Showing posts with label netizen. Show all posts

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA

CERITA MISTIK NETIZEN MALAYSIA. Walaupun bukan malam jumaat namun segmen seram serik lekat lekit tetap bersiaran. Tak ada istilahslam keliwon bagai malam paling afdhal nak cerita seram. Malam apapun boleh. Tak malam pun asal ada bahan kita on je la. Apadahal. Yang kau nak extreme sangat tunggu malam jumaat bagai nak menyeramakan rasa seram tu dah kenapa? Tu dia.. Tetiba garang kan? 

Kita dan cerita mistik memang tak dapat di pisahkan sebagai umat islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib. Dalam kehidupan kita bukan ada apa yang kita nampak dengan mata kasar sahaja. Ada makhluk yang Allah tidak memperlihatkan pada manusia dengan mata kasar walau sesetengah orang di beri kelebihan untuk nampak dan boleh berinteraksi dengan makhluk alam ghaib ni tapi bukan semua orang. Dan ia bukan perkara normal. Sebab tu ia di panggil paranormal.

Tak kira zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang tidak memupuskan makhluk alam ghaib ni. Mereka juga berevolusi mengikut peredaran zaman. Kalau tengok konten kat tiktok konon pengamal perubatan alternatif yang merawat mangsa gangguan makhluk halus tak kira sebab sihir atau apa.. Depa tau tengok tiktok wei. Tapi tu la cuma konten tu aku sendiri tak pasti samada benar atau sekadar konten. Sekarang ni macam macam boleh jadi. Benda yang tak ada di ada adakan sekadar untuk konten media sosial. 

Semalam terbaca satu posting dari page hiburan kat facebook pengalaman netizen yang melalui peristiwa mistik. Bagus juga share kat blog ni kan.. Santai santai kita membaca sekadar hiburan. Tak payah ambil serius sambil terbawa bawa dalam kehidupan seharian pulak. Satgi hidup hangpa di selubungi misteri..

Antara pengalaman mistik yang berjaya aku screenshot hangpa boleh la baca kat bawah














NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU

NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU. Tu dia.. lama tak mengulas isu isu semasa ni kan? Bz mengalahkan orang yang tercalon sebagai wakil rakyat untuk PRU14 pulak. PRU 1 hari je.. Kes den ni dah makan tahun pun tak settle lagi. Mana nak fikir nak cari sumber kewangan.. Ingat senang ke orang susah nak fight kes saman sivil yang mahal kosnya ni. hehehehe

Back to the topic katanya.. sapa tengah survey menantu time ni la makcik pakcik boleh buat penilaian kepada calon calon menantu. Time lain kadang kadang tak nampak sangat perangai sebenar seseorang tapi time PRU habis terlondeh sampai nampak spender.


Dulu hangpa kata jari lekatlekit ni lantang, garang.. Kalau komen atau bagi ulasan apa2 isu kemain dia. Berani nau! Ayat tu pedih hingga tembus jantung hati limpa bagai. Tu sebab kena saman.. Baru padan muka dia. La.. reti pulak minta simpati orang tolong derma nak settle duit bayar loyer.. Takpa den terima ja kritikan membina & membunuh tu. Apa yang baik saya ambil untuk perbaiki diri & apa yang sampah den hantar ke dalam 'dust bean'. Hangpa manusia manusia lindungan kaabah.. Kata2 sopan tertib lentik.. Jangan jadikan den sebagai contoh dalam kehidupan hangpa, OK!

Tapi Mai musim PRU, masing masing tunjuk dah kaler sebenar. Luar putih tempek merkuri.. dalam barai hancur lebur di mamah racun berbisa katanya. Tu dia pesta maki hamun, kutuk,kecam, sindir, ejek, hina semua ada. Yang mana dok kata aku mulut lantang tahap norrojim dulu.. sama level dah tu. Beza den kena saman sebab mengulas secara outspoken isu produk merbahaya.. depa belum kena saman dok mengecam, menghina, mengutuk, mengumpat, mengata, memfitnah isu isu berkaitan PRU & politik. Gamaknya kalau cakap isu politik ni semua jadi halal kot.. maki halal, mengumpat halal, menghina halal, memfitnah halal.. halal.. bla.. bla.. bla.. JAKIM dot com dot my.

Orang kena saman sebab penulisan lantang ni ja orang nampak jahat.. Kalau tak jahat sapa nak saman katanya. Saman sivil ni ikut nasib la.. Hangpa berani dengan orang yang hangpa tau takkan ambil tindakkan undang undang kat hangpa ja.. Tapi try tengok jentik orang yang sikit sikit see u in court kalau hangpa betul betul berani? Macam den boleh la hangpa kecam, hina, kutuk, fitnah bagai.. sebab hangpa tau den ni tak berkemampuan nak ambil tindakkan undang undang kat hangpa.. Tak ada pengaruh kuasa & harta. Tapi tu la kuasa Tuhan kan.. Dia atur elok dah. Someone yang nothing dia bagi jalan macam mana nak fight lepas kena saman. Kuasa Allah ni sapapun tak boleh lawan, Ingat tu!!

Kami kami yang mulut 'cambabi' mengikut gelaran segelintir netizen ni dah terang terang tunjuk kelantangan kami bila menentang sesuatu.. Tapi hangpa yang selama ni dok tunjuk warak, alim, siang malam bertakzirah tu apsal la musim PRU terus iman lebur bagai bunga bunga cinta layu di pusara? Ke selama ni cuma 'act' je macam malaikat hakikat sebenar.. Sama je kita. Cuma malu nak ngaku.. kan? krik krik krik..

Orang kata bangkai memang tak boleh nak sorok.. Perangai sebenar yang kita cuba sembunyikan sampai satu masa benda tu sendiri akan appear tanpa kita sedar. Bukan saya suruh jadi diri sendiri walau buruk perangai tapi jangan hipokrit sangat la. Jangan asyik dok muncung kat orang.. tapi lupa kita sedang mengata diri sendiri.

Kita ni manusia biasa jer.. dalam baik kita tetap ada buruk yang kita tak dapat nak elak. Kita takkan mungkin jadi sempurna. Jangan pernah rasa diri lebih baik dari orang lain sebab perkara tu sebenarnya membuatkan kita tak nampak keburukkan kita. Saya sendiri pun tak pernah mengaku saya baik dalam semua perkara.. Dan saya tak rasa pun saya lebih baik dari orang lain. Apa yang saya tulis sekadar pesanan untuk sesama kita. Kalau nak tunggu jadi baik & suci dari dosa maka tak ada sesiapa layak untuk menyampaikan kebaikkan pada orang lain.

Moral of the story... Sapa makan cili terasa pedasnya. erkk.. terasa pedas pulak. Maka den mengata diri sendiri.. hahahahhaa. Chow.. sin chi dulu Uolls. Assalammualaikum.

OWL EZIP INSTANT SHAWL MESRA TIDUR NORA DANISH JADI BAHAN KETAWA

OWL EZIP INSTANT SHAWL MESRA TIDUR NORA DANISH JADI BAHAN KETAWA. Tadi nampak orang mula memviralkan gambar Nora Danish mempromosikan satu Instant Shawl yang di beri nama Owl EZip semi Instant Shawl.. Tak pepasal la jadi bahan nitezen kat media sosial. Masing2 berebut nak keluarkan jenama shawl @ tudung sendiri.. Nak lari dari nampak sama so kena buat kelainan sampai kadang2 rasa kelainan tu dah terlebih pelik pulak..


Mula aku tengok Shawl yang di gayakan Nora Danish takde la apa yang pelik sangat. Nampak cantik sebab orang yang pakai pun dah sedia cantik & di solek cantik. Lepas tengok gambar2 demo dia dengan shawl tu.. Rasa nak gelak ada.. Rasa tertanya tanya jugak apa fungsi Zip yang tutup satu muka macam tu. Orang pakai purdah @ nijab pun tutup dari bawah mata hingga ke bawah jer.. Takde la extreme sampai tutup 1 muka macam tu. Kalau kat negara arab pun yang tutup biji mata pun guna kain yang jenis yang jarang2 tu.. Gila nak tutup sampai tutup pandangan mata. Banyak komen yang gelakkan shawl EZip ni, ada yang kata perompak/penyamun boleh jugak pakai shawl ni kalau nak merompak.. yelah, lain sampai pelik. Di luar logik akal kot orang nak zip satu muka macam tu.

Tapi bila baca salah satu komen kat situ.. Katanya ia berfungsi mungkin masa travel jejauh yang memerlukan perjalanan masa yang panjang & nak tidur tanpa gangguan cahaya boleh la zip satu muka. Tapi serius kelakar pulak aku tengok. Rasa tak sampai hati nak buat macam tu nak2 lagi dalam public transport. Takut jadi viral.. hehehee

Dah macam ultraman pun ada jugak rupanya ni hehehe

Aku ni jenis tak suka yang pelik2 & lain sangat sebab aku suka jenis fesyen yang simple & menarik je. Simple pun tak sampai la keluar pakai selipar jepun. Aku tak simple sampai tahap tu.. Aku suka simple tapi kemas la. hehehehe

Apapun takde la pelik atau lain sangat shawl Nora Danish peragakan ni.. cuma tang zip tu je. Tapi jangan risau asal retis je jual mesti ada orang nak beli. Walau pelik ke jelik ke tapi bila orang tanya boleh la cakap ni shawl Nora Danish,ok! hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com