Showing posts with label bantuan. Show all posts

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH

AWAS! TIDAK SEMUA TEMPAT BOLEH KIBAR BENDERA PUTIH. Semua rakyat Malaysia sedia maklum apa yang sedang berlaku sekarang. Covid19 yang melanda dunia memberi kesan yang amat besar. Lebih lebih lagi kita terhadap menghadap perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan membuatkan ramai yang terjejas dari sudut ekonomi. 

Bersyukur yang masih cukup makan pakai waktu ni sedangkan ramai yang terputus bekalan makanan, hilang sumber pendapatan & ada yang hilang tempat tinggal akibat tidak mampu membayar sewa rumah.

Situasi semakin buruk bila semakin banyak kes bunuh diri akibat tekanan yang di hadapi. Setiap hari banyak berita, cerita & khabar yang menyedihkan kita dengar, tonton & baca akibat dari virus kita kita tak nampak dengan mata kasar.

Sejak semalam mula nampak kempen mengibarkan bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan. Sebab bukan semua orang petah untuk kesana sini mencari bantuan bagi meneruskan hidup di waktu sekarang. Ada yang rasa malu untuk meminta minta secara terus. Jadi mungkin cara simbolik dengan mengibarkan bendera putih dapat memberitahu masyarakat setempat,pihak pihak berautoriti, ngo ngo atau aktivis masyarakat untuk membantu. Bagus juga la idea tu.

Cuma bukan semua tempat boleh kibarkan bendera putih ni tau. Terbaca satu perkongsian di Facebook.. katanya kalau di sabah simbolik bendera putih ni menandakan ada kematian. Silap kibar bendera bukan bantuan makanan yang sampai takut imam, lebai & van jenazah pulak sampai katanya. Lain tempat lain budaya. Hehehehe

Jadi untuk sabah kena guna simbolik lain la kot untuk meminta bantuan. Guna bendera warna lain yang boleh mengambarkan sedang dalam kesusahan.

Tapi yang best lagi ada la orang politik kata.. bukan cara betul kibarkan bendera putih untuk mohon pertolongan. Sepatutnya berdoa kepada Allah. Tapi tu la kan tadah tangan berdoa je tak ada la beras terjun dari langit jatuh atas tapak tangan yang sedang menadah. Tak salah pun selepas usaha, doa & tawakal.. kibar bendera putih sebagai isyarat perlukan bantuan. Kira jalan usaha terakhir juga la.

Apapun dalam situasi sangat mencabar mental & fizikal.. semoga Allah beri kita kekuatan & kesabaran yang tinggi. Masing masing ada ujian kesusahan waktu ni. Walau masih cukup makan pakai mungkin tekanan tu datang dari sudut emosi yang terlalu lama berkurung dalam rumah macam den ni. 

Moral of the story...moga kita semua dalam perlindungan Allah. Terhidar dari perkara perkara yang memudaratkan. 

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR

KES SAMAN FOUNDER VS BLOGGER MASIH BELUM BERAKHIR. Sesungguhnya saya masih berpegang dengan kepercayaan.. Allah takkan menguji seseorang itu apa yang di luar kemampuannya. Jadi saya akan teruskan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kes mahkamah saya ni. Putus asa? Belum lagi.. Selagi bernyawa selagi tu peluang sentiasa ada.

Selepas keputusan mahkamah keluar macam macam spekulasi & tuduhan saya terima. Ada yang mempertikaikan kenapa saya tak terima tawaran penyelesaian di luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung? Ada yang dengan yakin cari gali artikel saya berkaitan penulisan saya tentang produk tersebut & menuduh dengan yakin bahawa artikel tu menyebabkan saya kalah 3 posting di mahkamah sedangkan artikel itu tidak termasuk dalam perbicaraan & bukan artikel tersebut yang menyebabkan saya kalah di mahkamah.

Soalan pertama kenapa saya tidak terima tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa perbicaraan sedang berlangsung?

1. Saya adalah penerima sumbangan yang mewakili ramai pengguna & netizen yang nak saya terus fight & membela nasib mereka. Jadi mereka menyumbang untuk saya harap saya teruskan kes ni sampai habis. Itu tujuan mereka memberi sumbangan selain untuk meringankan beban yang saya tanggung.

2.  Semasa perbicaraan dah berlangsung.. Saya dah bayar berpuluh ribu kepada firma guaman yang mewakili saya. Adalah sangat tidak adil.. saya terima tawaran penyelesaian & mengaku bersalah sedangkan perbicaraan masih berlangsung ketika itu & belum terbukti saya bersalah. Kos saya keluarkan akan lebur & usaha saya selama ni akan jadi sia sia. Sumbangan yang saya terima dari pengguna & netizen juga jadi membazir. Sumbangan adalah amanah besar yang perlu saya pegang & gunakan sebaik mungkin bagi tujuan yang saya minta.

3. Andai ada tawaran penyelesaian luar mahkamah semasa saya tak mampu nak ambil lawyer & tiada bantuan dari mana2 pihak masa mula mula dulu.. Berbaloi saya terima. Waktu tu saya hampir hampir kalah tanpa perbicaraan & hampir hampir di mufliskan sebanyak RM3juta kerana tidak mampu mengambil peguam & hadir ke mahkamah atas faktor lokasi yang jauh dari tempat tinggal saya iatu di Kota bahru kelantan sedangkan saya di selangor.  Tapi waktu tu tiada tawaran penyelesaian pada saya. Tawaran hanya di beri selepas saya berjaya dapatkan lawyer yang sanggup mewakili saya yang pada waktu itu tiada kewangan yang cukup. Selepas dapat lawyer baru saya buat kutipan sumbangan.

Jadi.. saya teruskan juga walau di tawarkan penyelesaian luar mahkamah. Memikirkan yang saya bayar lawyer dengan duit sumbangan dari mereka yang mahu saya teruskan perbicaraan di mahkamah bukan nak saya tarik diri bila dah sampai peringkat perbicaraan. Jumlah bukan sedikit. Amanah mereka saya jaga & harapan mereka saya bawa sehingga selesai. Mereka tidak salahkan saya walau saya tak mampu menang secara keseluruhan tapi penulisan saya terhadap produk tersebut kebanyakkan berpandukan fakta yang sahih & benar. Saya dah buktikan di mahkamah. Itu sudah cukup bagi mereka. Saya dah membuktikan apa yang saya tulis bukan semuanya fitnah.

Saya tidak boleh menjelaskan apa2 sepanjang kes sedang berlangsung sebab saya terikat dengan injuksi iatu satu perintah mahkamah yang di failkan oleh pihak plantif menghalang saya update sebarang perkara melibatkan kes saman saya dengan mereka. Waktu tu untuk melawan & membatalkan injuksi terhadap saya.. saya tak cukup kewangan. Terpaksa saya terima & ikut sahaja injuksi. Semua orang tahu kekangan saya adalah masalah kewangan. Apa saja yang boleh menjimatkan kos waktu tu saya terpaksa akur & terima.

Istilah kalah.. Yer saya kalah 3 posting dari 11 Pertuduhan fitnah yang di failkan kepada saya. Secara jujur artikel & posting saya banyak menulis tentang produk tersebut bukan kebanyakkan menjurus kepada founder produk tersebut cuma penulisan saya tidak formal & lantang jadi ada ayat ayat sarcasm yang keras menyebabkan saya kalah di mahkamah. Lagi 8 artikel/posting saya berkaitan produk tersebut berjaya dalam pembelaan Justifikasi atau mudah faham saya memang secara majoriti (8 artikel) di mahkamah & kalah kepada 3 posting yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah.

Antara statement yang saya kalah adalah. 
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo 
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! " 
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163

Walaupun menang majoriti.. sebagai pihak yang di saman sememangnya pihak plantif (Yang menyaman) boleh memfailkan tuntutan gantirugi kepada saya terhadap 3 posting yang saya kalah tu. Cuma yang akan putuskan berapa perlu saya bayar adalah mahkamah.

Pada 20 febuari 2019.. mahkamah memberi peluang kepada pihak plantif untuk membuat tawaran penyelesaian tanpa melalui bicara tafsiran di mahkamah tapi pihak plantif menuntut jumlah pampasan seperti di dalam saman & atas nasihat peguam saya.. Perlu teruskan bicara tafsiran kerana tuntutan mereka memang tidak logik sama sekali.

Mahkamah menetapkan 20 march 2019 sebagai tarikh mula perbicaraan tafsiran tuntutan pampasan gantirugi. Untuk meneruskan bicara tafsiran ni memang saya perlu membayar kos guaman untuk terus di wakili peguam. Boleh rujuk Quotation di bawah



Saya memang tak mampu untuk sediakan kos sebanyak tu.. Jadi andai anda masih percaya & menyokong perjuangan saya bantulah saya melalui 2 cara ni..

Bagi menyediakan bayaran untuk menjalani bicara tafsiran.. Saya membuka peluang anda membantu dengan mengambil slot review di blog saya

Atau ingin menyumbang tak kira RM1, RM5 atau RM10 atau berapa sahaja bergantung pada keikhlasan anda.. boleh salurkan ke 


Maybank account

514392522914

Nursuria

Selain itu saya harap ramai terus share entri ni & posting di FB untuk misi mencari dana kedua saya untuk mencukupkan kos bagi membayar kos guaman bicara tafsiran. Sekurang kurangnya sekarang (bulan ni march 2019) saya perlu bayar dulu RM2K untuk membolehkan saya meneruskan bicara tafsiran ni. Anggaran masa untuk bicara tafsiran ni antara 6 - 9 bulan untuk selesai.

Sebagai manusia saya cuma mampu berusaha selebihnya hanya doa & tawakal kepada Allah. Saya yakin perjalanannya dah tertulis & Allah akan bagi apa yang terbaik untuk saya walau mungkin yang terbaik itu sangat pahit pada awalnya. Saya mohon doa dari semua semoga di permudahkan segalanya.. Di turunkan bantuan yang maha hebat. Semoga saya dapat melahirkan cahaya mata kedua (lebih kurang 7 minggu lagi) dengan selamat & sihat walau masih di himpit dengan masalah berkaitan kes saman ni.

Terima kasih atas bantuan & sokongan semua. Sesungguhnya ia juga menjadi sumber kekuatan saya untuk teruskan usaha ni & terus memberi kesedaran pada orang awam tentang produk produk bahaya yang bersepah di jual secara online. Tiada apa yang perlu di kesalkan.. Cuma apa yang salah saya perbaiki & yang baik untuk kepentingan masyarakat saya teruskan. Kenapa takut untuk buat sesuatu yang memberi kebaikkan kepada orang lain??? Perjuangan & prinsip kita mungkin berbeza tapi setiap manusia ada amanah & tanggungjawab mereka.

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI. Macam satu mimpi ngeri apa yang berlaku.. Sebenarnya tak pernah pun terlintas di hati saya benda ni akan berlaku dalam hidup saya. Rasanya mimpi seram tu lagi indah dari realiti yang perlu saya hadap sekarang. Orang nampak saya macam kuat.. terus berusaha, berjuang mencari jalan penyelesaian. Macam tak pernah mengalah atau putus asa.. Semua orang nampak saya seolah2 seorang srikandi, seorang yang sangat kuat hadapi Ujian besar bila di saman RM3 juta.. Padahal..

Saya manusia biasa. Wanita biasa.. Saya pernah rasa down, rasa putus asa, rasa penat, rasa nak mengalah.. Semua rasa tu memang ada saya rasa. Saya menangis.. saya kemurungan.. Sampai terpaksa di tenangkan suami saya. Semua tu berlaku pada saya tapi tak siapa yang nampak. Tapi bila saya meletakkan pergantungan pada Allah sebab saya rasa semua yang berlaku ni di luar kemampuan saya walau saya cuba berusaha. Akhirnya Allah bagi jalan.. Allah bantu saya melalui orang lain.

Satu persatu di hadirkan bantuan untuk saya.. Tapi kadang2 tetap saya masih rasa nak berhenti sebab saya tak mampu nak tanggung beban dalam perasaan saya setiap hari. Saya terpaksa struggle fikir untuk cari duit nak cukupkan kos guaman saya sehingga permohonan pindah mahkamah selesai bagi memudahkan saya hadir ke mahkamah untuk bela diri sekiranya saya tak mampu untuk mengambil peguam mewakili saya. Sampai sekarang masih tak cukup.. Tapi sampai ke stage ni takkan saya nak berhenti & berputus asa. Sia sia la usaha saya selama ni..

Menjadi seorang Suria Lekatlekit.. Saya tak sangka akan di uji sehingga tahap ini. Tapi saya percaya & sangat yakin Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Allah takkan menduga tanpa di berikan kekuatan untuk hamba yang di Uji. Sebab tu saya masih mampu bertahan sehingga sekarang. Walau rasa nak putus asa.. Saya masih terus berjuang untuk mencari jalan supaya saya boleh membela diri.

Setiap apa yang saya buat.. Saya letakkan pergantungan pada Allah sebab saya tahu saya cuma hamba yang tak punya apa2 & kuasa. Apapun kesudahanya kes saman ni saya yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya yakin dengan usaha mampu mengubah kepada yang lebih baik. Yang baik itu kadang2 permulaannya sangat pahit.. Tapi saya yakin Allah tak pernah kejam. Manusia yang kejam sesama manusia jadi saya tak perlu pertikaikan apa yang Allah takdirkan untuk saya.

Saya mengharapkan bantuan dari semua pihak.. Macam macam usaha kawan2 blogger untuk membantu saya salah satu melalui jualan ebook ni.. Anda hanya perlu menyumbang RM10 & sebagai balasan mendapat 8 ebook ni..


Kalau berminat untuk berkolabrasi dengan blog saya untuk sebarang review bagi membantu saya mengumpul dana menampung kos guaman saya boleh 
Whatsapp saya : 0172429610

Harap masih ada yang sudi membantu & menyumbang kepada saya. Jika saya berkemampuan saya pun tak nak meminta minta.. Tapi demi Allah saya tak mampu dari segi kewangan & tiada harta untuk di jual atau di pajak. Saya terpaksa merendahkan diri minta bantuan dari orang lain.

Moga pertolongan anda walau hanya dengan share entri ni Allah memberi balasan yang baik & pahala yang berlipat kali ganda. Moga Allah permudahkan urusan anda semua & memberi rezeki yang berpanjangan bagaikan air laut yang tidak pernah kering. Amin..

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI. Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini.


Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu.

Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu..

Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blog lekatlekit kalau di ikutkan bukan level blog popular macam beautifulnara, OhBulan bagai tu.. Mana nak cari RM3 juta tu nak Ooi.. Mati hidup semula 10 kali pun belum tentu dapat. Income dari blog pun cukup2 untuk beli keperluan sendiri jer.. Bukan macam income blog beautifulnara atau OhBulan..

Risiko jika saya tak membela diri adalah.. saya akan berhutang RM3 juta selain di mufliskan.. Tapi kalau cuba membela diri menang atau kalah, Memang takkan dapat la tuntutan sebanyak 3 juta tu. Semua tu mahkamah yang akan tentukan mengikut apa yang selayaknya sahaja. Sebab tu la saya terpaksa mohon bantuan & sumbangan dari semua.. At least dapat bayar kos guaman sampai untuk permohonan tukar mahkamah yang berhampiran dengan saya pun dah OK.. Sekurang kurangnya dapat hadir & membela diri. Di wakili peguam atau tak.. At least datang mahkamah & di bicarakan dulu sebelum di jatuhi hukuman bersalah atau tak. Kalau saya tak hadir ke mahkamah.. risikonya saya akan di kenakan perintah ingkar & pihak menyaman akan menang tuntutan mereka termasuk gantirugi sebanyak RM3 juta tu tanpa perbicaraan.

Bagilah peluang saya yang tidak berkemampuan ini membela diri. Saman di Failkan di mahkamah nun jauh di sebuah negeri pantai timur. Nak ulang alik kesana memerlukan kos yang banyak di samping saya ni bukan la bekerja. Hanya surirumah & penulis blog. Nak2 lagi ada seorang anak Mild Autisme yang masih menjalani terapi & bersekolah. Benda tu menyukarkan saya untuk hadirkan diri ke mahkamah nun jauh di pantai timur.

Di sebabkan tidak berkemampuan saya terpaksa memohon bantuan & sumbangan dari orang lain biarpun ada yang menyindir, menghina & bertepuk tangan dengan apa yang sedang berlaku pada diri saya tapi saya relakan & izinkan semua tu untuk sesiapa rasa nak bersorak gembira. Insya Allah.. Saya tak simpan dendam untuk anda.. Saya cuma nak cari penyelesaian & mencari bantuan.

Atau nak bantu dengan cara mengambil review di blog saya. Saya tidak mengenakan bayaran yang tinggi, Insya Allah walau saya memerlukan kewangan yang banyak sekarang ni. Jika berminat boleh whatsapp di 0172429610.

Saya terpaksa merayu bantuan dari orang lain atau kalau anda nak menganggap saya mengemis sumbangan pun saya tak kisah. Sememangnya saya benar benar memerlukan bantuan dari semua pihak, Tak kisah la sumbangan anda banyak atau sikit At least mampu membantu saya sampai ke stage boleh mohon tukar mahkamah. Moga jasa baik & keikhlasan semua membantu saya Allah membalas dengan seribu kebaikkan & rezeki yang melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering.

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN. Curi masa jugak nak update blog.. Walau dalam keadaan tak berapa sihat hari ni tapi rasa blog dah on off update harus jugak ada something kena bebel. Mesti ada nak tanya pasal kes saman tu kan? Apa progress sekarang? Tak dak progress apa - apa lagi. Misi mencari bantuan masih di teruskan.. Almaklum blogger semekin ni banyak keterbatasan dia. Terutama faktor kewangan la. Tapi tak pa.. Usaha, Doa, Tawakal & Insya Allah.. Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam mana keadaan Suria Lekatlekit sekarang? Mesti ada yang nak tanya kan.. Almaklum la kena saman ni hidup masih bahagia ke? Alhamdulillah.. takde la mengalami 360 darjah perubahan dalam hidup even ada juga la perubahan. Selain struggle cari duit, Tak boleh nak shopping dah. Nak beli shawl RM7 pun sampai hilang nombor kat calculator tu tekan buat kira kira katanya hahahaha. Menipu sangat la kan. Takde la.. Berjimat la. Simpan mana tau duit cukup untuk menampung kos mahkamah nanti.

Sepanjang terima surat saman ni.. Tak tau la banyak juga Allah tolong. Benda yang aku tak terbayang boleh berlaku dalam keadaan aku yang tak berduit kepok kepok.. tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi sebab usaha cari solution, tebalkan muka minta tolong sana sini, tanya orang tu ni.. Akhirnya ada juga jalan yang boleh di usahakan agar tak terus kalah tanpa perbicaraan setakat ni. Akan datang tak tau samada masih mampu atau tak, Wallhualam. Tapi selagi ada masa & peluang tu memang aku akan terus cari sesuatu yang boleh membantu la.

Sepanjang misi mencari bantuan ni.. hampir kena tipu la.. hampir tak di kenakan perlaksanaan ingkar sebab tak dapat hadir ke mahkamah.. Banyak perkara yang hampir hampir buat aku kalah tanpa perbicaraan. Tapi tu la.. Kuasa Allah, dalam kemampuan yang sangat terbatas tetap ada bantuan di saat akhir tiba. Yang aku sendiri rasa macam satu keajaiban sangat. Kat situ aku belajar.. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Perkara yang kita tak pernah terfikir boleh berlaku pun boleh terjadi. Sebab tu Allah suruh kita usaha sebab dengan cara tu je boleh mengubah nasib. Biar la orang nak hina ke hapa sebab mengemis bantuan.. Tu salah satu jalan kita berusaha.

Ramai yang anggap bila aku minta bantuan harap orang taja peguam untuk aku bagai.. Tu yang sampai ada sanggup hina & sindir aku kat facebook.. Padahal, bantuan ni banyak cabang. Bantuan khidmat nasihat, bantuan bagi aku job secara online, bantuan kenalkan saluran yang boleh aku mohon bantuan.. Banyak sebenarnya. Tapi ada juga la menyumbang berbentuk kewangan so boleh la tampung kos untuk first step ni. Untuk next step kena struggle lagi kumpul modal.

Ada yang anggap aku ni tak padan dengan poket nak berlawan dengan orang yang dah sah sah mampu dari segala sudut.. Apa aku nak kata lagi kan. Yang dah berlaku dah pun berlaku.. Yang mana rasa nak tolong sangat aku harapkan. Yang mana rasa tak nak tolong tak ada paksaan. Aku izinkan je la yang mana2 rasa nak mengumpat ke, menyindir ke, mengecam ke. Biasa la dunia media sosial.. perkara yang mesti kita hadap hahahaha.

Bagi blogger yang support tanpa prejudis tu aku ucap terima kasih. At least sokongan tu buat aku rasa kuat. Dan terima kasih buat 2 insan yang aku nak rahsiakan dulu nama dia. Sebab aku akan buat satu entri penghargaan khas untuk depa nanti. Yang banyak membantu aku dari sejak awal sampai sekarang. Tak pernah menolak dari kali pertama aku cuba minta bantuan. Takde nak sindir atau nak kutuk aku dengan apa yang berlaku walau imej dorang di media sosial nampak agak lantang & mempunyai ramai followers & haters. Dorang bagi aku seorang pejuang.. Berani! Sebab tu bila aku minta tolong dorang tak de alasan untuk tak cuba tolong berbanding yang berimejkan setaz setazah ni.. Time tu juga la dia nak sebut kejahatan kita selama ni tapi menolongnya haram. Seolah olah nak bagitau orang ni la balasan untuk orang macam aku.  Pun ada jugak spesis macam tu. Padahal selama ni jarang sangat bertegur sapa dengan aku. hehehehe. Tapi yang bagus sikit dia pm.. tegur. Aku ok jer.

Bukan nak berlawan tapi misi aku mencari penyelesaian.. Bukan nak menang tapi juga tak harap terus kalah cuma berjuang selagi mampu. Aku tak nak berhenti berusaha selagi ada jalan yang boleh aku guna. Kecualilah aku betul betul tak mampu... Maka aku pasrah & redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya apa yang Allah aturkan untuk aku tu adalah yang terbaik.

Apapun aku masih mencari bantuan.. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai goreng garing dalam kuali ye dak. Alang2 dah sampai stage ni tak boleh nak konar dah.. teruskan je la. Apa yang berlaku akan datang.. aku redha je. Redha bukan bermaksud tak buat apa apa.. Redha aku adalah dengan usaha dulu. Kalau dah di luar kemampuan kena redha la. Ikhlaskan semua yang berlaku & teruskan hidup dengan mencari misi kebahagian pulak. hehehehe

Apa aku harap adalah Doa dari semua.. Sebab aku masih percaya doa akan menjadi senjata & perisai untuk aku. #prayforsurialekatlekit hehehehe


BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN. Lagi 2 hari kita akan menyambut ketibaan hari raya.. Tak terasa sungguh ramadhan dah nak berlalu. Rasa sekejab je. Rasa baru macam semalam aku bangun sahur hari pertama puasa.. Tup tup dah penghujung puasa dah. Time ni ramai dah berdesup balik kampung masing masing la kan.. Tapi aku Almaklum la.. Musibah datang sehari sebelum puasa, Jadi raya kali ni di korbankan la.


Malas la nak berkias kias dah.. Rasa ramai blogger tahu kes aku kena saman dengan pihak **tetetttetetttt*** tu.. Ni sebut **tetttetettt** boleh ke tidak? Siapa dia jangan tanya siapa.. Yang tahu maka tahu la. Surat saman tu sampai sehari sebelum puasa.. Tarikh sebutan kes sepatutnya  20 Jun lepas tapi di sebabkan aku buat rayuan untuk tangguhkan kes.. Alhamdulillah mahkamah yang baik hati luluskan rayuan tu. Pengurusan Kes akan berlangsung pada 20 july nanti pulak. Yelah.. dekat2 nak raya nak meronggeng ke kota bahru kelantan sana.. Banyak kekangan terutama kewangan la. Dengan lawyer hapa pun aku takde lagi ni.  At least di tangguhkan tu ada la masa aku untuk terus usaha mencari bantuan guaman.  Usaha je la.. Kalau ada rezeki ada la. Takde mungkin Allah dah aturkan yang lebih baik untuk aku kan.

Dalam proses mencari bantuan guaman ni.. Aku pernah hampir hampir kena tipu dengan manusia yang aku syak dia punya deria perikemanusiaan dah rosak gamaknya. Dah tahu aku ni bukan orang kaya.. Nak ambil lawyer pun tak mampu, still masih nak ambil kesempatan menipu. Konon datang nak membantu, gunakan lawyer dia untuk wakilkan aku kat mahkamah nanti. Kononnya pada hari sebutan kes tu lawyer dia akan minta mahkamah batalkan saman & dengan confident cakap boleh settle semua pada 20 Jun tu. Mula2 aku hampir terpedaya jugak bila dia cakap Lillahitaala dia nak tolong aku sebab kesian aku tak mampu nak hire peguam. So dia nak tolong aku mudahkan urusan. Kos lawyer dia akan tanggung katanya tapi kos mahkamah nanti aku kena bayar sekiranya saman dapat di batalkan.

Ok la aku setuju la..  Sebab aku ingat bila dah settle semua baru aku bayar. Kalau banyak dia kata aku boleh bayar secara ansuran dengan dia. Bermakna ada surat menyurat yang membuktikan kes aku tu dah di gugurkan bagai. Tapi bila dia minta aku bank in kat dia sejumlah wang katanya untuk stanby sekiranya saman dapat di batalkan kena terus bayar kat mahkamah aku mula tak berapa percaya. Tapi aku tak nak buruk sangka. Yelah.. orang datang nak tolong katanya. Aku minta nak jumpa dengan lawyer dia yang kononnya nak tolong aku. Dia kata lawyer kat sebuah negeri di selatan tanah air memang tak ada area kl. Nanti dia terus ke KB jer untuk wakilkan aku. Aku tak perlu pergi. Minta contact number lawyer tu pun berbuih juga la baru nak bagi. Bila dapat aku cuba call lawyer tu tak jawab. Aku whatsapp tanya dia pasal kes aku jawapan tak berapa lawyer sangat buat aku makin curiga. Nak2 lagi yang kononnya lawyer tu cakap.. Urusan pembayaran semua nanti refer dengan sipolan yang konon nak tolong aku. Segala detail cara dia kendalikan kes pun suruh tanya sipolan tu. Nampak dah krik krik kat situ. Sepatutnya sebagai lawyer dia yang kena jelaskan. Dia yang ambil kes tu kan.

Di pendekkan cerita.. 3 hari sebelum tarikh court tu dia tanya samada boleh bank in ke tidak duit tu kat dia. Siap takutkan aku kalau aku tak bayar time tu aku boleh kena gari terus kena jail. tatut titew dengar ok! Aku cakap kalau dia boleh dahulukan & lepas settle aku akan bayar ok. Kalau tak memang tak boleh la. Bayar tanpa black & white ni.. Kalau kena tipu memang kira halal je la kan. Akhirnya dia blocked aku & pasal nak tolong tu terus hanyut bersama mimpi je la. Masa tu aku pasrah je.. Tapi aku tak putus doa minta Allah bantu aku. Memang walau di ambang wati sangat time tu.. Tetap masih harap ada keajaiban berlaku. Memang aku tak putus asa.

Mujur la dalam saat getir dengan tarikh court tinggal tak berapa hari.. Allah hadirkan seorang insan yang bagi aku sangat2 membantu. Dia suruh aku buat surat rayuan ke mahkamah untuk tangguhkan kes. Benda ni tak pernah mana2 peguam yang aku pergi untuk dapatkan khidmat nasihat suggest pada aku. Kebanyakkan private lawyer ni cakap kalau tak mampu tak payah hadir ke mahkamah & perintah ingkar akan di keluarkan & aku akan kalah tanpa perbicaraan. Sebab saman sivil je katanya.. Paling2 aku kena muflis. Yelah.. kau dah tak mampu sapa nak layan kes kau kan. Nasib baik la dalam saat2 akhir tu Allah hantar seorang individu yang bukan lawyer tapi seorang computer programmer yang dah biasa dengan kes2 mahkamah ni. Dia seorang aktivis yang memperjuangkan & menegak keadilan. Menentang korupsi bagai. Orangnya memang sangat lantang & berani. Ni tips untuk hangpa jugak. Bila hangpa ada masalah maybe kena saman macam aku.. Tak payah cari yang imej bawah lindungan kaabah sangat la kan. Serius.. jenis nampak gud gud ni dia takkan hingin nak tolong hangpa. Yang mempergunakan nama agama pun sama. Lebih kepada nak nama jer. Tapi carilah mereka2 yang lantang & berani memperjuangkan kebenaran. Golongan macam ni dia tak takut apa2. Asalkan dia yakin apa yang dia perjuangkan itu benar dia akan tolong. Sebab ada 2 individu yang jenis lantang ada sedang membantu aku sekarang. Memang depa tak bagi duit selopok kat aku tapi bantuan mereka memang sangat membantu. Yang konon positif tu kebanyakkan makan popcorn & tonton masalah kita macam movie jer. Yang paling penting hangpa kena tahu.. Kawan sama2 melantang dulu time camni semua akan jaga kepentingan sendiri. Gila kau.. sorang dah kena saman! Kau takkan ada lagi kawan2 yang akan perjuangkan kau secara terang terangan. Maka merangkak la kau cari pertolongan sendiri. Tapi jangan sesekali kau putus asa ok! Hidup kita ni bukan sendirian. Selagi kita ada Allah.. Kita tak perlu rasa down sangat. Ramai lagi manusia dalam Malaysia ni.. Carilah la. Insya Allah ada yang akan membantu. Yang penting kita sendiri kena kuat & kena usaha. Pertolongan takkan datang bergolek kalau kita tak cari.

Bayangkan aku pos surat rayuan tu pada hari ahad guna pos laju cawangan sungai buloh. Mujur Isnin tu sempat sampai & selasa tarikh sebutan kes. Alhamdulillah.. Rayuan di luluskan & aku ada sebulan lagi untuk cari jalan membantu. Dalam masa sebulan ni moga ada sesuatu yang dapat membantu aku la kan.. Sapa2 ada cadangan untuk membantu sangat sangat di alukan. Terus terang aku cakap.. Aku memang ada masalah kewangan. Jadi jangan la hangpa dok suggest benda yang di luar kemampuan aku nak nak lagi melibatkan duit yang banyak.

Apapun.. Allah masih ada untuk aku mohon pertolongan. Insya Allah aku yakin Allah sedang membantu aku. Konsep minta tolong ni kita kena sedar diri... Orang nak tolong dia akan tolong. Orang taknak tolong kita tak boleh paksa. Terus je usaha.. Insya Allah.. pasti ada jalan terbaik yang Allah akan lorongkan untuk kita.

Moral of the story dari kisah aku ni.. Walaupun kita dalam kesempitan tapi tetap kena bijak. Biar miskin jangan bodoh. Orang jahat ni dah namanya jahat memang la dia tak ada perikemanusiaan. Walau dia tahu kau susah.. Tetap dia nak ambil kesempatan atas kesempitan kau. Walau kita terdesak sekalipun jangan tunjuk kita bodoh. Macam aku memang lepas dia kata kalau tak bank in dia batalkan bantuan dia nak bagi kat aku.. Time tu aku dah redha. dari aku kena tipu.. kes tak settle adalah lebih baik aku kalah kat mahkamah dari kena tipu dengan dia. Tapi tu la.. Allah tu maha berkuasa.. Maha Adil.. dalam saat akhir dia tolong aku jugak. Bagi aku ia satu keajaiban.. Bila kita meletakkan pergantungan pada Allah, Insya Allah.. Dia tak kejam. Usaha & doa bersungguh sungguh. Allah lorongkan jalan terbaik untuk kita.

P/S : Hangpa boleh baca jugak macam mana permulaan aku boleh kena saman kat sini >> BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG <<

TAKZIAH.. RUMAH BLOGGER LIYLIZ YUSOF HANGUS TERBAKAR

TAKZIAH.. RUMAH BLOGGER LIYLIZ YUSOF HANGUS TERBAKAR. Sejak semalam terbaca berita duka mengenai seorang blogger cantik Liyliz Yusof yang di khabarkan rumahnya hangus terbakar. Habis semua isi rumah termasuk dokumen penting untuk pernikahan dia nanti terbakar. Tapi Alhamdullillah mereka sekeluarga selamat cuma hanya berjaya menyelamatkan diri sehelai sepinggang.


Berat ujian untuk Liyliz Yusof & family.. Nak2 lagi dia tengah menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan & semua persiapan perkahwinan dia musnah dalam kebakaran tersebut. Sesungguhnya Allah lebih tahu.. Dia takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Semoga Liyliz & Keluarga tabah menghadapi ujian berat ni & semoga Allah permudahkan segalanya untuk mereka.


Menurut status yang di muat turun kat Facebook beliau.. Sekarang di memerlukan rumah jadi sesiapa yang tahu dimana agensi atau badan2 yang boleh dia memohon bantuan rumah sila la membantu. Sekarang katanya mereka menumpang di rumah saudara...

Boleh rujuk di post Liyliz Yusof

Atas perikemanusiaan Denaihati Network jugak menganjurkan kutipan derma untuk di salurkan kepada Liyliz & keluarga bagi meringankan beban mereka. Sekiranya anda ingin menyalurkan sebarang bantuan tak kira la berbentuk kewangan atau apa saja boleh merujuk post ni di Facebook denaihati..


Sama sama kita membantu walau hanya dengan sepotong doa. Moga Allah melimpah kurniakan rezeki buat mereka untuk membina kembali kediaman yang musnah terbakar.

PEMINJAM ALONG ANTARA YANG HARAP BANTUAN DATO ALIFF SYUKRI

PEMINJAM ALONG ANTARA YANG HARAP BANTUAN DATO ALIFF SYUKRI. Awal tahun haritu DatoAliff Syukri ada memuat naik status untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan cuma perlu hashtag #abangterlajak tolong & #aliffsyukriterlajaklaris jadi aku memanjangkan isu tu ke blog aku bagi tujuan me war war kan kepada orang ramai. Kita sedia maklum kat Malaysia ni masih ramai orang susah.  Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang.. yang sebelum ni cukup cukup makan pun jadi tak berapa cukup la jugak.


Aku cuma up isu tu kat blog lekatlekit.com sekadar untuk memberitahu tapi ramai pulak yang tinggalkan komen untuk mohon bantuan dari Dato Aliff syukri terlajak laris. Macam la Dato Aliff tu nak baca blog picisan aku, ye dak. Antara yang memohon bantuan dari Dato Aliff Syukri seorang peminjam Along yang katanya pinjam along masa nak kahwin. Sekarang dah ada anak, pinjaman bleum settle. Alahai.. kenapa la sampai pinjam along nak kahwin.Aku ada bagitau melalui komen di FB page dato aliff syukri tapi tak tau la dia baca ke tidak. Ada juga yang komen katanya cuba hubungi no pejabat dato aliff tapi tak berjawab. Semuanya dengan tujuan untuk minta pertolongan.


Ramai nampaknya mula mengharapkan pertolongan seperti yang Dato Aliff janjikan pada status2 di FB page dia. Mohon bersabar lah yer.. Mungkin dato aliff tengah pilih sapa yang betul2 layak untuk menerima bantuan dari dia. Almaklum la.. takut ada yang ambil kesempatan. Cuma tak tahu samada ada yang dah terima bantuan dari program yang di anjurkan tu ke belum. Hope Dato Aliff tak bagi harapan kosong lah yer.. Kesian mereka2 yang berharap tu.

Antara komen yang di tinggalkan kat entri ni >> PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS <<

Hope Dato Aliff Syukri sudi sudi la meluangkan masa meniliti permohonan mereka2 yang mungkin tak tahu cara yang sepatutnya membuat permohonan bantuan ni. Mungkin dalam ramai2 tu ada yang betul2 perlu di bantu.

Banyak jugak aku tengok yang memohon bantuan di ruangan komen post di FB dato Aliff syukri selepas kali kedua dia mem war war kan untuk mencari sesiapa yang perlukan bantuan dari dia. Tengok dia takde update apa2 pasal tawaran untuk permohonan bantuan ni. Sekadar nampak dia dok share aktiviti harian dia jer. Mungkin sibuk kot..

Antara komen kat FB page dato Aliff yang aku sempat screenshot. Sebenarnya banyak yang memohon bantuan dari komen di FB page dia. Tak larat aku nak attach semua.

Apapun selagi kita boleh usaha sendiri.. usaha la dulu jangan terlampau meminta minta bantuan orang lain. Kalau loan bank tu nak minta orang tolong settlekan tengok jugak la kan keadaan pemohon tu. Betul2 tak mampu atau tak. Zaman sekarang ni banyak cara kita boleh cari sumber pendapatan sampingan. Tersangkut dalam traffic jam pun boleh buat duit. Tak caya meh tengok kat sini >> Ini cara nak buat duit ketika terperangkap dalam traffic Jam << Jadi, selagi ada kudrat tu berusaha dulu. Zaman hujung jari ni orang rajin memang boleh buat duit.

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS

BLOGGER DI HENTAM GARA GARA BAGI CADANGAN DATO ALIFF SYUKRI BELA STRAY CATS. Nak juga letak title blogger kat situ katanya. Baru gempak sikit kan tajuk berita. Nak gempak aja kau kan lekatlekit. Harus la.. Kalau tulis tajuk orang jeling hujung hujung mata takde fungsi la aku tulis blog. Blog tanpa pembaca lagi bagus tulis diari dah tentu memang bukan untuk jadi bacaan umum. Tapi kalau dah tulis blog harus kena ada daya tarikkan untuk orang datang membaca, ye dak?


Kita terus ke berita selanjutnya pasal kes kena hentam bertubi tubi.. kiri kanak depan belakang atas bawah katanya. Gara2 bagi komen macam ni kat post kucing RM30K Dato Aliff Syukri Terlajak Laris...

Sebab komen Mak Aii RM30K tu mungkin orang anggap sebagai dengki & komen yang cakap RM30K kalau di gunakan untuk bantu kucing gelandangan banyak manafaat tu pun mungkin ada yang anggap aku pertikai Dato Aliff beli kucing RM30k & seterusnya Bila aku tanya "Dato Tak minat ke bela stray cats yang di jalanan. Lagi banyak pahala dapat" Tu mungkin penyokong Dato Aliff Syukri anggap aku nak jadi Tuhan ukur pahala orang. Padahal.. Tu just nak tunjukkan RM30K?? Speechless.. Then selebihnya adalah pertanyaan & cadangan. Tapi biasa la penulisan aku tak kira di blog atau di komen page2 popular macam tu memang selalu jadi kontroversi. Menulis tanpa nada memang perkara biasa jadi salah faham. Aku dah biasa.  

Niat tu sebenarnya bukan la nak mempertikai dia beli kucing RM30K tu.. Dia jutawan mesti la RM30K tu dalam kemampuan dia. Cuma yelah sebab dia minat kucing manatau dia boleh jadi penyumbang membantu kucing2 terbiar di jalanan. Almaklum la stray cats ni bukan semua orang nak pandang dengan penuh minat. Tak sama dengan kucing RM30K ni.. Tapi lain pulak pemahaman penyokong Dato Aliff Syukri ni dengan komen aku.

Orang cerita pasal kucing dia merepek sampai tolong orang miskin bagai. Aku cukup tak gemar berdebat dengan orang2 macam ni. Dia akan kaitkan benda2 yang tak ada kaitan asal boleh berhujah je. Takde sapa pertikai pun pasal kebajikan Dato Aliff syukri buat. Orang cerita pasal KUCING. Ni kes bajet2 pandai padahal 'nan hado' pun kebijaksaan kat situ. hahhaa. Tapi tipikal masyarakat sekarang.. asal kita tegur satu benda dorang akan list 70juta lagi perkara baik lain yang idola depa buat seolah2 1 kesilapan tu boleh jadi betul dengan membuat 70 juta kebaikkan lain. Yang silap tetap la silap. Dengan membetulkan kesilapan je boleh membetulkan apa yang salah bukan dengan mengungkit kebaikkan dapat menghalal semua benda yang salah. Ubah mentaliti tu dulu Fahmi Hazril

Maka berpusu - pusu la orang menghentam. Nak2 lagi komen aku tu antara komen terawal kat post tu makin banyak la perhatian di beri tak kira yang menghentam atau menyokong. Yang paling tak boleh blah ada 2 komen kat situ.. Satu komen yang cakap lagi bagus bagi makan anak anak yatim dari kucing terbiar. Kedua komen yang konon kata aku nak jadi Tuhan mengukur pahal orang.


Alahai.. Betul la memberi makan anak anak yatim tu memang banyak pahalanya tapi harus di ingat kucing pun amanah Allah kepada manusia. Jangan ingat Allah menjadikan kucing tanpa manafaatnya kepada manusia. Kita sedia maklum.. Kucing antara haiwan kesayangan Nabi. Jadi kucing juga perlukan pembelaan, perlindungan & kasih sayang. Kalau Anak anak yatim.. ramai yang menyumbang berbanding sumbangan dari memberi perlindungan kepada haiwan terbiar seperti kucing & anjing. Yang banyak dok kempen nak membunuh macam makhluk tu makhluk perosak. Manalah tahu kalau jutawan macam Dato Aliff syukri ni minat kucing boleh berkolabrasi dengan aktivis sukarelawan penyelamatan haiwan terbiar untuk membantu memberi perlindungan & makanan pada haiwan haiwan yang memerlukan. Alang2 dah ada minat kat spesis kucing kan. Sebab yang minat je boleh menjebakkan diri dalam aktiviti macam ni. Kalau tak minat macam mana nak datang rasa sayang & simpati tu kan.. Nampak kucing pun dia dah lari katanya.

Siap ada yang tuduh komen aku semata mata nak dapat like. Macam la like boleh convert ke duit atau traffic blog kan? Tak hadap sangat la like. Bukan first time komen aku kat page popular dapat like macam ni. Takde benda nak heran sangat setakat like tu beb!

Tapi tu la.. pencinta dengan peminat kucing ni tak sama. Yang minat kucing normally minat mereka lebih kepada kucing2 yang cantik2 & unik & mahal berbanding pencinta haiwan.. Mereka lebih kepada menyelamatkan haiwan. Bukan semata mata nak bela sebab hobi tapi atas dasar tanggungjawab sebagai manusia kepada makhluk lain. So tak boleh nak paksa kalau orang tak berminat nak buat kan.. Tapi komen aku tu sekadar bertanya. Almaklum la aku suka follow aktivis penyelamat haiwan ni. Aku tahu masalah utama mereka adalah dana untuk menyelamatkan haiwan & tempat untuk menempatkan haiwan haiwan yang di selamatkan. Kebanyakkan mereka bukan dari golongan kaya tapi tetap berusaha mencari dana sendiri. Jadi kalau ada penglibatkan di kalangan orang2 koprat & jutawan macam Dato Aliff Syukri ni rasanya boleh meringankan beban mereka. Tapi komen aku tu sekadar bertanya tak sangka yang touching lebih2 penyokong dia. Padahal Dato Aliff Syukri sepatah pun tak kata apa apa. hahaha


Komen yang aku highlight tu antara komen lawak. Kesian kau kan.. Sampai rasa tak boleh beli baju baru padahal sekarang orang cakap pasal kalau ada kemampuan yang berlebihan boleh la tolong. Kalau kau dah tak mampu kau buat belanja sendiri sudah la. Takde sapa letak pisau kat leher kau suruh tolong pun. Hahaha
Ok dah tak larat nak printscreen komen2 kat komen aku tu.

Aku ni bukan sekali kena hentam kat page2 popular.. Apa yang aku nampak mentaliti orang ramai bila kita menegur atau bagi cadangan pada orang2 ternama macam Dato ALiff syukri, dato vida, artis bagai.. Majoriti akan anggap dengki sebab depa kaya. Maka orang ingat ramai yang dengki je la. Ayat paling tipikal.. "Inilah melayu, dengki dengan kejayaan orang melau' padahal komen tu takde kaitan dengan dengki pun. Tak semua teguran tu berniat dengki. Kita kena ubah persepsi kita bukan sikit2 asyik tuduh orang dengki. Kalau semua teguran tu dengki maka tak ada siapa layak menegur orang lain.

Kita orang kebanyakkan ni nak beli kucing RM30K rasa macam mustahil sangat la. Kadang2 hujung bulan tinggal RM20 je sementara nak tunggu next gaji kan? Tapi jangan ingat RM20 tak boleh dapat barang ala2 RM30K katanya. Boleh.. Tapi kena tau caranya. So, berapa pun pendapatan kita sebenarnya kita boleh enjoy je kalau kita tahu cara menggunakan duit mengikut kemampuan.

Apapun tahniah Dato Aliff Syukri berjaya beli kucing RM30K.. Yelah.. apa dia beli dengan usaha keras dia. Aku pun tak pertikai.. cuma sekadar bertanya tak minat ke dengan stray cats. Kalau minat mungkin Dato Aliff boleh taja satu rumah kebajikan untuk kucing jalanan ni. Dia kan mampu kalau dia nak buat la. Kalau dia tak nak buat pun tu hak dia kita tak boleh cakap apa. Memang mustahil dapat menempatkan semua kucing2 jalanan di tempat perlindungan at least masih ada juga yang mampu di selamatkan & di beri penempatan yang baik. Insya Allah, perbuatan yang baik mendapat ganjaran yang baik juga dari Allah. Berapa banyak pahala tu kalau tanya aku memang aku sendiri tak tahu.. Tapi kita pun di ajar dari kecik banyak benda baik kita buat banyak pahala kita dapat. ye dak.

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS

PERLUKAN BANTUAN CUMA HASHTAG ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS.

TAWARAN BANTUAN INI SUDAH DI TUTUP. SILA RUJUK TARIKH POSTING SEBELUM MENINGGALKAN KOMEN. PENULIS BLOG TIDAK TERLIBAT DENGAN PEMBERIAN BANTUAN INI.

Aku cuma buat post  khidmat masyarakat jer. Tolong mem war war kan benda baik. Manalah tau ada antara pembaca blog yang memerlukan pertolongan kewangan atau apa2 bantuan untuk hidup & belajar. Kita tak tahu zaman internet ni walau kita tengok dia ada account FB pun belum tentu dia cukup makan pakai.. Nak2 lagi student. Ada yang sampai usus terkoyak sebab terpaksa ikat perut tak cukup budget nak makan. Ada orang susah yang terpaksa bayar jugak bill internet sebab nak meniaga. Itu je yang termampu dia buat dalam kudrat dia yang tak sekuat kita yang sihat macam Kak Alia Haryani. ramai orang susah di sekeliling kita tak kira alam maya atau luar alam maya.


Jadi.. dengan cara Dato aliff Syukri cuba mencari orang susah untuk di bantu melalui media sosial bagi aku satu usaha yang bagus jugak. Kalau anda memerlukan bantuan atau mengetahui sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan cuma perlu hashtag #abangterlajaktolong & aliffsyukriterlajaklaris. Kalau ada rezeki anda di pilih sebagai seseorang yang menerima bantuan dari Dato Aliff Syukri, Alhamdulillah. Kang ada yang pertikai pulak.. Nak tolong pun kena hashtag bagai.. Kita positif sudah la. Mungkin senang dia nak search denga hashtag tu nanti kat media sosial. Apa?? Ingat hashtag tu sesaja ke? Nak tahu fungsi hashtag sila search kat FB tengok..  Apa saja post yang ada hashtag tu akan keluar..


Kalau tak tau macam mana nak hashtag kat facebook.. sebagai contoh aku attach komen2 yang nak minta bantuan dari Dato terlajak laris ni...


Lebih kurang macam tu la cara nak minta pertolongan dari beliau. Bagitau apa masalah & pertolongan yang macam mana di perlukan kemudian hashtag la apa yang beliau suruh. Bukan susah sangat pun permintaan beliau. Dia tak suruh pun pakai serba pink buat posse dua jari tepi pipi dengan muka duck face. Cuma hashtag je kot.

Tu la kan.. sesiapa sahaja boleh jadi hero penyelamat tak kira orang kaya atau orang miskin yang penting dalam hati ada niat ikhlas untuk membantu sesama makhluk. Jadi tak semestinya kita perlu jadi jutawan dulu untuk melakukan kerja menyelamat bak superhero.

Moral of the story.. Biarlah apa niat sekalipun tangan yang memberi tu tapi apa yang penting tangan yang menerima dapat manafaat dari pertolongan tangan yang memberi. Niat & tujuan seseorang membantu tu biarlah Allah yang menilainya. Kita hanya manusia.. Mustahil mampu membaca niat di hati seseorang.

GELANDANGAN CHOW KIT SELEPAS DI MAKE OVER

GELANDANGAN CHOW KIT SELEPAS DI MAKE OVER. kalau make over orang yang tak cantik jadi cantik.. orang muka sedih jadi muka happy... orang hodoh jadi muka putera puteri.. tu dah biasa. Bersepah boleh tengok aktiviti meng make over orang kat sana sini. Dalam tv.. media sosial.. golongan biasa.. golongan retis tapi jarang kita dengar ada aktiviti meng make over golongan gelandangan. Biasanya orang buat aktiviti kebajikan pada golongan gelandangan ni bagi makan, pakaian & keperluan. Mana ada sangat yang sudi make over gelandangan dari muka comot kepada muka bersih & bergaya.


Terbaca kat post di Fb Projek make over salah seorang pakcik yang hidup gelandangan. Happy la si pakcik bila ada yang sudi meluangkan masa dengan dia membeli pakaian & bawa dia jenjalan round KL naik kereta. katanya dah 15 tahun tak merasa naik kereta. Alahai.. sedih pulak dengar. Aku ni dah lama rasanya tak naik transport awam.. sedih jugak la.

Pakcik Jamil baru tukar baju baru tapi muka belum make over

Pakcik Jamil ni ada masalah pertuturan kurang jelas & pendengaran tapi bukanlah dia kurang siuman. Orang yang pandang tanpa mengenali mungkin la beranggapan dia seperti orang kurang siuman. Dia bergelandangan di sekitar chow kit. Setelah di make over.. dah tak nampak macam orang kurang siuman. Boleh baca kisah penuh Projek Make Over Gelandangan kat sini >>Donate For Ummah <<
 
Inilah wajah pakcik jamil lepas di makeover

Alhamdulillah.. semoga banyak NGO ataupun persatuan2 buat program2 macam ni untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Aku teringin jugak nak join program2 macam ni tapi keterbatasan yang ada buat takpe aku support melalui penulisan blog. Jangan ingat tulis blog untuk jadi keyboard warrior jer.. Dalam melantang mengkritik kami juga ada perikemanusiaan untuk membuat kebaikan sesama makhluk. Dont Judge aku macam buruk perangai sangat. hahaha


Moral of the story.. Nak buat kerja kebajikan tak semestinya kita perlu keluar & beraktiviti di luar. Melalui media sosial jugak kita boleh menyumbang.


SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE

SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE. Kadang2 ada antara kita yang berbakat dalam pelajaran. Dapat keputusan cemerlang, mohon masuk universiti. Bila dapat tawaran ke IPT tak cukup pula duit nak bayar yuran & tampung kos persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran. Memang ada PTPTN tapi sementara nak mohon tu kena keluar dulu modal, ye dak? Nak pinjam adik beradik, sedara mara bukan semua nak tolong. Tak pasal2 ada yang buat statement menyayat hati.. dah tak mampu tak payah belajar sedangkan pelajaran tu salah satu cara nak mengubah nasib keluarga dia nanti, Insya Allah.


Jadi inilah masa anda ambil tahu tentang SkolaFund. Apa tu SkolaFund? SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’.

Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memohon untuk bantuan, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut >> SkolaFund memudahkan pelajar mengumpul dana pelajaran <<

MALAS NAK MASAK SERUNDING TAPI NAK KUMPUL PAHALA SILA BACA

Sapa kat sini malas nak masak serunding?? Ramai.. termasuk aku. Bukan tak reti nak masak serunding sendiri tapi nak goreng semangkuk serunding pun aku rasa keras urat saraf. Nak buatnya tak susah tapi sangat penat la bagi aku kalau buat sorang2 sebab nak kena goreng lama sampai betul2 kering baru serunding tu tahan lama. Aku pernah masak sendiri serunding & kalau nak suruh aku buat banyak2 sorang2 memang tak sanggup. Angkat spender putih katanya hahahahaha... matilakau!

Yang malas tu tak payah risau sebab melambak orang jual serunding tapi special serunding yang aku nak suruh hangpa beli ni memang 2 in 1 punya. Membeli sambil mengumpul pahala. yer yer.. dosa pahala bukan aku yang tentukan tapi Insya Allah setiap perbuatan baik di sertakan dengan niat yang betul ada ganjaran pahalanya. Sebab tu tajuk entri tu ada perkataan "Pahala" kat situ.

Kalau korang berniat nak beli serunding tak kisah la untuk makan2 sempena ramadhan atau nak buat stok raya nanti aku sarankan belilah dengan Puan Alia Haryanie. Kenapa perlu beli dengan dia?? Sebab dia seorang ibu tunggal yang sedang uzur dengan penyakit kanser. Ada 2 anak yang perlu di sara.. Dalam kudrat yang tak seperti kita yang sihat ni dia membuat jualan serunding, mini popia, karipap mini & macam2 lagi sebenarnya tapi kat sini aku highligt serunding je dulu. Dia PM aku pagi semalam minta tolong promosikan jualan dia.. Ya Allah terharu sungguh aku. Allah hantar dia untuk memberi peluang aku membantu orang lain. Yelah.. selama ni orang label aku blogger lantang suka cari pasal jer kan. Tak sangka masih ada yang percaya dengan kemampuan aku untuk membuat kebaikkan.


Untuk pengetahuan korang Puan Alia haryanie ni dia sangat uzur pergerakkan dia pun banyak guna kerusi roda dulu.. sekarang tak sure tahap kesihatan dia macam mana. Tapi yang pasti dia tidak la sekuat kita. Kalau sesapa yang tak membantu dia tak minta derma tapi cukup la membeli jualan dia. Insya Allah dengan niat yang betul.. Allah akan membalas dengan ganjaran setimpalnya kebaikkan kita semua, Insya Allah.

Serunding ayam 250 gram rm18
 serunding daging tempatan 250 gram rm18

serunding ikan 250 gram rm12
Kalau rajin pergi la jenguk blog beliau http://aliaharyanie.blogspot.com/ . Atau kalau nak order boleh call 012 921 8016 & add di FB beliau Alia Haryanie. Kalau korang nak buat post bagi membantu mempromosikan jualan beliau boleh PM nanti aku boleh bagi detail atau korang nak share entri ni silakan. Tak kisah la cara mana kita membantu. Kecil atau besar pertolongan kita bukan satu ukuran cukup kita ikhlas membantu insan2 yang memerlukan.

mini karipap rm32 sekilo 
mini popia rm32 sekilo
Moral of the story.. Kita tak perlu jadi orang terkenal, di bawah komuniti popular atau di kelilingi orang yang berpengaruh untuk membantu cukup la kita berusaha membantu mereka yang memerlukan dengan kemampuan kita, Insya Allah siapa tahu dengan pertolongan kecil kita memberi manafaat besar pada mereka yang memerlukan.


MESEJ MESEJ PENTING & RAYUAN MANGSA BANJIR

Kat news feed FB aku penuh dengan orang share macam2 mesej pasal banjir. Ada yang minta tolong sebab terperangkap dalam banjir.. ada yang minta sumbangan.. & macam2 mesej sampai aku sendiri tak tau mana satu nak share dulu. Bukan share ni nak menunjuk baik atau prihatin.. Tapi itulah pertolongan kecik yang aku mampu buat. Maka.. kemudahan yang ada aku gunakan sebaik mungkin.

Sebab terlampau banyak sangat mesej2 banjir.. Jadi aku ambil sebahagian aku kumpul kan kat entri. Memang la siapalah blog aku kan.. Ingat dengan canang dalam entri aku ni orang alert sangat ke? Aku tahu blog aku feedback tak kebabom sangat tapi kita tak tahu siapa yang baca blog kita jadi sekadar mencuba. Manalah tahu ada orang yang berdekatan, berkemampuan atau berkuasa dalam bidang berkaitan baca & mampu salurkan maklumat tu kepada pihak sepatutnya.


Ni yang termampu aku share setakat ni.

Pada semua yang terlibat dalam banjir hope banyakkan bersabar & berdoa bersungguh sungguh agar Allah lindungi semua dari sebarang bahaya. Semoga rezeki anda melimpah ruah selepas banjir ni, Insya Allah.

P/S : yang suka sangat share info tak sahih berkenaan mangsa banjir ni yang boleh mengundang panik & jadi kontroversi hope bercuti la sekajab dari menyebarkan fitnah & gosip. Kalau tak sure tak payah share benda2 yang sensitif nak lagi melibatkan nyawa ni.


SEDEKAH PALING MUDAH CLIK BUTTON SHARE

memang dia bukan anak kita.. kita tak rasa susah apa yang menjadi kesusahannya. Kita tak merasa perit apa yang menjadi keperitannya.. Tapi mampukah kita tidak merasa sedih melihat penderitaannya.. Dia terlalu kecil tapi terpilih untuk meneria Ujian & dugaan berat. Sekecil umurnya setahun lapan bulan.. Tapi dugaannya yang dewasa pun belum tentu mampu hadapi
 tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini. -entri penuh tentang penderitaan Adik Izz boleh baca kat sini >> Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq <<
Adik Izz.. Memerlukan simpati & bantuan dari kita semua. Jika ada kemampuan dari kewangan, sumbanglah dalam bentuk kewangan, takde duit sumbangkan dengan cara menyebarkan khabar ni, kalau tak mampu sebarkan.. Sedekah doa untuk kesembuhan & kesihatan Adik Izz

Untuk sebarang sumbangan boleh merujuk kepada Bapa kepada Adik Izz
Blog : http://ekjozbuluh.blogspot.com/
 Fanpage : PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome

Betapa mudahnya zaman sekarang kita hendak melakukan sedekah.. Mungkin sedekah kita bukan berbentuk harta atau wang ringgit tapi dengan sebarkan perkara ni mungkin di terima Allah sebagai satu sedekah siapa tahu. Dengan share kita mungkin yang berkemampuan dari segi kewangan dapat menyalurkan bantuan. Maka bantulah apa yang kita mampu. Takkan tak mampu walau hanya dengan 1 clik share kot....Sama2 kita doakan yang terbaik budak adik Izz.


BEZA LETUPAN DI MALAYSIA DAN PALESTINE (#PrayForGaza)

Tersentuh hati aku bila terbaca satu caption yang simple tapi sangat2 mendalam.. Di Palestine mereka bersahur di dunia tapi berbuka di syurga. Betapa mengambarkan apa yang berlaku di sana. Nyawa seolah jaraknya dari sahur hingga berbuka. Kalau disana mereka tak berani lelapkan mata sebab takut bahaya datang tiba2.. Tapi kita kat sini bersengkang mata layan piala dunia. Kalau di sana.. kedengaran riuh suara tangisan meratap kematian.. kita kat sini riuh suara jerita Gol di pagi buta layan bola.

Even kat Malaysia sekarang dah makin kedengaran bunyi letupan macam kat Palestine beza cuma letupan kat Malaysia konon nak bagi meriah.. Tapi di Palestine letupan yang dahagakan darah insan2 tak berdosa demi tamakkan kuasa. Kalau kat Malaysia kita dah mula boleh dengar & baca ada yang putus jari, hancur tangan bagai sebab letupan mercun tapi di Palestine sekarang kita boleh lihat di laman sosial ramai nyawa yang terkorban akibat dari letupan bom & bedilan peluru tak berperikemanusiaan. Kalau di Palestine bunyi letupan menjadi trauma penduduk di sana.. tapi kita kat sini lagi kuat meletup mercun lagi meriah katanya. Sebab kita masih tak nampak musuh datang mengacu senjata di kepala jadi kita terus leka.


Betapa kita masih mampu hidup selesa & kita masih ada daya untuk membantu mereka di sana walau kita tak mampu berjuang dengan senjata berjuanglah dengan apa adanya.

Atas rasa tanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta..ayuh Malaysia dan seluruh dunia..salurkan bantuan utk saudara saudara kita di sana..

BANK ISLAM: 12029010047880
MAYBANK: 562263010787
CIMB: 8600460353
BANK MUAMALAT: 12070005133717
RHB BANK: 21245760004907
BANK RAKYAT: 220806195922

Akaun Bank atas nama: AMAN PALESTIN BERHAD


#PrayForGaza


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com