DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA
DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA. Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha..Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu tahun ni raya dia lebih bermakna lah yer . Aku bayangkan dia beraya dengan penuh senyuman & kepuasan.. Apapun aku kena ucap terima kasih juga sebab dia pernah bagi aku rezeki untuk paid review yang dia ambil kat blog aku. Aku rasa aku tak ada apa2 dosa dengan dia sebab memang sepanjang aku bekerjasama dengan dia aku tak pernah pun menganiaya atau mengumpat atau ambil tahu apapun pasal dia sebab tu aku tak tahu rupanya dia ada connection dengan orang yang menyaman aku. Bayangkan aku tak pernah siasat pun siapa dia sebelum ni. Bagi aku antara aku dengan dia cuma atas urusan kerja. Apatah lagi nak menyindir atau mengumpat dia.. memang takde la sebelum ni.
Tapi tu semua asbab jer.. Sebenarnya apa yang berlaku semua dengan Izin Allah. Bukan kata Allah nak aniaya aku tapi mungkin ada sesuatu Allah dah rancang untuk buka semua mata mata yang tertutup melihat kebenaran. Kita tunggu jer apa akhirnya sebuah kisah sedih seorang blogger yang kena saman, sepanjang ramadhan 2017 ni katanya. Aku tak kata aku benar atau salah.. Tapi aku yakin kebenaran tu akan tertegak jugak. Kalah atau menang di mahkamah dunia bukan penentu siapa betul siapa salah. Moga yang benar di beri pembelaan sewajarnya. Sekali lagi aku cakap.. Aku tak kata siapa betul atau siapa salah. Cuma aku harap Allah beri kemenangan pada mereka yang benar. Amin....
Tahun ni aku rasa Ujian datang bertimpa - timpa jugak.. Selepas dapat surat saman.. dua tiga hari lepas dapat berita adik aku jatuh motor. Alhamdulillah sekarang dah ada berehat kat rumah. Lepas tu adik aku yang sorang lagi pulak jatuh dari bumbung sebab nak turunkan kucing. Sebelum tu katanya mak aku jatuh longkang depan rumah.. Masing2 tengah uzur la sekarang ada sorang jer kakak aku kat rumah untuk take over sediakan juadah raya mungkin mak aku bantu sikit2 kot sebab khabar dah boleh bangun sikit sikit. Yang jatuh motor dengan jatuh bumbung tu setakat ni masih di pembaringan la. Sepatutnya aku balik kampung & memasak untuk juadah raya. Tapi aku terpaksa spent duit yang ada untuk kes aku ni. Tu pun bukan cukup pun sebenarnya kalau nak ambil lawyer. Takkan nak menyusahkan adik beradik pulak kan. Kena la usaha sendiri... Apa yang berlaku sebab aku jadi aku la kena usaha cari penyelesaian.
Tetiba rindu arwah Ayah.. Kesian anak yatim beraya kat perantauan katanya. Erkk layak ke di gelar anak yatim lagi. hehehehe. Kalaulah arwah ayah masih ada.. Apapapun semoga Arwah Ayah damai di sana. Puteri2 Ayah Insya Allah.. akan terus kuat hadapi ujian demi ujian yang hadir. Yelah.. kami 6 adik beradik semuanya perempuan kan. Terpaksa masing2 men'sado'kan hati bila satu satunya lelaki dalam keluarga pulang kepangkuan pencipta.
Bohong la aku tak rasa sayu saat ni.. Dalam keadaan keluarga di timpa musibah macam tu aku tak dapat balik. Ya Allah semoga Dugaan ramadhan kali ni membawa seribu hikmah di masa akan datang. Moga aku dapat bayar balik moment2 yang sepatutnya jadi indah tapi yang berlaku sebaliknya.. Tahun depan. Moga kes saman ni dapat di selesaikan dengan cepat. Kalah atau menang.. dapat lawan atau tak.. terpaksa kalah sebelum bicara.. Aku redha Ya Allah. Sebab kemampuan aku sangat terbatas cuma selagi ada masa aku akan terus usaha. Bantulah aku Ya Allah.. beri aku kekuatan untuk hadap semua ni dengan cekal & tabah. Jangan sesekali detikkan rasa putus asa dalam hati ini. Sesungguhnya aku masih mahu berjuang dengan apa adanya, Insya Allah.
Apapun di kesempatan ini.. Aku nak mohon kemaafan kepada semua pembaca blog, kawan kawan.. andai sepanjang perkenalan kita ada kata2 yang menguris hati semua. Aku tetap doakan raya hangpa tahun ni menjadi raya terindah.. Selamat makan ketupat rendang lemang serunding bagai.. Lepas raya jangan menangis atas penimbang yer... kekekekeke