Showing posts with label Collagen Plus Vitamin E. Show all posts

PENGAKUAN BEKAS PENGEDAR PRODUK COLLAGEN PLUS VITAMIN E, BAHAYA UNTUK KULIT

Semalam terbaca satu status berkenaan produk ni yang tak selamat tapi tak tahu sejauh mana betulnya gosip tu so aku pun nasihatkan la seorang adik juga pengedar produk CPVE ni supaya siasat betul2 gosip tu & ambil langkah berjaga jaga. Kalau terbukti selamat, sediakan bukti sekiranya soal keselamatan tu di pertikaikan.

Hari ni terbaca kat satu blog bekas pengedar juga pengguna krim CPVE ni walau hanya 4 hari tapi kesannya agak menakutkan. Kulit dia yang dulunya tak bermasalah.. lepas 4 hari penggunaan produk CPVE ni keluar jerawat bernanah.

Ni gambar aku ambil dari blog tuan punya testimoni produk ni. Kalau korang nak baca cerita penuh pengalaman ngeri dia guna produk CPVE ni korang boleh baca kat Sinar Raudah

Aku bukan pengguna produk ni.. Terus terang aku sekarang memang tak berapa berani nak cuba produk2 yang di jual secara online. Memang aku ragui keselamatan produk2 yang banyak di jual secara online ni. So, aku ambil keputusan guna je produk2 yang ada jual kat farmasi, guardian, watson & kawasan2 sewaktu dengannya yang aku yakin dengan tahap keselamatan & kehalalannya.

Nasihat aku pada mereka yang obses sangat dengan produk kecantikkan yang di jual secara online ni.. Please periksa betul2 status KKM, Halal & sebagainya sebelum menggunakan.Kadang2.. depa ni letak je logo KKM & halal padahal tak pernah apply pun. Tu yang jenis menipu yang terang2 memang tak pernah apply pun ada pun still orang berani guna. Bukan kata produk yang takde kelulusan KKM & Halal Jakim ni tak selamat & tak halal tapi sebagai pengguna kita ni bukan pakar sangat nak memahami ingredient produk tu nak2 lagi dalam bahasa saintifik ni.. Kalau dorang tipu bahan2 yang di gunakan pun kita tak tahu, ye dak?? So, kita terpaksa bergantung pada pengesahan dari KKM & halal Jakim je la untuk pastikan produk tu selamat & halal. Tapi terpulang la kalau yang berani ambil risiko.. silakan. Tubuh badan anda, hak anda.. tak gitu??

So, pada pengedar mahupun pengguna aku tak kata produk CPVE ni di sahkan tak selamat yer.. cuma aku share pengalaman bekas pengedar & pengguna produk ni je. Terpulang pada korang untuk membuat penilaian. Kalau korang rasa ok teruskan la. Sebab risiko masing2 tanggung.

Ni aku ambil pengakuan dari pengguna CPVE yang komen kat wall FB aku sendiri.
Ni pengakuan dari kawan sekolah aku. Dia ni memang kulit takde masalah & memang comel orang dia

Ni hasil siasatan aku dengan en google. Antara blogger2 yang kongsi pengalaman ngeri mereka selepas guna produk CPVE
http://shawluver.blogspot.com/2013/12/collagen-plus-vitamin-e-bahaya.html
http://knnessa.blogspot.com/2014/02/awas-aku-dah-buang-set-collagen-plus.html

P/s : Entri ni tak berniat nak tutup periuk nasi sapa2. Aku sendiri pun tak tahu sejauh mana sambutan orang ramai pada produk ni. Aku sekadar berkongsi sesuatu yang mungkin boleh membantu orang lain. Sekiranya produk ni memang selamat & ada bukti2 yang mengesahkan ia selamat di gunakan.. kalau mana2 pengedar nak aku sebarkan pun boleh. Asalkan ada bukti yang boleh di percayai bukan cakap2 mulut ke mulut je

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com