AWAS! JANGAN BAGI ANAK ANAK GOOGLE NENAS
AWAS! JANGAN BAGI ANAK ANAK GOOGLE NENAS. pagi pagi lagi dah baca status sifu Hasrul Hassan pasal NENAS. Bagi kita nenas.. biasa jer buah buahan tempatan yang kalau silap kupas kulit boleh bergaru lidah lepas makan. Sebab tu aku tak suka makan nenas.. Aku macam jadi seriau nak makan nenas terbayang lidah gatal gatal.. Sama macam sayur batang keladi. Rasa nyilu bila terbayang kegatalan tu. hahahahaSumber Google |
Tapi apa yang bahaya sangat Nenas di Google ni?? Kalau korang Google dengan ejaan NANAS maybe takde bahaya sangat tapi kalau dengan ejaan NENAS.. risau pulak kalau anak anak kita yang google nak cari gambar buah tu kan? Bunyi macam sama jer NENAS & NANAS tapi ketahuilah kalau anda google NANAS dia akan keluar gambar buah nanas tapi kalau NENAS yang keluar buah lain pulak... Bukan kategori buah buahan tempatan dah... Nak tau try Google
So, perlu kita tahu & memberitahu anak anak kita ejaan buah NANAS adalah N.A.N.A.S bukan N.E.N.A.S.
Moral of the story.. pentingnya kita tahu ejaan yang betul setiap benda tu. Even dengar bunyi sama.. Kalau silap eja macam Nanas & Nenas tu tapi bila google jawapan dia mungkin mengejutkan anda. Jadi.. Sila rujuk kamus dewan bahasa & pustaka bagi memastikan kita mengeja perkataan yang kita nak cari di google tu dengan betul.
P/S : confirm ramai yang sedang google nenas sekarang ni kan? hahaha sama la aku lepas baca status hasrul hassan. yelah kita manusia penuh dengan sikap ingin tahu & kadang2 menyibuk jugak. hahahaha