Showing posts with label sederhana. Show all posts

VIRAL KAHWIN BUDGET MENGAIBKAN SUAMI SEBAB TAK ADA DUIT

VIRAL KAHWIN BUDGET MENGAIBKAN SUAMI SEBAB TAK ADA DUIT. Lepas kes bergaduh pasal duit hantaran tak cukup.. Tapi ada kata mas kahwin tak bawa masa nak akad nikah & macam2 la version cerita pasal kes viral bergaduh tu. Biasa la masing2 nak membetulkan diri sendiri padahal perkara tu kalau ada tolak ansur & perbincangan secara berhemah kedua belah pihak tak jadi la viral yang memalukan. Muncul pulak viral kahwin budget. Ramai yang mula share pengalaman mereka kahwin tanpa perlu menggunakan budget yang banyak. Akad nikah di jalankan secara sederhana.. takde majlis grand2 bagai..


Tapi sayangnya perkara yang bagi aku baik untuk di viralkan supaya menjadi inspirasi pada orang lain untuk melakukan benda yang sama, ada jugak yang sakit mata & hati tengok. Ada yang kata mengaibkan pasangan. Tunjuk sangat la yang laki dia tu tak ada duit tapi nak menikah. Memalukan laki katanya. Ada yang tak suka katanya sebab seolah olah riak nak menunjuk mereka mampu buat tak tau je cakap2 orang pasal tak buat majlis besar besaran. Mereka bukan jenis tipikal yang buat majlis kahwin dengan kompang di palu bagai.

Tiada pelamin indah, barangan hantaran serta persalinan mewah tetapi sekadar majlis akad nikah ringkas dan jamuan makan di restoran dengan kos hanya RM800. lelaki ni kategori berkemampuan setakat nak adakan majlis kahwin siap dengan bersanding bagai tapi tetap memilih cara sederhana untuk majlis pernikahan dia. Untuk pengetahuan semua, beliau seorang pembaca berita sambilan tv9. Bagi dia bukan sebab tak mampu tapi dia rasa duit untuk elok simpan untuk kegunaan lepas kahwin bukan untuk di habiskan pada hari perkahwinan. Berita penuh baca la kat sini >> Harian Metro << Moral of the story.. orang yang terlebih mampu pun pilih cara sederhana kita yang kemampuan bawah hidung ni mohon la sedar diri, ye dak? Jangan lepas kawen orang pergi honeymoon kita kena garu kepala fikir nak tampung tu ini.

Niat antara mereka dengan Allah.. Tak mustahil ada yang tetiba rasa bangga bila  benda benda macam tu di pandang rare sebab dah tak ramai nak buat. Bila ada yang sanggup buat maka lebih dapat perhatian nitizen katanya. Maka muncul la golongan yang jeles mungkin sebab depa dapat attention dari masyarakat sebab buat sesuatu yang orang sekarang tak buat. Sebab sekarang ni, Paling2 pun mesti ada majlis kahwin, ada pelamin, ada makan beradap biadap bagai, ada acara merenjis renjis anak ayam atas pelamin.. bla.. bla... tipikal yang di tuntut adat. Takde semua tu majlis kawen ko di pandang low class, selekeh, miskin, sedih bagai. Tapi bagi aku biar perkara macam tu jadi trend & budaya untuk mengelakkan bakal pengantin membazir & sanggup berhutang semata mata nak buat majlis kahwin ala2 wedding of the year.

Dengan cara macam ni boleh ubah persepsi masyarakat yang suka membandingkan majlis kahwin orang. Bila masyarakat menerima perkahwinan yang di buat secara sederhana takde la orang rasa macam kena umpat je bila buat majlis kawen simple. Takde la mak bapak pengantin rasa maruah dia bagai di pijak pijak sebab anak dia kahwin, pengantin duduk bersila atas lantai je makan nasi minyak dengan gulai kawah. Sebab bila benda tu dah jadi trend maka ramai akan buat & tak jadi sesuatu yang pelik lagi di mata masyarakat.

Banyak manafaat kita bersederhana ni. Duit tak habis banyak, tak penat sangat, tak stress nak prepare macam macam benda yang kalau tak ada pun nikah tetap sah. Orang sekarang kawen tau je la.. dengan prop bagai.. dengan booth macam macam ada.. tak terhafal la makcik yang kawen cara budget ni. Pelamin pun tak ada jauh sekali prop, booth bagai. Yang ada makan minum untuk tetamu, kemas bilik letak cadar baru sikit, sepasang baju pengantin.. tu je la yang basic2 bagi nampak sikit macam pengantin. Hantaran barang pun tak buat. photographer pun ehsan adik beradik je tolong ambil gambar guna digicam sebab masa tu tak mampu beli dslr lagi. Alhamdulillah lepas kawen merasa la guna dlsr & merasa snap gambar kawen adik sendiri pakai dslr walau guna auto setting je. hahahaha

Kalau kita lihat dari sudut positif perkara ni,  aku rasa ramai yang sokong benda ni jadi viral & trend. Ia memudahkan urusan penyatuan dua hati untuk hidup bersama dalam hubungan halal. Mesti ada kata.. untung la lelaki tak payah nak struggle cari duit. Ada dua tiga ribu pun dah boleh dapat anak dara orang... Hello nak menikah jangan nak buat macam nak berjual beli sangat, hokay! Lagipun kalau ikutkan, majlis kahwin tu pihak perempuan yang perlu buat & kos di tanggung oleh wali pihak perempuan bukan pihak lelaki tapi sebab mungkin dah jadi budaya sekarang kebanyakkan lelaki kena sediakan kos untuk majlis kahwin sebelah perempuan orang jadi salah faham walau perkara tu tak salah pun kalau lelaki bantu ringankan beban pihak perempuan atas urusan majlis tapi jangan la melampau nak demand lebih2 sampai menyusahkan balik orang yang tolong. Mudahkan urusan yang baik.. salah satu cara untuk mengelak maksiat jugak. Allah dah janji ada rezeki pada setiap perkahwinan.

Dari berhabis untuk 1 hari sebab nak dapat pujian manusia jer buat apa.. Duit yang lebih tu mungkin boleh beli benda yang lagi best dari bayar sewa pelamin mahal2.. kek bertingkat tingkat.. kos nak merenjis, kos upah orang berkompang bagai tu. Semua tu untuk 1 hari ada lagi baik duit yang korang buat benda takde pekdah pada majlis kawen korang guna untuk beli benda ni >> Biar betul honor 5X baru hanya berharga RM899 << At least boleh jugak merasa pakai 2 - 3 tahun. ye dak??

Moral of the story.. Teruslah berkongsi pengalaman kahwin korang yang sederhana dengan budget yang rendah supaya boleh menjadi ikutan orang lain. Benda ni sangat bagus mengalakkan orang untuk tidak malu untuk buat perkara di luar kebiasaan masyarakat kalau benda tu memberi banyak kebaikkan dari keburukkan. Bagi aku salah satu kempen untuk mengalakkan orang buat majlis kahwin secara sederhana jugak. Insya Allah dengan besederhana tidak akan berlaku lagi kes bertumbuk kat masjid.

INI SEBAB YUSRI & LISA SURIHANI TAK MAHU TAYANG GAMBAR ANAK

INI SEBAB YUSRI & LISA SURIHANI TAK MAHU TAYANG GAMBAR ANAK. Sebelum ni kecoh la jugak pasal depa tak mau tayang gambar anak depa. macam2 orang hentam tanpa fikir cara orang membesarkan anak tidak sama. kalau depa bukan selebriti mungkin depa tak kisah sangat la bab gambar anak depa orang lain nak tengok. Sebab depa tau depa seorang artis & tempias selebriti tu akan dapat pada anak kalau terlampau di expose di media sosial atau media cetak.

Yang Mana meroyan sangat nak tengok gambar muka anak depa. Tengok la orang dah tunjuk. Kang tak dapat tengok manatau terus kena buasir ke hapa

Depa nak membesarkan anak depa seperti anak anak orang lain bukan seperti seorang selebriti macam anak che ta atau anak awal & scha. Bila budak tu besar nanti tak ada la semua orang kenal inilah anak yusri & lisa retis popular tu even memang masih ada orang akan tahu budak tu anak retis. sekurang kurangnya kalau tak di dedahkan sangat pada media tak semua orang tahu macam anak johan rajalawak tu. Bukan apa nak bagi peluang anak depa menikmati zaman kanak kanak macam depa kecik kecik dulu. Sebab depa bukan jadi retis sejak dari baby.

Lagi satu depa tak mau la kalau gambar anak depa di sebar merata alam maya.. akan di puji melampau lampau atau di keji. Aku pun seorang mak memang tak boleh terima benda2 macam tu nak2 orang mengata anak kita, kan? Jadi kalau tak nak kena keji maka perlu la sorokkan muka anak. Senang orang tak tahu muka macam mana.. jangankan keji, puji pun tak ada. Kalau tak nak anak kena kutuk jangan bentuk diri dia hidup macam selebriti yang semua orang kenal. Sebab kehidupan seorang yang di kenali memang akan sentiasa banyak judges di sekeliling dia tak kira yang profesional mahupun juri awam yang tak ada qualified.

Artikel penuh baca kat Media Hiburan Online

Setiap orang ada cara nak tunjukkan kasih sayang pada anak dia. Dan aku percaya apa yang depa buat ni sebab sayangkan anak jugak. Kita yang mengaku sayang adakah kita dah buat perkara perkara ni untuk anak. Jom semak balik. Apa yang kita dah buat untuk orang yang kita sayang. Adakah kita benar2 melindungi mereka jika berlaku sesuatu? Jawapannya boleh test kat sini >> Untuk Uji Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Bagi aku tak salah pun Yusri & Lisa nak buat macam tu. Anak dia suka hati dia la nak bentuk macam mana. Yang hangpa sibuk sangat nak tengok muka anak orang sampai nak langgar privacy orang tu dah kenapa.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com