GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGAN
Semalam hari minggu maka hari untuk melihat dunia luar. Yelah.. hari2 bekerja ni banyak terperap je dalam rumah maka hari minggu la hari yang paling di nanti nantikan surirumah macam den. Tak larat dah nak baca berita online & blog nak juga tengok kehidupan manusia di luar sana. hahahahaha.. statement macam tak pernah keluar rumah.Mula2 destinasi pertama keluar dari rumah mencari makan untuk tengahari walau time tu dah masuk waktu petang. Pergi ke Taman melawati.. Singgah kat gerai melawati Nasi ayam hainan singapore katanya. Kat dalam kedai makan tu banyak gerai tapi saja highlight Gerai nasi ayam tu sebab kisahnya berkait dengan gerai nasi ayam.
Memang ramai orang semalam.. tak tahu la sebelum2 ni ramai ke tidak. Nak kata tak pernah makan kat situ rasanya pernah juga dulu2. Tapi tak sure la pulak memang hari2 minggu kat situ memang orang makan ke tidak. Bapak si lala pergi la order 2 pinggan nasi ayam. Ayam dia minta bahagian dada. sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain tak kira la KFC ke RFC ke apa je masakan yg ada ayam dia minta bahagian dada kecuali ayam yang dah di potong kecik2 (potong dadu) yang selalu kedai atau restoran guna untuk masak nasi goreng atau apa2 masakan panas. Masa order tu takde pulak akak nasi ayam tu cakap apa2.. bila sampai jer order bapak si lala tengok ayam tu bukan bahagian yang dia nak. Jadi dia panggil balik akak nasi ayam tu cakap...
Tersentak jugak dengan suara lantang & nyaring sambil sibuk hantar order nasi ayam meja yang berjiran dengan kami dia kata.. "ayam tak boleh pilih2. Ayam tak cukup." Memang ayat dengar tak apa2 tapi dengan nada suara & cara dia cakap tu boleh la kategori kurang ajar jugak la. At least ko cakap baik2.. minta maaf ke hapa takde la sakit hati. Ni suara mengalahkan petir dengan muka macam longkang tersumbat terus temperature naik Uols. Nak2 lagi memang suasana pun tengah panas.
Bapak si lala cancel je nasi ayam tu suruh akak tu angkat balik.. kami makan laksa yang ada jual gerai dalam situ. Lepas makan laksa berdesup ke Bukit antarabangsa makan Chinese food kat Haji shahrin low muslim Chinese food. Senang je nak minta ayam bahagian dada. Takde kena tengking.
Bukanlah nak jatuhkan bisnes orang melayu Islam.. tapi ini kita macam teguran la buat semua peniaga yer.. Even ko banyak pelanggan, ko sibuk.. ko penat.. ko tak patut nak tengking pelanggan sedangkan laki den tu tanya dengan perlahan & baik2 bukan dia maki pun akak tu. Ko patut bersyukur pada hari yang ramai pelanggan sampai tak cukup ayam ko nak hidang apatah lagi kakitangan nak layan bukan ko tunjuk muka stress bila ko penat. Kalau ko nak kerja rilex maka hari2 ko doa la kat Allah supaya jangan ramaikan pelanggan datang makan kat gerai ko supaya ko boleh kerja sambil bersantai & menikmati hari tanpa lengguh walau sehelai urat pun kat badan ko. Bila bisnes tak maju merungut bila ramai orang jadi berlagak. Maybe dia fikir setakat sorang customer lari tak rugi perniagaan dia hari tu kot. Amalkan la mentaliti macam tu yer.. 1 hari sorang ko buat kalau hari2 ko kira la sendiri. Meniaga pandai tak kan buat kira2 tak reti kot.
Lepas je makan.. pergi stesen Komuter kg batu.. park keta kat situ.. Amik komuter pergi sogo. Konon support hari tanpa kereta la.. walhal saja je nak mengelak jam alih2 tak jam la pulak. Takpe at least merasa budak lala naik komuter ni. Mak lala pun boleh kira la bapa kali je pernah naik pengangkutan awam kat KL walau dah dekat 7 tahun berhijrah kesini. Seronok la jugak sekali sekali naik sebab semalam tak ramai orang. Lengang je.
Abaikan rambut dah serabut tu. dah tak larat nak sikat.keaktifan beliau menyebabkan dia tak mempedulikan penampilan diri lagi