RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA
RAMAI PENIAGA ONLINE BUAT BENDA HARAM NI TAPI TAK RASA BERDOSA. Zaman sekarang sesiapa saja boleh berniaga tak kira la dengan mengeluarkan produk sendiri atau sekadar menjadi agent, seller & buat dropship. Kemudahan teknologi sekarang secara tak langsung memudahkan urusan perniagaan di jalankan tak kira dimana saja semudah hujung jari. tak perlu ada modal pun boleh berniaga. Yang penting ada smartphone katanya.. Itulah trend sekarang. Berniaga secara maya @ online.Di sebabkan ramai yang berniaga maka semakin banyak la persaingan dalam perniagaan ni. Masing masing berlumba lumba nak apa yang mereka jual laku & dapat sambutan. So muncul la macam macam strategik marketing yang kadang2 menjelikkan, mengelikan & memualkan. Tak kurang juga yang selitkan penipuan dalam marketing depa. Ada yang menipu besar contoh jual produk kosmetik beracun claim produk organik la.. natural la.. dari herba semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya padahal 3 - 4 kali dah tu kena banned dengan KKM sebab di kesan ada bahan terlarang. Ada yang menipu yang konon tipu sunat.. Jadahnya tipu sunat. Produk bawa pengkelasan makanan yang sebenarnya tak ada apa2 khasiat merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit atau masalah. Cuma produk makanan atau minuman biasa yang maybe sekadar nak bagi tenaga atau nak sedapkan tekak jer.. Tapi dia punya claim.. Nyawa pun boleh topup.. apatah lagi setakat penyakit kencing manis, kencing kawan, kencing berdiri mahupun kencing malam.. Tu pun dalam kategori menipu dalam marketing juga. Sebab dia nak orang produk dia.. setakat bagitau produk minuman berperisa sapa la nak beli kalau harga Tel Aviv kan? Baik minum milo je.. sama je fungsi dia.
Apakah hukum menipu dalam marketing ni? Kalau dah menipu tu.. Memang bukan benda baik la. Kalau dah tujuan buat dengan niat tak baik of couse la berdosa kan. Tapi tipu dalam marketing ni pulak macam mana? Nak nak alasan depa cari makan.. Cukuplah sekadar boleh buat banglo 10 tingkat.. setiap tahun holiday oversea.. boleh tayang barang branded, kereta mewah bagai. Takkan nak tayang naik myvi je kan.. Nampak low class katanya.
Rujukan ni saya baca di website rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Untuk tidak mengundang salah faham kepada pembaca blog ni saya copy semua kenyataan dalam lama web rasmi tersebut lah yer.
Soalan
Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?
Jawapan
Pengenalan kepada Marketing
Marketing atau pemasaran ialah aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak melalui proses pertukaran.
Antara tujuan pemasaran ialah sebagai cara untuk memperkenalkan suatu perniagaan kepada masyarakat, melalui produk yang dibuat oleh perniagaan tersebut. Maka di atas tujuan inilah, para peniaga melakukan aktiviti pemasaran untuk memperkenalkan produk atau barang jualan kepada masyarakat. Pemasaran juga dilakukan bagi melonjakkan hasil pendapatan daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan.
Atas tujuan ini beberapa penipuan dilakukan bagi mencapai tujuan di atas. Penipuan ini sama ada dilakukan secara lisan, atau melalui penulisan di sosial media. Antara kaedah yang digunakan ialah menulis kisah-kisah rekaan di media sosial tentang sesuatu perkara, sama ada kisah rumah tangga, atau kemalangan yang direka-reka. Terdapat juga kaedah mempamerkan bahawa perniagaannya di kunjungi ramai orang, dengan mengupah orang untuk melakukan fake review dan pelbagai lagi bentuk penipuan.
Berdasarkan permasalahan di atas, kami akan mengupas bagaimana Islam memandang isu ini.
Hukum Marketing (Secara Umum)
Islam menghalalkan segala urusan jual beli secara umumnya yang tidak berkait dengan riba. Firman Allah SWT:
وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksudnya: Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
(Surah al-Baqarah: 275)
Berdasarkan nas Al-Quran di atas, hukum melakukan aktiviti marketing adalah harus berdasarkan kaedah fiqh:
الوَسَائِل لَها أَحْكَام المَقَاصِد
Maksudnya: Wasilah (medium untuk mencapai sesuatu tujuan)akan mengambil hukum maqasid (tujuan)
Hukum Najsh
Ada sejenis amalan dalam urusan jual beli yang diharamkan oleh Nabi SAW iaitu najsh[3]. Najshialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya. Tujuannya supaya orang lain merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan membelinya dengan harga yang lebih mahal. Najsh pada asalnya bermaksud menyembunyi kerana perbuatan orang ini menyembunyikan niatnya.
Perbuatan ini adalah haram berpandukan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar R.Anhuma katanya:
نَهَى النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّجْشِ
Maksudnya: “Nabi SAW melarang najsh.” (Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah).
Riwayat al-Bukhari (2035) dan Muslim (1516)
Jika terdapat bukti perbuatan tersebut adalah hasil perancangan penjual dan najsh (orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak berniat membelinya), mereka berdua telah melakukan perkara yang haram.
Penjual dianggap telah menipu pembeli dan dengan itu pembeli berhak menuntut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian. Lihat al-Fiqh al-Manhaji, (4/15-16)
Selain itu, Islam mengangkat nilai kejujuran secara khusus kepada para peniaga dengan mengangkat martabat mereka. Hal ini jelas apabila disebut di dalam hadis yang diriwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:
التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ
Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan para syahid.”
Riwayat al-Tirmizi (1208)
Kedudukan Peniaga yang Melakukan Penipuan Menurut Islam
Islam sangat tegas dalam hal penipuan. Hal ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana kemurkaan Allah hingga adanya sebuah surah khusus di dalam Al-Quran yang mencela dan mencelakakan golongan melakukan penipuan. Firman Allah SWT pada awal surah berbunyi:
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang.
Kemudian di dalam surah yang sama Allah berfirman dengan menyebut secara jelas:
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
Maksudnya: Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Selain itu, amaran yang keras dalam hal ini ini boleh dilihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi bersabda:
مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Maksudnya: “Siapa yang mengangkat senjata ke atas kami, bukanlah daripada golongan kami, dan siapa yang menipu kami, bukan daripada golongan kami”
Para fuqaha’ bersepakat bahawa hadis ini tidak diambil maknanya secara zahir iaitu pada frasa “bukan daripada golongan kami”. Frasa ini tidak membawa maksud terkeluar daripada Islam. Mereka bersepakat bahawa maksud frasa “bukan daripada golongan kami” ialah bukan cara seorang muslim untuk melakukan penipuan. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/544)
Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan beberapa perkara:
Marketing hukumnya adalah harus jika bebas daripada perkara yang diharamkan.
Kejujuran dalam perniagaan adalah satu perkara yang tinggi akhlaknya dalam Islam hingga disebutkan secara khusus kedudukan para peniaga di dalam syurga.
Penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.
Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada perkara-perkara yang dilarang serta memberi kefahaman dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.
Anda boleh baca artikel penuh di sini : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2718-irsyad-al-fatwa-siri-ke-263-hukum-menipu-untuk-tujuan-marketing
Sebenarnya dok dok guna copywritting yang berunsur Islamik pun banyak guna taktik menipu dalam marketing ni. Atau Istilah social media di sebut penunggang agama. Dia petik hadis.. dia petik ayat Al Quran dia petik butang agama.. Alih alih jual produk overclaim & menipu. Imej tak payah cakap la.. Yang bersarban pun ada.. Yang berniqab @ purdah pun ada. Sebab tu zaman sekarang ni kadang2 den lebih percaya golongan outspoken dari golongan berimej islamik ni. Depa bukan orang alim.. Tapi menggunakan agama untuk kepentingan peribadi atau keuntungan berbentuk material & duniawi. Golongan scammer pun banyak dah guna taktik macam ni.
Moral of the story... Nak dapat rezeki yang halal lagi di berkati ni memang susah. Kadang2 kita tak sengaja menipu dalam urusan mencari rezeki contoh kita tak tahu apa kandungan sesuatu produk kita jual. Kita cuma percaya pada founder/leader yang guide kita untuk jual produk tu. Tapi kalau dah tahu.. Jangan la buat buat tak tahu sebab ia memberi sumber pendapatan pada kita pulak. Tak tahu tu maybe boleh di maafkan tapi kalau buat buat tak tahu.. Tak mau cakap apa itu urusan anda dengan Tuhan.
Moral of the story... Nak dapat rezeki yang halal lagi di berkati ni memang susah. Kadang2 kita tak sengaja menipu dalam urusan mencari rezeki contoh kita tak tahu apa kandungan sesuatu produk kita jual. Kita cuma percaya pada founder/leader yang guide kita untuk jual produk tu. Tapi kalau dah tahu.. Jangan la buat buat tak tahu sebab ia memberi sumber pendapatan pada kita pulak. Tak tahu tu maybe boleh di maafkan tapi kalau buat buat tak tahu.. Tak mau cakap apa itu urusan anda dengan Tuhan.