CARA PALING SENANG BUAT BANNER SECARA ONLINE
Kalau nak buat secara manual nak setting size memang susah sikit tapi sekarang ni dunia hujung jari semua jadi mudah. Tak perlu nak bayar orang untuk buat banner simple2.. Kita sendiri boleh buat. Nak tau macam mana cara paling senang nak buat banner.. meh khatam entri ni dulu.Aku tahu ramai peniaga online yang nak letak banner kat blog tapi kadang2 tak reti nak buat banner sendiri. Tak reti nak buat template banner.. Nak masukkan gambar, text (caption) kat sini aku nak share satu application online yang memudahkan korang create banner sendiri. Apa2 size banner pun boleh...
Caranya clik kat website ni Banner Maker . Lepas clik link tu korang akan nampak template banner dalam tu. Ada pelbagai size. Contoh macam gambar kat bawah. Pilih banner size yang macam mana korang nak. Nak empat segi ker.. panjang ke.. pilih dulu ikut standard size di beri.
Bila dah pilih.. kalau korang nak setting ikut size banner korang.. korang boleh clik kat background & di bawah tu bahagian canvas size boleh setting size macam yang korang nak.
Kalau nak masukkan gambar pun korang just clik add photo.. so pilih dari mana gambar korang nak ambil & masukkan. Kalau nak buang gambar asal dari template just clik pada gambar & clik tanda X tu.
Nak tukar text caption tu cuma perlu clik pada text yang sedia ada pada template akan keluar kotak option & masukkan caption text anda.
Dah siap nak save banner anda sila ikut tutorial bergambar di bawah.
Senang tak? senang kan? Kalau setakat nak buat banner simple2 tak payah upah orang.. boleh buat sendiri tapi kalau nak letak banner iklan korang tak tau kat mana boleh letak kat blog den ni.. 200x170 hanya RM10 sebulan. Ni promosi awal tahun. Ada beberapa slot lagi kosong. Sapa nak meh la cepat...