DENGKI DENGAN CIK MAT GEBU
Hang ni penuh hasad dengki sungguh.. Tak boleh tengok orang berjaya sikit kan? Mula la rasa tak senang duduk. Dah la dengki habaq terus terang pulak tu. Hang tau ka siapa Cik Mat Gebu tu.. Berapa ramai rakyat Malaysia yang kenai dengan nama Cik Mat Gebu walau tak kenai siapa orangnya..
Misteri yang tak terungkai selagi korang tak bertandang kat rumah mat gebu. -sumber google-
Op's.. tetiba terbabas dari topik pulak. Kisah dengki dengan cik mat gebu ni bukan la dengki hapa sangat pun. Aku dengki la selain dia rajin & pandai masak dia jugak pandai ambil gambar yang buat orang lain meleleh air liur & airmata lihat kesedapan yang tergambar di gambar hasil tangan gebu cik mat gebu katanya..
Sebab kecantikkan gambar yang menyebabkan kesedapannya terpancar di setiap gambar masakan cik mat gebu tu aku turut rasa dengki dengan skill cik mat mengambil gambar. DSLR yang dah lama tersorok, sekarang dah makin rajin ku belai2 & ku picit2 punat nya. Even skill mengambil gambar sedap macam cik mat gebu tu masih belum graduate katanya tapi gigih ni aku belajar sendiri. Cari sisi2 menarik gambar makanan agar nampak sedap. Tapi setakat ni belum berjaya.
Takat ni la aku mampu. Semua makanan simple2 je satgi tunjuk makan sedap2 sangat jadi kontroversi pulak. hahahaha. Dari camera gajah tersadai, aku manafaatkan la kan
Hope takde la yang tuduh aku nak menayang apa aku makan.. Bukan semua pun apa aku makan aku tayang. Aku tayang tu salah satu sebab aku tengah gigih belajar nak ambil gambar cantik kedua sekadar nak IG aku nampak aktif je.
Moral of the story.. Tak semua dengki itu bersifat ingin menjatuhkan atau menjahamkan orang lain. Dan tak semua kritikan itu berunsur dengki. Dengki boleh jadi motivasi kalau dengki secara positif & boleh menjadi satu perkara yang membina jika terima dengan hati yang terbuka.