Ini cuma pendapat aku jer.. Tidak mewakili orang lain. Lagipun pelakon zaman sekarang ni popular tak semestinya bagus.. Ramai je pelakon yang tahap amatur tapi popular mengalahkan pelakon profesional. Itu hakikat yang kita boleh nampak la.

Dan sebab tu aku tak follow sangat drama lakonan siti saleha tapi bukan la tak tengok langsung.. tengok jugak sikit sikit. Kalau tak tengok langsung tak boleh la nak komen lakonan dia, kan?? Jadi nak kritik ke puji ke kena tahu apa yang kita nak cakap tu... hehehehe

Aku ni bukan kata anti drama melayu atau tak minat langsung drama melayu cuma tak semua drama melayu tu aku follow je. Hanya drama drama tertentu jer.. Tapi ada orang memang tak tengok langsung cerita melayu..

Moral of the story.. Hope peminat drama 7 hari mencintaiku & peminat siti saleha tak touching dengan entri ni hehehehe

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG. Sekarang tengah di tayangkan kat TV3 drama cik siti. Sebenarnya drama ni pernah di tayangkan dulu.. Antara drama yang best jugak layan sebab di angkat dari kisah lagenda seorang wanita yang bernama Siti Aminah atau lebih di kenali dengan gelaran siti jalang.


Tapi dalam drama ni tak highlight la gelaran Jalang tu.. mungkin menjaga sensitiviti. Perkataan jalang tu kita sedia maklum agak kasar. Bagi yang tak pernah baca atau dengar kisah pasal lagenda siti jalang ni,, meh la sini den nak mengungkit kembali kisah lama yang semakin hilang di zaman moden ni..

Kisah ni katanya berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Mesti hangpa nak tau kenapa dia di gelar siti jalang kan? Adakah dia seorang perempuan tak baik.. Ops jangan buat spekulasi ok! Jom kita kembali ke kenangan lalu..

Mengikut cerita lagendanya, cik siti ni berasal dari kelantan & di pelihara oleh keluarga bangsawan bugis di kota tinggi sebagai anak angkat. Dia di gambarkan seorang yang cantik & menjadi rebutan ramai. Sebab anak dara angkat depa ni terlalu cantik maka keluarga angkat dia telah mewariskan satu ilmu pendinding dengan tujuan menjaga kesucian cik siti ni dari di aniaya lelaki lelaki yang tak bertanggungjawab.

Sampai la dia dah dewasa & di pinang seorang lelaki kaya. Maka berlangsung majlis perkahwinan dengan gilang gemilang. sehingga pada malam pertama mereka.. keadaan jadi huru hara bila si suami cik siti nak merasmikan malam pertama dia tak nampak tanda keperempuanannya. So, berpisah juga. Namun cik siti masih menjadi kegilaan lelaki & dia berkahwin buat kali kedua tapi perkara yang sama berlaku kepada suami keduanya maka dia di ceraikan keesokkan harinya. Perkara yang sama berlaku setiap kali dia berkahwin. Katanya perkahwinan beliau cecah 99 kali bersama 99 orang lelaki. Sehinggalah bertemu jodoh dengan suaminya yang ke 100 yang di gambarkan seorang yang warak dan mempunyai pegangan agama yang kuat serta ada ilmu batin yang mampu membuka kunci nafsu yang di warisi cik siti dari keluarga angkatnya. Dengan perkahwinan ke 100 tu je dia kekal hingga ke akhir hayat.Tapi malangnya mereka tidak mempunyai anak. Sebab banyak kali berkahwin sehingga 100 kali tu la dia di gelar siti jalang

Ada juga versi lain yang mengatakan cik siti meminta hantaran sebuah keranda & sekayu kain putih kepada lelaki yang meminangnya sebagai persediaan pengebumian suaminya keesokkan harinya. Sebab katanya cik siti memelihara kala jengking di bahagian alat sulitnya sebab tu suaminya akan mati pada malam pertama. Tapi kita sedia maklum kisah lagenda memang kita tak boleh claim ia benar2 berlaku sebab sejauh mana kebenarannya tak siapa boleh buktikan.

Macam tu la kisah lagenda siti aminah @ siti jalang ni. Dalam drama cik siti mungkin tak sama macam kisah lagenda tapi di angkat dari kisah yang sama mungkin di olah untuk sesuai dengan tontonan umum. Kalau yang tak minat drama melayu & memang tak layan drama cuma layan filem2 macam ni jer >> 6 Filem Hujung Tahun 2016 Korang kena tahu  << maybe tak layan la kot drama2 macam drama cik siti ni, kan? Tapi bagi yang layan drama macam aku, drama cik siti ni memang not bad la. Ok la nak sambung menonton jab hehehe

MENGIDAM MAKAN TAHI AYAM MASA MENGANDUNG

MENGIDAM MAKAN TAHI AYAM MASA MENGANDUNG. Hari ni lewat sikit layan blog sebab anak aku ada group therapy pagi. Selalunya pukul 11 pagi.. hari ni start 8.30 pagi.. so, pukul 7 dah kena merendah onak duri dia jalan raya yang sana sinun jam.. Nasib baik sampai awal & sempat singgah breakfast. Dah habis semua rutin mingguan tu, Sambil dok rehat2 selepas selasai mop lantai & cuci/ampai baju bajan.. boleh la layan rancangan bual bicara wanita hari ni. Hari ni topik mengidam.. Agak menarik.


Terdengar perkongsian dari penonton melalui media sosial yang katanya masa mengandung mengidam makan tahi ayam yang basah2 & berlendir. Aku sambil tulis ni rasa loya membayangkan.. Jadi aku tak sanggup nak bayangkan macam mana sipolan tu melayan mengidam dia makan tahi ayam. Kita ni bau tahi ayam pun ada yang muntah sampai cuci usus tu.. Ya Allah.. tak sanggup aku bayangkan orang mengidam makan tahi ayam. Serius.. geli geleman.. sat.. aku nak pi muntah dulu satgi sambung... hahahaha. Tapi katanya anak yang dalam kandungan yang menikmati tahi ayam bersama ibunya masa tu elok je membesar & sekarang bergelar seorang lecturer. Dia ada tanya adakah ada kaitan dengan makan tahi ayam? Kau jangan buat pasal.. kang orang percaya makan tahi ayam boleh buat anak di lahirkan tu jadi bijak pandai.. naik harga pulak tahi ayam. hehehehe

Dengar jugak panel jemputan pakar apa ntah lupa pulak aku dari Uitm, dia kata ada kajian mengaitkan mengidam benda pelik pelik ni sebab kurang nutrisi. Maknanya ibu2 mengandung yang mengidam bukan2 tu kurang nutrisi la kan.. Jadi para suami kalau bini korang mengidam pelik2.. bagi la dia makan benda2 bernutrsi sikit. Kang mengidam makan tahi ayam.. Orang yang mengandung dah habis sesi alahan.. kau pulak tetiba macam orang mengandung yang melalui trimester alahan. hehehehe

Melalui pembacaan aku hasil carian google mengidam ni memang berkaitan dengan kekurangan sesuatu mineral sebagai contoh mengidam jeruk atau snek, ia mungkin menunjukkan bahawa tubuh badannya kekurangan sodium. jika mengidam susu atau produk tenusu seperti keju itu menunjukkan kekurangan kalsium.Yang mengidam kek dan coklat atau sebarang benda manis Ia menunjukkan kekurangan keperluan kalori atau kekurangan Vitamin B.

Tetapi kalau yang mengidam benda pelik2 yang memang tak boleh di makan macam sabun,cat,minyak petrol bagai tu kena hati hati. Jangan ikut sangat perasaan & anggap masa mengandung semua benda jadi ubat kalau makan termasuk benda2 tu tadi. Sebab tadi ada pemanggil yang call berkongsi cerita dia masa mengandung suka makan sabun.. dia kata ada doktor cakap orang mengandung kalau makan benda pelik pun boleh jadi penawar. Agak pelik la pendapat macam tu. Keadaan mengidam macam tu di panggil pica. Sangat di sarankan agar berjumpa doktor jika anda mengalami mengidam pelik pelik macam tu untuk mengelakkan kemalangan jiwa berlaku pada ibu & bayi.

Apa yang kita boleh jadikan pengajaran dalam isu mengidam benda pelik2 ni.. masa merancang atau baru di sahkan mengandung tu banyak2 la berdoa supaya tidak mengidam pelik pelik yang mungkin menyusahkan orang lain. Mengidam ni sebenarnya boleh control cuma mungkin kebanyakkan ibu2 mengandung ni dah terbiasa amalan.. bila mengandung kena di layan macam permaisuri so dia takde usaha nak menyekat kemahuan dia yang pelik pelik sebab yang dia tahu sebab dia dah berkorban mengandung & akan melahirkan anak.. jadi apa salahnya suami bekorban jugak.

Tapi kan.. kalau aku mengandung lagi nak buat2 mengidam benda ni jer >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Manatau kot2 sebab mengidam dapat sebiji kan? Sebab suami aku pernah cerita wife sepupu dia mengidam motor pink masa mengandung.. so terpaksa suami dia belikan motor pink. hehehehe

Moral of the story.. Mengidam tu satu anugerah jugak cuma kalau melampau lampau mungkin memudaratkan bukan je kesihatan malah hubungan antara suami isteri.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com