HANTU PENANGGAL BURU WANITA LEPAS BERSALIN
Buat sekian kalinya sang lekit nak kongsi lagi kepercayaan Hantu di kalangan masyarakat melayu dulu kala. Kali ni sang lekit akan mengopek tentang Hantu Penangal. Hantu penanggal ni juga di kenali sebagai hantu hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah. Jom kita kenali asal usul hantu penanggal/hantu tengelong/balan - balan ni.Hasil carian google. Sekadar hiasan
Mereka yang mengamalkan ilmu ni juga di percayai menyimpan cuka bagi tujuan memeram urat perut agar kecut sebelum di cantumkan kembali ke badan. Di cerita juga bahawa sekiranya ada orang yang terserempak dengan tubuh hantu ni kemudian di terbalikkan, hantu ini akan bercantum secara terbalik juga dengan kepalanya. Dengan itu rahsia hantu ni akan terbongkar.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggal bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggal adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.
Hantu penanggal adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggal akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. .Penanggal juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.
Tapi zaman sekarang ni ada ke lagi orang percaya akan kewujudan hantu ni? Memang masih ada yang mengamalkan ilmu hitam tapi kes - kes wanita bersalin kena hisap darah dengan hantu penanggal belum lagi la kita pernah dengar kan?? Kalau betul ada, hantu penanggal ni tak payah merayap jauh2.. Cuma tunggu kat wad bersalin jer. Banyak hidangannya di sana.
Apapun kepercayaan kita harus percaya pada yang Satu, iatu Allah. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah jadi mohonlah perlindungan dari Nya agar di jauhi dari gangguan2 syaitan, jin & iblis. Entri ni sekadar berkongsi informasi tentang kepercayaan hantu di kalangan masyarakat melayu bukan untuk di percaya sehingga memesongkan akidah.